logo text

Chapter 30 Hang Tuah adalah orang yang bijak!!

"Awak tidak perlu susah susah untuk menghancurkannya. Saya lebih awal sudah mengetahui tentang identiti sebenarmu. Hanya sahaja, masih terlalu awal saya membuat kesimpulan, oleh itu, saya terus menanti sehingga masa yang paling tepat."
Azam yang pada ketika itu dalam bentuk serigala menoleh ke belakang. Ternyata, tanpa dia sedari, Tuah sudah berada disitu.
Bagaimana saya boleh tidak dapat mengesan kehadirannya?
" Hahahaha, Ini sudah melogikkan semuanya. Selama ini saya terfikir, kenapa orang mudah sepertimu yang mengetuai misi ini. Ternyata, meskipun awak masih remaja. Awak mempunyai kekuatan dan kehebatan yang orang lain tidak ada."
" Yaa. Terima kasih atas pujian itu, malangnya. Ianya tidak cukup untuk membuatkan saya berlembut dengan awak Azam."
" Hahahaha, bukan sahaja awak hebat, sikap awak juga sangat menarik. Awak tidak perlu berlembut dengan saya. Hanya sahaja, saya tertanya tanya. Bagaimana awak boleh berada sedekat ini tanpa saya sedari."
" Hmmmmm. Itu senang sahaja. Saya hanya meminta Syed untuk terus membuatkan angin bertiup dari arahmu. Dengan itu, awak tidak akan menghidu bau badan saya.
Untuk selebihnya, saya hanya perlu berjalan dengan perlahan lahan. Awak tahu, saya seorang pemburu sebelum ini."
" Oooh.Ianya menjelaskan semuanya, saya ada terlepas seorang tadi sebelum ini."
" Sudah cukup dengan basa basinya, katakan pada saya!, mana Tun Teja."
" Tun Teja?, awak maksudkan perempuan dengan rambut merah itu?. Sekiranya dia, dia ada berada di dalam lubang di dalam tanah itu. Awak bernasib baik, sekiranya awak lambat sedikit sahaja. Dia sudah menjadi juadah penutup saya untuk malam ini."
" Tun Teja. Awak berada di dalam itu?, sekiranya awak dengar. Keluarlah dari situ dan pergi dari sini!, saya akan menghalangnya dari mengejar awak."
Tuah terus mengnunuskan pedangnya dari sarungnya.Pedang milik bapanya itu dia genggam erat di tangan kanannya sementara tangan kanannya mengambil obor api yang ada berdekatannya.
Itu Tuah. Dia datang akhirnya. Sykurlah, sekarang, saya perlu keluar dari lubang ini dan pergi dari sini."
" Tidak semudah itu Tuan, saya mendapatkannya dahulu. Saya tidak akan membiarkan dia lari begitu sahaja."
" Kami tidak perlukan keizinan awak untuk membawa dia pergi. Keluar sahaja Tun Teja!, saya akan menghalangnya."
Tuah membuka kekudanya, dia sudah berada dalam keadaan sedia.
Melihat perlakuan Tuah, Azam kemudian juga terus menukarkan tangan dan kakinya menjadi haiwan buas.
Masa terus berlalu. Tun Teja tetap tidak keluar dari dalam tanah.
" Hahahaha. Dia sepertinya takut untuk keluar."
" Itu sudah tentu, awak sudah bersedia untuk menyerangnya apabila dia keluar."
" Ya. Tetapi......., awak juga sudah bersedia untuk melindunginya. Psssssttttt...... Jangan bilang yang dia tidak yakin dengan kekuatan awak. Hahahahaha."
" Bukan begitu. Sekiranya saya juga berada di tempatnya, saya juga tidak akan mahu keluar."
" Jadi, apa yang harus kita lakukan sekarang?, patutkah kitaterus bertarung dan membiarkannya disitu?. Sekiranya awak menang, dia akan selamat. Sebaliknya sekiranya dia kalah, dia akan menyusul awak untuk masuk ke dalam perut saya. Hehehehe."
" Tidak, saya mahu dia pergi dahulu sebelum beertarung denganmu. Bagaimana sekiranya awak melepaskannya dan saya akan memberitahu sesuatu yang awak patut tahu?"
" Sesuatu yang saya patut tahu?, apa itu?."
" Tentang bagaimana saya boleh mengetahui identitimu. Saya sangat yakin, lambat laun. Akan lebih ramai orang yang akan mengetahui identitimu sekiranya awak masih menggunakan tipu helah yang sama."
"............... Hmmmmmmmmmm. Baiklah, saya bersetuju untuk menukarkaninformasi itu dengan perempuan ini. Lagipun, saya tidak lapar sekarang."
" Baiklah sekiranya begitu. Menjauhlah dari situ!, saya mahu mengeluarkan Tun Teja terlebih dahulu."
" Tidak, awak berikan dahulu informasi itu. Sekiranya ianya berguna. Saya akan menukarnya sebalikynya sekiranya awak menipu. Saya akan membunuh perempuan ini betul betul di hadapan matamu."
" Tapi bagaimana sekiranya awak pula yang menipu?, saya tidak bodoh untuk mempercayai serigala yang penuh dengan tipu helahnya seperti awak. Tetapi tidak mengapa, bagaimana sekiranya kita berdua sama sama menjauh darinya. Dengan ini, meskipun saya menipu. Awak tetap mampu membunuhnya saya-"
" Bagaimana sekiranya saya yang menipu-"
Belum habis Azam menghabiskan ucapanya. Dia terus diserang dengan mengejut oleh Tuah.
Dia sempat bereaksi dengan mundur kebelakang namun. Tubuhnya tetap sempat menerima luka potongan dari serangna mengejut Tuah."
" Adakah awak ingin membohongi saya?"
" Tidak!. Saya hanya ingin membuktikan kemampuan saya padamu. Saya tidak menerima gelaran laksamana dengan percuma awak tahu.'
" Hahahahaha. Baiklah, awak orang yang menarik. Saya bersetuju untuk mengikuti cadanganmu."
Mereka kemudian bergerak menjauhi Tun Teja.
" Sekarang. Beritahu saya semuanya yang awak tahu!. Ingat!, saya membenci orang yang menipu. Sekiranya awak masih waras, lebih baik awak mendengarkan amaran saya."
" Sudah tentu. Saya tidak akan menipumu.
Pertama tamanya, ketika saya memasuki perkampungan ini. Saya melihat awak menjadi penyambut tetamu di penginapan itu. Tidak ada apa yang meragukan disitu sehinggalah saya melihat laporan kejadian bagi semua mangsa.
Hampir semua mangsa adalah orang luar. Ianya bermakna yang pembunuh mungkin adalah orang yang dekat dan terlibat dengan mangsa.
Saya kemudian mengambil keputusan untuk berpura pura malas. Tujuan saya adalah untuk menyoal siasat semua orang yang berada dan bekerja di satu satunya penginapan pelancong luar di kampung ini.
Saya pergi ke semua orang sehinggalah saya pergi kepadamu.
Awak memberitahu yang awak sudah bekerja lama sedangkan pengrurus penginapan itu memberiatahu yang awak baru setahun lebih kerja disitu. Untuk memastika lagi, saya sempat bertanya kepada rakan sekerjamu.
Mereka juga memberikan jawapan yang sama dengan pengurus tempat itu. Jadi kesimpulanya, awaklah yang menipu.
Persoalanya. Kenapa awak menipu?, jawapannya kerana awak tidak mahu saya mengesyaki awak. Sejak awak masuk ke kampung ini, pembunuhan berantai oleh serigala jadian kerap terjadi.
Oleh itu, demi mengelakkan identiti awak terbongkar, awak kerap bertukar tukar tempat pemburuan.
Saya sangat yakin yang dalam beberapa bulan lagi. Apabila kawalan ketat sepenuhnya berlaku disini. Awak akan berpindah tempat lagi.
Setelah awak memberitahu yang awak selamat apabila balik pada waktu malam. Saya sudah yakin sepenuhnya yang awak adalh pelakunya.
Hanya sahaja, saya perlu betul betul memastikannya.
Adakah apa yang saya katakan itu sampai ke kepala otak awak encik pelayan?."
" Hahahahaha, apa yang awak katakan itu benar. Semuanya adalah benar. Izinkan saya menyambungnya, jadi. Awak sudah merancang apa yang berlaku malam ini?."
"........ Iya. Saya yang merancang semua ini. Dengan menjadikan mereka umpan, saya akan dapat mencari siapa identiti sebenar serigala itu............., kenapa?. Awak takut?."
" Iya. Saya sudah takut dengan awak sekarang."

Book Comment (185)

  • avatar
    MalachicoJeo

    congrats

    24d

      0
  • avatar
    DaclesMeriam

    bagusss

    19/05

      0
  • avatar
    Nur Nabila

    nice story i like this one story

    07/05

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters