logo text

Chapter 24 menjadi penyiasat adalah tidak mudah!

Pagi pagi lagi. Tuah bangun lalu membersihkan diri, setelah itu. Dia terus ke ruang menyambut tetamu untuk meminta minuman.
Kopi hitam panas dibancuh lalu diberikan kepada Tuah. Dia menikmati kopi itu bersama dengan nasi lemak yang dijual disitu.
Nasi lemak dibuat lebih awal oleh orang kampung akan dijual kepada pemilik penginapan itu. Pemilik penginapan itu kemudian menghidangkan nasi lemak berbungkus daun pisang itu di meja untuk disajikan kepada pengunjung.
Saat dia menikmati makanan itu, dia melihat Tun Teja yang turun dari tangga dengan mamai.
" Hmmmm, Tun Teja, bangun!!, awak boleh terjatuh sekiranya awak tidak berhati-"
Paakkkkk...
Tun Teja terjatuh dari tangga.
Bunyi hentakan itu diikuti dengan suara jeritannya.
Melihat kejadian itu, Tuah terus ketawa terbahak-bahak. Itu sudah tentu, melihat seorang yang jatuh dari tangga adalah amat melucukan. Ditambah lagi, dia seorang perempuan yang ganas.
Kenapa dia hanya ketawa melihat saya?, ciss... Dia adalah lelaki yang paling teruk saya pernah jumpa, tidak berhati perut dan kejam. Dia boleh sahaja menyambut saya tadi, sekiranya tidak mampu pun. Dia sepatutnya mengulurkan tangannya untuk membantu saya berdiri.
Tetapi, sialan itu hanya duduk dan ketawa disitu. Tun teja mengambil kerusi yang tidak jauh darinya. Dia terus melemparkan kerusi itu ke Tuah yang sedang khusyuk menggelakkannya.
Ehhhh.....
Tuah terkejut, sebuah kerusi dengan binaan kayu bulian terbang meluru ke arahnya.
Namun begitu. Dunia yang kejam tidak menantinya bersedia sepenuhnya.
Belum sempat dia mengelak, kerusi itu sudah menabrak mukanya.
Pagi itu. Setelah semuanya bersiap, mereka semua berkumpul di hadapan Tuah.
Tun Teja serta beberapa askar yang dikirim raja untuk membantu tugas Tuah bersedia untuk menerima arahan.
" Hari ini, kita akan meneliti semua petunjuk yang ada. Kamu semua pergi ke semua bekas tempat berlakunya serangan serigala jadian itu!, cari segala petunjuk yang tertinggal!. Jangan lepaskan satu petunjukpun!, ianya sangat penting untuk kejayaan misi ini. Semua faham?."
" Faham tuan."
" Baiklah, kamu semua boleh pergi!."
Semua mereka pergi meninggalkan Tuah bersendirian.
" Tuah, awak tidak pergi?."
" Awak diam!!!!, awaklah yang menyebabkan semua ini."
Tuah menjerit dengan kuat kerana tidak puas hati dengan Tun Teja.
" Kenapa pula ianya salah saya. Awaklah yang menyakitkan hati saya terlebih dahulu, sekiranya awak berperangai baik. Saya tidak akan mencederakan awak pada ketika itu. Tambahan lagi, awak boleh sahaja mengelak serangan saya, awak Tuah. Pembunuh naga yang terkenal. Hahahahahha."
Ingin sekali Tuah membalas perbuatan Tun Teja, tetapi. Melihat kekuatan raksasa perempuan itu, dia kecut perut untuk cuba mencari keadilan. Tambahan lagi, kondisinya yang parah untuk sekarang ini sangat tidak menguntungkannya.
Orang dengan kepalanya berbungkus sepenuhnya itu mendekati Tun Teja.
" Wow. Awak sangat menyeramkan, tolong jangan terlalu mendekati saya!."
Semua ini sebab awak gorila!!.
" Saya mahu memberikan arahan khusus buatmu, tolong dengarkan dahulu."
" Baik tuan. Apa dia?."
" Saya memberikan awak tugas yang paling penting. Saya mahu awak pergi ke pekan dan mengorek segala informasi yang ada, mulai dari saksi mata, tempat berlakunya kejadian, siapakah semua mangsanya serta semua maklumat yang kita perlukan tetapi saya terlepas. Awak faham?."
" Saya faham tuan."
" Sekiranya begitu, awak boleh pergi!."
Tun Teja terus pergi dari situ.
" ........... Dia seorang bawahan yang hebat." ucap penyambut tetamu yang ada disitu.
" Ya. Dia hebat, tidak semua orang mempunyai semangat yang kuat serta kekuatan gorila sepertinya."
" Hahaha. Iya, saya setuju dengan itu........... Jadi, awak akan menyerahkan semua tugas kepada anak buah awak?."
" ........ Apa maksudmu?."
" Maksud saya, kamu mencari orang serigala bukan, ianya bukan sesuatu yang patut dipandang remeh dengan hanya menghantar beberapa orang untuk menyelesaikannya."
" Arhh. Saya faham maksud awak.
Apa yang awak katakan itu betul, saya tidak patut hanya diam sahaja. Saya juga perlu membantu mereka. Itu yang awak cuba sampaikan betul?."
" Emmm. Ya, tepat sekali tuan."
"Malangnya, sangkaan awak meleset. Saya tidak merancang untuk hanya diam, saya disini juga melakukan tugas saya."
" Apa maksud tuan?"
" Seperti yang awak tahu, penginapan ini terus dikunjungi banyak orang. Saya boleh mencari maklumat dengan bertanya semua orang yang ada disini."
" Arhhhh, saya faham. Ternyata, akal fikiran tuan cukup panjang."
" Hahahaha, terima kasih atas pujian itu. Jadi, sekiranya awak tidak keberatan. Boleh saya bermula dengan bertanya kepada awak?."
" Sudah tentu tuan."
" Anjing itu besar!!!, dia memakan semuanya. Dia memakan orang, bayi, kucing dan rumah.
Kepalanya ada 13, semua kepalanya mampu mengeluarkan api dari setiap mulutnya, apinya berwarna warni namun membahayakan."
Budak perempuan 8 tahun itu dengan semangat memberikan maklumat yang diperlukan.
Tun Teja dengan khusyuknya mencatat semua maklumat itu di bukunya.
Takkkk..........
Tiba tiba, kepala Tun Teja dipukul oleh Tuah yang memakai jubah menutupi kepalanya.
" Awak Tuah, ada apa?."
" Saya tidak sangka awak dengan awak."
" Apa maksud awak?"
Apa maksudku kepalamu!!, awak sangat tidak bijak. Kenapa awak mengambil maklumat dari seorang budak?, sudah tentu yang ianya kurang tepat. Lihat sahaja apa yang budak itu katakan, kita mencari serigala jadian. Bukan anjing dengan 13 kepala.
" Tidak ada apa apa, awak boleh ikut saya!."
" Baiklah. Tuah, ini adalah semua maklumat yang saya berjaya dapatkan."
Tun Teja memberikan buku catatannya kepada Tuah.
Tuah terus meneliti buku itu sambil berjalan menuju ke semua tempat kejadian yang terlebih dahulu sudah diamanankan oleh bawahannya.
" Tuan, seperti yang tuan lihat. Tubuh mangsa habis dimakan dan hanya meninggalkan tangan sahaja. Kami mengesyaki, raksasa itu sudah kenyang dan meninggalkannya."
" Hmmmmmm.......... Bagaimana dengan kejadian sebelum sebelum ini. Adakah raksasa itu menghabiskan mangsanya?."
" Menurut laporan yang kami ada, ada banyak kes orang hilang tanpa jejak, mungkin, raksasa itu menghabiskan jasad mereka tanpa sisa. Tetapi, ada juga mangsa yang tidak habis dimakan.
Kepingan tubuh mangsa akan dijumpai oleh orang ramai di setiap lokasi kejadian."
" Lokasi kejadian?. Maksudnya, kawasan setiap berlakunya serangan adalah berbeza?."
" Ya. Tuan, seperti yang tuan lihat dari peta ini. 11 bulatan merah ini adalah tempat pernah berlakunya kejadian itu.
Setiap lokasinya berbeza tuan."
" Bagaimana boleh begitu ramai?, siapa yang menjadi mangsanya itu?."
" Kesebelas mangsa itu adalah askar kerajaan yang dihantar untuk melindungi kampung ini sekaligus membasmi raksasa itu tuan.
Mereka mungkin diserang saat melakukan rondaan di sekitar kampung."
" Jadi. Adakah setiap bulatan merah itu berada dalam laluan rondaan mereka?."
" Tidak tuan. Bulatan merah ini tidak berada di dalam laluan rondaan mereka."
" Hmmmm......."

Book Comment (185)

  • avatar
    MalachicoJeo

    congrats

    25d

      0
  • avatar
    DaclesMeriam

    bagusss

    19/05

      0
  • avatar
    Nur Nabila

    nice story i like this one story

    07/05

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters