"Assalamualaikum semua, Aiman paling hensem balik ni." Diujar lelaki itu dengan bangganya ketika kaki melangkah masuk melalui pintu utama rumah. Kediaman yang bercirikan melayu-moden itu diperhatikan oleh Iman dengan rasa gugup. Nafas ditarik sedalam yang boleh dan dihembuskan teratur. "Tercegat apa lagi dekat situ, Sara." Senyuman palsu ditampal dimuka ketika nama keduanya itu disebut. Wanita yang hampir berusia 50 tahun dilihat berdiri disamping lelaki menyebalkan itu. Jap nak tukar style penulisan. Euw tak best. Dari sudut pandangan Iman: Ni mesti Aiman lah ni bagitahu mak dia nama aku Sara. Euw, cliche anjir. Lagipun, orang berumur ni memang lapuk gayanya 😭. "Heee saya tengok tengok je makcik. Lagipun pokok bunga ni ha, segar betul walaupun dah petang." Tangan aku menyentuh daun hijau pokok bunga kertas, lebih vogue dikenali sebagai Bougainvillea. Bunga dah nak layu dah sebab memang semula jadinya begitu, waktu petang semua pokok sudah tidak segar sesegar waktu pagi. Terhidrasi. "Acik baru siram sejam tadi ha. Tu yang segar je. Kalau nak harap anak anak lain, memang layu dulu lah pokok tu sebelum kamu sampai." Senyuman manis dihiasi pada wajah ibu Aiman. Tangannya menggamit aku supaya datang ke arahnya yang berada di muka pintu- sebelah Aiman. "Ni dah makan belum ni?" Tanya ibu Aiman. Aku mengerut dahi sambil memandang Aiman. Kalau salah jawab kang, susah pula. "Tadi waktu balik, kitorang ada beli McD ni mak. Ada atas meja tu Aiman letak tadi. Sara ni lah belanja." "Eh tak makcik. Macamni. Mula tu memang saya nak belanja lepas tu Aiman kata dia nak bayar juga. So saya dengan dialah yang belanja McD ni untuk semua kan? Haa gitulah tu." Cepat sahaja aku betulkan ayat Aiman. Haih. Memang nak kenalah dia ni. Mak Aiman tarik tangan aku dan bawaku ke arah meja makan. "Duduk dulu. Acik nak buatkan air. Tetamu ni kita kena jamu dulu." Dia menepuk lembut belakang tapak tanganku sebelum mengalihkannya dan bergerak menjauhiku. Sempat lagi dia memesan kepada Aiman untuk angkat semua beg beg yang ada. "Beg Sara ni jangan lupa pula. Along jangan nyakat sangat. Mak pukul awak tu nanti." Aku perhati muka Aiman yang seakan membantah sambil mengikut mimik ibunya dengan tangan. "Yelah mak. Aiman angkat dulu barang barang. Adik adik sekolah lagi ke? Eh tapi dah malam ni. Takkan tak balik lagi." "Dalam biliklah tu. Nanti pukul 9 baru si Jenab tu keluar. Tengok Fattah Amin dia tu." Air teh yang dibancuh di dalam jug 500ml masih lagi panas berasap. Diletakkan dengan berhati hati di atas meja, bersebelahan dengan bungkusan McD yang dibeli oleh kami. "Hafiz pun dalam bilik lagi. Maria tak balik minggu ni. Minggu depan baru dia boleh balik." Aku mengangguk mendengar celoteh mak Aiman. "Acik, maaflah saya bertanya. Nama acik apa ya? Takut tersalah panggil pula nanti hehehe." "Panggil aje Acik Ila. Oh ya lupa pula. Awak buat ajelah macam rumah sendiri. Tak payah malu malu. Nak makan maggi ke, buat aje. Ka nak kami cakap kedah? Kutla Iman nak belajaq loghat utara sama." Perlahan aja aku mengangguk. Acik Ila ni kalau cakap loqhat dia, jenuh jugalah aku nak fahamkan ayatnya walaupun cuma beberapa perkataan sahaja baru dia sebutkan. "Siap dah angkat semua barang, long?" Ibu Aiman memandangnya yang barusan menarik kerusi untuk duduk. "Dah mak. Beg Sara ni along letak dekat bilik si Jenab tu. Along panggil sekali diorang tu suruh turun makan. Nanti adalah tu turun." "Mak, nak ayaq. Dahaga." Aiman tadah senyuman. Aku cuma perhatikan gelagat anak beranak ini. "Ambil cawan dulu untuk Sara ni. Utamakan tetamu." Aku sekadar tersenyum. "Takde apalah makcik. Susah susah je susahkan Aiman. Saya boleh ambil sendiri." Masih dengan senyuman sama, aku memandang Acik Ila. Walaupun aku tahu, mesti nanti ibu Aiman ini akan memaksa anak lelaki sulungnya untuk ambilkan gelas buatku. "Haaa panjang umur kau, Piz. Ambik jap gelas. Tiga tau." Bahu adik lelakinya ditepuk perlahan. Kesian budak tu. Ish lah dia ni. Pembuli rupanya. Ingatkan baik sangat. "Kak hang mana, Piz?" Tanya Aiman. Hafiz mengangkat bahu. Gelas yang berada di tangannya diletakkan di atas meja sebelum dia mengambil tempat di sebelah ibunya. "Orang keluar tadi dia dalam bilik lagi. Tengok korea lah tu." Jawab si Hafiz. Aku sudah tersenyum. Bolehlah bersembang dengan Jenab tu memandangkan dia koreaboo. "Jenab, jomlah makan double cheeseburger ni. Along beli untuk hang ni." "Nama orang bukan Jenab lah. Jannah! Nama glamor orang Jane! Apoo Jenab pulak." Tuhh. Dengan hentakan kaki kuat kedengaran menuju ke dapur. Wajah Jenab aku pandang. Aku senyum kepadanya yang masih dengan wajah menyinga. Sedia untuk bertumbuk dengan abangnya. "Mak, tengok dia mak. Marahlah along tu. Dia panggil kita Jenab." Adu Aiman, lebih kepada mengejek Jannah. Aku sudah tahan ketawa. Boleh tahan juga perangai Aiman ni. Serupa dengan perangai abangku, Rahman. Iman Rahman namanya. "Baru balik dah buat orang marah. Cepat cepatlah balik sana semula. Menyerabutkan je." Bebel Jannah di sebelahku. Hafiz diam sahaja melihat kakaknya disakat abang sulung. Dalam diam tu juga, dia bangun mengambil cawan untuk diberikan kepada Jannah. "Maaf menyampuk acik, Sara nak tanya. Hafiz dengan Jannah ni umur berapa?" Sebelah bahagian tudung aku selimpangkan ke bahu apabila terjatuh. Acik Ila menyenggol lengan Hafiz, membenarkan lelaki remaja itu menjawab pertanyaanku. "Hafiz, 15. Pape roger je kak Sara." Gigi taring terhidang apabila dia tersenyum. Wajahnya kacak untuk budak sebaya dengannya. "Hai kak Sara. Maaflah tadi. Saya Jannah. Umur 17 hehehe. Maria adik kitorang. Form one. Tapi dia sekolah asrama." Jannah juga cantik, sama seperti ibunya. Suara lunak tetapi terang didengari olehku. Aku mengangguk. "Saya Aiman, umur 22 hehehe." Sama seperti nada Jannah tadi-- Aiman mengajuk percakapan gadis itu. Aku menggeleng kecil. Lain macam betul Aiman ni. Memang bergusti lah mereka berdua. Sudah dengar hembusan nafas Jannah semakin kasar. "Dahlah along. Makan. Hafiz, Jannah, Sara, makan ya. Ikut kepala Aiman ni, esok pun belum habis sakat dia tu." ______ "Kak Sara, akak minat kpop juga ke?" Tanya Jannah. Aku mengangguk bersama dengan senyuman. Jujur, aku rasa lenguh dan mungkin otot pipiku juga sudah kuat sekarang kerana kerap senyum sepanjang hari ini. "Akak minat kumpulan apa? Eh kejap kejap. Biar saya teka. Hm, Bts? Treasure?" "Hmm. Dua dua salah. Akak cuma dengar lah lagu diorang tu tapi tak minat sangat pun activity diorang. Yang paling akak stan, exo." "Wuuu ada exol lah dekat sini. Takutnya." Kemudian kami berdua ketawa. "Jannah minat apa?" "Okay akak tekalah Jannah minat apa. Jannah suka girl group. Tapi boy group pun ada juga Jannah minat." "Red velvet? Kalau boy group pula, akak rasa Jannah minat nct kut. Or seventeen." "Weh betul do. Gila ah akak pandai teka!" Ngeh. Aku tipu je. Takkanlah tak tahu siapa yang dia minat kalau ada gambar-gambar artis yang dia minat tertampal pada ruang cermin. "Hehehe." Tiba tiba bunyi ketukan pada pintu bilik. Jannah aku lihat sudah menggulingkan mata ke tepi. Alonglah tu. "Nak apa?" "Tidolah. Kak Sara awak tu jalan jauh harini. Bagi dia berehat. Esok kau tak sekolah kan. Borak lah esok pula." Aku buat isyarat senyap kepada Jannah. "Cakap dekat along, akak dah tidur." Dalam keadaan berbisik, perkataan itu diucapkan. "Kak Sara dah tidurlah. Along masuk jelah bilik tu. Sibuk je." Terus ditutupnya lampu bilik oleh Jannah. "Akak mesti penatkan. Sorry Jannah kacau akak. Akak tidurlah." Juga dalam keadaan berbisik. Aku sememangnya dah mengantuk, hanya mengiyakan kata kata Jannah. "Malam, Jannah." "Abah pesan baca doa tidur dulu." Makanya aku dengar sahaja gadis itu membaca doa tidur dan mula terlelap. Telefon bimbit juga sedang dicas setelah aku menghantar pesanan kepada group keluargaku. Mahu beritahu kepada mereka yang aku baik baik sahaja di rumah lelaki ini.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
this is soo good
11/04
0samalat po
18/03
0Best
18/03
0View All