logo text

Chapter 40 Melawan pontianak

Teja dan Tuah keluar dari ruangan itu.
" Saya harap kamu berjaya dalam pengembaraan kamu. "ucap Hang Lekyu.
" Abang!..."
Jeritan itu. Itu Maria.
Tuah terus menoleh lalu menyambut Maria yang terus melompat ke arahnya.
" Awak baik saja Maria?, Awak ada perlukan apa apa?. Abang boleh membelinya."
" Iyaa. Maria mahukan, mmmm. Makanan yang manis manis sekiranya boleh, dan juga mainan. Dan pakaian yang cantik."
" Baiklah. Abang akan membelikannya. Semuanya."
" Saya sangat minta maaf. Tapi sepanjang perjalanan kita ini, kita akan keluar kota. Kebanyakan apa yang diinginkan Maria tidak ada diluar. Kita juga tidak ada masa untuk singgah singgah ke kedai di kota."
" ........... Huuuuuh. Sekiranya itu yang akak Teja bilang. Saya boleh tunggu sahaja nanti."
" Iyaaa. Kita cuma menangguhnya, setelah semua ini selesai. Abang akan membelinya, awak tahu. Abang mendapat gaji yang tinggi setelah menyelesaikan tugas abang sebelum ini."
" Baiklah. Ayuh bertolak semua!"
7.30 malam di kota Melaka. Kereta kuda yang dipenuhi barang mereka terus mengikut jalan jalan kota menuju ke luar kota.
" Pada pendapat saya. Lebih baik kamu menuju ke utara.
Saya ada kenalan di sana, saya tidak boleh bercerita lebih tentangnya tetapi saya yakin yang dia mampu membantu kamu."
" Boleh saya tahu di mana kami boleh bertemu dengannya?"
" Saya tidak ingat akan nama kampung itu awak tau. Ianya sudah cukup lama bagi saya, tetapi yang pastinya. Kampung itu berdekatan laut."
" Siapa namanya?"
" Namanya tok guru Adi Putra."
Ucapan dari Hang Lekyu terus terngiang-ngiang di fikiran Tun Teja.
Walaupun malam, Kereta kuda itu terus menuju ke lokasinya.
Mencari insan yang mungkin mampu membantu mereka.
.........
Hari itu. Matahari menyinar dengan gahnya tepat di atas ubun ubun kepala mereka.
" Teja. Ambillah air ini!, awak mesti haus."
Air yang dihulur Tuah terus diminum Teja.
" Saya risau Tuah. Sudah hampir satu purnama kita mencari, namun usaha kita seperti sia sia."
" Bersabar Teja, insyaallah( dengan izin tuhan) kita akan bertemunya juga."
" Tapi kita tidak ada masa Tuah. Keadaanmu, ianya sudah semakin memburuk.
Awak meminum darah lagi bukan?"
" ........, iya. Saya ada meminumnya."
" Huuuuuuh, saya tidak sangka sesuatu seperti ini boleh terjadi. Mujur sahaja Hang Lekyu sudah memperkatakannya dengan lebih awal.
Bungkusan yang dia berikan kepada saya sebelum kita bertolak, dia katakan yang kita pasti akan memrlukannya.
Saya ingatkan ianya duit, siapa sangka yang rupanya ianya adalah darah naga yang awak kalahkan tempoh hari."
" Iya. Untuk saya yang sekarang, hanya darah itulah yang mampu menahan nafsu membunuh saya sebagai serigala jadian."
" Beritahu saya Tuah!, ada berapa botol lagi yang ada?"
"..........., cuma tinggal satu botol Teja. Itupun, jumlahnya sudah tinggal sedikit.
Tapi awak tidak perlu gusar, saya boleh sahaja menahan diri. Sekiranya saya tidak mampu sekalipun, saya akan meminum darah burung, atau ayam liar yang saya buru."
" Ianya tidak cukup Tuah.
Huuuuuuuuh. Apa nama kampung ini?"
" nama kampung ini ialah kampung Buang Sayang. Kampung ini berada dekat dengan laut, hampir semua penduduk kampung ini bekerja sebagai nelayan."
" Kampung yang lain juga begitu, tetapi orang yang kita cari tetap tidak jumpa. Ciss, orang tua itu. Sekiranya dia mengingati nama kampung orang yang kita cari itu. Kita tidak akan berada di situasi yang perit ini.
Baiklah. Seperti biasa, kita akan berpecah untuk mencari maklumat tentang lelaki yang kita cari."
" Baiklah."
Mereka berdua pun berpisah. Tuah membawa Maria bersamanya sementara Teja bergerak sendirian.
Mereka terus bertanya kepada semua orang, mereka pergi ke pasar dan semua tempat yang dipenuhi orang ramai.
Malangnya, walaupun berjam jam masa mereka terluang untuk itu. Hasilnya juga tetap sama, semua orang tidak mengetahui tentang lelaki bernama Adi putra itu.
Masa sememangnya membenci orang yang sibuk. Sekiranya ada orang yang sibuk, masa akan terus berlari laju meninggalkannya.
Itulah yang berlaku kepada mereka. Apabila mereka sedar, matahari sudahpun menyentuh tanah nun jauh di barat.
" Ini gila!!, mahu sahaja mereka berputus asa. Tetapi, ini melibatkan hal hidup dan mati Tuah.
Mahu tidak mahu, mereka tetap harus berjuang.
" Tolong!!!!!., tolong sayaa!!!"
Seorang lelaki dewasa yang sepertinya cedera di bahagian lehernya berlari menuju ke arah mereka.
" Ada apa?"
" Pontianak. Pontianak menyerang pasar, ramai yang terkorban. Tolong selamatkan kami dengan memberitakan hal ini kepada sesiapa sahaja yang boleh membantu!."
Setelah mengabiskan ayatnya. Lelaki itu terus pengsan.
" Kita harus menyelamatkannya!" jerit Teja.
" Sudah tidak boleh. Dia sudah mati." ucap Tuah sambil merasa nadi orang itu dari lehernya.
Lehernya terluka besar, seperti baru sahaja digigit oleh sesuatu. Dia meninggal akibat kehilangan darah yang banyak, kita sudah tidak boleh berbuat apa apa.
Daripada membantu orang yang sudah meninggal, lebih baik kita menyelamatkan orang yang ada di pasar."
" Baiklah. Ayuh kita pergi!"
" Tidak. Cuma saya yang pergi, Teja. Saya mahu awak menjaga Maria, pergi jauh dari sini sejauh yang boleh.
Sekiranya saya berjaya, saya akan menyusul kamu di kampung seterusnya. Sekiranya lebih dari dua hari saya tidak tiba.
Tolong balik sahaja ke ibu kota."
" Apa yang awak katakan Tuah?, itu pontianak. Biarkan saya bertarung bersamamu, sama seperti ketika kita bersama melawan serigala jadian tempoh hari."
" Ini tidak sama Teja, nyawa saya. Maria, tolong jaga sahaja dia, saya perlu cepat. Saat kita berbual disini, ada orang yang sudah terkorban."
" Baiklah. Tolong jangan kalah Tuah!"
" Awak tidak perlu mengingatkannya. Sudah tentu saya tidak mahu kalah dengan perempuan, meskipun ianya hantu."
" Saya harap awak tidak hilang keyakinan itu saat bertarung dengannya. Mari kita pergi Maria!."
" Jangan kalah abang!, saya yakin yang abang lagi kuat dari raksasa itu."
Mereka berdua berlari meninggalkan Tuah.
Tanpa membuang masa, Tuah juga turut membuka langka menuju ke pasar kampung itu.
Ini gila. Saya boleh mati akibat kebodohan ini, tetapi saya tidak ada pilihan lain. Mahu tidak mahu, saya perlu menghadapinya.
Saya yakin, hanya saya yang sekarang ini sahajalah yang mampu bertarung dengan makhluk itu.
Tuah sampai ke kawasan pasar. Terlihat mayat bergelimpangan di semua tempat.
Keadaan mayat mayat itu sangat mengerikan.
Mereka hanya tersisa kulit dan tulang sahaja. Darah mereka sudah habis diminum oleh makhluk iblis itu.
" Awak lambat.
Sekiranya awak datang lebih awal. orang orang ini tidak akan mati dengan mengenaskan.
Awak setuju dengan saya bukan?"
Terlihat seorang perempuan dengan rupa mengerikan bertenggek di sebuah bumbung pondok itu.
mata perempuan itu merah menyala, tanduknya tertimbul keluar. Ekor panjangnya bergerak gerak kesana kemari.
Tidak lupa, kuku panjang serta taringnya yang tajam.

Book Comment (185)

  • avatar
    MalachicoJeo

    congrats

    22d

      0
  • avatar
    DaclesMeriam

    bagusss

    19/05

      0
  • avatar
    Nur Nabila

    nice story i like this one story

    07/05

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters