logo text

Chapter 27 kemunculan serigala

Belum sempat pedang itu hinggap di leher Tun Teja. Tuah terus memerintahkan Ibad untuk berhenti.
"Berhenti Ibad!. Saya sudah melihat apa yang saya mahu lihat."
Ibad terus berhenti.
" Lepaskan Tun Teja Ibad!. Apa yang kamu berdua lakukan sangat berlebihan. Saya akan menghukum kamu berdua nanti."
Tun Teja yang terlepas dari situ terus berlalu pergi tanpa menghiraukan Tuah.
"Awak hendak kemana Tun Teja?."
" Itu bukan urusan awak."
" Saya tahu. Tetapi awak berada di bawah tanggungjawab saya."
" Awak tidak perlu risau akan hal itu. Saya boleh menjaga diri saya sendiri, tambahan lagi. Saya jauh lebih kuat daripada awak."
" Huuuuuuuh. Sekiranya begitu, tolonglah, beritahu sahaja kepada kami apa yang awak hendak lakukan!."
Tun Teja diam. Dia keberatan untuk membertahu Tuah akan hal itu tetapi setelah dia melihat muka Ibad serta askar lain yang ada disitu., dia mengambil keputusan untuk memberikan kerjasamanya hanya untuk itu.
" Saya akan mencari sarang makhluk buas itu dan mengakhirinya. Awak ada masalah tentang itu?."
" Tidak. Tidak ada."
"Baguslah sekiranya begitu. Saya pergi dahulu."
Tun Teja pergi meninggalkan tempat itu.
"Kamu semua. Ikut Tun Teja!."
" Bagaimana dengan mayat ini tuan. Sekiranya kami pergi. Siapa yang akan mengurunya?."
" Saya akan menguruskannya sendiri. Ibad, kamu akan mengambil alih hal ini, terus ikuti dan lindungi Tun Teja. Sekiranya ada apa apa berlaku, aporkan terus kepada saya!, saya akan terus beradadi tempat penginapan."
" Baik tuan."
" Ibad dan semua askar yang ada disitu terus mengikuti Tun Teja."
" Ini arahan saya kepada kamu semua. Biar apapun terjadi, keselamatan Tun Teja adalah yang paling penting. Sekiranya ada apa apa berlaku, selamatkan dia dahulu!."
" Baik tuan."
Inilah yang terbaik. Sebelum saya bertolak pergi ke sini dari ibukota. Baginda raja ada mengirimkan surat pada saya melalui Hang Lekyu.
Perintah beliau untuk menjaga Tun Teja meski apapun terjadi adalah mutlak. Saya akan terus menjunjung perintah itu sehingga ke hujung nyawa saya.
Hari itu, Tun Teja dan bebrapa orang askar lengkap berbaju besi masuk ke dalam hutan sekitar kampung itu. Mereka cuba mencari sarang makhluk buas itu. Mereka tidak mempunyai sebarang petunjuk.
Mahu tidak mahu, mereka perlu memeriksa keseluruhan hutan itu.
" Kenapa kamu masih sahaja mengikuti saya?, saya sudah katakan yang sdaya tidak perlukan pertolongan kamu. Saya akan menyelesaikan misi ini sendirian."
" Tuah memerintahkan kami untuk mengikutimu. Awak tidak perlu kisah tentang kami, kami hanya menjalankan perintah yang diberikan."
" Huuuuuuh. Masih mengikuti perintah ketua yang kurang penglaman itu."
" Tolong hentikannya Tun Teja!, dia adalah ketua kita dalam misi ini."
" Ya. Dia memang ketua, saya juga beranggapan sama seperti awak pada mulanya. Tetapi lihat apa yang terjadi, dia bertindak terlalu pasif. Sekiranya kita terus mengikutinya, ;ambat laun. Akan lebih ramai orang yang menjadi mangsa raksasa itu, dan kemungkinan mangsa haiwan buas itu adalah kamu. Kamulah yang meronda setiap malam sebaliknya dia hanya tidur di katil empuk pada waktu itu.
Ibad, awak adalah senior saya dalam akademi angkatan tentera diraja. Awak adalah pelajar yang hebat.
Awak jauh lebih hebat darinya, awak tidak sepatutnya membuang semua itu semata mata ingin mengikuti ketuamu. Ingat, sekiranya seekor anjing memimpin seratus singa. Semua singaitu akan bertarung seperti anjing, sebaliknya sekirnya seekor singa memimpin seratus anjing. Semua anjing itu akan bertarung sama seperti singa.
Apa lagi yang awak ingin nafikan, di sekolah. Kita belajar akan hal ini, kita tahu trik dan teknik dalam pertempuran. Ini adalh bidang kita, kita tidak sepatutnya mengikuti arahan dari orang kampung yang tidak mempunyai ilmu serta pengalaman akan hal ini.
Sekiranya awak, saya atau kita mengambil alih misi ini. Saya yakin yang kita akan berjaya, kita hanya perlu memanfaatkan sahaja ilmu praktikal dan teori yang kita pelajari selama ini.
Bagaimana pendapat kamu?."
" Satya minta maaf Tun Teja, saya rasa. Cara pandang kita dalam menentukan kualiti seorang ketua adalah berbeza,ada saya. Dia sudah melakukan tugasnya dengan sangat baik sebagai seorang pemimpin. Meskipun ini adalah tugas pertamanya, dia sudah menunjukkan kepada saya yang dia boleh. Dia sangat bijak dalam meneliti danmenentukan cara yang terbaik, tidak terbawa dengan emosi serta masih berfikiran lurus meskipun dalam situasi yang genting. Dia juga bijak mengambil langkah dan mengatur bawahannya."
" Apa yang awak katakan ini Ibad, tidak ada satupun dari itu yang saya dapat lihat darinya. Sekiranya apa yang awak katakan itu betul, sekarang ini. Dia berada disini dengan kita, begitu juga dengan rondaan rondaan sebelum ini. Tetpi lihat,dia hanya menyerahkan semua tugas itu kepada kita."
" Sekali lagi saya katakan, cara pandang kita dala menilaiseseorang sangat berbeza Tun Teja, tetapi saya tetap menghormati pandanganmu."
"Huuuuuuuuuuh. Kekadang, lelaki menjadi sangat susah untuk dipahami."
Mereka kemudian meneruskantugas mereka.
Tun Teja adalah seorang yang hebat. Dia mempunyai semangat serta azam yang kental,sekiranya dia ingin mencapai sesuatu, dia akan bekerja sekeras kerasnya untuk itu. Memang begitulah sikapnya sejak dari dahulu lagi.
Sama uga dengan apa yang berlaku untuk kali ini. Jam sudah menunjukkan pukul 1 malam. Gerombolan Tun Teja terus meredah hutan dengan membawa obor mereka,sempat juga mereka berehat untuk makan sebentar pada pukul 11 malam. Mereka makan dan berehat berganti ganti, dengan itu. Mereka tidak akan diserang hendap oleh raksasa yang mereka cari.
Perintah Tuah sangat jelas. Mereka perlu melindungi Tun Teja meski apapun yang terjadi, perempuan yang berada di hadapan mereka ini adalah keutamaan mereka.
Ibad sudah berkali kali cuba memujuk Tun Teja untuk menundakan pencarian mereka ke esok hari. Namun begitu, semuanya sia sia kerana Perempuan ini sangat keras kepala.
" Kita perlu kembali Tun Teja!, kita patut meneruskan pencarian ini di hari yang lain. Sekiranya kita bertemu dengan raksasa itu disini sekalipun, peluang kita untuk menang adalah tipis.
Tubuh kita letih, kita tidak akan mampu bertarung dengan baik dalam kondisi sebegini."
" Kamu baliklah sekiranya kamu mahu. Saya tidak pernah meminta kamu untuk mengikuti saya."
" Ya. Tetapi, kami diperintahkan untuk mengiringimu, selagi awak tidak balik. Kamu semua juga tidak balik."
" Itu bukan urusan saya. Awak memilih untuk patuh dengan lelaki itu, sekarang. Awak meminta saya untuk mematuhi awak pula."
" Awak mesti memikirkan tentang ini Tun Teja, kita patut berundur sekarang sebelum terlambat. Saya berasa tidak sedap hati sekarang ini."
" Apa maksud awak?."
" Awak tidak merasakannya?, saya merasakan yang seperti ada sesuatu yang memerhatikan kita.
Jadi ini nasihat saya, kita patut balik sekarang sebelum apapun yang memerhatikan itu menyerang."
" Tidak. Kita akan mengakhiri semua ini disini, saya tidak mahu ada orang lain lagi menjadi mangsa haiwan itu.
Adakah awak masih merasakannya?."
" Iya. Secara samar samar, tenaga magik yang saya hantar dari badan saya ke tanah di kawasan ini dapat mengesan entiti itu. Untuk sekarang ini, dia masih diam didalam hutan gelap berdekatan kita."
" Kita akan memanggilnya keluar-"
" Tidak. Saya sudah diperintahkan oleh Tuah, sekiranya ada apa-apa berlaku. Benda yang pertama saya harus lakukan adalah melaporkan akan hal ini padanya."
" Tapi, kita tidak akan balik setelah sudah pergi sejauh ini."
" Syed. Pergi ke penginapan dan beritahu Tuah akan hal ini, kami akan bertahan selagi mampu."
" Baiklah."
Dalam sekelip mata, seorang lelaki yang bernama Syed itu terus hilang.
Dia terus berlari balik ke kampung. Setiap satu langkah besar dari kakinya adalah dalam 5 meter.
Syed mempunyai magik jenis angin. Dengan mengurangkan rintangan angin saat berlari, dia dapat berlari dengan laju.
Ditambah dengan menggerakkan angin untuk menolaknya dari belakang, hasilnya. Dia dapat bergerak seringan kapas.
Namun begitu, meskipun dia sudah cukup laju bagi manusia biasa. Ianya tetap tidak cukup laju buat serigala jadian.
Saat itulah mereka melihatnya. Raksasa itu cuba mengejar dan mengakhiri Syed yang cuba melaporkan akan hal itu.
Kedua-dua mereka terus berlari, serigala itu mampu mengejar Syed.
Apabila dia cukup dekat, dia mulai menerkam lelaki itu.

Book Comment (185)

  • avatar
    MalachicoJeo

    congrats

    24d

      0
  • avatar
    DaclesMeriam

    bagusss

    19/05

      0
  • avatar
    Nur Nabila

    nice story i like this one story

    07/05

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters