logo text

Chapter 29 Tuhan adalah tempat meminta dan kembali

Kubah yang kukuh itu berlubang.
Daripada luar, orang yang mampu bertukar ke bentuk serigala itu terus menembaknya dengan sinapang besarnya.
Setiap kali tanah itu hancur,ianya terus ditutup semula oleh Ibad.
Situasi itu adalah sangat tidak bagus, lambat laun. Apabila tenaga magik Ibad sudah habis, mereka perlu bertarung semula.
" Saya tidak boleh teruskan lagi, Maafkan saya."
" Tidak mengapa Ibad, kami sudahpun bersedia. Saya hanya meminta awak bertahan hingga pelurunya habis sahaja!.
" Awak tidak perlu beritahu saya tentang itu."
Setelah lelaki serigala itu memuntahkan semua pelurunya, Ibad pun perlahan menurunkan semula kubah tanah binaannya.
Terlihat oleh mereka sinapang itu sudah di tanah. Hanya sahaja manusia serigala itu sekali lagi menghilangkan diri.
" Awak keluarlah sekiranya awak berani, mari kita bertarung secara berdepan!. Jangan bilang awak takut dengan lauk seperti kami."
" ........................... Hahahahaha, saya tahu apa yang awak rancangkan. Tetapi saya rasa tidak salah untuk saya mengikutinya." balas suara garau dari balik balik pokok hutan.
Tiba tiba, dari semak semak yang gelap gelita. Raksasa itu muncul semula.
Cahaya dari obor memperlihatkan samar samar rupa serigala itu.
" Awak memang raksasa gila!!, awak keturunan sumpahan dan tidak patut wujud." ucap Ibad.
" Saya menganggapnya sebagai satu pujian. Terima kasih untuk itu. Hehehe."
Pertarungan sengit pun berlangsung antara Ibad dan gerombolannya dengan raksasa itu.
Masa terus berlalu, semua ilmu dan teori pertarungan yang pernah mereka pelajari mulai digunakan semula. Mereka perlu memuntahkan semuanya sekiranya mereka mahu terus hidup.
Akhirnya, setelah semua itu. Hanya tinggal dua orang yang masih bernyawa.
Dua orang itu adalah Ibad sendiri dan Tun Teja.
Ibad sudah terduduk di tanah. Dia sudah kehilangan kekuatannya, tangan kanannya yang putus membuatkan darahnya terus mengalir keluar.
Pertarungan antara mereka dari awal sehingga akhir dapat dilihat Tun Teja.
Pembantaian dari serigala itu mulai mengganggu emosinya.
Dia sudah melihat dengan mata kepalanya sendiri, makhluk sumpahan itu sangat mustahil untuk dibunuh.
Kekuatan itu sudah menjawab persoalannya sebelum ini, kenapa musuh manusia ini tidak dapat ditamatkan sahaja.
Sudah berkurun lamanya manusia ingin membunuhnya, semua nenek moyang mereka gagal untuk membunuhnya. Ini gila!!, bagaimanapun caranya. Manusia tidak akan dapat melawannya.
Makhluk ini abadi, badannya dapat sembuh dengan pantas. Semakin besar serangan yang tubuhnya terima, semakin cepat jugalah tubuhnya sembuh.
Ini semua salah saya. Saya tidak patut terlalu bongkak, memikirkan lawan saya sebagai sesuatu yang dapat ditumpaskan dengan mudah.
Ternyata, saya salah selama ini.Kehidupan yang sebenar dan kehidupan yang diajarkan di sekolah sangat berbeza. Ada banyak benda yang tidak diajarkan di sekolah tetapi ada di dunia nyata.
Dunia ini tidak akan bergerak seperti yang awak mahukan atau rancangkan. Awak perlu sakit, berdarah dan berkeringat untuk itu.
Tetapi, semua itu masih belum menentukan kemenanganmu,lihat sahaja pertarungan ini.
Kami sudah berlatih sehabis baik. Kami adalah pasukan yang berada di barisan hadapan sekiranya nyawa manusia terancam.
Tetapi, meskipun dengan semua itu. Kami masih tidak ubah seperti ayam apabila berhadapan dengan raksasa yang sesungguhnya.
Saya, tidak. Kami tidak patut mencarinya.
" Awak cukup hebat kerana masih hidup meskipun setelah semua ini. Saya memandang tinggi semangat juang awak tuan.
Sebagai tanda penghormatan dari saya. Biarlah saya memberikan apa yang kamu cari selama ini.
Yaa. Saya akan memberikannya, identiti saya yang sebenar. Penerus terakhir dari susur galur keturunan sumpahan ini."
Tubuh raksasa itu kemudian menyusut dan bertukar ke wujud manusianya.
" Ini sangat berguna bagi kamu bukan?, sudah beratus orang mati semata mata ingin mengetahui akan hal ini. Saya harap ini dapat membantumu. Itupun sekiranya awak sempat memberitahu akan hal ini kepada atasanmu."
Raut muka Ibad dan Tun Teja sama sama terkejut. Rupanya, raksasa itu adalah orang yang dekat dengan mereka selama ini.
"Hahahaha, saya memang sudah mengagak reaksi muka kamu. Mengejutkan bukan?."
Azam adalah identiti sebenar raksasa itu. Rupanya, sepanjang mereka berada di penginapan. Semua perancangan mereka sudah diketahui oleh raksasa ini.
Selama ini, mereka semua seolah olah bermain di tapak tangannya.
" Awak sudah dapatkan apa yang awak inginkan. Sekarang awak matilah!."
Tubuhnya bertukar bentuk semula lalu dia berlari meluru ke arah ibad.
Saya perlu memberitakan akan hal ini kepada Tuah. Tapi bagaimana?
Dalam sekelip mata, nyawa Ibad sudah melayang.
Pada saat saat akhir. Ketika serigala itu sudah betul betul dekat dengannya.
Tanah tanah berbentuk duri terus timbul lalu mencucuk badan serigala yang berlari dengan kelajuan kencang itu. Namun begitu, itu semua masih belum cukup untuk mengakhiri serigala itu.
Serigala itu terus menghancurkan tanah tanah buatan dari sisa tenaga magik Ibad lalu terus membaham Ibad.
Kepala yang digigit oleh serigala itu terus hancur remuk. Darah terus tersembur keluar sebaik sahaja raksasa itu menutup paksa rahangnya.
Ini gila!!!
Jasad yang tidak bernyawa itu terus dimakan oleh raksasa itu pada masa yang sama. Badannya terus sembuh semula.
Setelah dia sudah hampir menghabiskan hampir sepenuhnya tubuh bahagian atas Ibad. Raksasa itu terus menoleh ke arah hujung pedang yang tertimbul keluar dari bawah tanah. Dia melihat ada lubang kecil disitu.
Tujuan lubang itu adalah sebagai laluan udara agar orang yang bersembunyi di dalamnya terus hidup.
Ciss. Lelaki ini sangat bijak. Tidak habis disitu, lihat sahajalah duri yang terkeluar dari tanah ini.
Duri yang dikeluarkan untuk menyerang saya ini seperti membentuk sesuatu.
Yaa, susunan duri ini mengeja nama saya. Dia cuba meninggalkan petunjuk meskipun dia nyawanya sudah berada di hujung leher. Hahahahaha.
Malang sekali baginya. Saya dapat menyedari triknya.
" Awak tunggu disitu dulu yaa adik manis!!, abang mahu menghancurkan petunjuk ini dahulu sebelum berurusan dengan awak. Hahahaha."
Usaha Tun Teja yang menahan nafasnya agar tidak disedari adalah sia sia. Keberadaanya diketahui oleh raksasa itu.
Hanya masa sahajalah yang membezakan nasibnya dengan gerombolannya yang lain.
Tun Teja menangis teresak esak. Tangisannya yang ditahannya dari tadi mulai dilepaskannya, dia seolah olah tidak percaya. Dia akan menerima nasib sama dengan orang orang yang dilihatnya. Mati dalam keadaan yang mengerikan.
Dia belum bersedia untuk mati dengan keadaan itu. Baju yang dipakainya basah oleh keringatnya, manakala pakaian bahagian bawahnya juga turut basah oleh kencingnya.
Satu demi satu tanah duri itu dihancurkan oleh raksasa itu. Setiap kali dia menghacurkan duri itu. Bunyi yang sampai ke telinga Tun Teja seperti membawa isyarat yang ajalnya semakin dekat.
Apabila semua duri itu habis. Dia pula yang akan di bantai.
Apa yang dia patut lakukan sekarang?, dia suda terperangkap. Kakinya sudah kehilangan kekuatannya untuk berlari. Meski di boleh berlari sekalipun, ianya tetap sia sia kerana serigala itu akan dengan mudah dapat menangkapnya.
Begitu juga dengan berlawan. Semnangat bertarung Tun Teja yang sebelum ini berkobar kobar sudah padam.
Raksasa ini bukanlah makhluk yang boleh dilawan oleh manusia biasa sepertinya.
Dia sudah putus asa. Satu satunya pilihanyya untuk sekarang adalah mengambil sebatang anak panah yang tidak jauh darinya lalu menghabiskan dirinya dengan itu.
Meskipun dia mati dengan itu. Sekurang kurangnya, kematiannya tidak sesakit orang orang yang dibunuh oleh raksasa itu.
Tapi, masih. Ianya sama sahaja, kedua duanya berhujung dengan kematian. Adakah ada cara lain selain itu. Yaa Tuhan, tolonglah hambamu ini!!

Book Comment (185)

  • avatar
    MalachicoJeo

    congrats

    24d

      0
  • avatar
    DaclesMeriam

    bagusss

    19/05

      0
  • avatar
    Nur Nabila

    nice story i like this one story

    07/05

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters