Nama saya ialah Tun Teja Ratna Benggala. Kami dari keturunan pahlawan yang berkhidmat terus di bawah dari zaman ke zaman. Kami adalah keluarga bahagia yang menjadi impian ramai orang. Malangnya, pada umurku 8 tahun. Ibuku meninggal akibat penyakit misteri. Saya dan ayah sayalah yang paling terasa akan kehilangan ibu. Raja yang simpati akan nasib ayahku mulai mengaturkannya untuk mencari pasangan baru buatnya. Seruan dari raja membuatkan ramai perempuan perempuan janda atau darah dari kalangan bangsawan mulai mulai mendekatkan diri pada ayah saya. Akhirnya, selepas semu yang berlaku. Ayah saya akhirnya berkahwin dengan janda dari bangsawan luar kota, perempuan itu adalah ibu tiri saya sekarang ini. Dia dan tiga orang anaknya mulai tinggal dengan kami sejak hari itu. Keadaan saya bertambah teruk apabila ayah saya meinggal pada tahun yang sama setelah pergi berperang. Sejak hari itu, satu satunya kenangan yang saya ada adalah pedang peninggalan ayah saya serta ruang bacaanya. Saya mampu membaca dan pandai mengira saat ayah saya berkahwin, saya tahu jumlah harta yang kami ada serta perniagaan kami yang berjaya. Semua harta dan perniagaan itu jatuh kepada perempuan itu. Diskriminasi terhadap saya semakin hari semakin teruk. Apabila saya memilih untuk mengalah dan terus berkurung di dalam bilik, tidak ada seorang pun yang datang membantuku. Bahkab pekerja di rumah kami sendiri mulai bersikap kurang ajar pada saya. Saat saya mahu bersekolah, saya dihantar ke sekolah biasa atas alasan keluarga kami kekurangan dana untuk menghantar kami berempat ke sekolah bangsawan. Gila bukan? Saya ditinggalkan sendirian, tidak ada yang membantu, sekiranya saya cukup bodoh dengan terus bertahan dan menanti putera raja akan membantu saya. Alamatnya, saya akan mereput di bilik itu buat selamanya. Selamanya menjadi pecundag dan pengecut. Awak tahu apa yang saya lakukan, daripada saya menangis. Saya memilih untuk berjuang bersendirian. Dari darah ayah saya yang mengalir di tubuh saya, saya akan menjadi penerus buat ketururnan saya. Saya mengambil pedang ayah saya yang berukuran dua kali ganda pedang biasa itu dan berlatih. Saya terus berlatih, Tangan saya sakit, kulit saya melecur, saya merasa seolah olah hampir mati. Tetapi saya tidak mempunyai jalan lain. Menggunakan kekuatan dan tekad saya sendiri, saya melayakkan diri untuk menyambung di sekolah berprestasi tinggi. Sementara adik beradik tiri saya merasakan kemewahan tanpa mengenal penat lelah, mereka memasuki sekolah dengan dana dari duit peninggalan ayah saya sendiri. Mereka memonopoli semuanya yang sepatutnya menjadi milikkku. Saya tidak boleh diam. Kekuatan saya ini bukanlah bakat. Ini semua adalah hasil penat lelah diri saya yang berulang kali merasakan neraka dunia untuk mencari kekuatan. Di sekolah, apa yang dilakukan mereka hanyalah berfoya foya dan tidak belajar bersungguh sungguh. Mereka bermain main cinta bodoh mereka sambil tenggelam dengan keseronokan. Akhhirnya, mereka tidak mendapat keputusan yang bagus, tanpa rasa bersalah sedikitpun. Semua duit yang ibu mereka laburkan hangus begitu sahaja, mereka semua berakhir dengan mengambil perniagaan ayah saya. Huuuuuuuh, saya bersumpah demi tuhan. Saya sangat membenci mereka semua. Itu sahaja. Saya harap awak tidak membuka cerita ini kepada orang lain Tuah." " Itu sudah tentu." Tidak beberapa lama, atas tunjuak arah dari Teja, kereta kuda yang dipandu Tuah akhirnya sampai di rumah Hang Lekyu. Terlihat Hang Lekyu sudah tercegat di depan rumahnya sambil beberapa orang gaji berada dibelakangnya. Sampai sahaja kereta kuda itu di halaman rumah. Teja terus keluar dan bertemu Lekyu. " Saya tidak ada masa untuk ini." "........, saya faham. Silakan masuk dahulu sekiranya begitu." Tuah hanya terus mengekori mereka. Sempat juga Tuah tersenyum melihat beberapa orang gaji Hang Lekyu yang tercegat disitu. Mereka bukan tukang gaji, mereka adalah tentera. Bisik hati Tuah. " Di mana Maria?" ucap Tuah. " Dia ada di ruangan yang lain. Kamu akan bertemunya sekejap lagi, tetapi tidak sekarang. Mereka bertiga memasuki sebuah ruangan yang tidak ubah seperti pejabat. " Silakan duduk." " Tuah. Saya sudah maklum akan keadaanmu, oleh itu. Saya sanggup mengambil risiko untuk membantumu." " Maksudmu, keadaan saya yang sekarang ini?" " Iya, Teja sudah menceritakannya kepadaku. Sejujurnya, selama saya hidup. Ini baru pertama kali saya dengar kes seperti kamu, dengan memikirkannya sahaja membuatkan otak saya bercelaru. Masih ada banyak persoalan yang masih misteri. " Adakah saya akan dipancung raja?" " Tidak!, tidak ada sesiapa yang tahu akan hal ini di dunia ini kecuali kita bertiga. Saya juga tidak memberitakan hal ini kepada raja." " Tapi. Kenapa?, bukankah awak setia kepada raja, Hang Lekyu?" " ....... Hmmmmm, ramai orang yang salah erti tentang setia. Setia bukanlah dengan kita mengikuti secara membabi buta akan perintah raja atau terus memberitakan semua hal padanya. Sudah tentu, setiap orang. Cara mereka berkhidmat kepada raja adalah berbeza beza, begitu juga dengan saya. Saya tidak memberitahu hal ini kepada raja kerana raja. Pada saya, inilah cara yang terbaik. Izinkan saya untuk mengambil sedikit masa kamu untuk menerangkannya dengan lebih terperinci. Pernahkah awak mengendalikan sesebuah program atau persembahan. Sebelum kita melakukan apa sahaja, sudah tentu kita melakukan persediaan dahulu, macam macam hal kita lakukan di sebalik tabir. Semua hal itu tidak patut kita beritakan kepada penonton sebaliknya hanyalah rahsia kita sahaja. Begitu juga dengan posisi saya sebagai perdana menteri. Di mana ada sumber cahaya dan sebuah objek berdekatannya, disitu juga ada bayang bayang objek itu. Negara ini juga ada cahaya dan bayang bayangnya. Dan tugas saya adalah untuk menguruskan kedua dua sisi yang berbeza itu. Semuanya untuk kesejahteraan kita bersama." Kereta kuda berhenti di hadapan rumah Tun Teja. Sepertinya tayar kereta itu tercabut menyebabkan mereka tersekat disitu. Beberapa orang lelaki turun dari kereta kuda untuk membetulkannya. Pada masa yang sama, Saat saat senja itu. Beberapa lembaga hitam dengan cepat memanjat pagar rumah Tun Teja. Mereka memasuki rumah tanpa disedari sesiapa. Tidak beberapa lama, pintu pagar rumah dibuka dan kereta kuda itu masuk. Beberapa perempuan yang menjinjing kuih jualan terus berlegar legar di sekeliling rumah itu. Beberapa guni besar dimasukkan ke dalam kereta kuda sebelum kereta kuda itu keluar semula dan menuju ke luar kota. Sudah tentu. Sebuah kereta kuda tidak akan memuatkan semua yang ada di rumah itu. Untuk selebihnya, mereka melupuskannya dengan baik mengikut cara tentera. Hanya dalam masa sejam, ianya semua sudah tidak meninggalkan apa apa jejak pun di dunia ini. Mereka akan terus hilang selamanya. " Kekadang, saya sendiri juga hairan kepada diri saya. Adakah saya ini orang yang baik ataupun orang jahat. Huuuuuuh. Dengan memikirkannya sahaja, otak saya terus bercelaru."
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
congrats
22d
0bagusss
19/05
0nice story i like this one story
07/05
0View All