logo text

Chapter 37 Urusan di ibu kota

Kereta kuda berjalan menyusuri jalan yang panjang.
" Tuah, awak patut minum ubatan herba ini!, ini akan meredahkan demam awak.
Dan juga, saya akan keluar, awak tidak boleh baring dengan selesa sekiranya saya ada di tempat sempit inikan?
Saya berada di luar. Sekiranya awak memerlukan apa apa. Panggil sahaja saya!"
" Tuah sedang sakit, jadi sekiranya kamu mahu memberitahu sesuatu. Kamu boleh beritahu saya!, saya akan sentiasa berada di hadapan. Faham?"
" Faham tuan."
Sekiranya masa kami masih panjang, ingin sekali untuk saya menundah perjalanan balik kami ke ibukota. Tetapi kami terdesak untuk cepat menyelesaikan tugas ini dan mencari penawar untuk Tuah.
Ini tidak boleh dielakkan, saya sudah tahu ini akan terjadi. Badan Tuah yang normal tidak akan semudah itu untuk membiarkan darah serigala menyatu dengannya. Badannya akan cuba menentang pada permulaan sebelum bersatu sepenuhnya.
Tetapi, saya terkejut, bagaimana dia mampu bertahan selama ini. Tuah, awak adalah orang yang luar biasa.
Rombongan itu terus meredah hutan itu.
Setelah bebrapa hari, mereka akhirnya sampai ke ibu kota.
"Saya datang bagi pihak laksamana Hang Tuah, tubuhnya yang baru sahaja beransur sembuh menghalangnya untuk datang sendiri ke sini tuanku."
" Baiklah, beta faham. Syukurlah kamu selamat balik, sekarang. Laporkan kepada kami semua yang telah berlaku!"
" Baiklah. Sebelum itu, ini adalah laporan sepanjang misi kami, saya yakin ini amat penting buat kita."
" Iya, iyanya sangat penting. Awak boleh berikannya kepada Hang Lekyu. Lekyu, tolong periksa laporan itu nanti!"
" Baiklah Tuan."
Tuah berada di tempat yang gelap. Dia tidak melihat apa apapun.
" Teja?, awak ada di sana?" jerit Tuah.
Setelah dia mengambil masa untuk mengamati kawasan sekitar. Ternyata, dia berada di hutan.
Hutan tempat dia bertarung melawan serigala jadian itu. Mayat mayat bawahannya masih segar terbaring di tanah.
Darah masih mengalir dari tubuh mereka.
Di balik pokok pokok rendang hutan. Tuah merasakan sesuatu.
Itu bukan manusia, tidak ada bunyi yang dikeluarkan entiti itu. Hanya sahaja Tuah yang sudah terbiasa di hutan sebagai pemburu, dia sangat terbiasa dengan kehadiran itu.
Iya, itu adalah kehadiran pemburu.
Tuah terus melihat ke tempat yang gelap itu, semakin masa berlalu, pandangannya perlahan lahan mulai melihat sesuatu.
Satu pasang mata menyala melihatya dari semak itu.
Dari pada aras mata entiti itu. Tahulah dia, makhluk itu adalah raksasa.
Tingginya dua kali tinggi lelaki dewasa.
Aku perlu lari!, tapi ke mana?. Aku tidak tahu, tetapi untuk sekarang, sekiranya aku mahu mencuba nasib untuk hidup, aku perlu lari.
Sekiranya aku tidak bernasib baik pun, sekurang kurangya. Aku hidup beberapa detik lebih lama berbanding hanya berdiam diri disini.
Tuah kemudian membuka langkah seribu menjauhi raksasa itu.
Dia terus memecut lari.
Raksasa itu terus mengejarnya dengan pantas.
Tuah melihatnya, dalam beberapa detik akhir itu. Dia berjaya melihat dengan jelas kelibat raksasa yang menerkamnya.
Ianya adalah serigala.
Tuah terbangun dari tidur.
" Awak bangun. Akhirnya."
".........., Teja, berapa lama awak berada disini?"
" Tidak lama, sekitar beberapa jam yang lalu."
" Kita sudah berada di ibu kota?"
" Iya."
" Sekiranya begitu, saya tidak ada masa untuk terbaring, saya perlu membuat laporan lalu bersiap bertemu raja."
Tuah cuba untuk bangun dari katilnya.
" Awak pengsan Tuah, setelah kita sampai ke sini. Saya meminta mereka untuk menghantarmu ke rumah sakit untuk di rawat. Sementara itu, saya menyelesaikan semua urusanmu yang masih belum selesai.
Saya sudah bertemu raja dan semua pembesar utama, saya juga telah membuat laporan bagi pihakmu. Oooh ya, raja dan mereka semua mengucapkan takziah kepadamu. Setelah awak sudah sembuh sepenuhnya, majlis yang akan menabalkan awak sebagai wira akan dilangsungkan dengan besar besaran di seluruh kota Melaka.
Itu yang dikatakan raja."
" Sejujurnya, saya tidak perlukannya."
" Iya, saya tahu. Sebab itulah saya menolaknya."
" Awak menolaknya?"
" Iya. Keadaan awak. Tidak, kita tidak ada masa untuk itu."
" Dengan memberi alasan yang awak belum bersedia sepenuhnya. Saya menyampaikan hasrat awak kepada mereka. Saya beritahu mereka yang awak mahu merantau. Awak mahu mencari guru yang mampu membimbing awak."
".......... Jadi, apa kata mereka?"
" Pada mulanya, raja sedikit keberatan. Tetapi oleh kerana Hang Lekyu bersependapat dengan saya. Raja akhirnya bersetuju."
" Syukurlah."
" Iya, syukur sangat. Sekarang, pergi bersiap. Kita ada urusan untuk diselesaikan."
" Sekarang?"
" Iya. Kita tidak boleh menunda, berita awak berjaya menewaskan serigala jadian sekarang sudah mulai tersebar luas bagai api menjilat kayu kering.
Sekiranya kita lambat menyelesaikan urusan kita lalu keluar dari kota ini. Akan ramai orang dari pelbagai kasta dan niat akan mengurumuni awak. Sekarang, cepatlah bersiap!, saya akan menunggumu di luar."
Mereka berdua keluar dari rumah sakit menggunakan jubah yang menutup mereka.
" Kita pergi ke mana Teja?"
" Rumahku, setelah itu. Kita akan menjemput adikmu di rumah Hang Lekyu."
Mereka memasuki kereta kuda yang berada tidak jauh dari bangunan rumah sakit.
Sejurus mereka masuk, kereta kuda itu terus bergerak ke destinasi mereka.
Perlahan kereta kuda itu memasuki ke perkarangan rumah agam yang besar.
Mereka kemudian keluar dari kereta itu lalu masuk ke rumah.
Tuah yang terpinga pinga hanya mengekori Teja.
Beberapa wanita yang memakai baju hitam putih terus menyapa Teja.
"Tuan hendak apa apa?" tanya salah seorang dari mereka.
" Tidak." jawab Teja ringkas.
Teja bergegas naik ke tingkat paling atas di rumah itu.
Di bahagian atas, dia pergi ke sebuah bilik lalu masuk.
" Pertamanya, saya ingin minta maaf Tuah kerana tidak mempersilakan awak tadi. Saya tidak sengaja, hanya sahaja. Atas banyak hal yang berlaku sebelum ini. Pada saya, hanya inilah sebenar benar rumah saya.
Perpustakaan serta tempat kerja ayah saya.
Tuah hanya mengangguk tanda faham.
" Awak mesti tertanya kepada kita datang ke sini. Jawapannya ialah tujuan kita ke sini adalh mencari semua buku yang ada kaitan dengan serigala jadian, setelah kita temukan, kita akan bawa semua sekali bersama kita. Sekarang, bantu saya mencarinya!, jangan bilang yang awak tidak reti membaca."
" Awak terlalu merendahkan saya, saya pergi ke sekolah saat saya kecil. Saya juga diajar membaca dan mengira oleh ibu saya saat saya berumur 5 tahun lagi."
" Oooh, baguslah sekiranya begitu. Sekarang, awak cari bermula di bahagian hujung kanan!, saya pula akan cari bermula di bahagiam kiri."
Setelah hampir setengah jam. Mereka akhirnya berjaya mengumpulkan semua buku yang mereka mahu.
" Ayuh!, kita akan angkat terus ke kereta kuda."
Mereka berdua mengangkat semua buku itu menuruni tangga lalu pergi ke kereta kuda yang ada di perkarangan rumah.
" Awak datang juga akhirnya Teja. Tukang gaji memberitahu saya yang awak datang dengan terburu buru sambil membawa lelaki yang tidak dikenali.
Saya tidak sangka, lelaki itu rupanya adalah wira negara ini. Ooo ya, sekiranya saya tidak salah, awak berdua melakukan misi bersama betul. Syukurlah kamu berdua berjaya balik dengan selamat."
Tuah terus menoleh ke belakang. Ternyata, ada seorang wanita dalam linkungan umur 50 tahun menyapa mereka.
Tuah sedikit terkejut dengan apa yang dia lihat, dia tidak menyangka bahawa wanita bangsawan masih tetap cantik meskipun sudah berusia.
" Diamlah orang Tua!"
Mata Tuah terbeliak setelah mendengar ucapan Teja, dia terkejut. Tetapi dia hanya diam.
" Sebagai orang yang menghormati orang tua terutamanya ibu bapa, dia sedikit tidak setuju dengan cara Teja melayan ibunya."
" Saya minta maaf menyibuk akan urusan keluarga kamu, tetapi. Tidakkah perilaku awak terlalu kasar terhadap ibumu sendiri?" bisik Tuah pada Teja.
Teja menoleh ke Tuah dengan pandangan tajam.
" Dia bukan ibuku."
Ehhhh...

Book Comment (185)

  • avatar
    MalachicoJeo

    congrats

    22d

      0
  • avatar
    DaclesMeriam

    bagusss

    19/05

      0
  • avatar
    Nur Nabila

    nice story i like this one story

    07/05

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters