Homepage/kisah pendekar gagak/
Chapter 45 pedang yang hidup?. ianya tidak mustahil loh!
Malam itu. Di ruang tamu rumah itu, mereka duduk berhadapan.
“ Saya ingin memberitahu kamu sesuatu. Sekiranya kamu mengetahuinya, cara kamu melihat dunia ini akan berubah, kamu akan diletakkan dengan tanggungjawab yang besar dan kamu akan berusaha untuk menggapainya.
Kisah asal muasal bagaimana boleh wujudnya sihir serta binatang diluar norma ini.”
“ Bukankah itu masih semua masih misteri?, di semua buku yang pernah ditulis. Mereka mengatakan yang unsur dan binatang sihir itu turun dari syurga.
Sampai sekarang, hanya itu sahajalah informasi yang kita dapat rungkaikan.”
“ Adakah awak rahu?, Kenapa informasi tentang sesuatu yang sepenting itu terhad?”
“ Sebab sangat berbahaya sekiranya manusia pergi jauh ke dalam hutan untuk mencari tahu akan hal itu.”
“ Iya, untuk memperolehi informasi itu, mereka perlu bergadai nyawa dengan pergi ke tempat dipenuhi raksasa dan haiwan lagenda.
Sekarang, awak tahu bagaimana permulaan kepada semua itu?”
“ Maafkan saya, saya masih tidak tahu akan hal itu.”
“ Tidak mengapa, saya hanya ingin mengukur sejauh mana awak mengetahui akan rahsia ini.
Semuanya bermula pada suatu malam beberapa abad lalu. Kehidupan kita yang normal, tiba tiba berubah dalam sekelip mata.
Ketika bulan terlihat lebih besar, gegaran yang luar biasa mengguncangkan gunung serta lautan di seluruh dunia.
Sejak malam itu, kanak kanak yang lahir akan mempunyai sihir elemen. Bukan itu sahaja, orang ramai mulai heboh dengan penampakan haiwan haiwan yang sebelum ini belum pernah dilihat.
Semakin masa berlalu, keuwujudan makhluk ini memberi dampak besar kepada kita semua selain konflik dengan manusia.
Haiwan haiwan ini bertindak seperti parasit yang sedikit demi sedikit menghancurkan habitat kita.
Raja Abdullah, raja Melaka ketika itu melihat kehancuran ini. Dia kemudian melantik unit khusus di bawah skuad GGK untuk mencari tahu akan hal itu.
Hasilnya, beberapa gerombolan lengkap bersenjata dihantar ke setiap arah bermula dari timur sehinggalah ke tenggara untuk mencari tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Namun begitu, tidak ada seorangpun yang berjaya balik dari misi itu.
Masalah ini menjadi semakin meruncing sehingga menyebabkan Raja Abdullah menuliskan surat kepada semua ketua negara untuk mengadakan pertemuan yang membincangkan masalah ini. Hasilnya,3 dari 4 kerajaan besar di dunia mengadakan pertemuan meja bulat di Melaka.
Selain dari faktor muka bumi yang strategik, Melaka yang berada di tengah tengah kesemua kerajaan lain menyebabkan ianya dipilih sebagai tempat mesyuarat itu berlangsung.
Kerajaan yang terletak di bukit bukit tinggi. Mereka be ras orang kerdil ini tinggal di dalam bukit bukit, sebelum dunia di landa dengan kehadiran raksasa raksasa yang berbahaya, kerajaan orang kerdil ini seringkali berjual beli dengan kerajaan ras manusia.
Begitu juga dengan ras orang hutan atau ras bunian. Mereka yang turut menerima kerugian akibat fenomena ganjil ini juga turun menghadiri perjumpaan itu.
Sementara itu, orang berbangsa Rugyu yang juga manusia tetapi tinggal nun jauh di pulau besar timur malangnya menolak untuk menyertainya. Dengan beralasan mereka tidak menerima apa apa keburukan dari situasi itu untuk sekarang.
Oleh itu, mereka menolak untuk membahayakan diri tentera mereka dari turut membantu peperangan negara orang lain.
Mesyuarat pun berlangsung antara ketua ras. Setelah bermacam macam cadangan muncul dari mereka. Akhirnya, mereka muncul dengan sebuah solusi yang berkesan, hanya sahaja. Untuk membolehkan solusi itu berjaya, ketiga tiga negara itu perlu bekerjasama.
Pertamanya, orang kerdil akan menempa senjata yang paling kuat. Menggunakan besi termahal, besi yang pada mulanya merupakan tiang tiang gunung ini dibakar dengan suhu yang tinggi.
Kulit orang kerdil yang tebal, kuat serta kehebatan mereka dalam ilmu menempa menyebabkan hanya orang kerdillah yang dapat membuat senjata itu.
Kesemua pedang yang ditempah itu kemudian akan dihantar ke negara ras bunian. Ras bunian yang hidup dekat dengn semulajadi akan meminta roh dari pokok pokok untuk memasuki senjata itu.
Setiap roh yang dipindahkan dari pokok akan hidup di senjata itu. Pendek kata, senjata itu sudah mulai bernyawa.
Senjata yang gila ini tidak akan dapat dikendalikan oleh bunian serta orang kerdil, hanya segelintir manusialah yang dapat membuat ikatan dengan roh yang hidup di pedang itu tanpa menjadi gila.
Dan kamu mahu mengetahui sesuatu yang lebih gila?.
Iya, setiap dari pedang beryawa itu akan memilih siapa pengendali mereka. Setelah kontrak antara pedang dan pengendalinya terjalin, pedang itu akan bertukar bentuk sesuai dengan keinginan penggunanya.
Bukankah itu menarik?, selain itu. Kontrak itu juga akan berterusan ke setiap generasi pengendali pedang itu.
Itu sahaja.”
“………….. Ini sangat gila untuk dipercayai.” ucap Teja.
“ Adakah tuan juga salah seorang dari pemegang pedang itu?”
“ Ehhhhhh, awak mempercayainya?”
“ Hoooooh, bagaimana awak boleh datang dengan kesimpulan begitu orang muda?”
“ Sebab……, saya pernah memegang pedang awak. Saat saya memegangnya, saya dapat merasakan aura dari pedang itu mengalir ke tubuh saya. Dan rasanya panas.”
“ Mmmmm, sebab itulah awak bergegas memberikan pedang itu semula kepada saya.
Iya, awak betul. Saya adalah salah seorang dari pemegang pedang itu. Awak mahu melihatnya.?”
“ Iya, kami mahu.”
Orang tua itu mengeluarkan pedangnya.
“…………, awak mahu menipu kami orang tua?, itu cuma pedang biasa.”
“ Ehhhh, bagaimana awak boleh berkata kejam begitu perempuan muda. Tidakkah awak lihat betapa anggunya pedang ini, lihatlah dengan lebih terperinci. Ukirannya serta bentuknya sangat memukau.”
“ Tak, saya tidak bermaksud kurang ajar. Tetapi, pedang ini tidak ubah dengan pedang yang kita beli di kedai.”
“ Tidak!!!, pedang ini lain. Izinkan saya membuktikannya!
Menarilah Kenari!” ucap orang tua itu lembut.
Pedang itu kemudian memancarkan cahaya hijau bersinar.
“ Sihir keturunan saya adalah angin. Roh yang memasuki pedang bersatu dengan saya menyebabkan ianya juga menjadi medium kepada unsur angin.
Hasilnya, kekuatan sihir saya berganda ganda lebih kuat dari sebelumnya.”
“ Tunggu sekejap!, awak. Saya juga dapat sekiranya begitu.”
Teja mengeluarkan pedangnya.
“ Maraklah kucing!” jerit Teja.
Pedang Teja yang besar itu kemudian terbakar.
“ Hahahaha, siapa yang mengajarkan awak hal ini?”
“ Tidak ada, saya senyap senyap melihat ayah saya berlatih.”
“ Dan awak menirunya?”
“ Iya. Awak ada masalah tentang itu.”
“ Tidak ada, hanya sahaja saya hairan. Kenapa awak menyalurkan sihir awak ke pedang itu?, bulankah itu akan menguras banyak mana awak?”
“ Ini agar pukulan saya menjadi sakit. Ayah saya juga melakukan hal yang sama. Hanya sahaja, apinya lebih cantik dari ini.”
“ Hahahahaha, saya suka akan perangai awak. Baiklah, saya sudah tetapkan, saya akan membantu awak.”
“ Apa maksud awak?”
“ Awak akan tahu nanti, untuk sekarang. Boleh saya pegang tangan awak?”
“ Saya menolaknya, awak menakutkan.”
“ Ianya penting!, sekiranya awak mempercayai saya. Saya akan membuka banyak lagi ruang untuk awak bertambah kuat tetapi sekiranya awak keberatan. Saya akan akur.”
“ Tidak!, bukan itu maksud saya, hahahaha. Saya hanya bergurau.”
Teja terus mengulurkan tangannya.
“ Terima kasih.” orang tua itu kemudian dengan cepat membuat luka kecil di jari telunjuk Teja dengan menggunakan hujung pedangnya.
“ Sekarang, tumpahkan darahmu ke pedangmu!”
Teja dengan cepat menumpahkan darahnya ke pedang.
“ Sebut kalimatnya!”
“ Maraklah kucing!” jerit Teja.Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (185)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
congrats
22d
0bagusss
19/05
0nice story i like this one story
07/05
0View All