Chapter 34 Buka tingkap setiap pagi!, cahaya pagi itu menyegarkan
Tuah membuka matanya. Dia terus duduk. " Saya masih hidup?, itu tidak mungkin." Dia melihat sekelilingnya, jasad seorang lelaki yang dikenalinya ternyata masih ada disitu,hanya sahaja. Kepala lelaki itu sudah hancur. " Tun Teja, adakah dia selamat?" Tuah kemudian bangun lalu berlari ke tempat Teja terlempar semalam. Setelah menemui Teja yang masih tidak sedarkan diri, Tuah terus menggendongnya lalu membawanya ke rumah perawat di kampung itu. Hari itu, pagi pagi lagi. Tuah sudah menggendong Teja berjumpa doktor di kampung itu. Syukurlah, setelah diperiksa dan diubati. Tun Teja akhirnya dalam keadaan stabil. Sepanjang masa Tun Teja terbaring di katil rumah sakit itu. Tuah pergi semula ke jasad lelaki serigala jadian itu untuk mengambil kepalanya. Ianya terlihat kejam namun ianya penting buat Tuah. Kepala itu perlu dipersembahkan kepada raja Melaka sebagai bukti keberhasilannya menyelesaikan tugasnya. Setelah itu, barulah dia pergi ke penginapan untuk membersihkan diri, kemudian makan untuk mengisi semula tenaganya. Sejak dia baru balik sehinggalah dia selesai makan, dia tidak habis diganggu oleh Syed yang terus menangis nangis di depannya. Syed juga berkata banyak namun tidak satupun didengar Tuah. Demi mengelakkan dia yerus diganggu, dia perlu kembali ke bilikya. Usai makan, Tuah terus masuk ke biliknya lalu tidur. Keesokan paginya, saat ayam di kampung itu mengambil giliran untuk berkokok, Tuah sudah mengenakan pakaiannya dan menuju ke rumah sakit di kampung itu, dia membawa beberapa bungkus nasi lemak serta buah buahan yang baru dibelinnya di gerai berdekatan. Dia masuk ke bilik rawatan Tun Teja lalu membuka tingkap bilik. Mentari pagi terus menyinari suku sudt bilik itu, Tuah kemudian menyiram pokok pokok kecil yang ada di dalam bilik itu lalu duduk di tepi katil Tun Teja, dia mulai membuka surat khabar yang diambil paksa dari Syed. "Awak datang Tuah, selamat pagi!" " Selamat pagi tuan." " Awak tidak perlu risau, teman kamu ini bukan calang calang orang. Ini pertama kalinya saya melihat proses penyembuhan semula jadi yang cepat. Sudah tentu, selepas awak. Dia akan sedar tidak lama lagi. Pastikan beri dia makan sejurus sedar untuk mengisi semula tenaganya!" " Baik tuan." " Hahaha, baiklah, saya pergi dahulu." Persis seperti kata kata dokter tadi, setelah hampir setengah jam. Teja mulai sedarkan diri. " Alhamdullillah, akhirnya awak sedar Teja." " Tuah, awak hidup?" " Cara awak menyapa itu sedikit teruk awak tahu. Lupakan sahaja, sekarang. makanlah bubur ini!" " Saya tidak mahu memakan bubur, berikan saya satu bungkusan nasi lemak itu!" ucap Tun Teja sambil jari telunjuknya menuding ke arah atas sebuah meja kecil yang ada di satu sudut bilik itu. " Saya memang membelikannya untuk kamu, tetapi. Dokter meminta saya untuk memberikan bubur khas buatannya ini sahaja terlebih dahulu, disebabkan suhu badan awak tinggi. Awak mungkin demam atau akan demam, bubur inilah yang akan menjadi ubat awak." " Huuuuuuuuh, awak bercakap seolah olah awak sangat arif tentangya." " Maafkan saya, saya tidak bermaksud, saya hanya-" " Saya tahu, awak berusaha memujuk saya untuk memakannya bukan?, awak sampai bercerita sungguh sungguh tentang kebaikannya. Awak romantis juga rupanya, baiklah sekiranya awak berkeras. Saya akan memakannya untuk awak." Tun Teja melihat Tuah. Mood Tun Teja berubah sepenuhnya setelah melihat Tuah. " Haaaaaaaaahhhh. Ada apa dengan wajah jelekmu itu?, awak ada masalah?" " Ya saya ada." ucap Tuah sambil matanya melihat Teja dengan tatapan seakan menyindir. " Saya tidak pernah terfikir apa yang awak fikirkan. Rancangan saya, sekiranya awak tidak mahu makan. Saya akan memakan bubur ayam ini selepas memakan semua nasi lemak itu........., dan buah itu. Semua." " Awak memang kejam. Cepat berikan bubur saya itu!, dokter buatkan untuk saya, jangan awak berani makan saya punya." ucap Teja sambil tangannya terus mencuri semangkuk bubur dari tangan Tuah." " Berikan buah buah itu sekali!" Tuah kemudian mengambil bakul buah buahan lalu memberikannya kepada Tun Teja. " Saya akan membuat air. Awak mahu teh atau kopi?" " Berikan saya kedua duanya!. Saya sangat lapar." " Menjunjung perintah, tuan puteri." Tuah berjalan ke pintu keluar bilik itu. Belum sempat dia keluar sepenuhnya dari bilik itu, Tun Teja terus memanggilnya " Tuah......., terima kasih...... Terima kasih kerana masih hidup." ucap Tun Teja. Tuah menoleh semula melihatnya, air mata Tun Teja yang tumpah terus cepat cepat di lapnya lalu dia menyambung semula melahap bubur yang dimasak oleh dokter kampung itu. " Saya juga ingin mengucapkan terima kasih padamu. Terima kasih banyak kerana hidup Tun Teja!" Setelah itu, Tuah kemudian meninggalkan bilik itu. Tidak beberapa lama setelah itu, Tuah kembali semula membawa dua teko berisi air teh dan kopi. " Awak datang terlalu lama. Saya sampai sudah menghabiskan bubur serta buah buahan ini, dan semua nasi lemak awak." " Apa?, awak memakan nasi lemak saya?." Tuah menyimpan barang yang dibawahnya lalu terus menarik kedua dua telinga Tun Teja. " Saya tarik teelingamu yang kiri kerana awak ingkar arahan dokter. Saya menarik telingamu yang sebelah kanan kerana saya marah awak memakan semua makanan saya." " Aduuuu. sakit, awak terlalu lurus, tidak ada apa apa akan terjadi sekiranya saya memakannya, awak tidak perlu risau. Satu lagi, awak terlalu kedekut, saya akan memulangkan semula duit awak." Tuah kemudian melepaskan telinga Teja. " Baguslah sekiranya begitu." " Saja mahu beritahu, Tuhan tidak menyukai orang yang kedekut." " Awak sendiri kedekut, ais krim pun awak kira." " Itu sudah tentu, sebab. Sebab ianya bukan duit saya, ianya duit keluarga saya." " Hmmmm. Yalah." " Paling penting sekali. Tuah, bagaimana kita masih hidup?, adakah awak berjaya membunuh raksasa itu?" " Tidak, saya tidak berjaya membunuhnya." " Jadi-" " Tapi dia sudah mati, dibunuh oleh orang lain." " Syukurlah raksasa itu sudah mati, tetapi. Siapa orang itu?" " Saya tidak tahu, yang saya tahu, orang itulah yang menyelamatkan nyawa saya saat saya sangat pasti yang saya tidak ada peluang untuk itu lagi." " Iya. Awak sepatutnya sudah mati, adakah awak tidak keberatan untuk ,emceritakannya dengan lebih terperinci Tuah?" " Saya tida kisah, tetapi saya sendiri tidak faham apa yang berlaku." " Tidak mengapa, hanya ceritakan apa yang awak tahu sahaja sudah lebih dari cukup." " Baiklah." Tuah duduk semula di samping katil Tun Teja lalu menceritakan semua apa yang terjadi selepas Tun Teja pengsan.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
congrats
23d
0bagusss
19/05
0nice story i like this one story
07/05
0View All