Ruby bangun dari tidurnya yang lena. " Selamat pagi Roger. Bagaimana hari awak?." Roger hanya diam. Roger terus diam berdiri tidak jauh darinya. Tatapan sedih jelas terpancar di rupa Roger. " Kenapa dengan awak Roger?." " ............... Saya telah memakan nenekmu." Pupil mata Ruby membesar. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Dengan cepat dia menoleh ke arah katil tempat neneknya tidur. Tidak ada. Neneknya tidak ada disitu, adakah yang dikatakan Roger itu betul?. " Roger, adakah yang awak katakan itu betul?." " Iya." Air mata Ruby terus jatuh mencurah curah. Dia kemudian memukul Roger berkali-kali. Namun begitu, pukulannya tidak berkesan kepada Roger, Ruby kemudian pergi ke dapur. Dia seolah-olah mencari cari sesuatu. Melihat gelagat Ruby, Roger terus mengambil pisau yang ada padanya lalu meletakkannya di tepi Ruby. Ruby kemudian melihat pisau itu. Dengan cepat dia mengambilnya lalu menikam Roger, dari tikaman pertama, Roger tidak tumbang mahupun kesakitan. Roger hanya diam. Seolah-olah dia tidak merasakan sakit. Melihat keadaan itu, Ruby kemudian menikam nikam Roger berkali kali. Dia tidak peduli apa apa lagi, dia akan cuba sedaya upaya untuk membunuh raksasa ini. Raksasa yang bersembunyi di balik topeng manusia. Saya tertipu dan membiarkan dia tinggal semalaman di rumah, raksasa yang sentiasa mengintai peluang untuk membunuh mangsanya. Tidak kira menggunakan apa cara sekalipun. Saya bertekad, saya tidak akan melepaskan raksasa yang licik ini. Sudah hampir 5 minit dia terus mengoyak ngoyak tubuh Roger. Ruby kemudian terduduk. Dia kehabisan nafas, staminanya sudah habis digunakan untuk mengakhiri nyawa Roger. Malangnya, daripada posisi duduk. Dia melihat Rogee masih kukuh berdiri. Dia tidak mati, adakah apa yang dia lakukan dari tadi sia sia?, bagaimana boleh dia tidak mati. Isi perut badannya sudah terburai, saya tidak dapat membaca apa apa dari matanya. Adakah dia tidak mempunyai perasaan. Tidak, dia kesakitan. Saya yakin tentang itu, tubuhnya bergetar. Bergetar dengan kuat, seluruh tubuhnya menjerit kesakitan. Apa yang telah saya lakukan?, saya hanya menyiksanya. " Pergilah Roger!, pergi dari sini. Sekiranya awak boleh hidup dengan luka itu, hiduplah!, sekiranya awak mati. Anggap sahaja itu adalah karma kerana telah membunuh banyak manusia." Roger hanya diam. " Pergilah Roger!, tolonglah!." Roger kemudian perlahan pergi dari situ. Meninggalkan Ruby sendirian. Ruby kemudian tenggelam dalam tangisan. Dia terus menangis, emosinya tidak stabil. Tidak beberapa lama, Roger datang kembali sambil membawa sedulang buah hutan. " Saya bilang pergi Roger!, pergi dan jangan datang lagi!." Roger terus pergi dari situ semula. Namun tidak lama setelah itu, dia datang semula sambil membawa air putih. Dia meletakkannya di dekat Ruby lalu dengan cepat pergi dari situ. Ruby teragak-agak untuk memakannya. Tetapi, dia lapar. Tidak salah untuk dia memakannnya. Ruby memakan buah dan meminum air yang diberikan Roger. Setelah keadaannya sudah tenang. Dia keluar dari rumah. Dia melihat sekeliling rumahnya. Keadaan senyap sepi, tetapi dia tidak mempercayai inderanya. Dia perlu memastikan sesuatu. " Roger, saya tahu awak ada bersembunyi berdekatan sini. Keluarlah!." Pokok rimbun yang tidak jauh dari situ kemudian bergetar. Seolah-olah ada sesuatu yang besar sedang bergerak didalamnya. Dalam kiraan detik, Roger sudah berada di hadapannya. Badannya yang terluka sudah sihat sepenuhnya. Hanya bajunya sahaja masih berwarna merah darah dan koyak rabak. " Tunjukkan saya dimana awak tanam nenek saya Roger!." " Baiklah. Tolong ikut saya!." Roger memimpin Ruby ke sebuah tempat. " Disinilah saya menanamnya." Ruby kemudian mengeluarkan sabit dari begnya lalu pergi ke sebuah pokok yang tidak dari situ. Dia kemudian menggunakan sabit itu untuk memotong dahan pokok yang besar. Setelah itu, dia mencucukkan dahan itu diatas kubur neneknya sebagai tanda. Dia duduk dihadapan kubur neneknya. Roger hanya diam melihat Ruby. Setelah hampir sepuluh minit, Ruby kemudian bangun dari posisi duduknya. " Sekarang, ikut saya Roger!. Saya akan membawa awak ke pihak yang bertanggungjawab. Nyawa awak akan berakhir di tangan mereka." Roger hanya menunduk diam. " Sebelum itu, ambillah jubah ini!, tutuplah dirimu dengannya!. Saya tidak mahu menimbulkan kekecohan di pekan." Setelah itu. Ruby kemudian memimpin jalan mereka menuju ke ibukota. " Apa yang saya katakan adalah benar!, lelaki ini adalah raksasa yang kamu cari cari." " Bagaimana awak boleh terlalu yakin tentang itu budak. Jangan bilang, awak mahu mendapatkan ganjaran 1000 keping perak bagi sesiapa yang menangkap raksasa itu!." " Tapi, apa yang saya katakan adalah betul!." " Tolonglah, hampir setiap jam orang akan datang dan menuntut yang mereka telah menangkap atau membunuh raksasa itu. Trik ini sudah basi, pergi balik dan cuba lebih baik lain kali!." " Roger. Berubahlah!." Mendengar arahan dari Ruby, Roger terus menukarkan bentuk fiziknya menjadi serigala jadian. Ketua pengawal keselamatan kampung serta bawahannya yang ada di ruangan di dalam bangunan itu terperanjat. Mereka seolah-olah tidak mempercayai apa yang mereka lihat. Seekor serigala jadian ada dihadapan mereka. " Ambil senjata kamu cepat!." jerit lelaki itu. Semua orang yang ada disitu terus bersiaga dengan Ruby dan Roger. " Bertukarlah ke bentuk asalmu Roger!." Roger kemudian bertukar semula menjadi manusia. " Adakah kamu sudah percaya dengan apa yang kamu lihat?." " Ya. Kami mempercayai." Daripada isyarat mata, lelaki itu memerintahkan bawahannya untuk menyerang Roger dari belakang. Kemudian, mereka terus merantai tangan dan kaki Roger lalu memasukkannya ke dalam sangkar besi yang besar. " Terima kasih atas bantuan kamu menangkap raksasa ini Ruby." " Sama sama. Tapi, awak tidak perlu memuji saya. Saya hanya melakukan tanggungjawab saya, dengan ini. Tidak akan ada lagi orang yang menjadi mangsanya selepas ini." " Ya. Tepat sekali, emmm. Untuk pembayaran, bolehkah kami membayar awak nanti." " Saya tidak perlukan duit itu. Saya hanya meminta awak untuk menggantikan kubur nenek saya. Kuburkan dia dengan selayaknya. Gunakanlah duit itu sebagai imbalannya." " Baiklah. Kami janji akan menguburkan nenek awak dengan selayaknya, orang orang saya akan bertemu awak nanti untuk menguruskan hal kubur itu. Awak tidak perlu risau!." " Terima kasih banyak atas bantuan itu. Sekiranya begitu, saya pergi dahulu." " Emmm. Sebelum itu, bolehkah saya bertanya sesuatu?." " Boleh." " Emmm, bagaimana awak boleh memerintahkan raksasa ini sesuka hatimu." " ..........., saya juga tidak tahu tentang itu. Sekiranya awak mahu tahu, tanya sahaja kepada dia sendiri!." " Arhhh. Hahaha, baiklah." Ruby kemudian berlalu pergi, Ruby sempat menjeling ke arah Roger. Roger hanya terbaring di dalam sangkar itu melihatnya pergi. Ini adalah yang terbaik Ruby. Dia itu adalah raksasa, demi keadilan. Lelaki itu perlu mati, sudah ramai orang menjadi mangsanya. Ini adalah penutup kepada ceritanya. Ruby kembali ke kubur neneknya. Dia meluangkan hampir separuh harinya dengan hanya duduk disitu. Setelah petang, dia kembali ke rumah. Dia mengemas rumahnya yang sedikit berterabur. Dia perlu meneruskan hidup, meskipun hanya tinggal dia sendirian di dunia ini. Dia perlu terus hidup. Saat leka mengemas, dia terjumpa seuncang emas di atas perabot di tepi katil neneknya. " Adakah ini nenek punya?, tidak mungkin. Kami tidak sekaya itu. Jangan bilang, ini adalah milik Roger. Huuuuuuh, dia sempat memberikan duit ini sebelum dia mati rupanya. Apapun, terima kasih untuk ini Roger."
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
congrats
26d
0bagusss
19/05
0nice story i like this one story
07/05
0View All