logo text

Chapter 19 mangsa tuan serigala

" Nek, saya balik."
Ruby membuka pintu rumah itu lalu menjemput Roger masuk.
" Nek. Saya temukan orang ini di di tengah hutan, dia tercedera parah. "
" Ooh. Siapa namamu anak muda?"
" Namanya Roger.
Roger, duduk sini cepat!. Saya akan menjahit lukamu."
" Baiklah."
Mereka bertiga terus bertukar tukar cerita.
Nenek yang mempunyai penyakit gaut hanya berbaring di katil sementara Ruby menjahit luka tebasan di badan Roger.
" Nek, saya tidak menemukan buah hutan atau sayur hutan buat makan malam kita. Apa yang kita perlu lakukan?."
" Tidak mengapa Ruby, sekarang masih petang. Kita masih ada masa."
" Baiklah. Saya akan menyelesaikan kerja saya ini dengan cepat sebelum pergi semula."
Ruby kemudian mempercepatkan jahitannya sedikit. Seboleh bolehnya, dia mahu mengurangkan masa untuk melakukannya agar dia mempunyai banyak masa untuk mencari makan malam mereka.
" Siap. Awak sudah selamat sekarang."
" Arhhh. Terima kasih banyak Ruby."
" Hahahah. Tidak mengapa, sekarang. Kamu boleh berehat!, saya ada tugas yang perlu dilakukan."
" Awak akan ke hutan semula?."
" iya."
" Saya akan ikut!."
" Tidak perlu, nanti awak tercedera semula."
Tiba tiba, pintu rumah mereka diketuk dengan kuat.
DOK, DOK, DOK............
" Ruby, kami tahu awak berada didalam. Cepat keluar!."
" Siapa itu Ruby?."
" Itu sepertinya orang kampung nek."
" Iya. Itu mereka dan mereka mencari saya. Saya minta maaf kerana membabitkan kamu, saya akan pergi sekarang."
" Awak hendak kemana?, rumah ini hanya ada sebuah pintu dan dua tingkap. Kedua-dua tingkap itu dijaga oleh mereka."
" Arhhh. Sekiranya begitu, saya akan melawan mereka. Setelah mereka membuka celah, saya akan melarikan diri."
" Hmmm, sekiranya begitu. Kami akan dipancung kerana bersubahat denganmu tuan penjenayah. Keberadaamu disini tidak boleh ditahu oleh sesiapa.
Pergi bersembunyi dibawah katil nenek. Saya akan keluar untuk berjumpa mereka."
" Baiklah."
Roger bersembunyi dibawah katil sementara Ruby membuka pintu rumah.
" Akhirnya, awak membukanya. Kami ingin bertanya!, awak ada menemukan seorang lelaki di kawasan hutan ini?."
" Tidak ada."
" Mustahil untuk awak tidak menemuinya, hanya ada rumah kamu sm sahaja di hutan ini. Dia mungkin bersembunyi di rumahmu."
" Saya cakap tidak ada!!."
" Jangan cuba melawan sialan. Kami sendiri jijik untuk datang ke rumah orang yang dihalau dari kampung. Kami mempertaruhkan nyawa kami disini. Kami berharap tuhan menjaga kami dari sumpahan nenekmu.
Kamu berdua, cepat masuk dan geledah rumah mereka!."
" Tapi tuan."
" Jangan takut, tuhan bersama kita. Kamu akan terselamat dari penyakit misteri neneknya. Saya yakin tentang itu."
" Baiklah tuan."
Dua orang bawahan lelaki itu terus memaksa masuk. Ruby yang kecil tidak dapat menahan mereka."
Didalam rumah. Mereka berdua terus menggeledah dan mengecek setiap inci ruangan rumah itu.
" Woii, Khalil. Awak kemana?."
" Saya hendak mengecek di kawasan nenek itu."
" Awak gila!, awak mahu dijangkiti penyakit misteri itu."
" Tapi-"
Si nenek tidak melepaskan peluang, melihat mereka yang ragu ragu.
Si nenek terus batuk dengan kuat. Dia batuk berkali kali lalu mengambil nafas.
Dua orang lelaki tadi bertambah risau untuk mendekati nenek itu.
" Saya tarik balik apa yang saya katakan. Awak sahajalah yang pergi Hasmawi!."
" Awak gila!!, saya tidak mahu membahayakan nyawa saya semata mata mencari sesuatu yang tidak pasti."
" Jadi, apa yang patut kita lakukan sekarang?."
" Kita akan keluar dari sini. Kita beritahu sahaja kepada ketua yang kita sudah mengecek semuanya."
" Baiklah."
Setelah mereka keluar. Tidak beberapa lama setelah itu. Mereka pun pergi."
" Huuuuuuh. Nasib baik. Syukurlah kita selamat."
" Iya nek, syukurlah untuk itu. Tetapi masalahnya, sekarang sudah petang, tidak lama lagi masuk waktu senja dan kemudian malam. Saya tidak mempunyai masa untuk pergi ke hutan mencari makanan."
" Apa boleh buat Ruby. Anggap sahaja hari ini bukan rezeki kita, mahu tidak mahu, kita terpaksa bertahan lapar malam ini dan mencuba nasib besok."
" Huuuuuuuh. Baiklah."
Dengan raut muka sedih. Ruby pergi berbaring di sebelah neneknya.
Neneknya terus membelai satu satunya cucunya itu.
" Saya ada sedikt duit. Bolelah kamu menggunakannya untuk membeli makan malam."
" Biar betul?, terima kasih Roger."
" Eh. Tidak perlu sampai begitu sekali Roger, awak tidak perlu susah susah."
" Jangan risau, saya tidak keberatan. Saya sejujurnya tidak kisahpun demgan duit ini."
" Hahaha. Tidak ada manusia normal yang tidak memerlukan duit."
" Anggap sahaja ini adalah bentuk terima kasih saya kerana telah membantu saya. Jadi, marilah kita membeli sebelum malam!."
" Baiklah. Jom pergi ke pasar."
" Terima kasih tuan."
Petang itu, Roger menemani Ruby ke pasar dengan memakai jubah yang menutup rupanya.
Setelah membeli semua barang. Tidak menunngu lama setelah sampai di rumah, mereka terus memasak daging itu.
Ruby sangat gembira. Seumir hidupnya, dia belum pernah memakan makanan semewah ini. Dia terus menambah meskipun sudah kenyang.
Setelah berabis makan pada malam itu. Mereka semua pun kekenyangan.
Ruby menebarkan tempat tidurnya dilantai. sebelum menghempapkan badannya disitu. Setelah itu, tidak menunggu lama, dia terus tertidur.
Rumah itu gelap. Semua orang tidur dengan nyenyak setelah memenuhi perut mereka.
Malam itu cahay bulan terang masuk dari celah celah lubang dinding mereka.
Daripada cahaya yang sikit itu, terlihat oleh nenek seorang sedang berdiri di depannya dengan samar samar.
Daripada bentuk tubuhnya, tahulah nenek itu yang ianya adalah Roger.
" Ada apa anak muda?." ucap nenek kepadanya.
Saat itu, nenek terlihat mata Roger, ianya bukan mata manusia. Ianya sepertinya mata binatang buas.
" Saya lapar. Jadi, saya ingin memakanmu."
" ............. Jadi betullah, awak bukan manusia. Apa awak sebenarnya?."
" Saya seekor serigala."
" Jadi. Awak ingin memakan saya yang sudah tua ini?."
" Ya. Saya mahu memakanmu."
" Saya minta maaf tuan serigala. Tapi, saya tidak boleh mati. Sekiranya saya mati, siapa yang akan menjaga cucu saya. Adakah awak akan menjaganya?."
" Sudah tentu saya akan menjaganya. Saya janji atas nama leluhur saya."
" Cubaan yang bagus, tetapi. Saya tidak begitu bodoh sehingga mempercayai kata-kata seekor serigala yang banyak tipu helahnya."
" Awak tidak ada pilihan. Saya boleh sahaja membunuhmu dan cucumu disini sekarang sekiranya saya mahu. Tapi, saya lebih memilih untuk menggunakan jalan negosiasi dari jalan kekerasan."
" Hahaha. Nampaknya saya sudah tidak ada pilihan hah. Baiklah, saya menyerah denganmu. Tolong makan sahaja saya kemudian tolong tinggalkan cucu saya!.
Selain itu, saya tidak mahu mati disini. Saya tidak mahu cucu saya tersedar, boleh kita meneruskannya di hutan encik serigala?."
" Ya."
Rogee kemudian memimpin nenek itu keluar dari rumah lalu masuk ke dalam hutan.
" Haaaah. Sekurang kurangnya, meskipun saya mati. Saya berpeluang melihat seekor serigala jadian yang belum pernah ada sebelum ini."
Setelah mereka cukup jauh dari rumah. Nenek itu terus mengambil pisau yang ada dibalik baju di pinggangnya lalu menikam jantung Roger yang pada ketika itu menongkatnya.
Darah keluar mencurah curah. Sebaliknya Roger hanya diam.
" Saya sangat menghormati awak kerana berani dan hebat. Sebagai tanda hormat saya, saya tidak akan mencabut pisau ini. Biarlah saya juga turut merasa sakit."
Dengan pisau di dadanya. Roger berubah menjadi serigala jadian di hadapan nenek itu.
Nenek itu rebah melihatnya.
Tidak beberapa lama setelah itu. Roger pun mencabut pisau itu. Setelah dicabut, luka itu terus pulih dengan cepat tanpa meninggalkan bekas.
Setelah itu, Roger menanam jasad sisa sisa dari nenek itu di kawasan berhampiran lalu menandakannya.

Book Comment (185)

  • avatar
    MalachicoJeo

    congrats

    26d

      0
  • avatar
    DaclesMeriam

    bagusss

    19/05

      0
  • avatar
    Nur Nabila

    nice story i like this one story

    07/05

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters