" Tun Teja, apa pendapatmu tentang ini?." " Saya merasakan yang raksasa itu kenyang saat memakan tentera. Tetapi, ketika memakan orang awam, dia tidak kenyang." " Bagaimana awak boleh berkata begitu?." " Emmmm, itu sudah tentu. Cuba kamu fikir dengan logik, askar askar yang dihantar kerajaan adalah bertubuh tegap manakala yang lain terdiri dari orang awam mungkin kanak kanak-kanak yang kecil atau orang yang kurus kering. Jadi, dia tidak kenyang memakan mereka dan menghabiskan mereka dengan selicinnya." " Tidak!. Saya tidak merasakan begitu. Serigala itu sepertinya sengaja untuk meninggalkan cebisan tubuh. Ianya bertujuan untuk menebarkan rasa takut dalam diri tentera yang dihantar untuk membasminya. Awak tahu, dengan meninggalkan mesej. Saya boleh menghabiskan tentera elit ini, sekiranya kamu tidak mahu berakhir seperti mereka. Lebih baik kamu tidak mengganggu urusan saya." " Arhhhh begitu." " Bercerita tentang orang awam. Boleh saya tahu, siapakah sahaja orang yang hilang itu?." " Baik tuan, ini adalah senarai nama orang yang hilang tuan. Tuan boleh mencari maklumat lebih lanjut mereka di pejabat pusat kampung ini." " Pergi dan ambil semua fail maklumat mereka!, saya memerlukannya sekarang." Hari itu, Tuah hanya bersendirian di bilik. Dia meneliti semua maklumat yang ada, dia cuba melogikkan semuanya sekaligus membuat satu kesimpulan yang kuat. Tun Teja dan bawahannya yang lain tidak menganggunya. Mereka memberikan ruang untuk Tuah merungkaikan misteri itu, mereka percaya dengan ketua mereka. Setelah beberapa jam, Tun Teja datang sambil membawa makanan serta minuman untuk Tuah. Dia meninggalkan semua itu di atas perabot di bilik itu lalu berlalu pergi. Setelah beberapa jam, Tun Teja mengintai semula. Ternyata, makanan yang diberikannya sudah habis dimakan Tuah. Dengan perasaan gembira, Tun Teja masuk lalu mengambil belas kosong itu untuk dibawah pergi. Apabila sampai waktu petang. Sekali lagi Tun Teja masuk sambil membawa muih dan air panas. Dia harap, Tuah dapat meluangkan sedikit masa untuk makan sebelum meneruskan tugasnya. Malam itu, Tuah turun ke ruang penyambut tetamu yang ada di tempat penginapan itu. Dia duduk di kumpulan yang sudah sedia ada disitu. Tun Teja dan kumpulannya memang berharap agar ketua mereka datang. " Jadi Tuah, bagaimana dengan penelitianmu?." " Sebelum saya menjawabnya, saya mahu makan dahulu. Diharap untuk kamu semua bersabar." " Baiklah. Awak makanlah sepuasnya, awak sudah melakukan hal yang hebat." Malam itu, mereka semua bersorak keriangan atas pencapaian ketua mereka. " Saya sudah katakan, Tuah adalah orang yang hebat!, sekiranya dia tidak menggunakan otaknya yang geliga. Mana mungkin seorang manusia mampu menewaskan naga." " Tidak!!, dia kuat dan bijak. Awak mana mampu mengalahkan seekor naga hanya dengan bijak sahaja. Perbetulkan ucapanmu!." " Saya berkata pasal Tuah, bukan saya!." " Iya, tetapi apa yang awak katakan itu salah." " Jadi?, awak mahu katakan yang ketua kita lemah?." " Saya tidak pernah mengatakannya." Kedua-dua mereka mulai bergelut. Tuah hanya ketawa terbahak-bahak melihat gelagat mereka yang sepertinya taksub padanya. " Baiklah. Cukup sampai disitu!, kita perlu memulakan tugas kita iaitu melindungi keselamatan penduduk kampung. Mansur dan Khalil, kamu berdua akan melakukan rondaan pada malam ini. Apabila sampai pukul 3, datangla ke sini dan pasangan yang lain akan menggantikan tugas kamu!, kamu faham?." " Saya faham......... Tapi tuan, kenapa saya dipasangkan dengan dia?." " Apa maksudmu?." " Saya tidak mahu berpasangan dengan seorang lelaki berkacamata yang menyedihkan. Berpura-pura bijak dengan membetulkan orang lain sedangkan dia hanya bersekolah sampai darjah 6. Hahahaha." " kurang ajar!!." Pergaduhan mereka kemudian bersambung kembali. " Saya katakan pergi!. Jangan sampai saya menggunakan kekerasan." Dalam sekelip mata, dua orang yang berkelahi tadi sudah hilang dari situ. Tuah hanya melihat kejadian itu. Wow, teknik ancaman Tun Teja sememangnya tidak ada tolok bandingnya. Lihat sahaja apa yang berlaku, bukan dua orang itu sahaja yang lari sebaliknya segerombolan askar yang tadinya bergembira disini hilang. Setelah itu, Tun Teja kemudian berpaling ke arah Tuah dengan muka comelnya. Dia datang perlahan-lahan mendekati Tuah. " Jadi Tuah. Adakah awak sudah mengetahui dimana raksasa itu menyorok?, awak katakan tadi yang awak mahu makan dahulu sebelum memberitahu saya akan hal itu." " Ya. Saya ada katakan yang saya akan memberitahu hasil penelitian saya selepas makan kepada kamu." " Jadi, tolong beritahu saya!, saya akan pergi ke sarang raksasa itu sekarang juga." " Hahahaha. Saya suka dengan semangat mu. Malangnya, saya tidak menemukan apa apa." " Apa maksud awak?, awak katakan yang awak akan memberitahu apa yang awak tahu tadi?." " Ya. Saya ada katakan yang saya akan memberitahu hasil penelitian saya dan inilah dia hasilnya. Saya tidak tahu, bukti masih belum cukup. Kita tidak ada suspek tersangka, semua kenyataan saksi mata bercampur dengan rekaan. Saya tidak mengetahui kesahian cerita saksi mata. Kita tidak menemukan jejak darah yang terus ke sarang raksasa itu. Untuk keadaan kita sekarang, amat mustahil untuk kita mencari raksasa itu." " Jadi. Kenapa awak menaikkan harapan kami tadi?." " Arhhh. Emmmmm, awak tahu. Saya tidak mahu terlihat kecil di mata anak buah saya, saya perlu menyelamatkan air muka saya. Saya memohon agar awak lebih faham." " Woow, saya salah menilaimu selama ini. Saya fikir awak adalah wira negara ini, awak tahu. Awak diangkat menjadi laksamana dalam lingkungan umur 18 tahun, pencapaianmu adalah membunuh naga. Tetapi bagi saya, saya memandang tinggi awak bukan kerana awak kuat, sebaliknya kerana awak melawan naga itu untuk mempertahankan kampungmu-" " Haaaah?, dimana awak mendapat cerita palsu itu?. Saya tidak pernah berniat mengalahkan naga itu untuk melindungi kampung saya. Saya hanya menyelamatkan diri saya pada ketika itu." Mendengar ucapan jujur Tuah, muka Tun Teja berubah. Dia sepertinya terpukul dengan kenyataan yang pahit itu. " Hahahahaha, saya tertipu lagi rupanya. Betapa naifnya saya dalam dunia ini, saya tidak patut mempercayai yang wira itu wujud." " Ya. Awak tidak patut mempercayainya!, wira memang tidak wujud pun. Semua orang berjuang untuk diri mereka dan apa yang berharga buat mereka, untuk itu. Mereka tidak kisah ingin menjadi malaikat atau iblis. Mereka semua tidak ada masa untuk menjadi wira bagi orang lain. Begitu juga dengan saya. Saya hanyalah mangsa keadaan pada ketika itu, untuk melindungi keluarga saya. Saya perlu menjadi lebih kuat dari naga itu. Itu sahaja, tidak lebih dari itu. Saya harap agar awak tidak meletakkan harapan yang tinggi pada saya." " Ya. Baiklah, maafkan saya kerana terlalu berharap kepada awak sebelum ini." Tun Teja kemudian berlalu pergi dari situ. " Awak hendak ke mana Tun Teja?" Tun Teja tidak membalas, dia terus bergerak ke pintu keluar bangunan itu. " Saya arahkan untuk awak berhenti!, sebagai ketua. Saya mengarahkan untuk awak tidak keluar Tun Teja!." Tun Teja menghentikan langkahnya. " Pergi naik dan tidurlah!, ini arahan saya untuk malam ini." Tun Teja dengan berat hati menukar arahnya. Dari menuju ke pintu keluar, dia terus menaiki tangga menuju ke bilik tidur.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
congrats
25d
0bagusss
19/05
0nice story i like this one story
07/05
0View All