logo text

Chapter 43 mandi embun bagus untuk kesihatan!!, percayalah.

" jemput minum!" ucap orang tua itu sambil membawa beberapa cawan di atas dulang
Mereka bertiga yang duduk di ruang tamu kemudian terus minum dan memakan kuih kuih yang turut dihidangkan orang tua itu.
" Boleh saya tahu pakcik siapa?, minta maaf kerana terburu burur. Tetapi ini sangat penting buat kami."
"Oooh, iya. Selamat berkenalan!, nama saya Adi Putra. Bekas anggota elit di bahagian GGK."
" GGK, awak maksudkan bahagian gerak gempur khas?"
" Iya saya."
Lelaki ini hebat, saya tidak sangka dia adalah bekas anggota GGk.
" Apa itu GGK?" bisik Tuah kepada Teja.
" Iya kak, saya pun mahu tahu."
Teja yang keberatan pada mulannya mulai lembut setelah Maria juga turut ingin tahu.
" GGK. Seperti yang saya katakan tadi, Gerak Gempur Khas, mereka adalah salah satu dari tiga skuad ketenteraan yang ada di Melaka.
GGK adalah skuad yang paling penting dalam ketiga tiga skuad itu. Terdapat banyak unit yang berada di bawah skuad ini. Unit unit inilah yang bertanggung jawab untuk membuat sabotaj, menghapuskan sasaran, melakukan tugas khas, menjadi kuda perang negara Melaka. Serta banyak lagi misi yang ganas.
Seterusnya ialah KRD, skuad Kor Diraja.
Skuad ini terdiri dari empat unit, dua darinya adalah badan inteligent yang bertugas mengumpul semua maklumat maklumat yang berkaitan dengan Melaka. Dua unit lagi adalah tangan dan kaki raja. Mereka melindungi keselamatan raja setiap saat selamanya.
Yang terakhir, skuad PTKP. Pasukan Tindakan Khas Dan Penyelamat.
Skuad yang paling ramai anggota, syarat kelayakannya mudah, hanya mempunyai satu unit besar yang bermisi untuk membantu orang awam tidak kira tempat dan masa.
FAHAM?"
" Faham faham."
" Hahahaha, kamu dapat menerangkan dengan baik, kamu mesti salah satu darinya bukan?"
" Iya, nama saya Tun Teja, dari skuad KRD. Unit saya bertugas untuk melindungi raja setiap saat."
" Oh, hahaha, bagaimana dengan kamu pula Laksamana?, kamu dari skuad mana?"
" Mmmmmmm...., tidak ada."
" Maafkan saya mencela, tapi saya ingin memberitahu, Tuah bukan dari mana mana skuad."
" Eeehh!!, ini rialiti yang mengejutkan. Hahahahaha, tapi tidak untuk saya."
" Apa maksud awak?"
" Ianya rahsia, tapi saya rasa saya sudah mulai memahami situasi kamu. Izinkan saya membantu kamu kali ini."
" Tidak!, saya minta maaf, tapi. Awak bekas anggota tentera elit tidak bermakna kami mahu dapat mempercayai awak. Kami kesuntukan masa untuk mencari seseorang, sekiranya masa kami terluang disini, nyawa Tuah akan melayang."
" Saya faham akan ketakutanmu anak muda. Tapi, awak pasti bukan saya orang yang kamu cari?"
Semua orang yang ada di bilik itu terdiam.
Teja dengan cepat mengeluarkan buku kecilnya, dia dengan cepat membelek muka surat buku itu.
" Maafkan saya, boleh awak beritahu nama awak semula tuan?" ucap Teja dengan senyuman keldainya.
" Nama saya Adi PUtra."
" ……… Hahahaha,kebetulan sekali. Awaklah orang yang kami cari, hahahaha.
Terima kasih kerana ingin membantu kami sekaligus mengizinkan kami tinggal disini.
Tuah, ikut saya untuk mengangkat barang kita!"
" Baiklah. Maria tunggu disini ya!, abang akan datang semula."
" Oke."
Mereka berdua berlalu pergi dari situ.
" Tuah,......... Kita berjaya menemukannya, saya sangat berharap keadaan awak akan kembali pulih setelah ini." bisik Teja.
Saya melihat Teja, dia tersenyum lebar. Hati saya turut berbunga melihat senyumannya.
" Terima kasih Teja."
" Apa?, awak ada cakap sesuatu?"
" Tidak ada."
( SELAMAT HARI CHRISTMAS KAMU!!!)
Malam itu, mereka menyusun barang barang mereka lalu terus ke bilik masing masing.
Keesokan harinya. Belum pagi lagi, pintu bilik Tuah dan Teja di ketuk.
" kenapa awak membangunkan kami pagi pagi lagi tua bangka?, awak cari pasal dengan kami?"
"Tidak, ini latihan kamu perempuan berambut merah."
" Huuuuuuuh, sejak bila kami datang kesini untuk berlatih?. Awak sepertinya salah faham, kami datang untuk mencari penawar buat Tuah."
" Iya, saya tahu."
" Jadi untuk apa semua ini?"
" Semua ini untuk itu........ Sejujurnya, saya juga tidak tahu sekiranya ada penawar buat Tuah. Dan saya juga kurang yakin sekiranya ada penawar atau orang yang tahu mengubatinya di luar sana."
Muka Teja bertukar merah.
" Huuuuuh, jadi untuk apa kami datang sejauh ini?, awak tahu betapa susahnya kami untuk mencarimu orang tua?"
" Iya, saya tahu. Sebab itulah saya ingin membantumu. Tolong percayakan saya!, saya boleh membantu kamu."
" Bagi dia peluang Teja!, saya tahu dia orang yang hebat. Saya mempercayainya."
"........... Awak tahukan apa akan jadi sekiranya dia gagal?"
" Iya, saya akan mati di tangan awak."
" ........, huuuuuh, baiklah."
" Terima kasih kerana memberikan saya peluang. Sekarang pergi mandi!" ucap orang tua itu dengan senyuman lebar.
Tidak lama kemudian, mereka keluar dengan sarung dan alatan mandi mereka.
" Pakci, bagaimana kami hendak mandi?. Jamban yang ada di belakang rumah itu
terkunci."
" Ahhh, soal itu, kamu akan mandi di sungai."
" Oooh, hmmmmm, pelik. Saya tidak dapat mendengar bunyi air mengalir sedangkan ada sungai berdekatan sini. jadi. Di mana sungai itu?"
' Saya akan tunjukan tempatnya. HANYA selepas kamu berdua dapat melakukan sesuatu untuk saya."
' Ehhh, apa itu?"
" Saya menyediakan batuk di depan pintu rumah ini, saya mahu kamu mengisi batuk itu dengan air embun. Saya akan anggap kamu berjaya sekiranya kamu dapat mengisi 2 per 3 dari ruangan batuk itu sebelum matahari bersinar sepenuhnya. Sekarang pergi!!"
" Adakah ini latihan pertama kami?" tanya Teja.
" Iya."
Mereka berdua terus bergerak keluar dari rumah lalu mengambil batuk itu.
" Masa kita tidak lama.Tuah, awak yang memberi arahan!"
" Baiklah. Kita ada masa kurang daripada sejam lagi, untuk itu, kita perlu bergerak di dua tempat yang berbeza.
Untuk sekarang, ambil parang ini dan pergi potong buluh, jadikan ianya tabung yang boleh menadah air!"
Teja dengan cepat Teja menyediakan dua tabung buluh.
" Awak pergi ke timur dan saya pergi ke barat. Cari tempat yang tinggi dan tidak terlindung!, awak boleh sahaja mendapat air embun dari pokok kecil seperti keladi. Ingat!, awaklah yang paling pertama mengetahui sekiranya matahari terbit, oleh itu. Sekiranya keadaan menjadi sedikit sahaja cerah, bkembalilah kesini dan tuangkan air yang dapat engkau kumpulkan di batuk yang saya tinggalkan di tangga rumah!"
" Bagaimana dengan awak Tuah?"
" Heeeh, awak lupa yang sebelum ini saya seorang pemburu?."
" Baiklah, saya mempercayai awak, Harap sahaja kata kata awak tidak memakan diri awak nanti."
< maaf lambat update, ada banyak assingment perlu saya siapkan, saya sangat minta maaf>

Book Comment (185)

  • avatar
    MalachicoJeo

    congrats

    22d

      0
  • avatar
    DaclesMeriam

    bagusss

    19/05

      0
  • avatar
    Nur Nabila

    nice story i like this one story

    07/05

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters