Homepage/kisah pendekar gagak/
Chapter 42 katak tua itu masih berbisa loo!!
" Saya tidak akan mati begitu sahaja budak bodoh. Awak seribu tahun awal untuk membunuh saya."
Lelaki tua itu melompat beberapa meter ke belakang.
Kemudian, dia dengan tenang melibas pedangnya ke arah pontianak itu.
Pontianak itu tersenyum.
Dia melambai lambai ke arah orang tua itu.
Sialan, dia sengaja. Sepertinya ada jebakan yang dibuatnya. Tapi, apa itu?
Belum sampai kakinya. Badannya terus ditendang dari tepi dengan kuat.
Lelaki tua itu terhumban ke tepi.
Ianya menyebabkan libasan orang Tuah itu tidak mengenai sasaran.
Libasan berwarna hijau muda terbentuk di udara dan memotong semua yang ia lalui.
tangan pontianak serta bangunan yang dibelakangnya terus terbelah akibat potongan itu.
“ Ciss, libasanku meleset.”
Orang tua itu kemudian menoleh untuk melihat siapa gerangan orang yang menendangnya.
" Lelaki itu. Remaja lelaki yang terbunuh tadi, dia masih hidup?.
Itu mustahil!!"
“ Saya minta maaf sebab menganggu orang tua, tapi ini semua agar awak selamat.”
Beberapa tombak yang terbuat dari darah tiba tiba tertimbul keluar dari bawah tanah terus menikam Tuah.
Tangan kanan Tuah mematahkan salah satu tombak yang menikam tubuhnya, kemudian, tombak itu direjam ke arah pontianak itu sambil dia terus ikut berlari.
Hujaman yang kuat itu terus terpacak di jantung pontianak itu.
“ Sialan kau, bagaimana engkau masih hidup?”
Beberapa ekor tentakel terus keluar dari telaga lalu menyerang Tuah yang cuba mendekati pontianak itu.
Tuah berlari dengan laju, dia dengan hebat dapat menepis semua serangan itu.
“ Saya mendengarnya, ada sesuatu yang besar sedang bergerak di bawah tanah berdekatanku.”
Tuah melompat ke tepi dengan cepat.
Saat itu juga, tanah di tempat pijakannya yang sebelum itu terus ditumbuhi duri duri darah.
Naluri saya sudah semakin baik, bukan itu sahaja. Saya juga sudah semakin mahir dan fleksibel dengan tubuh super saya ini.
Syukurlah, kerja kerasa saya selama ini tidak mengkhianati saya.
Sejak malam dia bertarung dengan serigala jadian itu, Tuah menyedari yang tubuhnya berubah sedikit demi sedikit.
Organ derianya menjadi kuat terutama hidungnya, kekuatan fizikal serta staminanya juga meningkat drastik, dia dengan mudah melakukan hal yang diluar kemampuan manusia biasa.
Duri duri tajam terus menerus tumbuh menutupi semua jalan Tuah.
Tuah melompat ke arah tentakel yang tidak jauh darinya lalu terus berlari.
“ Apa?, dia berlari di tentakelku?. Bagaimana manusia seperti dia melakukan hal itu?”
Pontianak serta orang tua itu terkejut.
“ Kaki budak itu!, ianya bukan kaki manusia lagi. Ianya adalah kaki raksasa.”
Bagaimana saya boleh berlari dengan laju?, saya juga hairan, tapi semua itu tidak penting buat saya sekarang.
“ Sialan!, awakpun adalah raksasa seperti kami. Habis itu, kenapa awak berpihak dengan manusia serigala jadian sialan?”
Kaki Tuah tiba tiba tenggelam di kulit tentakel raksasa itu.
Tentakel itu kemudian menghentak Tuah ke arah bangunan bangunan yang berdekatan.
“ Mati awak sialan!!, hahahahaha-“
Tentakel itu terjatuh ke bumi.
Di balik debu debu akibat bangunan yang runtuh. Tuah berjalan dengan perlahan.
“ Kita tidak sama!, saya bukan raksasa sepertimu. Saya adalah Hang Tuah, Laksamana terhebat di Melaka!”
Jadi, budak ini adalah Laksamana Han Tuah itu. Budak yang telah menewaskan naga dan serigala jadian.
Saya melihatnya!, saya sangat bersyukur kerana dapat menyaksikan perwira Melaka ini beraksi.
Orang Tua itu tergamam melihat Tuah.
Tuah kemudian hilang dari pandangan. Lariannya menjadi semakin laju.
Pontianak itu terus cuba menyerang, tetapi semuanya sia sia.
Tentakel yang berterusan tumbuh lalu menyerang Tuah terus putus. Dalam kiraan detik, Tuah sudah betul betul berada di hadapan pontianak itu.
Hujung pedang Tuah terus menikam tembus leher hantu itu.
“ Dia tidak akan mati dengan itu, ambil pedang saya dan bunuhlah ia dengan ini.”
Lelaki itu menghumban pedang itu dengan kuat.
Pedang itu terus menembusi tengkorak hantu itu, Tuah dengan cepat mencabut pedang itu lalu menebas kepala pontianak itu.
Ianya berlalu terlalu cepat, hantu itu tidak sempat beriaksi banyak.
Yang dapat dia saksikan ialah seorang lelaki separuh raksasa menebang lehernya
Mata Tuah yang tidak ubah seperti serigala lapar terus merenung tajam hantu itu.
Tubuhnya yang lain juga terus dicincang oleh Tuah.
Akhirnya, hantu itu mati.
Tuah kemudian dengan cepat menuju ke arah lelaki tua itu dan terus membalut lukanya.
“ Terima kasih atas bantuannya pakcik.”
“ Tidak, saya yang patut berterima kasih denganmu kerana telah menyelamatkan nyawa saya sekaligus membunuh raksasa itu.
Saya juga ingin bertanya, kamukah Laksamana Hang Tuah?”
“ Iya, itu saya pakcik. Ada apa apa yang saya boleh bantu?”
“ Minta maaf sekiranya saya menyibuk, tapi, laksamana negara yang hebat berada di kampung terpencil ini. Sepertinya kamu tidak datang untuk melancong.”
“…. Iya, kami bukan melancong. Kami kebetulan melimpasi kampung ini saat sedang mencari sesuatu.” ucap Tuah tergagap gagap.
“ Sesuatu?, izinkan saya meneka. Adakah ianya sesuatu seperti ubat atau penawar?”
“ Mmmmm, tidak juga-“
“ Penawar untuk mengelakkan diri kita diambil alih oleh raksasa yang tidur di dalamnya.”
Tuah terdiam seribu bahasa.
Orang Tua ini hebat, dia dapat meneka situasi saya dengan cepat. Keringat dingin Tuah mulai dirembes oleh kulit dahinya.
Belum sempat Tuah membalas, jeritan Teja terus didengari mereka.
Tidak beberapa lama, Teja dan segerombolan orang kampung datang.
“ Syukurlah awak baik baik sahaja Tuah, nampaknya kerisauan saya sebelum ini sia sia.”
“ Awakpun, syukurlah yang kamu juga baik baik sahaja. Di mana Maria?”
“Ooh, dia berada di kereta kuda kita. Jangan risau!, ianya sangat dijaga rapi oleh pengawal kerajaan.
Sekarang, mari kita selesaikan ini lalu balik!”
Teja kemudian berteriak kuat, dia memberi semangat kepada mereka yang menangis meratapi kematian keluarga mereka yang menjadi mangsa kezaliman pontianak itu.
Sokongan moral dari Teja serta bantuan dari askar askar kerajaan. Mayat mayat itu diuruskan dengan baik dan penuh penghormatan.
“ Sekarang sudah tengah malam, Jom kita balik Tuah!. Nampaknya orang yang kita cari tidak ada disini.”
“ Mmmmm, minta maaf orang muda. Sekiranya kamu tidak keberatan. Mahukah kamu singgah di tempat saya untuk semalaman?”
Tuah terkejut bukan kepalang. Ini orang tua tadi.
“ Maafkan kami orang tua, saya tidak berniat kurang ajar tetapi kami tidak ada masa untuk itu.”
“ Mmmmmm, awak sepertinya seorang bangsawan perempuan muda.
Awak tahu? katak tua seperti saya rindu untuk bertemu generasi muda seperti kamu.”
Teja tergamam. Dia menyebutnya!, lelaki tua ini bukan calang calang orang.
Yang pastinya, dia adalah bekas tentera elit diraja.
“ Baiklah tuan!, kami berbesar hati menerima perlawaan tuan.” ucap Teja sambil membongkok sedikit.
Tuah terkejut dengan perubahan sikap Teja yang berubah 180% tetapi memilih untuk diam.
• Katak tua adalah gelaran kepada seorang tentera elit yang sudah bersara.Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (185)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
congrats
22d
0bagusss
19/05
0nice story i like this one story
07/05
0View All