Saya fikir saya akan mati. Rupanya, Tuhan memberikan saya peluang untuk hidup lebih lama. Ketika bertarung untuk menentukan hidup dan mati saya, saya terlempar ke jauh dan kehilangan kesedaran. Pendek kata, saya kalah dalam pertarungan itu. Selepas saya tewas, banyak hal yang terjadi dan semua hal itu membawa kami ke kenyataan ini, saya dan Tuah, kami hidup. Ianya adalah berita yang sangat bagus, siapa sahaja orang yang membantu kami itu, sekiranya saya berpeluang untuk bertemunya. Saya akan mengucapkan terima kasih. Tetapi, dari cerita Tuah, saya seperti mengesyaki sesuatu. Ianya seperti tidak logik, bagaimana mungkin tanga yang putus boleh bersambung semula, tambahan lagi jantung Tuah yang berlubang sihat semula. Ianya sangat mencurigakan. Tapi saya tidak akan menzahirkan perasaan curiga saya padanya, saya akan mencari tahu akan hal yang pelik itu terlebih dahulu. " Tuah, saya rasa awak patut menyelesaikan urusan awak dahulu. Awak tidak perlu risaukan saya lagi, saya sudah hampir pulih sepenuhnya!" " Apa maksud awak?" " Maksud saya tolong pergi dari sini!, saya mahu tidur." " Arrhh, baiklah. Saya minta maaf." Tuah kemudian mengambil semula barangnya lalu bergegas pergi meninggalkan Teja. " Tunggu!, boleh awak tolong panggilkan Syed kesini?" " Awak bilang yang awak hendak tidur?" " Panggil sahajalah, jangan banyak tanya!" " Baiklah." Sekarang, sementara dia memanggil Syed, saya akan mandi dan menyelesaikan semua keperluan saya terlebih dahulu. Huuuuuuuuuh, saya ada banyak tugas yang menyebabkan saya tidak ada masa untuk semua itu setelah Syed datang nanti." Setelah selesai mengurus diri, Syed kemudian datang bertemu Teja. " Tuan memanggil saya?" " Iya, tolong ambil semua barangku yang ada di bilik penginapan sekarang!, jangan tinggalkan satupun tertinggal!" " Baik." Barang yang telah dibawa Syed terus dihamburkan Teja, dia seolah olah mencari sesuatu. Buku buku yang dia bawa dari ibu kota sebagai panduan berselerakan di lantai bilik itu. Berjam jam Teja habiskan untuk mencari maklumat yang dia perlukan. Semakin banyak buku yang berkaitan dia baca, semakin murung perasaan Teja. " Dokter, awak memanggil saya?" " Iya, saya ingin meminta tolong pada awak. Tun Teja, dari tadi lagi. Dia tidak keluar untuk makan apatah lagi minum, biliknya terus berkunci. Dia baru sahaja memulih, saya risau keadaannya bertukar teruk nanti." " Kenapa dengan dia?, ada apa apa berlaku?" " Itu saya tidak tahu. Sebab itu saya meminta awak kesini, mungkin awak tahu sesuatu." " Baiklah, saya akan cuba mencari sebabnya. Teja berada di mana dokter?" " Dia ada di dalam biliknya. Tolong pujuk dia keluar Tuah!" " Ya. Saya cuba." Tuah kemudian bergegas ke bilik Teja di rawat. " Teja, awak di dalam?, boleh saya masuk?" Teja tidak menyahut soalan Tuah. " Saya tidak tahu apa yang berlaku pada awak, awak tiba tiba berkelakuan pelik. Saya akan bertanya kepada Syed tentang awak, sementara saya pergi. Saya harap awak makan, saya meletakkan makanan awak disini. awak ambil ya!" Tuah kemudian bertolak pergi. " Tuah, pintu sudah tidak berkunci. Awak boleh masuk!" Tuah kemudian mengambil semula dulang berisi makanan lalu masuk ke bilik Teja. " Ada apa Teja, awak berkelakuan pelik?' " Saya tidak sekuat awak Tuah, saya cuba menyimpan perasaan saya dan mengganggap semuanya baik.Tetapi semuanya tidak baik." " Apa yang awak maksudkan?" " Rakan rakan kita, tentera yang tangguh. Datang berperang bersama sama kita, mereka semua mati. Yaaa, mati. Dan mereka mati disebabkan saya." " Iya, mereka memang mati, tapi kita sudah melakukan yan terbaik mungkin, saya sudah mengebumikan mereka selayaknya sejurus urusan saya selesai. Awak juga boleh melawat pusara mereka besok sebelum kita bertolak ke ibukota." " Yaa, awak betul. Saya akan melawat pusara mereka dan meminta maaf sambil mata saya memandang batu nisan yang terukir nama mereka. Kemudian, saya akan balik ke kota melaka. Di pandang sebagai wira kerana berjaya menyelesaikan misi. Nama keluarga kita akan dijulang julang, abang dan kakak saya yang tidak menyumbang apa apa. Hanya tahu bersuka ria dengan duit keluarga di kota mendapat pujian sementara hakikatnya tidak begitu. Saya sepatutnya terkubur bersama sama mereka, tapi mereka mengorbankan nyawa mereka buat saya." " Iyaaa, awak betul. Mereka mengorbankan nyawa mereka buat awak kerana itulah tugas mereka. Itulah tugas kami, meskipun pahit untuk ditelan. Memang begitulah realitinya......... Sekiranya saya di tempat mereka, sayapun akan melakukan hal yang sama. Ini bukan salah awak Teja, yang bersalah atas semua ini adalah raksasa itu, pendiri keturunan sumpahan itu dan saya sebagai ketua kamu." " Tapi....... Mereka ada keluarga Tuah, mereka ada anak dan isteri yang menuggu mereka di rumah. Mereka akan bersedih sekiranya mengetahui yang ayah mereka terkorban disini." Tangisan Tun Teja semakin kuat. " ............. Iya, mereka akan menangis dan marah. Oleh itu, sebaik sahaja kita ke ibu kota. Kita akan menziarahi dan meminta maaf sendiri kepada mereka. Buat dengan penuh sopan dan menyesal, saya harap itu akan mengurangkan kesakitan hati mereka." " Awak pernah berada di tempat mereka bukan?, anak anak yang malang itu." " Ya, saya juga bernasib sama dengan mereka, oleh itu saya berharap agar pihak kerajaan tidak berlepas tangan, tanggunglah keluarga mereka sampai mereka sudah mampu hidup sendiri. Saya akan pastikan nasib mereka terbela. tetapi semua itu adalah cerita untuk nanti. Sekarang, makanlah bubur ini sebelum ianya sejuk!" Tun Teja mengelap air matanya. " Saya juga akan memastikannya, cepat. Berikan bubur itu!" "Buka mulut awak!, saya akan suapkannya." " Awak bergurau?, sekiranya awak bergurau, saya mahu awak tahu. Ini bukan masa yang sesuai." " Saya tidak bergurau." Hmmmmm....... Ahhhhhhhhhh " tapi bohong, saya tidak akan mahu menjadi hamba abdi awak." Tuah kemudian berlalu pergi. " Tuah, saya belum habis memberitahu awak semuanya. Ada benda penting yang awak perlu tahu." Tuah memandang Teja. " Apa itu?" " Awak perlu duduk!, ini mungkin lama."
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
congrats
23d
0bagusss
19/05
0nice story i like this one story
07/05
0View All