Setelah beberapa hari kami menempuh hutan hutan serta kota kota kecil. Akhirnya, kamipun sampai di sebuah perkampungan. Ucapan selamat datang tertulis pada papan tanda di pintu masuk kampung itu. Kereta kuda kami terus dipacu melintasi orang ramai yang lalu lalang. " Kita menghala ke mana Amad?." " Kita akan pergi ke hotel yang terletak di tengah pekan tuan." Arhh. Jadi, kami akan bermalam di hotel. " Bangun Tun Teja!, kita sudah hampir sampai." Kereta kuda itu berhenti dihadapan sebuah bangunan besar. Tuah keluar dari kereta kuda lalu terus memasuki bangunan itu. Tun Teja yang masih sedikit mamai terus mengekorinya sementara askar yang bertugas mengawal Tuah dan Tun Teja terus mengangkat barang mereka berdua. " Selamat datang ke tempat penginapan kami tuan!." Seorang penyambut tetamu yang sedia berdiri di meja pendaftaran terus menyapa mereka. " Adakah tuan ingin bermalam disini?." sambungnya. " Ya. Kami mahu bermalam disini, tolong berikan kami 2 bilik!." " Saya sangat mohon maaf tuan. Kami hanya mampu menyediakan satu bilik saat ini, bilik yang lain sudah dihuni oleh pengunjung lain." " Arhh. Begitu, hmmmmmm. Ada tempat penginapan lain yang syorkan di kawasan ini?" " Saya mohon maaf tuan. Buat masa ini, hanya ini sahajalah tempat penginapan yang ada di kampung ini. Tetapi, sekiranya tuan tidak keberatan, ada beberapa orang kampung yang menyewakan sebahagian rumah mereka kepada pengunjung. Saya boleh membantu untuk menunjukkan arah tempat mereka sekiranya tuan menginginkannya." " Hmmmmmmm. Tun Teja, nampaknya, kita perlu berbincang tentang ini dengan teliti. Apa pendapatmu?." " Yaa. Saya juga merasa begitu." " Baiklah. Ayuh kita berbincang di luar sekiranya begitu!. Sebelum itu, boleh awak berikan kunci bilik yang kosong terlebih dahulu!, tolong beritahu juga lokasi biliknya!. Jadi, apabila kami sudah berbincang, kami tinggal terus pergi." " Arhh, baiklah. Ini kuncinya, untuk lokasi biliknya. Bilik yang masih kosong terletak paling hujung dengan tulisan number 5 di pintunya. Bayarannya hanya 5 kupang perak untuk semalam, tuan boleh membayarnya kepada saya." Tuah mengambil anak kunci itu lalu menyerahkan duit sewa kepada lelaki itu. " Kami mohon maaf atas kekurangan ini tuan, disebabkan ini. Kamu berdua perlu berpisah." " Ooh, tidak mengapa-" " Hanya sahaja, saya ingatkan yang kamu berdua adalah suami isteri." " Kami bukan suami isteri!!" Tun Teja dan Tuah menjerit serentak. " Arhhh. Maafkan saya." Setelah itu, Tuah terus mengambil sebuah beg besar dari askar yang mengekorinya. Sambil mengambilnya, dia turut memberikan isyarat kepada Tun Teja dengan mengayunkan kepalanya ke pintu keluar. Tun Teja yang memahami isyarat itu terus menuju ke pintu keluar. Tun Teja keluarga dari pintu itu diikuti oleh askar askar yang membawa banyak barangnya. " Tuah?, mana awak?." Mereka semua heran. Di mana Tuah?, dia yang meminta untuk berbincang akan hal ini di luar. Jangan bilang, dia memperdayakan kami?. Tuah terus masuk lalu mengunci pintu bilik itu. Hahahaha. Saya tidak menyangka yang perempuan kaya itu senaif ini. Saya dengan mudah mendapatkan satu satunya bilik ini. Ini sudah tentu, saya tidak mahu pergi keluar dan mencari tempat lain, saya bukanlah pecinta wanita yang bersikap mengalah dengan mereka. Hahahaha, saya tidak akan memberikan bilik ini begitu sahaja. Saya akan berjuang untuk- Belum habis Tuah berbicara dengan dirinya sendiri. Dengan tiba tiba, dia terus terpelanting jauh. Pintu bilik tempat dia menyandar tadi turut terbang bersamanya. Ternyata, pintu itu ditendang oleh raksasa yang ditipunya. " Saya minta maaf Tun Teja!!!!!!, saya menyesal. Saya tidak akan mengulanginya lagi!." Tuah merayu dengan muka sekupangnya. Tun Teja masuk ke bilik itu dan terus mengemas barangnya. Tuah hanya melihat gelagatnya. " Awak tidak marah Tun Teja?." " Sudah tentu saya marah. Tapi ini adalah salah saya sendiri. Saya tidak patut mempercayai awak tadi." Setelah itu, Tuah terus bangun lalu turut mengemas barangnya. " Emmm, Tun Teja, bukankah ketua yang sepatutnya tidur di katil besar?." " Arhh. Awak ada mengatakan sesuatu Tuah?." " Tidak!, saya tidak berkata apa-apa." Di bilik itu, disediakan dua katil. Satu katil bersaiz besar dan satu lagi bersaiz kecil. " Awak pasti tentang ini Tun Teja?, kita tidur sebilik untuk malam ini?" " Saya tidak tahu, yang saya tahu. Saya tidak akan melepaskan bilik ini." Huuuuuh, lebih baik saya diam sahaja. Perempuan ini keras kepala, begitu juga saya. Sekiranya kedua-duanya tidak mahu mengalah, ini sahajalah cara satu satunya. Tuah mengemas barang barangnya. Setelah itu, dia dan beberapa askar terus memperbaiki pintu bilik yang hancur. Pada petang hari, mereka semua makan petang di kedai makan tidak jauh dari situ. Mereka menghabiskan masa dengan menguruskan diri mereka sendiri untuk hari ini. Tetapi untuk esok, mereka akan memulakan misi yang diberikan. Malam itu. Tuah baring di katil kecilnya. Dia melihat Tun Teja yang baru mahu tidur. Yang peliknya, dia meletakkan pedang besarnya di tepinya. " Awak meletakkan pedang awak di atas katil?, saya tahu yang awak ini pelik. Saya tidak menyangka yang awak sepelik ini." " Tidak!!, ini bukan seperti yang awak fikirkan. Saya hanya sengaja meletakkannya disini untuk malam ini. Saya perlu sentiasa bersiaga. Itu sudah tentu, saya tidur dengan raksasa seperti awak. Saya perlu sentiasa melindungi diri. Saya yakin, awak mungkin sudah memikirkan hal yang bukan bukan kepada saya." Mendengar ucapan Tun Teja, wajah Tuah menjadi sugul. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Apa yang difikirkan gorila ini?, saya tidak pernah menyukainya. Mungkin. Tetapi untuk sekarang, lebih baik saya diam sahaja. Saya tidak mahu membuatkan dia mengamuk pada saat ini.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
congrats
25d
0bagusss
19/05
0nice story i like this one story
07/05
0View All