logo text

Chapter 32 seranggan pemungkas dari tuan serigala

Cahaya bulan tidak mampu memasuki hutan yang ditutupi pohon berdaun lebat. Dari balik rimbun pokok itu, Tuah berdiri dengan memegang pedang menggunakan kedua tangannya. Matanya ditutup rapat agar dia lebih fokus dengan telinganya.
Meskipun terlihat tenang, jantung Tuah terus berdegup laju. Dia sendiri tidak yakin akan dirinya sendiri, ini sangat berisiko. Sekali dia membuat silap, dia akan menjadi arwah buat selamanya.
Fikiran Tuah terus kusut, tetapi dia tidak mempunyai pilihan lain. Ini sahajalah cara yang ada, dia ibarat tikus yang terperangkap bersama kucing. Mahu tidak mahu, dia perlu bertarung untuk terus hidup.
Tiba tiba, dari belakang Tuah. Muncul satu cahaya yang menerangi sekitarnya.
Tuah membuka matanya, dia melihat bayang bayangnya dihadapan.
Siapa dibelakangku?, tidak mungkin ianya tentera bantuan. Sekiranya mereka datang, ianya tidak akan mengubah segalanya.
Sebaliknya, ianya hanya akan menambah korban jiwa.
Tuah memalingkan mukanya kebelakang.
Alangkah terkejutnya dia melihat sosok tubuh seorang perempuan berambut merah berdiri sambil memegang pedang yang disilimuti api merah.
" Tun Teja, kenapa engkau datang semula?, bukankah saya memintamu untuk pergi dari-"
Belum sempat Tuah menghabiskan ayatnya. Seekor serigala yang ukurannya 2 kali lebih besar dari manusia biasa terus keluar dari semak samun lalu terus ingin membaham tengkuk Tuah.
Tun Teja dengan cepat mengambil perisai yang ada berdekatannya lalu terus melemparnya ke raksasa itu.
Belum sempat taring serigala itu sampai ke tubuh Tuah. Ianya sudah bertembung dengan perisai yang terbang dengan momentum tinggi.
Melihat kejadian itu, Tuah terus mengambil peluang itu untuk menambah luka raksada itu. Pedang di tangannya terus dilibas ke raksasa itu.
Potongan yang besar terbentuk di tubuh raksasa itu.
Tidak habis disitu. Mereka tidak akan membiarkan peluang keemasan ini terlepas begitu sahaja.
Tun Teja terus berlari lalu menikam raksasa yang masih ada di udara itu. Dengan kekuatannya, dia membaringkan terus raksasa itu je tanah.
Tuah juga tidak terlepas untuk memberikan sebanyak mungkin serangan kepada raksasa itu.
Dalam sekelip mata, pertarungan itu seperti berubah sepenuhnya.
Raksasa itu sudah tertangkap. Tun Teja mematikaj gerakannya dengan menikamnya ke tanah.
Ditambah dengan Tuah yang dengan cepat mencingcang tubuh gergasi itu.
Tidak habis disitu, Tun Teja mengambil lembing lalu mencucuk jantung raksada itu.
Darah terus mencurah curah keluar dari lubang itu.
" Aku tidak akan melepaskan tombak ini agar lukamu tidak sihat semula. Semoga engkau mati dengan perlahan serigala tua."
" Ucapanmu kejam sekali perempuan cantik. Engkau sepertinya orang yang berbeza, baru sahaja tadi aku melihatmu menangis, sekarang engkau sudah berdiri di atasku sambil mengancam nyawaku. Awak sungguh menarik. Hahahahaha."
Tun Teja terus menikam mulut raksasa itu dengan pedang apinya. Raksasa itu menjerit kesakitan.
" Tuah. Cepat habiskan riwayatnya! "
Tuah terus berlari ke mendekati leher serigala itu untuk memancungnya sekaligus mengakhiri semua ini.
Malangnya, kakinya terus dibelit oleh ekor serigala itu.
" Tidak semudah itu untuk membunuhku sialan!, sekarang. Mari kita bertukar tempat, kamu menjadi mangsa dan aku jadi pemangsa."
Semua lembing serta pedang Tun Teja yang tercucuk di anggota badan raksasa itu dilepas secara paksa.
Tangannya terus menghalau Tun Teja yang berdiri di atasnya.
Badannya yang terluka parah perlahan membaik semula.
" Cepat akhiri dia Teja!, jangan biarkan dia sembuh sepenuhnya!"
Kedua mereka terus maju menyerang raksasa itu. Serigala dalam sekelip mata terus hilang dari pandangan mereka.
Iya, dalam sekelip mata. Ianya hilang.
Secara logik akalnya, di dunia realiti ini. Pergerakan selaju itu tidak akan dapat dilakukan oleh makhluk biasa, hanya segelintir makhluk yang mampu melakukannya.
Haiwan yang mempunyai tenaga magik yang tinggi, untuk bergerak selaju itu. Badan mereka akan menerima tekanan yang sangat tinggi, magik digunakan untuk menguatkan tenaga otot mereka berkali ganda sekaligus ianya juga digunakan untuk mengubati sel badan yang rosak berterusan akibat tekanan yang tinggi.
Dalam erti kata lain, raksasa yang Tuah dan Teja lawan sudah menggunakan keseluruhan kekuatannya, mereka perlu memenangi pertempuran ini untuk menutup jalur keturunan sumpahan ini buat selamanya.
Melihat kejadian itu, mereka perlu meningkatkan pertahanan mereka.
" Berdiri di belakangku Teja!, aku akan menjaga belakangmu dan engkau menjaga belakangku!."
" Baiklah."
Belakang Tuah dan Teja saling bersentuhan, mereka mesti saling melindungi antara satu sama lain.
Dalam kiraan detik, serigala itu terus keluar menerkam, tetapi kali ini.
Mangsanya adalah Tun Teja, dia seolah-olah berancana untuk menghapuskan Tun Teja dahulu agar lebih mudah dia menghabisi Tuah yang kehilangan sekutu yang kuat sekaligus hilang sumber cahaya.
Perancangannya dapat dibaca Tuah dala kiraan detik itu.
" Walau apapun yang terjadi, saya tidak akan membiarkan Tun Teja mati disini!.
Saya sudah diberi amanah untuk melindunginya meskipun nyawaku sebagai ganti."
Tuah dengan cepat menolak Tun Teja menggunakan tangan kirinya.
Tun Teja berjaya diselamatkan malangnya, tangan dominan Tuah menjadi pertukaran.
kchhhkk........
Tangan Tuah putus digit raksasa itu.
" Ianya tidak berjalan sesuai rancanganku, tetapi. Aku merasa ini lebih baik, meskipun perempuan itu berjaya diselamatkan. Tapi tangannya yang dia gunakan untuk bertarung denganku sudah putus. Inila pengakhiran dari pertatingan ini. Hahahahaha."
Tiba tiba, gerakannya yang pantas terus terhenti.
Ternyata, ekornya ditarik oleh Tuah menggunakan sebelah tangannya.
" Manusia sialan. Lepaskan aku!."
Tun Teja terus melepaskan serangan ke araha raksasa itu.
Potongan Tun Teja berjaya membuatkan rasasa itu menerima luka besar bermula dari bahunya turun hingga ke dadah.
" Aku akan mengakhiri semua ini disini, aku akan membunuh laksamana yang sudah lumpuh itu kemudian perempuan itu disini."
" Kita akan mengakhiri semua ini disini Teja!, keluarkan semuanya seranganmu. Selagi aku mempunyai kesedaran, aku tidak akan melepaskannya."
" Baiklah."
Serigala itu cuba menyerang Tuah tetapi dihalang oleh Tun Teja.
Siapa perempuan ini?, kenapa kekuatannya hampir sebanding denganku?.
Aku tidak mampu mengalahkannya dengan kekuatan dalam keadaanku seperti ini, aku juga tidak mampu mengalahkannya dengan kepantasan kerana aku sudah ditahan, apa yang perlu aku lakukan?, dimana laksamana itu mengutip perempuan raksasa ini.
Pertarungan kekuatan antara Tun Teja dan serigala itu dimenangi oleh Tun Teja, pedang besarnya yang panas terus hinggap ke tubuh raksasa itu.
Hehehe, engkau salah menilainya raksasa. Perempuan itu adalah paling raksasa antara kami dalam hal kekuatan, sekarang. Mari lihat bagaimana engkau ingin mengalahkan perempuan gorila itu.
Aku tidak mempunyai pilihan lain.
Serigala itu kemudian menggigit ekornya sendiri.
Ekor yang digigit itu terus putus, setelah itu. Serigala itu terus hilang lalu menyerang Tun Teja.
" Nyawamu berakhir disini perempuan sialan!."
Serangan sekuat tenaga dari serigala itu ditahan oleh Tun Teja dengan pedang besarnya.
Malangnya, dia tidak mampu menahannya.
Tun Teja terlempar beberapa meter kebelakang lalu terhempas ke pokok.
Tun Teja terus kehilangan kesedarannya.
Tuah yang melihat nasib Tun Teja terus mengambil pedangnya semula lalu terus melarikan diri.
"Saya akan membawa raksasa ini sejauh yang boleh, saya tidak mahu Tun Teja turut mati dalam pertarungan ini. Tun Teja, teruslah hidup!!." jerit Tuah sambil melarikan diri masuk ke dalam hutan.
" Hahahahaha. Aku mendengarmu tuan laksamana. Dengan itu, aku akan memastikan untuk turut membunuhnya sejurus membunuhmu."
Serigala itu kemudian terus berlari lalu mengejar Tuah.
" Riwayatmu berakhir disini!."
Serigala itu melompat lalu menyerang Tuah dari belakang.
Saat itu juga, tiba tiba Tuah membalikkan tubuhnya kebelakang.
" Tapi bohong." ucap Tuah dengan nada sinis.
Tangan kanannya yang sudah sedia mengenggam kuat pedang terus dilibas ke leher raksasa yang melompat dihadapannya.

Book Comment (185)

  • avatar
    MalachicoJeo

    congrats

    23d

      0
  • avatar
    DaclesMeriam

    bagusss

    19/05

      0
  • avatar
    Nur Nabila

    nice story i like this one story

    07/05

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters