Tuah mulai kehilangan kesedarannya. Kepala serigala itu tergolek di tanah manakala Jantung Tuah tumbus berlubang oleh tangan serigala. Tuah rebah ke bumi. Akhirnya, pertarungan ini berjaya dimenangkan olehnya. Misinya sudah selesai, sekarang. Dia hanya menunggu sehingga nyawanya betul betul selesai akibat kecederaan yang teruk dia terima. Perlahan mata Tuah menjadi semakin malap. Kesedarannya turut lumpuh bersama sama penglihatanannya. " Maafkan abang Maria, abang tidak dapat terus menjaga dan bersamamu." " Sialan, aku akan hidup semula dan akan menyiksamu!, jangan fikir yang ianya berakhir disini." Ehhhhh. Kepala yang terputus itu masih mampu bersuara. Kesedaranya tidak hilang, kurang ajar!!. Pengorbananku hanya sia sia. Badan yang tidak berkepala itu perlahan bangun lalu meraba raba sekeliling, ianya seperti cuba mencari kepalanya untuk disambungkan semula. " Laksamana melaka, apa perasaanmu melihat semua pengorbananmu sia sia?, hahahahaha. Bagus, terus rasai penyesalan dan keputus asaan itu, inilah hakikat yang tidak boleh diubah. Kami tercipta sebagai makhluk yang berada di atas dalam rantaian makanan manusia. Sekarang , terimalah takdir itu. Hahahahaha." KCHHHHHKKKK........... " Tidak!, pengorbanannya tidak sia sia, dia. Laksamana melaka akan hidup semula dengan membawa berita gembira kepada umat manusia, berita dimana dia berjaya menumpaskan serigala jadian yang menjadi musuh kepada umat manusia selama berdekat dekat lamanya. Namanya akan harum untuk berabad abad lamanya." Badan serigala yang tidak berkepala itu tiba tiba berlubang ditebuk oleh tangan berkuku panjang dari belakang. " Siapa kau?" Tanpa menjawab soalan dari serigala itu, orang yang memakai jubah sepenuh badan itu terus mengoyak badan itu menjadi dua.Serigala terus menjerit kesakitan. " Hidupmu berakhir disini tuan serigala. Mataku dapat melihat jumlah magik yang masih engkau ada. Aku akan terus menyiksamu sehingga tenaga magikmu betul betul habis. Tetapi melihat dari tenaga magikmu yang terkuras hampir habis ini. Sungguh, manusia yang engkau lawan bukan calang calang orang. Sebagai tanda penghargaan dari saya, saya akan memberikan dia peluang. Woi manusia disana. Sekiranya awak masih mampu bertahan sampai urusan saya dengan serigala ini selesai, saya akan memberikan awak kehidupan kedua. Oleh itu, tolong bertahan sedikit sahaja lagi!." Apa orang itu katakan?, bagaimana mungkin saya masih boleh diselamatkan?, meskipun dia seorang dokter sekalipun. Kecederaan saya ini sudah terlalu parah. Saya sudah tidak boleh diselamatkan. Tangan saya terputus, darah terus mengalir keluar, jantung saya sudah hancur berlubang. Saya sudah tidak mempunyai peluang lagi, namun begitu. Alangkah baiknya sekiranya saya ada peluang kedua, ingin sekali saya bertemu dengan Maria semula, maafkan saya ibu dan ayah. Saya tidak dapat menjaga dan menemani Maria lagi di dunia yang kejam ini Dari mata kabur Tuah, dia dapat melihat orang yang berjubah hitam sepenuh badan itu seperti melakukan sesuatu. " Apa yang engkau lakukan?, kenapa engkau mengambil darahku?" " Soalan yang bagus, tetapi untuk sekarang, saya tidak ada masa untuk menjawabnya." Setelah menuang darah serigala yang tumpah ke dalam gelas, orang itu terus meluruh ke arah Tuah. " Badanmu sepertinya sudah nazak, syukurlah aku masih sempat." Orang itu kemudian mengeluarkan pisau lalu melukakan sedikit tapak tangannya. Dia kemudian menumpahkan darah itu ke mulut Tuah. " Minum darahku sekiranya awak mahu hidup!, awak perlu menjaga adik awak ingat?, adakah awak sanggup membiarkan dia bersendirian di dunia yang huru hara ini?" Tuah yang mempunyai semangat untuk terus hidup yang tinggi terus menggunakan kekuatan yang terisa untuk menelan darah yang tumpah ke mulutnya. Kesedaran Tuah tiba tiba Hilang sepenuhnya. Anak mata Tuah bertukar tajam, ianya bukan mata manusia lagi. Tangan kanan Tuah dengan cepat menangkap orang itu lalu menghisap darahnya dengan rakus. " Engkau terlalu buas, sebanyak itukah darah yang engkau perlukan untuk memuaskan dirimu?" Tapak tangannya yang digigit Tuah kemudian mencengkam rahang Tuah dengan kuat. Dia kemudian membuka paksa mulut Tuah lalu menuangkan darah serigala yang baru diambilnya. Sejurus darah itu turut ditelan Tuah, dia terus mengerang kesakitan. " Apa yang engkau buat padanya?, beritahu aku!" " Aku tidak buat apa apa, aku hanya ingin menciptakan karya yang teragung. Jasad ini akan menjadi makhluk yang paling kuat, dengan mencampurkan darahmu dan darahku serta kualitinya sebagai laksamana yang hebat. Dia akan menjadi raja kepada dunia ini." " Engkau sudah gila?, kenapa engkau menjadikan manusia yang sedia kuat bertambah kuat?, bukankah ianya akan mengancam kamu?" " Iya, sekiranya dia cukup kuat, dia mungkin akan mengancam diriku. Tetapi bagaimana sekiranya dia ditolak oleh manusia sendiri?, aku akan menyiapkannya untuk itu. Awak sama sepertiku, sudah berabad kita hidup, kita sudah sangat arif tentang sikap sebenarb manusia. Makhluk yang paling berbahaya di dunia. Baiklah, saya akan mengakhri semua ini." Orang misteri itu kemudian mencabut paksa tangan azam yang sudah bertukar ke bentuk manusia sepenuhnya. " Aku akan mengambil tangan ini, orang yang mati sudah tidak memerlukan tangan kan?" Setelah itu, dia kemudian menyambungkan tangan itu ke bahu Tuah. Dalam beberapa saat, tangan itu tiba tiba tergabung ke badannya. " Awak memang gila." " ........... Maafkan saya, di bahagian ini, saya lebih memilih untuk tidak dilihat sesiapa. Boleh awak terus mati?" " Kenapa awak terlalu kejam?, saya akan mati dalam beberapa minit lagi-" " Terlalu lama, saya tidak ada masa selamav itu." Orang berjubah itu kemudian terus mengeluarkan pistol dari dalam jubahnya lalu menembak hancur kepala itu. Dia terus menembaknya berulang ulang kali, sehinggalah serigala itu betul betul mati. Sejurus selepas itu, dia mendekati Tuah yang tidak sedarkan diri lalu membisikkan sesuatu." ps: jangan lupa subscribe:)
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
congrats
23d
0bagusss
19/05
0nice story i like this one story
07/05
0View All