Hanya tersisa Ruby dan Roger sahaja di ruangan itu. " Terima kasih Roger." Serigala itupun perlahan bertukar semula ke bentuk manusia. Setelah perubahannya selesai, dia terus rebah terduduk dan menyandar di dinding. Rupanya, selama sehari dia disini. Dia terus disiksa oleh mereka, dia sudah kehabisan tenaga magiknya kerana digunakan untuk mencepatkan proses regenerasi lukanya. Dia hanya akan dapat mengisi semula tenaganya apabila malam tiba. " Ya. Sama sama." " Hahaha. Awak terlihat lemah, saya minta maaf kerana telah menghantar awak kesini." Ruby berjalan mendekati Roger. Kemudian, dia duduk dihadapannya. " Kenapa awak tidak melarikan diri sahaja setelah memakan nenek saya?. Kenapa awak membiarkan saya hidup dan mengikuti arahan saya?, adakah awak menyukai saya?. Tapi, sekiranya awak menyukai saya, awak tidak akan memakan nenek saya. Hmmmmm, pelik. Tambahan lagi, saya masih terlalu mudah untuk bercinta awak tahu. Hmmmmm..., tapi. Sekiranya awak betul betul menyukai saya. Hmmmmmmm...., apa boleh buatlah. Hemm, hemm." " Saya lari setelah membunuh nenekmu pada malam itu. Saya telah berjanji padanya untuk tidak mengapa apakanmu, oleh itu, setelah menguburnya. Saya terus masuk jauh ke dalam hutan. Tetapi, sesuatu di dalam badan saya kesakitan. Ianya sangat sakit, saya tidak pernah merasakan sakit ini sepanjang saya menjadi serigala. Sakitnya tidak redah mahupun hilang meskipun seberapa jauh saya pergi. Sehinggalah saya mengambil keputusan untuk bertemu semula denganmu. Pada saat saya mengatakan hal sebenar padamu, hati saya menjadi semakin sakit. Lebih sakit dari tusukan pisau yang awak cucukkan pada saya saat itu. Tetapi, ajaibnya. Saya senang hati untuk dihukum olehmu. Saya rasa saya layak untuk dihukum, hanya sahaja awak tidak mampu mengakhiri nyawa saya. Saat melihat awak menangis. Sakit itu terus menghancurkan saya, saya tidak mahu merasakannya. Oleh itu, saat itu saya berjanji. Saya akan melakukan segalanya untuk membayarnya, dengan menggembirakan awak, saya berasa gembira. Saya sanggup mati demi itu, sebab itulah saya memilih untuk mengikuti awak ke tempat saya akan dibunuh." " Hahahahaha. Saya rasa saya tahu apa yang berlaku. Sebenarnya, ketika awak memakan masakan saya pada saat awak bermalam di rumah. Saya sudah meletakkan satu mantera ke dalamnya, nama mantera itu ialah rasa bersalah. Ianyalah yang menyebabkan awak menjadi seperti ini. Hahahaha." Ruby mengatakannya sambil air matanya mengalir perlahan. " Jadi. Saya berada di bawah mantera selama ini?." " Iya. Awak sudah terperangkap di dalamnya dan awak tidak akan boleh lari darinya. Semakin lama masa berlalu, ianya akan menjadi lebih kuat. Mantera itu dipanggil cinta. Saat itu, awak akan menyerahkan segala-galanya kepada saya tanpa mempertimbangkan diri awak sekalipun." " Awak adalah ahli sihir. Saya tidak dapat mengesannya selama ini, adakah daya penciuman hidung saya tumpul saat berada dalam bentuk manusia?." " Tidak ada gunanya awak menyalahkan takdir sekarang. Semua sudah terlambat, sekarang , awak mahu atau tidak. Awak perlu hidup bersama saya!. Awak mahu?. Tolonglah!, saya takut hidup bersendirian!." " Kenapa awak memohon?, saya berada didalam sihir awak. Sudah tentu saya akan mengikuti awak." " Hahahaha. Saya lupa tentangnya. Baiklah sekiranya begitu, kita akan melawat kubur nenek saya setelah ini. Selepas itu, kita akan pergi jauh dari sini. Kita berdua akan mengembara ke semua tempat. Apa pendapatmu tentang itu? " " Saya akan mengikuti awak selamanya." " Hahahaha. Baguslah sekiranya begitu. Baiklah, kita perlu pergi sekarang!. Tidak ada jalan mundur sekarang, hanya kita berdualah yang bersekutu di dunia ini. Manusia sekarang akan menganggap saya musuh atas semua ini. Tapi saya tidak kisah semua itu, selagi awak ada dengan saya. Saya tidak akan bersedih." " Saya tidak akan biarkan sesiapapun mengapa apakan awak. Tidak kira itu manusia atau raksasa. Saya akan mengalahkan mereka. Saya juga tidak membiarkan awak bersedih." " Hahaha. Cukup sampai situ perbualan kita!. Ayo kita pergi!." Ruby menarik tangan Roger lalu berlari keluar dari situ. Mereka hidup bersama. Mereka terus mengembara kerana mereka dikehendaki oleh pihak berkuasa. Tetapi, apapun cara yang manusia gunakan. Mereka tidak akan mampu mengalahkan mereka. Raksasa serigala yang setia kepada Ruby mampu dengan mudah menyapu bersih tentera kerajaan dan memutuskan kepala raja di atas takhtanya juga. Namun begitu, meskipun dengan kekuatan itu. Mereka lebih memilih untuk hidup jauh dari manusia, mereka tidak mencari kekuasaan di dunia ini. Cukuplah dengan mengembara untuk mengisi masa mereka sahaja sehingga mereka mati. Masa terus berlalu, mereka mempunyai anak dan keturunan terus bersambung. Kekuatan serigala masih tersimpan di dalam darah susur galur keturunannya. Namun begitu, keturunan pasangan terkutuk itu menjadi musuh utama bagi manusia. Mereka terus bersembunyi di dalam hutan, dan mencuba apa sahaja cara untuk tidak pupus di dunia ini. Dan apa yang akan kita lawan ini mungkin adalah pewaris mereka." "................ Wow. Cerita mereka sangat sedih." " Saya tahu, saya juga menangis saat pertama kali mendengarnya." " Hanya sahaja, kenapa nama mereka Roger dan Ruby. Saya rasa awak menukar namanya?." " Iya, saya mengubahnya agar cerita menjadi lebih menarik. Awak tahu, dengan menggunakan nama nama moden, awak dapat menjadikan cerita lebih menarik." " Tidak, menggunakan nama asal mereka yang merupakan nama melayu adalah lebih menarik." " Awak tidak perlu 'komplen' saya memilih untuk menceritakannya kepada awak sudah cukup baik." " Arhh. Maafkan saya, saya lupa tentang itu." " Apa?. Awak sudah melupakannya?, betapa cepatnya seorang lelaki melupakan sesuatu. Saya sepatutnya lebih berhati hati dengan lelaki Kerana lelaki seorang yang pelupa. Mereka akan melupakan semua janji manis mereka.........................." Tuah yang malas mendengar bebelan perempuan itu hanya melihat pokok-pokok hutan melalui tingkap kereta kuda. Masih berbaki beberapa hari lagi untuk mereka sampai. Sampai saat itu, dia perlu bersabar dengan karenah perempuan ini. Meskipun dia bercakap terlalu banyak. Dia juga mempunyai informasi membantu yang banyak. Pada saya, ini tidak lebih kepada hubungan saling bantu. Saya akan meminjamkan telinga untuknya, dan dia pula akan memberikan informasi yang saya perlukan. Tapi Bohong. Saya sudah mendapatkan informasi yang saya perlukan, sekarang saya mahu tidur. Saya tidak mahu mendengar bebelannya. " Ehh?. Awak tidur Tuah?, adakah awak mengabaikan saya?. Tuah?,................" " Tidak!, saya tidak tidur. Saya cuba untuk menghayati semua apa yang awak sampaikan. Awak tahu, daya imaginasi saya tidak kuat. Saya perlu menutup mata agar dapat menggambarkannya dengan lebih jelas." Tangan Tun Teha terus ke telinga Tuah. Dia menariknya dengan kuat. " Saya tidak bercerita awak tahu. Saya cakap pasal sikap awak yang ambil ringan tentang tugas ini." " Ehhhh?, masih disitu?." Muka Tun Teja bertukar merah. Keadaan di dalam kereta kuda itu huru hara. Tun Teja ingin melibas pedang besarnya didalam ruang sempit itu. " Sabar Tun Teja!, saya minta maaf. Saya akan mendengarnya. Tolong jangan hancurkan satu satunya kenderaan kita!!."
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
congrats
25d
0bagusss
19/05
0nice story i like this one story
07/05
0View All