Selang beberapa hari selepas pertemuan Arman di rumah keluarga Aiman, lelaki berambut lurus itu mengirim pesan kepada Jannah untuk membawa Iman ke kafe milik mama lelaki tersebut. Dengan malas sekali nada Jannah sampaikan berita itu kepada abang dan kakak sementaranya. "Abang Arman duk maksa Jannah lah suruh bawa hangpa dua ni pi kedai dia. Kami dahlah waktu tu dengan kawan kami. Dah kantoi kenai abang Arman. Depa ni duk puji puji abang Arman hensem. Lagilah kembang semangkuk kawan hang tu dengaq, long." Tudung yang dililit kemas pada kepalanya diuraikan. Dibuang satu persatu peniti dan kerongsang yang dipakainya. Iman yang duduk di ruang tamu bersama dengan Aiman dan Hafiz memandang kosong muka Jannah. "Hang ni. Dah tahu Arman tu ada dekat kafe, hang pi bawa kawan awat?" Aiman mengalih siaran HBO yang sedang menayangkan movie Zootopia. Ditukar ke saluran AXN, Crimescene. "Along!" Rungut Hafiz. Alat kawalan jauh yang berada pada tangan Aiman, dirampas olehnya. Tengah elok tengok bunny kejar pencuri kecil ni. Boleh pula dia tekan sahaja tanpa pandang kiri kanan! "Kami nak sapot Auntie Lili ja. Tak sangka lak dia nak pi tegur, duduk semeja sekali dengan kami." Jannah duduk di sebelah Iman. Rambutnya sudah tidak berupa sanggul lagi. Laju sahaja tangan Iman merapikan rambut gadis berumur 18 tahun itu. Diikat gaya tocang tinggi. "Test market lah tu. Arman bukan boleh dengar orang puji dia sikit." Iman menyampuk. Aiman sudah pandang sipi. "Tapi Arman memang hensem pa?" Aiman pula menambah. Mahu melihat reaksi Iman. Iman mengangguk. "Rambut belah tengah macam tu, siapa saja yang tak suka? Nak pula dengan mata garang tu. Lagi lah." Jawab Iman. Tenang aja nadanya sambil mata tertumpu pada skrin televisyen. "Okay kalau gutu, satgi lepas Asar kita pergi cafe dia. Hang pun ada dua hari lagi kan sebelum balik rumah?" Tanya Aiman Adhwa. Tangannya menyilang ke dada. Begitu offensive apabila mendengar Iman memuji kawan baiknya itu. Padahal dia dahulu yang menanyakan soalan tersebut. Iman cuma mengiyakan sahaja. "Haah. Dua hari lagi. Tapi ikutlah nanti kau nak hantar aku atau aku naik bas sahaja pun boleh." ________ Bunyi dari kincir angin yang tergantung pada pintu memberi signal untuk para pekerja bersiap siaga di tempat mereka. Pelanggan baru! Aiman memegang pintu kaca itu, membenarkan Iman untuk masuk ke dalam kafe milik mama Arman. Diperhatikan segala perincian pada kedai moden itu. Konsepnya serba earthy, agak baru untuk suasana kafe di bahagian Pendang ini. Dengan kerusi rotan dan meja rotan berlapik kaca di bahagian permukaan, ditambah pula dengan dedaun hijau yang menjalar di sekitar siling kedai, membuatkan keadaan itu lebih menonjol. Warna dalaman kedai juga begitu cantik. Sage green dipadankan dengan soft cream untuk dinding kedai manakala lantai kedai itu berwarna platinum grey dan menggunakan lantai jubin jenis marmar. Kafe: sudah semestinya sinonim dengan aroma butter biscuits and coffee dapat dihidu oleh mereka berdua. Aiman berjalan ke arah kaunter untuk memilih pesanan. Iman pula berdiri di sebelahnya, memerhati menu yang dicetak pada buku. "Hai, selamat datang. Boleh saya dapatkan pesanan?" Ramah sahaja suara pelayan tersebut. "Latte ice satu. Tapi saya nak susu lebih. Iman, hang nak apa?" "Greentea frappé satu. Dengan japanese creampuff ni. Satu set ada 3 kan?" Soalan Iman mendapat anggukan daripada pelayan. "Kau taknak makan ke?" Matanya mencari mata Aiman. "Crepe cakes yang perisa raspberi satu." "Ada apa apa lagi nak tambah?" Tanya wanita sebaya mereka. Kedua-duanya menggeleng. "Okay saya bacakan pesanan semula. Latte ice satu, kurang coffee. Greentea frappé satu, japanese creampuff satu set, raspberry crepe cake satu slice. Itu sahaja?" Aiman mengangguk. "Total semuanya, RM 35.00." Iman mengeluarkan not 50 daripada beg dompet miliknya. Namun, Aiman lebih laju memberi wangnya kepada pelayan. "Hat belen tu simpan. Tips pun boleh gak untuk hangpa." Di akhir ayatnya, Aiman hiaskan senyuman. Iman memandangnya tidak puas hati. Sama ajalah Arman ke, Aiman ke-- kalau jumpa yang cantik sikit, mesti nak acah acah cool. Umpama mereka berdualah lelaki paling hebat dekat Pendang ini. "Tumpang tanya, Arman ada tak?" Iman bertanya pada pelayan tersebut. "Sat. Saya rasa dia ada tadi dekat belakang. Sekarang ni masa rehat dia. Nanti saya minta dia tolong hantarkan pesanan cik ya." Iman mengangguk lagi. "Okay terima kasih." "By the way, cantiklah outfit cik. Suka." "Hehehe. Terima kasih lagi." Meja bernombor 6 mereka duduki. Beberapa minit menunggu, Arman datang memberikan pesanan mereka. Sungguh, dekorasi untuk makanan mereka juga nampak begitu menyelerakan dan instagram-able. Tanpa dijemput, Arman menarik kerusi untuk duduk di antara Aiman dan Iman. "So far, okay je kan kau duduk dengan Aiman?" "Best lah. Ada Jannah dengan Makcik Ila. Sempatlah aku belajar cara buat laksa Kedah dengan pekasam. Lepas tu, Pakcik Nizam dengan Hafiz tolong aku dekat sawah padi. Lepas tu tengok kebun getah. Best best. Nasib baiklah aku boleh faham juga loghat Kedah ni. Kalau tak, menangis jugalah nak faham satu satu." "Tak ada pun nama aku?" Tidak puas hati lelaki berambut keriting itu apabila namanya tidak disebut Iman Qaisara. "Sebab hang mastermind dekat sini." Arman menepuk bahu Aiman. "Mastermind apa pula ni? Ada apa apa yang saya tak tahu ke?" Iman memandang dua lelaki di hadapannya silih berganti. "Minum luh. Cayaq satgi ayaq hang. Dahlah order frappé. Lain kali kalau hang nak mai lagi sini, order matcha latte. Sedap nakram." Arman menolak air Iman ke hadapan gadis itu. Menyuruh gadis itu menyedut air hijau itu. Dalam hati lelaki itu, kerap kali mengutuk cita rasa Iman dalam memilih air minuman. Tahu kan rasa seperti rumput? "Eh tapi Arman. Aku baru tahu kau tipu aku hidup hidup selama kita berkawan ni. Kau kata kita sama umur. Rupanya kau lagi tua dari aku kan?" Garfu yang sepatutnya digunakan untuk menikam japanese creampuff diangkat menghala ke arah Arman. "Weh sat do. Bahaya main benda tajam ni, Iman." Arman sudah mula gelabah. Aiman hanya tersenyum melihat reaksi itu. Diturunkan garfu Iman itu menggunakan metal straw pada cawannya. "Iman, relax. Kau juga kan cakap yang kau okay saja bila aku tanya kau okay ke kawan dengan kitaorang?" "Saja je nak buat gempak sikit. Tahu pun takut. Lain kali tipu lah lagi." Dengus Iman. Garfu tadi dia cucuk pula japanese creampuff miliknya dan dimasukkan separuh ke dalam mulut. "Aku nampak Khalisya tadi. Tapi tak tahulah dia ingat aku ke tak. Sebab dia macam tak terkejut pun tengok aku dekat sini. Lepas tu, boleh pula tu dia puji outfit aku cantik harini." Iman menambah. Manis juga Khalisya. Pekerja di bawah jagaan Aiman, merangkap kekasih hatinya juga. Baru beberapa bulan menjalinkan hubungan dengan Arman Sufi. "Aku bagitahu dah dia yang korang dua nak datang sini." Air latte Aiman diteguknya selamba. Aiman hanya memerhati. Lagipun lelaki itu introvert. Bersembang bila perlu sahaja. Selebihnya, mahu menjadi pendengar. "Cantik kan?" Iman mengangguk. "Kalaulah aku boleh lama sikit dekat sini, mesti boleh lepak dengan Khalisya tu." "Isya tak paham lah bahasa bukan Kedah. Dia memang pure kedahan. Aku risau hang dengan dia macam itik dengan ayam satgi." Tambah Arman. Iman menggulingkan mata. Lelaki ini kalau tidak menyakat setiap kali berjumpa, memang bukan Arman lah tu. Mungkin dirasuk jin toncit barangkali. "Haa ni Aiman." Kek crepe yang sudah separuh dimakan Aiman itu terhenti seketika suapannya. Badannya disandarkan ke belakang kerusi. "Pa?" "Satgi hang hantaq Iman ka? Ka dia naik bas sendiri balik rumah?" "Tak tahu. Dia tak bagi kata putus lagi." "Aku balik naik bas lah weh. Takpe je do. Taknak dahlah susahkan korang. Ni pun plan sebab taknak bagi aku lagi sedih je kan sebab putus dengan Rais tu." "Haa. Dia bagi kata putus dah. Dia nak balik naik bas." Lambat sahaja suara lelaki beralis separa lentik itu menutur kata. "Kalau yang tu aku pun dengaq, Man."
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
this is soo good
11/04
0samalat po
18/03
0Best
18/03
0View All