" Tuah, saya tidak tahu mahu mula dari mana. Hmmmmmmmmm..... Keadaan awak tidak seindah yang awak sangka Tuah." " Apa maksudmu Teja." " Untuk awak terus hidup dan terselamat dari kematian, ada benda yang awak perlu bayar. Tuah, awak bukan sepenuhnya manusia lagi. Awak sudah disumpah. Dengan meminum darah serigala jadian, awak akan menjadi sebahagian daripada mereka. Itu salah satu cara mereka meneruskan susur galur mereka. Hanya orang yang betul betul layak sahaja yang diberikan darah oleh mereka. Tetapi, untuk kes awak. Awak mendapatkannya secara paksa, saya merasakan yang orang memaksa awak minum darah serigala itu juga tahu tentang ini. Tetapi persoalannya, awak menerima darah itu saat awak nazak. Proses penyembuhan dari darah serigala tidak akan sempat menyembuhkanmu, ianya memerlukan masa. Oleh itu, bagaaimana awak terselamat." " Guraun awak terlalu serius Teja, awak berfikir terlalu banyak." " Tidak, saya tidak bercanda. Ini semua maklumat yang saya dapat dari membaca semua buku buku tebal itu." " Iya, saya faham. Ianya boleh jadi betul dan tidak betul, tetapi selagi belum terbukti dan masih teori. Lebih baik untuk kita untuk terus berfikiran positif dan berdoa." " Tapi kita tidak boleh tidak berpijak dengan rialiti Tuah, awak atau saya harus memikirkan semua kemungkinan yang mungkin berlaku. Hanya kita berdua sahaja yang tahu tentang ini." " Awak betul........ Oleh itu, sekiranya itu betul. Saya sudah ada rancangan untuk itu, jadi awak tidak perlu susah susah untuk memikirkannya buat saya." " Apa yang awak akan buat Tuah? Buku ini tidak memberitahu penawar akan hal itu, bagaimana sekiranya tidak ada penawarnya?, apa yang awak akan lakukan?" " Hmmmmmm, saya tidak tahu. Tetapi sekiranya rancang musuh adalah untuk meneruskan saya meneruskan keturunan serigala ini-" " Awak akan mengakhiri nyawa awak?, begitu?" " Mungkin. Sekiranya saya terdesak dan tidak ada cara lain." " Nyawa awak tidak semurah itu Tuah, kenapa awak begitu mudah menukarkan nyawa awak begitu sahaja." " Tidak ada apa yang saya boleh buat Teja, saya masih bernafas sekarang sudah cukup baik. Saya tidak akan menyesal sekiranya saya mati setelah ini." " Bagaimana dengan adikmu?, siapa yang akan menjaganya?. Awak mengharapkan saya?, awak mahu adik awak menjadi perempuan kasar seperti saya apabila dewasa, awak mengharapkan Hang Lekyu, dia mungkin bijak tetapi menjaga budak kecil bukanlah bidangnya. Dia mungkin baik, tetapi awak yakin akan isterinya, bagaimana sekiranya dia dibuli oleh anak anaknya, awak mengharapkan orang rawak dari kerajaan yang entah bagaimana perangai mereka, rumah anak yatim yang entah bagus atau tidak. Percayalah cakap saya, awak akan menyesal di dalam lubang kubur nanti." Tuah mendekatti Teja lalu memegang kedua bahunya. " Awak terlalu memikirkannya Teja, bertenang. Semua itu hanyalah teori awak sahaja." "Awak tidak percayakan saya?, awak fikir saya gila?. Sekiranya awak bijak sangat, ceritakan pada saya!, bagaimana awak masih hidup, jantung awak yang hancur, bagaimana ianya sembuh. Tangan awak yang putus, ceritakan pada saya Tuah!" " Saya tidak tahu." " Sekiranya begitu, ikut saya. Saya mahu menunujukkan sesuatu kepada awak!." Teja menarik tangan Tuah mendekati tingkap bilik itu. Setelah itu, Teja terus menarik kain langsir yang menutup tingkap itu. Sinaran bulan terus memancar masuk ke dalam bilik yang hanya berlampukan lampu minyak tanah itu. " Lihat bulan itu Tuah!!" Tuah terus melihat bulan enuh itu. Tiba tiba, Tuah mengerang kesakitan, dia menjerit. Dia menjadi tidak stabil, dia terhuyung hayang, dia merasakan seolah olah ada sesuatu dalam dirinya yang ingin keluar dan mengambil alih tubuhnya. " Anak mata awak berubah Tuah, itu bukan mata manusia lagi. Lihat tangan kiri mu!, bulu kasar terus menyelimutinya. Awak faham maksud saya, tangan itu bukan tangan awak. Tangan yang awak tanam bersama jasad orang oran kita, itulah tangan awak yang sebenarnya, disebabkan jasad orang orang terpisah pisah dan sebahagiannya di makan, kamu tidak dapat mengetahuinya." " Teja, sebelum saya kehilangan kesedaran saya sepenunya. Tolong!, ambil pedang di pinggang saya dan pancung kepala saya!. Cepat!" " Tidak, awak tidak akan mati disini, kita akan mencari penawarnya bersama sama Tuah." " Adakah saya ada pilihan untuk itu, lihat tangan saya!. Ini adalah tangan raksasa yang kita lawan, saya sangat pasti tentang itu. Serta gigi taring yang tumbuh ini-" " Awak ada masa. Saya sangat yakin tentang itu." Teja kemudian menututp semula langsir tingkap sekaligus menghalang Tuah dari melihat bulan atau terkena cahayanya." Serta merta, keadaan Tuah yang seolah olah mahu meletup tadi perlahan beransur pulih. Teja mendekati Tuah lalu menghulurkan segelas air putih. Ianya tidak merebak dengan cepat Tuah, lihat sahaj perubahanmu tadi, sangat perlahan. Tangan yang bukan awak tuannya itu sudah berubah sepenuhnya tetapi awak tidak, ianya bermaksud. Serigala itu belum bersatu sepenuhnya dengamu. Oleh itu, misi kita adalh mencari penawarnya sebelum ianya bertambah para,. Awak setuju dengan saya Tuah!" " Kenapa awak ingin membantu saya Teja?" " Sebab saya menghormati awak Tuah, awak adalah ketua yang hebat, serta askar, abang atau rakyat. Saya tidak mahu orang macam awak mati terlalu awal, negara ini masih memerlukan orang sepertimu. Sekarang, jabatlah tanganku Tuah sebagai tanda persetujuan antara kita. Hanya kita berdua sahaja, orang lain tidak boleh terlibat." " Baiklah, saya setuju. Tetapi, apabila ianya tidak berakhir dengan baik dan keadaan saya semakin parah, awak juga perlu bersetuju untuk mengakhiri nyawa saya." " Iya, itu sudah tentu. Awak tidak perlu mengatakannya, saya sendiri yang akan memancung kepala awak saat itu terjadi." " Terima kasih Teja." " Awak boleh balik sekarang, saya mahu makan dan tidur." " Arhhh, iya. Baiklah." Tuah kemudian berlalu pergi. " Tuah........., saya berjanji untuk menyelamatkan nyawamu, saya berhutang nyawa denganmu bukan?" " Iya, awak berhutang. Jadi tolong selamatkan saya kali ini Teja!, saya takut meninggalkan adik saya bersendirian di dunia ini." " Huuuuuuuh, awak tidak perlu menangis Tuah, awak sudah bertemu dengan orang yang tepat. Anggap sahaja masalah awak sudah selesai. Percayalah cakap saya!" " Saya sentiasa percayakan awak Teja. Sekali lagi, terima kasih atas bantuan awak." Malam itu, lampu minyak tanah terus menyinar di bilik Teja. Buku buku yang berkaitan serigala jadian yang dibawahnya dari perpustakaan negara sebagai rujukan terus dibaca. Meskipun serigala jadian itu sudah mati, Teja ada tujuan lain dan dia akan bekerja keras untuk mendapatkan informasi yang dia perlukan.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
congrats
23d
0bagusss
19/05
0nice story i like this one story
07/05
0View All