logo text

Chapter 28 daulat Tuanku.

Tangan raksasa itu mahu mencakar belakang Syed.
Sekiranya kuku panjangnya itu berjaya terbenam ke kulit Syed. Semua itu akan berakhir.
Tiba tiba. Satu anak panah terus menyengat tangan raksasa itu.
Ianya membuatkan libasan maut itu terhenti, tidak habis disitu. Beberapa peluru air juga terus membenam ke kulit tubuh raksasa itu.
Raksasa itu mengalihkan pandangannya ke arah sumber serangan itu. Ternyata, seorang lagi askar kerajaan yang bernama Amir sudah bersedia dengan panahnya.
Tembakan kedua boleh dilepaskannya pada bila bila masa sahaja.
Tidak hanya itu, terlihat ada air yang keluar dari botol air gergasi yang melekat di pinggangnya.
Amir merupakan salah seorang tentera elit kerajaan. Dengan kuasa magik berunsur airnya, daya bertarungnya saat berada di kawasan kering adalah lemah, ianya menyebabkan dia perlu sentiasa membawa beberapa kuantiti air bersamanya.
Tetapi, meskipun dengan kelemahan itu. Dia masih mampu menggunakan kuasanya dengan baik. Ternyata, beberapa botol bambu yang sentiasa dibawahnya mampu memuatkan ratusan liter air.
Dengan menggunakan kuasanya, dia sentiasa memampatkan air itu membolehkan air dengan jumlah banyak dapat dimuatkan ke dalamnya.
Tidal habis disitu, air air itu juga dapat dijadikan senjata olehnya.
Air air yang menjalar keluar dapat melepaskan beratus titisan air yang tinggi bertekanan tinggi dalam satu masa.
Hasilnya, air yang bergerak laju itu tidak ubah seperti peluru senjata api.
Serigala yang setinggi lima meter itupun mengubah targetnya.
Sambil badannya yang terluka sihat kembali, dia terus berlari laju meluru ke arah Amir.
Amir terus melepaskan serangan mulai dari melepaskan anak panahnya hinggalah ke titisan air dengan tekanan tinggi itu.
Keadaan menjadi huru hara. Hampir separuh dari serangan itu berjaya di elak oleh serigala itu.
Ini bukan petanda yang baik.
Seorang lagi askar kerajaan yang berada dihadapan Amir terus mencucukkan jejarinya ke dalam tanah.
Daripada jejarinya itu, menjalar keluar akar kayu yang terus membesar didalam tanah.
Apabila cukup besar, akar kayu itu terus keluar mengelilingi mereka. Tembok akar kayu itu digunakan agar mereka selamat dari serangan serigala itu.
Tidak habis disitu. beberapa akar kayu juga terus menjalar dan menyerang serigala itu.
Ada yang mencuba mengikat kaki dan tangannya, ada juga akar tajam yang keluar dari bawah tanah terus mencucuk serigala gila itu.
Hasil dari serangan bertubi-tubi itu. Serigala itu pun terus membatalkan niatnya, dia menukar araha lariannnya dan terus masuk ke dalam hutan belantara.
" Marakla kucingku!!." ucap Tun Teja.
Tiba tiba, suasana menjadi terang. Pedang besar Tun Teja yang bersalut api terus bertindak menerangi kawasan sekitar.
" Tun Teja, angkat pedangmu ke atas agar cahayanya lebih besar!." ucap Syed.
" Bagaimana saya bertarung sekiranya begitu?."
" Buat sahaja dahulu!."
" Baiklah."
Tun Teja mengangkat pedangnya tinggi.
Tiba tiba. Tanah berhampiran Tum Teja terus naik dan mencengkam pedang ifu betul betul di tengah.
" Apa yang awak lakukan Syed?, lepaskan pedang saya."
" Saya minta maaf Tun Teja, ini adalah perintah dari atasan."
Sejurus Syed menghabiskan ayatnya, tanah tempat Tun Teja berpijak terus tertanam kebawah. Hanya dalam kiraan saat, Tun Teja sudah berada di dalam tanah terlindung dari pertarungan itu.
" Ini gila Syed. Kenapa awak mengurung saya?, sekiranya kita bertarung bersama sama. Peluang kita untuk menang adalah lebih tinggi." jerit Tun Teja melalui lubang kecil dari tempat pedang tersangkut.
Tidak, kita akan kalah Tun Teja. Apa yang kita boleh buat adalah berdoa agar Tuah sempat datang kesini sebelum dia menemuimu. Untuk itu, kami semua akan terus bertarung untuk melambatkan masa.
Sekarang ingat Tun Teja. Apabila Tuah dan kumpulan bantuan datang, ambillah kesempatan itu untuk melarikan diri."
" Tidak. Ini gila!!!
Kita boleh menang bertarung dengannya. Hanya sahaja, kita perlu lebih bekerjasama.
Awak melihat serangan dari kita tadi, raksasa itu sudah tercedera teruk Syed."
" Tidak. Kita masih jauh dari menang, awak masih kurang berpengalaman Tun Teja, tidak semua benda diajarkan di sekolah. Awaklah yang paling tidak berpengalaman disini.
Apabila awak mengatakan yang ketua kita tidak berpengalaman, saya merasa sangat sakit hati. Apabila awak mengecilkan dia di hadapan semua orang, awak mengangkat diri awak yang tidak pernah keluar dari zon selesa. Tidak pernah melihat realiti dunia, itu sangat tidak adil. Tidak sampai disitu, awak juga mempersoalkan kekuatannya.
Awak sangat ahli tentang itu bukan?, awak adalah seorang pekerja keras. Bagi awak, tidak ada sesuatupun di dunia ini yang didapatkan dengan mudah. Begitu juga dengan situasi ketua kita, tanpa kita tahu. Dia telah melihat dunia yang lebih gila, dunia yang kita tidak dapat hidup.
Saya sangat menghormati keperibadiannya dan kekuatannya. Dia yang sekarang adalah hasil dari kerja kerasnya melawan dunia ini seorang diri.
Oleh itu, saya sangat menghormatinya dan sanggup membunuhmu untuknya.
Itu sahaja yang saya ingin sampaikan. Awak pernah bertanya akan kenapa saya sentiasa mengikutinya bukan?. Inilah jawapan saya." ucap Syed.
Ketika serigala itu masuk ke hutan. Dia terus menunggu sehingga kecederaannya kembali pulih.
Setelah itu, dia kemudian mengambil beg panjang yang dibawanya tadi.
Dari beg itu, dia mengeluarkan sebuah senapang lalu mengisi senapang itu dengan peluru.
Kemudian, dia mulai mencari posisi yang paling terbaik untuk melepaskan serangan.
Dari celah celah pokok rimbun, dia mulai menyasarkan targetnya.
Tidak beberapa lama setelah itu. Tembakan pun dilepaskan.
PANG...........
Amir terus rebah. Pernafasannya menjadi tidak teratur. Peluru yang dilepaskan melubangi jantungnya.
Tun Teja melihat Amir yang rebah tepat dihadapan matanya."
" Sialan, dia bersenjata." ucap Syed.
Dalam sekelip mata, tanah disekeliling kelompok mereka terus terangkat dan menutupi mereka semua. Akar kayu besar kemudian turut melapisi tanah itu agar benteng mereka lebih kuat.
Ruangan itu diterangi oleh cahaya obor serta cahaya dari pedang Tun Teja.
Syed kemudian menuju ke Amir yang nazak itu.
Muka Amir bertukar putih. Ianya menandakan yang badannya sudah kehilangan darah dalam jumlah yang banyak.
Tidak ada cara lain untuk menyelamatkannya.
Perlahan, kesedaran Amir hilang.
Syed kemudian menutup mata Amir lalu tanah terus menelan tubuh itu.
" Memang inilah tugas kita sebagai tentera elit kerajaan Melaka. Sekarang ini, kita tidak ada pilihan lain lagi. Selama ini, kita sudah membongkak dengan status kita.
Sekarang, buktikanlah kepada Tun Teja, bakal permaisuri Melaka yang kita bukan hanya nama. Selama ini kita hidup dengan menjunjung raja serta kerajaan Melaka, biarlah juga kita mati demi menjaga permaisurinya dengan nyawa kita!.
Sekarang, bertarunglah dan gantikan nyawa kamu dengannya!!!!!. Semoga Melaka akan bertambah makmur, daulat Tuanku."
Laungan daulat tuanku terus diulang ulang. Mereka menjerit sepenuh hati mereka.
Mereka berharap, semua perasaan takut akan ikut hilang dengan jeritan itu.
Jeritan yang gemuruh itu dapat didengar hingga keluar kubah tanah itu.

Book Comment (185)

  • avatar
    MalachicoJeo

    congrats

    24d

      0
  • avatar
    DaclesMeriam

    bagusss

    19/05

      0
  • avatar
    Nur Nabila

    nice story i like this one story

    07/05

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters