" Kamu sepertinya bertengkar." ucap penyambut tetamu sambil datang mendekati Tuah dengan membawa secawan kopi. " Arhhh. Iya, kekadang. Perempuan boleh menjadi emosional." " Saya setuju dengan tuan. Silahkan minum tuan!." " Saya tidak memesannya." " Tidak mengapa, ini adalah percuma." " Sekiranya begitu, saya tidak menolaknya. Terima kasih untuk ini." " Sama sama." " Emmmm. Saya tidak salahkan dia, dia mungkin tertekan dek kerana melihat banyak orang menjadi mangsa haiwan buas itu." " Iya." " Bagaimana dengan awak Azam?, kerja awak masih belum habis lagi?." " Sekejap lagi akan habis tuan, penginapan ini akan tutup pada pukul 12: 00 tengah malam." " Ooh. Awak tinggal di mana?, tidakkah awak takut akan menerima nasib sama dengan mangsa haiwan buas yang lain?. Sekiranya awak tidak keberatan, saya akan menghantar beberapa bawahan saya untuk mengiringimu." " Tidak mengapa tuan, saya sudah terbiasa dengan rutin harian ini." " Saya sedikit terkejut, awak masih berani untuk berjalan pada waktu malam meskipun nyawamu menjadi taruhan." " Hidup ini keras tuan. Sekiranya saya tidak bekerja kerana takut, lambat laun. Saya akan mati juga." " Hmmmmm. Betul kata awak." " Apapun, terima kasih atas sikap ambil berat tuan. Saya sangat menghargainya." " Ya. Sama sama." Malam itu, Tuah dan Azam terus bercerita sehingga pukul 12 tengah malam. Apabila sampai waktu itu, waktu bekerja Azam kemudian digantikan oleh orang lain. Azam kemudian balik meninggalkan Tuah sendirian. Tuah kemudian naik ke bilik lalu melelapkan matanya. Dia perlu mengecas semula tenaganya untuk hari esok pula, dia harap. Keadaan akan menjadi bertambah baik seiring masa berlalu. Pagi pagi lagi. Tempat penginapan mereka kecoh, beberapa nawaham Tuah terburu buru mendatangi Tuah yang sedang bersarapan di meja kedai makan yang adadi dalam penginapan itu. Ada apa Ibad?, mengapa kamu seperti dikejar hantu?." "Tuan!!!, Mansur dan Khalil sudah tidak ada. Mereka sudah mati!." "Apa maksud awak Ibad?. Mereka pergi ke mana?." ucap Tun Teja yang dari tadi hanya berdiam diri di satu sudut bangunan itu. " Kami mengesyaki yang mereka diserang saat melakukan rondaan semalam tuan. Ianya kerana mereka tidak kembali semula kesini setelah sehingga sekarang, baru sahaja tadi ada orang kampung yang melaporkan bahawa mereka menjumpai ada dua mayat tentera tidak jauh dari sini." " Adakah itu mereka?." " Saya kurang pasti tuan. Saya sudah meminta Syed untuk pergi memastikannya." "Jadi kenapa awak katakan yang mereka mati?, awak sudah memberikan berita palsu kepada kami Ibad. Awak tidak sepatutnya berkata begitu!!." "Maafkan saya tuan." Tun Teja tidak mendengarkan permohonan maaf Ibad sebaliknya. Dia terus tergesa gesa pergi dari situ untuk memastikan berita yang dia dengar. Tuah serta beberapa lagi askar kerajaan terus mengekori Tun Teja. Mereka semua hanya diam. Setelah sampai di tempat kejadian. Terlihatlah oleh mereka, ada dua orang yang sangat mereka kenal ada disitu. kedua dua kepala tidak berbadan itu sengaja diletakkan di situ. Pembunuhnya seolah olah sengaja melakukannya. Air mata Tun Teja terus tumpah. Dia tidak menyangka yang orang yang dia baru sahaja marah kemarin sudah tidak bernyawa lagi. Ini gila!!!. Tuah juga tidak terlepas dari perasaan sedih. Gelak tawa serta gelagat mereka masih segar di ingatannya. Namun begitu, sebagai seorang ketua. Dia tidak boleh termakan dengan emosinya. Musuh melakukan hal ini bertujuan untuk menakutkan serta menurunkan moral mereka. Saat ini adalah saat yang paling penting. Dia perlu menunjukkan kualitinya sebabgai seorang ketua yang layak untuk dituruti meskipun dia jauh lebih muda dari orang bawahannya. Kamu semua. Selidik kawasan ini!, jangan tinggalkan satu petunjukpun." "Baik tuan." "Jangan terlalu lama kerana kita akan terus melakukan upacara pengebumiannya selepas itu!." "Baik tuan." " .............. Itu sahaja ketua?. Mengarahkan bawahanmu. Itu sahaja yang awak tahu, lihat dengan kedua matamu!, bawahanmu yang kemarin mengangkat dan memujimu sudah mati. Semua ini adalah salahmu. Awak kurang penglaman tetapi mengambil tugas ini. Atas alasan bodoh awak, dua nyawa orang yang mempercayai awak sudah tergadai. Semua yang berlaku ini adalah salah awak!!." " Cukup Tun Teja!, tutup mulutmu itu!." " Kenapa kamu memarahi saya Ibad, awak lebih berpenglaman dan jauh lebih hebat dari saya. Awak tidak patut menuruti perintah dari orang kampung seperti dia. Dia sendiri mengatakannya kepada saya, dia tidak membunuh naga itu untuk menyelamatkan orang lain. Sebaliknya, dia hanya ingin menyelamatkan dirinnya. Dia hanya bernasib baik dapat memenangi pertarungan itu. Dia adalah lelaki yang sangat teruk. Meskipun dengan kekuatannya itu, dia tetap sahaja masih mementingkan dirinya sendiri. Alangkah baiknya sekiranya saya atau kamu semua mendapatkan kekuatan itu. Saya yakin, dengan itu. Akan lebih ramai orang mendapat manfaat darinya-" Ibad yang berdiri tidak jauh terus menghunuskan pedangnya ke leher Tun Teja. " Saya harap agar awak berhenti menghina ketua kita. Sekiranya awak masih berkeras, saya akan membelah leher awak disinijuga. Setelah membunuh bangsawan serta bakal isteri raja Melaka. Saya berjanji akan mengakhiri nyawa saya disinijuga sebagai tanda maaf. Hutang nyawa dibayar nyawa." "Wow. Tekadmu sangat kuat meskipun nyawamu sebagai taruhan. Baiklah, mari kita sama sama mengkahiri nyawa kita disini!." Ibad menutup matanya sambil menarik nafas panjang. Dia sudah sedia untuk mengakhiri nyawa kenalan lamanya, ianya bukan sesuatu yang mudah, tetapi. Dia tidak mempunyai pilihan lain. Ini adalah tugasnya sebagai seorang askar elit Melaka. Seorang askar yang baik dan berkualiti adalah askar yang tidak mempersoalkan tindakan dan keputusan ketua mereka. Untuk itu, biarlah dia menjadikan ini sebagai pengajaran buat askar lain yang berada disitu, ini adalah hukuman bagi sesiapa sahaja yang tidak menuruti ketua mereka. Selamat tinggal dunia. Tiba tiba, satu tumbukan padu hinggap dipipinya. Dia terus terlempar ke udara. "Awak fikir yang saya hanya diam dan membiarkan awak membunuh saya. Jangan jadi bodoh." Tun Teja terus menghunuskan pedang besarnya yang dari tadi tersarung di belakangnya. " Maraklah kucing!." ucap Tun Teja. Tiba tiba, pedang yang besar itu terus dilapisi dengan api. Tun Teja terus berlari mengejar Ibad yang terlempar. "Selamat tinggal Ibad." Libasan pedang besar itu dihalakan kepada Ibad. Malangnya, satu dari kaki Ibad sudah mencecah tanah. Magik dari dalam tubuhnya terus menyatu dengan bumi. Magiknya yang berunsur tanah membolehkan tenaga magiknya menjadikan tanah sebagai mediumnya. Dalam sekelip mata, beberapa bonjolan tanah terus terangkat lalu menghalang libasan itu. " Ciss, dia berjaya menyentuh tanah." ucap Tun Teja. Pukulan kuat dari pedang besar bersalut api Tun Teja terus memotong tanah tanah yang berterusan terangkat menjadi dinding. Malangnya, belum sempat pedang itu mencapai tubuh Ibad, Tun Teja sudah lumpuh. Seluruh badannya terus tertanam didalam tanah dan hanya meninggalkan kepalanya. Ibad terus berlari untuk mengakhiri pertarungan sia sia itu. Tanah yang termuntah keluar dek kerana kekuatan Tun Teja yang ingin melepaskan diri terus menguburnya semula sebaik sahaja salah satu kaki Ibad yang berlari ke arahnya mencecah tanah. Saya minta maaf Tun Teja. Ibad terus menunduk apabila betul betul berada dihadapan Tun Teja lalu terus melibas pedangnya terus ke leher Tun Teja. Tun Teja mencuba sedaya upaya untuk menukar jalan takdirnya, malangnya. Sudah tidak ada jalan lain lagi baginya. Ibad tidak membiarkan dia terlepas dan tidak teragak agak untuk mengakhirinya.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
congrats
24d
0bagusss
19/05
0nice story i like this one story
07/05
0View All