" Saya sepertinya salah menilaimu. Awak bukan sahaja hebat namun awak juga gila. Saya tidak menyangka yang awak menjadikan anak buah awak sendiri sebagai umpan." " Tidak!!, saya tidak pernah merancangnya. Saya hanya mengambil peluang dari kesempatan ini. Apabila Tun Teja bertindak mengikut emosi dan masuk ke dalam perangkap awak. Saya hanya perlu bersedia sampai awak betul betul bertindak." " Hahahaha. Awak adalah manusia yang hebat, saya rasa. Sekiranya saya tidak dilahirkan sebagai keturunan sumpahan. Ingin sekali saya berteman dengan kamu semua. Malangnya, dunia ini kejam. Kita dipaksa masuk ke dalam gelanggang yang sama. Seluruh keluarga dan nenek moyang saya dianggap sebagai musuh kepada dunia ini. Kami di tangkap dan dibakar hidup hidup. Kepala kami dipancung di khalayak ramai. Tidak kira sama ada muda atau tua. Kami tetap dibunuh dengan kejam. Sedangkan. Kami tidak bersalah, sama seperti haiwan yang hidup di dalam hutan. Rusa dimakan oleh harimau, begitu juga dengan manusia. Kami mungkin dicipta di atas rantaian makanan manusia. Kamu adalah makan kami, tetapi kenapa kami dianggap sebagai musuh kepada dunia ini. Ini tidak adil!!!" " Sekiranya awak mahu meluah, luahkan sahaja semuanya kepada penciptamu Setelah ini. Saya tidak berniat untuk kisah tentang hidup awak, sekarang. Rundingan kita sudah selesai, seperti dijanjikan. Lepaskan Tun Teja dan bertarunglah denganku!." " ....., ya. Baiklah, awak adalah orang yang dingin, tetapi saya tidak kisah tentang itu. Sesuai perjanjian, saya melepaskan perempuan itu." Mendengar ucapan Azam, Tuah terus mendekati tempat persembunyian Tun Teja lalu membantunya keluar. " Pergi dari sini sekarang Tun Teja, terus berlari ke kota dan kembali ke ibukota saat mentari terbit besok!" " Jangan membelakangi saya Tuan!, saya dengan mudah membunuh awak sekiranya awak melepaskan pandangan awak dari saya." Tun Teja yang menangis mulai menghentikan tangisannya. " Saya minta maaf untuk semua ini Tuah, saya melanggar perintahmu dan berakhir dengan menyedihkan." " Ini bukan masanya untuk meminta maaf, sekarang pergilah. Sebagai ganti untuk ini, saya memohon kepadamu, tolong jaga adik saya Maria, berikan dia kehidupan yang saya tidak mampu berikan padanya. Saya merayu padamu!." ucap Tuah sambil menunjukkan kepalanya. " Baiklah. Saya akan menjaganya." "Terima kasih banyak!, sekarang. Tolong pergi dari sini." Tun Teja kemudian berlari meninggalkan Tuah dan raksasa itu, semuanya tidak penting baginya sekarang. Apa yang paling penting adalah keselamatannya. Semakin jauh dia berlari, semakin besar peluangnya untuk terus hidup. " Puas hati sekarang?. Boleh kita mulai bertarung-" Tuah terus melibas Azam. Azam yang mempunyai reaksi yang cekap, dia sempat mengelak dari potongsn maut itu. Setelah itu, dia kemudian membalas serangan itu dengan cakarannya. Pohon rendang di tengah hutan itu menjadi saksi kepada pertarungan sengit dua makhluk itu. Azam yang menukarkan mata, tangan dan kakinya menjadi serigala terus berbalas serangan dengan Tuah yang hanya bersenjatakan pedang Tua dikirinya, serta obor di tangan kanannya. Dalam seminit, sudah berpuluh-puluh kali Tuah hampir mati, dia menggunakan seluruh kekuatannya untuk menentang makhluk itu dalam pertarungan satu lawan satu. Setiap tebasan dari Tuah tidak memberikan impak besar kepada makhluk itu. Azam yang hanya bermain main sedikit terkejut dengan Tuah, sudah hampir 5 minit mereka terus bertarung, pergerakan Tuah masih cekap dan pantas, seolah-olah dia masih bertenaga. Itu tidak mungkin, betapa hebatpun seorang manusia, mereka tidak akan mampu dalam mod bertarung dalam masa yang lama, tambah tambah lagi ketika melawan raksasa sepertinya. Apa yang berlaku?, adakah pukulan saya tidak cukup kuat?, bagaimana dia terus menjimatkan tenaganya. Saya tidak memberikan dia peluang untuk mengambil nafas, bila dia akan melemas dan lemah?. " Haahahahahaha. Awak adalah orang yang gila, saya sudah bertarung dengan ramai orang tetapi awak adalah yang paling menarik. Hahahaha. Jangan bilang yang awak juga merupakan raksasa sepertiku?." Tekaannya salah. Dia tertanya-tanya tentang diriku, ternyata. Raksasa yang saya lawan ini cukup bijak, dia berniat untuk membuat saya lemah lalu memakan saya perlahan lahan. Sekiranya saya datang kesini tanpa persediaan, sudah tentu saya mati olehnya. Terima kasih Hang Lekyu, ubat yang diberikan Hang Lekyu sebelum saya bertolak kesini sangat membantu saya. Obat yang dimakan oleh segelintir pahlawan kuat apabila mereka tidak mempunyai cara lain lagi. Pendek kata, ianya adalah racun. Racun buat tubuh saya sendiri, ubat kuat yang tidak ubah seperti dadah yang sudah dimodifikasi. Kesan dari ubat ini ialah saya akan mati 24 jam setelah menggunakannya. Dalam tempoh itu, saya mampu bertarung tanpa memikirkan sakit dan lemah, saya menjadi manusia super dan membantu menyelamatkan nyawa orang lain. Dengan itu, nyawa yang dikorbankan ini tidaklah sia sia. Sekiranya diberi pilihan, saya tidak mahu menggunakan dadah ini. Tetapi, sudah menjadi tugas saya sebagai laksaman untuk mati disini. Saya cuba lari dari takdir yang sama dengan ayah saya, malangnya. Apapun yang saya buat, nasib saya berakhir hampir sama dengan ayah saya. Saya akan mati demi negara. Saya sangat minta maaf Maria. Tetapi, saya bukanlah pecundang yang akan mati katak seperti ini, sekiranya saya mati. Saya akan mati membawa raksasa ini bersama saya. Sudah sukujam masa berlalu, Tuah bermandikan peluh dan darah. Azam yang tubuhnya separuh raksasa juga turut menerima kecederaan. Badannya yang berterusan menerima serangan fatal dari Tuah menyebabkan magiknya hampir habis digunakn untuk mengubatinya. Untuk menjimatkan kuasa magiknya, dia memilih untuk hanya menyembuhkan bahagian yang parah sahaja. Obor di tangan Tuah sudah habis, cahaya menjadi malap dan perlahan mati. " Awak bertarung dengan sangat baik laksamana Melaka, sudah sangat lama saya tidak merasa bahagia seperti ini Malangnya, sekeras apapun engkau mencubanya. Usahamu hanya mampu membawamu sampai sini, sekarang. Tidurlah dan berehatlah engkau selama lamanya. Cahaya obor kemudian padam sepenuh. Azam terus bertukar sepenuhnya lalu masuk ke dalam semak samun. Tuah tidak dapat berharap kepada matanya lagi. Mau tidak mau, dia perlu menggunakan organ deria yang lain, bukan hidung tetapi lebih kepada telinga dan nalurinya. Malangnya, ianya tidak mudah, ayahnya pernah mengajarkannya bertarung tanpa menggunakan organ deria mata. Hasilnya, dia menerima kecederaan yang parah. Perasaan Tuah sangat tidak enak. Ini tidak akan berakhir dengan baik, saya masih belum mampu bertarung dalam gelap.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
congrats
24d
0bagusss
19/05
0nice story i like this one story
07/05
0View All