logo text

Chapter 44 Adi Putra adalah guru yang hebat

'Hmmmmm, saya tidak menyangka kamu dapat memenuhi batuk ini dengan hanya masa yang singkat. Tahniah!
Ambil semula batuk ini dan ikut saya!, saya akan tunjukkan di mana air sungai itu."
Tuah dan Teja tersenyum lebar.
" Baiklah!" ucap mereka berdua.
" Sebelum kamu membasahi diri kamu dengan air sungai, saya mahu kamu menyapukan embun ini ke tubuh badan kamu terlebih dahulu!, awak tahu?. Air embun ini ada banyak keistimewaan. Antaranya dapat menyegarkan tubuh kamu, dapat membuatkan kamu awet mudah dan yang paling penting sekali. Ianya dapat menguatkan urat urat, otot serta tulang kamu."
" Baiklah."
Setelah hampir sejam perjalanan, mereka akhirnya sampai di sungai.
" Saya ingatkan dekat. Jauh pula rupanya." bisik Tuah.
" Iya, bayangkan!, kita sudah segar setlah habis mandi tetapi apbila sampai di rumah, kita berpeluh lagi. Hahahahaha."
" Janga mengeluh anak bertuah!!" jerit orang tua itu sambil mengetuk kepala mereka berdua dengan hujung tongkatnya.
" Selepas mandi, balik rumah dan ikut sarapan dengan saya1"
" Baiklah tuan!" jerit mereka.
" Dan juga, untuk besok. Saya mahu awak mengisi tempayan di tepi tangga rumah itu penuh dengan air embun. Jangan mengecewakan saya!"
" Penuhi tempayan dengan air embun?, bukankah itu mustahil Tuah?" bisik Teja.
" Tidak, embun akan ada pada pukul 12 malam sehinga awal pagi-"
" Jadi tidak mustahil sekiranya kita mengisinya sejak dari mula lagi. Tapi bukankah itu kerja gila?"
" Tidak!, ada cara lain yang sedikit lebih mudah dari itu dan dia mengetahuinya."
" Apa itu?"
" Saya akan memberitahu awak selepas mandi."
Setelah habis mandi. Mereka berdua memangkas banyak buluh. Kemudian, setiap dinding buluh dilubangi mereka lalu direndam di sungai.
Hasilnya, air memasuki semua lubang dan mengisi penuh semua ruangan buluh.
Setelah itu, mereka menggunakan sabut kelapa untuk menyumbat lubang lubang itu.
Akhir sekali, mereka memapa semua buluh berisi air itu balik ke rumah.
Kudrat mereka terkuras habis, untung sahaja. Setelah sampai, mereka terus menjamah makanan.
Setelah itu, mereka kemudian diminta untuk masak tengah hari.
" Bagaimana saya hendak masak sekiranya tidak ada benda yang boleh di masak selain beras, bumbu dan telur ayam kampung?"
" Hahahaha, salah seorang dari kamu perlu menangkapnya di luar. Ingat!, membeli, meminta atau mencuri dari orang kampung sama sekali tidak dibenarkan!"
Hasilnya, mereka berdua bertungkus lumus untuk memburu burung, mencari kayu api, memancing ikan dan banyak lagi.
Di petang hari, barulah latihan mereka bermula.
Orang tua itu mengajari mereka berdua bertarung.
" Bagaimanapun saya melihatnya, kamu sudah sangat jaguh bermain pedang. Saya hanya tinggal memperbetulkan dan memperbaiki sedikit sahaja lagi. Tetapi, ingat!. Akan ada masa apabila diwaktu genting dan kamu tidak dapat menggunakan pedang kamu, pada waktu itu. Apa yang akan kamu lakukan?
Sekiranya ada senjata lain dengan kamu atau berdekatan kamu. Gunakan senjata itu sebaliknya, seKiranya tidak ada. Gunakan penumbuk kamu.
Tugas kamu sangat berbahaya, kamu akan sentiasa berdepan dengan musuh yang jauh lebih kuat dari kamu. Sekali kamu mati, semuanya selesai.
Oleh itu, atas dasar bagi mengurangkan peratus kemungkinan kamu akan mati, kamu perlu mempelajari semua ilmu senjata lain serta ilmu tempur tanpa senjata. Kamu faham?"
" Faham tuan!!" jerit mereka.
" Bagus, sekarang, mari kita mulakan latihan!"
Malam pun tiba, Tuah dan Teja mengosongkan air di tempayan. Kemudian, air dari buluh dituangkan ke situ sehingga penuh.
Mulut tempayan itu dibuka dan dibiarkan di tempat lapang di luar rumah.
Itulah menjadi rutin harian mereka berdua setiap hari.
IKLAN < tolong follow saya guyss, hehe.>
Sehinggalah sutau hari.
" Kamu, sudah berapa lama kamu berhenti meminum darah yang kamu dibekalkan?"
Tuah dan Teja yang baru habis dari memburu terdiam.
"Sudah lebih dari seminggu tuan!" ucap Tuah.
" Hahahaha, ini adalah berita bagus, lihatlah perubahanmu!,awak sudah semakin kurang meminum darah. Hahahaha."
" Iya tuan!, saya tidak menafikannya. Latihan dari tuan banyak mengubah saya."
" Baguslah sekiranya awak dapat membaca cara latihan saya. Sekarang, bekerjalah denga lebih tekun!. Saya yakin kamu berdua akan berjaya."
" Tuah, awak bilang yang awak memahami maksud dari semua perintahnya. Sekiranya awak tidak keberatan, boleh awak terangkan kepada saya?"
" Sudah tentu.
Pertama tamanya, orang tua itu ingin melatih mental dan fizikal kita. Caranya dengan membuat kerja berat di pagi hari seperti mengumpul air embun.
Ketahanan mental itulah yang saya gunakan untuk melawan nafsu binatang buas di dalam diriku. Kemudian, dengan memrikan saya peluang untuk berburu setiap hari, saya dapat meminum darah haiwan hasil buruan saya.
Hasilnya, saya hanya akan mendapat sumber darah yang terhad. Serkiranya saya mahu lebih, saya perlu berburu lagi. Tambahan lagi, ianya juga akan menajamkan lagi naluri saya.
Seterusnya, kita ilmu berpedang kita ditambah baik dan kita juga diajar untuk memahiri hampir semua senjata dan ilmu mempertahankan diri."
" Itu saya tahu juga."
" Oooh........., yang terakhir, dia tidak memberikan kita makan banyak pada malam hari adalah agar kita dapat berpuasa dan menguatkan lagi mental dan fizikal kita."
" Mmmmm, awak yakin dia tidak memberikan kita makan malam dengan sebab yang semurni itu?. Bukankah kita tidak makan malam kerana kurang makanan, disebabkan rumah ini tida ada dapur.
Kita tidak dapt masak pada malam hari sebaliknya hanya memakan makanan yang ada."
" Itu teori awak Teja, saya dengan teori saya." ucap Tuah dengan penuh yakin.
" Huuuh, suka hati awaklah."
Sudah hampir sepurnama mereka disitu.
" TUAH, mari balik" jerit Teja.
Tuah yang berkonsentrasi di bawah air terjun membuka semula matanya.
" Awak tahu?, malam ini, orang tua itu ingin bertemu kita."
" Pada pukul berapa Teja?"
" Saya tidak tahu, yang pastinya. Setelah Maria tidur."
" Huuuuh, saya pasti ini bukan sesuatu yang baik, gerak hati saya memberitahu begitu."
" Iya, saya pun berasa begitu" ucap Teja.

Book Comment (185)

  • avatar
    MalachicoJeo

    congrats

    22d

      0
  • avatar
    DaclesMeriam

    bagusss

    19/05

      0
  • avatar
    Nur Nabila

    nice story i like this one story

    07/05

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters