logo text

Chapter 38 konflik rumah tangga berlaku kepada semua. Miskin atau kaya, sama sahaja

"Sekiranya awak tidak keberatan. Mahukah awak makan tengah hari bersama dengan kami?"
" ....... Iya. Saya mahu, lagipun. Saya mahu membincangkan sesuatu dengan awak."
Teja masuk semula ke dalam rumah agam itu.
Tuah terus mengikut rapat dibelakangnya.
Meja panjang dipenuhi makanan disajikan kepada mereka.
"Mari kita makan!"
"Mana Suri?, Said dan Syafiq?"
"Tolong panggil mereka abang dan adik Teja!, ke mana perginya rasa hormatmu pada mereka."
"Mereka bukan adik beradik saya. Awak bukan ibu saya."
Suasana sunyi menyelubungi mereka.
Tuah yang duduk di tepi Teja terus makan. Dia tidak mahu terlibat dalam konflik keluarga orang lain, tambahan lagi. Dia sudah menahan lapar sejak keluar dari rumah sakit lagi.
"........ Suri adikmu akan balik dari sekolah sekejap lagi, untuk abangmu Syafiq dan Said Syafiq masih bekerja lapangan menggantikan saya. Said pula pergi ke luar negeri atas urusan kerja.
Awak tahu, ibu sudah terlalu tua untuk menguruskan hal berat berat, jadi. Sebelum ibu mati, ibu mahu kamu semua sudah pandai mengendalikan perniagaan kita.
Dalam beberapa bulan lagi, apabila kerja mereka memuaskan. Saya merancang untuk menyerahkan syarikat keluarga kita pada mereka.
Untuk Syafiq, ibu akan serahkan syarikat hartanah serta pembangunan padanya.
Untuk Said, ibu akan serahkan semua perniagaan di luar kota padanya.
Untuk Suri pula, salon salon kita yang ada di ibu kota akan ibu berikan padaya. Kerjanya tidak terlalu berat, sangat sesuai untuknya.
Untuk awak Teja, ibu akan berikan rumah agam besar ini padamu.
Ibu sangat berharap agar umur ibu masih panjang untuk melihat kamu semua bekeluarga dan bahagia."
Teja terus makan tanpa membalas Ibunya.
Begitu juga dengan Tuah.
" Puan, PUan Suri sudah balik. Dia balik membawa temannya."
" Ajak dia makan sekali dengan kita!"
" Baik puan."
" Emak, saya membawa Fayed lagi kali ini. Kami mahu balik bersama, jadi saya mengajak dia singgah."
" Arhhh, tidak apa. Fayed bukan siapa siapa bagi keluarga kita lagi, ibu tidak keberatan. Mari duduk dan makan bersama kami."
" Baiklah puan, sangat berat untuk saya menolak setelah melihat semua makanan ini."
Mereka berdua duduk dan makan bersama.
" Awak siapa?, saya seperti pernah melihat muka awak sebelum ini, tetapi atas urusan apa awak disini?
Awak bukan keluarga mereka bukan?"
Lelaki itu bertanya kepada Tuah yang sedang makan."
Terkejut akan soalan yang dilontarkan padanya, Tuah sempat terbatuk kecil.
" Mmmm, saya mengikut Teja ke sini atas beberapa urusan, harap kamu semua tidak keberatan."
"Saya sudah selesai makan, mari kita teruskan perbualan kita orang tua!
Awak mengatakan yang kami perlu berdikari tetapi awak tidak berlaku adil dalam pemberian hak keluarga."
" Kenapa bicaramu sangat kasar kepada ibu Teja?-"
" Kau diam!, aku tidak bertanya padamu."
" Teja, saya menghormatimu kerana awak adalah kakak Suri, tetapi. Perbuatanmu yang berlaku kasar kepada keluargamu sendiri tidak boleh dibiarkan."
Lelaki itu bangun lalu memegang hulu pedangnya yang tersangkut di pingangnya.
Tuah yang duduk di tepi mulai memegang erat pinggannnya.
" Awak tidak perlu terbawa emosi Fayed, biarkan sahaja dia!"
Lelaki itu diam beberapa saat sebelum duduk semula.
" Apa maksud awak ibu tidak berperilaku adil Teja?, ibu sudah menyerahkan semua hak kamu.Saya tidak membezakan hak awak dan mereka walaupun awak adalah anak tiri ibu."
" Apa yang awak maksudkan dengan itu?, awak menyerahkan semua perniagaan yang dahulunya dibawah ayah saya kepada mereka, untuk saya pula. Awak hanya berikan rumah uzur ini."
" Kenapa awak memandang semuanya dalam sudut pandang negatif?, awak adalah pegawai kerajaan betul?, awak menerima gaji setiap bulan. Berbeza dengan abang dan adikmu."
Teja menangis sejenak. Setalah itu, dia menarik nafas panjang.
" Ada banyak hal yang aku benci mengenai kamu semua. Pertikaman lidah disini tidak akan menyeselesaikannya. Oleh itu, saya akan terus ke tujuan utama saya ke sini.
" Anak Kunci ke pintu besi, berikan ianya kepada saya!"
" Apa maksud awak Teja?"
" Harta peninggalan ayah saya yang berada di dalamnya. Saya perlukannya."
" Tidak boleh, awak tidak boleh hanya mengambil kita begitu sahaja Teja-"
" Awak sudah berlebihan Teja."
Lelaki itu berdiri semula lalu cuba menghunus pedangnya.
Belum sempat pedangya keluar dari sarungnya.
Pinggan berisi makanan sudah terhentak kuat ke kepalanya.
Tuah berdiri dan pergi ke belakang Teja.
Lelaki yang rebah itu terus disambut oleh Suri sambil menangis.
" Saya tidak boleh berikannya Teja. Ditambah dengan apa yang kawan awak telah lakukan. Awak fikir saya akan menyerah begitu sahaja?"
" Saya tidak memintanya nenek tua, saya merebutnya dari kamu. John, lakukan tugasmu!"
Tuah yang mengerti maksud Teja terus menangkap Suri yang tidak jauh darinya.
Garfu terus dihalakan ke leher Suri.
" Sialan kau lelaki banjingan, lepaskan Suri."
Lelaki itu bangun lalu cuba merebut Suri dari Tuah.
Teja kemudian mengenggam rambut sikat tepi Fayed dari belakang lalu menghentaknya ke meja makan dengan kuat.
Meja kayu itu hancur akibat kekuatan Teja. Untuk lelaki itu pula, dia terus kehilangan kesedaran.
" Kamu para tukang gaji. Sekiranya kamu bermulut celopar dengan memberitakan hal ini, saya akan mencari kamu dan keluarga kamu!" ugut Teja.
" Awak boleh mengambilnya, kunci itu berada di bawah bantalku. Sekarang, tolong lepaskan Suri!"
"Belum lagi, saya akan melepaskannya sekiranya saya sudah mahu pergi dari sini."
" Setelah mendaptkan apa yang mereka mahu, Tuah dan Teja terus berlalu pergi menaiki kereta kuda."
" Awak ambil semua harta simpanan keluarga kamu?"
" Hah?, sudah tentu tidak, awak fikir saya pencuri.
Saya hanya mengambil hak saya, itu sahaja."
" Dia ada mengatakannya, awak bukan anaknya. Bagaimana itu boleh terjadi?. Saya minta maaf kerana bertanya hal yang awak tidak suka, tetapi. Ini bukan masalah awak seorang sahaja awak tau, ini sudah menjadi masalah kita."
" ........., hahahaha. Iya, awak betul, ini sudah menjadi masalah kita, apapun, saya masih terkejut. Awak tetap mengikuti saya walaupun tidak tahu apa yang saya buat betul atau tidak. Saya sedikit terharu."
" Hahahaha, terima kasih atas pujiannya, tetapi awak tidak perlu terlalu memuji saya kerana ianya adalah hal normal buat orang bijak seperti saya.
Saya tidak seperti kebanyakan orang yang hanya menentukan orang baik atau jahat hanya dari beberapa organ deria seperti mata dan telinga. Saya tidak akan menghukum terlalu cepat, sebab itu saya mahukan penjelasannya darimu sekarang."
" Baiklah, saya akan ceritakan semuanya. Pastikan setelah saya selesai menceritakannya, kereta kuda yang awak pandu ini sampai ke rumah Hang Lekyu!"
" Baik puan."

Book Comment (185)

  • avatar
    MalachicoJeo

    congrats

    22d

      0
  • avatar
    DaclesMeriam

    bagusss

    19/05

      0
  • avatar
    Nur Nabila

    nice story i like this one story

    07/05

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters