Dari sudut pandangan Iman: Selesai makan tengah hari, aku rehat sebentar dekat dalam bilik untuk bebaskan rambut. Tak pernah lagi rasanya aku pakai tudung lama lama dalam rumah. Dan agak panas ya rumah Aiman ni. Mungkin sebab dekat dengan sawah padi-- tambah pula dengan sekarang musim panas dekat Kedah. Lagilah rasa membahang. Baru 30 minit duduk di hadapan kipas di dalam bilik Jannah, pintu bilik diketuk. "Akak, Jannah masuk ya." Pintu dibuka. Terjengul kepala Jannah dengan berkain telekung. "Akak boleh solat tak? Kita solat sama sama dekat bilik solat subuh tadi." Aku mengangguk. "Jom. Tapi akak tak ambil wuduk lagi." "Jannah tunggu." Makanya kami berdua pun solat bersama sama. Dah pukul 2 dah waktu Jannah ketuk pintu tu. Selesai tuntutan agama itu, aku masuk semula ke dalam bilik. Lepak pula dengan Jannah sambil gadis sunti itu menjalinkan rambutku kepada dua tocang. "Jadinya kak Sara datang sini sebab nak rasa ada kampung lah?" Aku mengangguk. "Sebenarnya, akak nak duduk rumah Arman tapi dia kata dia tak mahu akak sebagai tetamu. Jadinya dia tolak akak dekat Along awak." "Oooo akak pun kawan dengan abang Arman lah kiranya? Oooo. Along dengan abang Arman memang kawan dah lama. Dari sekolah lagi. Along tu nakal tau kak. Tapi nakal Along tu, dia boleh fikir lagi lah benda yang dia tak boleh buat. Kalau tak, auto halau rumah!" "Pakcik garang ke?" "Abah garang. Jannah pun takut takut nak keluar berdua dengan kawan lelaki. Tapi kalau diorang berani jumpa abah, abah bagi je Jannah keluar." Aku mengangguk tanda faham. "Kiranya mak sporting lah kan?" "Abah pun sporting je tapi ikut masa lah. Agitew." Selesai ikat rambut aku, aku pun bermain dengan rambut Jannah. "Akak pun ada kawan nama Jannah. Cantik macam awaklah. Kelolo (suka bergurau). Jenis selalu keluar malam. Tapi retilah dia balik sebelum tengah malam." "Tapi Jannah kecil ni tak keluar malam punnn. Nanti abah marah." "Cakap jeee. Akak tak tahulah nak borak apa." "Akak ceritalah akak ambil course apa dengan uni tu." "Diploma sains. Bosanlah nak cakap pasal education." "Lagi lagi. Jannah memang nak ambik course that related to science for my application soon. Tapi macam tak survey lagi. Yelah, bidang sains kan luas." Aku setuju dengan jawapannya. Memang luas bidang sains ni. Ada yang kata sains hanyalah untuk ulat buku. Hanya yang betul betul minat sahaja akan berjaya. Well, that's right actually. You put effort more on something you like, right? "Okay sekarang ni Jannah suka sains yang macam mana? Sains gunaan? Sains perubatan? Sains sosial? Sains tulen?" "Saya ambil sains tulen dekat sekolah. Include addmath. Kadang tu rasa susah jugalah tapi bila dah faham, fuh dia punya gembira tu tak boleh bincang. Memang rasa bodoh gila lah sebab tak faham dari mula." Aku geleng kepala. Rambut Jannah masih aku jalin kecil kecil-- katanya nak rambut kepuk kepuk seperti Mimi Lana dalam cerita Pusaka. "Rasa bodoh tu benda biasa, patutnya dah sebati dengan diri tu. Kalau tak rasa bodoh, mesti tak rasa nak belajar bersungguhkan untuk subtopik tu?" Jannah menyetujui. Diangguk kepalanya berkali kali. "Rasa macam nak belajar pasal angkasa tapi Jannah rasa macam susah je. Plus, Jannah lemah sikit fizik. Tapi Jannah hebat gila kimia. Bio tu bolehlah. So so gitu." "Maybe you should apply diploma in science too? General. Tapi degree awak nanti struggle lah sebab ada subjek yang awak belajar waktu degree nanti, awak tak pernah ambil masa diploma. Atau ambil asasi sains." "Tapi asasi tu macam teruk juga kan belajar." "Worth dengan masa yang ditawarkan. Setahun lebih, Jannah taknak?" "Will ask along to help me choose that. Hehehee." Aku ambil telefon sebentar untuk bertanya khabar ibu. Tanya dia dah makan ke belum, buat kerja apa je harini memandangkan ibu memang suri rumah. Kemudian, aku menghubungi Jannah Auliya, kawan baik aku di universiti. Got new best friend. Aku minta izin dahulu kepada Jannah untuk menangkap gambar kami berdua. Berpuas hati dengan gelagat kami, aku tekan butang hantar pada chat Jannah Auliya. "So, akak dengan along ada apa apa ke?" Jannah bertanya. Aku menggeleng kecil. "Nope. We just friends. Akak kenal along awak tu baru tahun ni. Tapi dengan Arman dah lama. Since first year freshman. Ini pun akak ikut dia balik sebab dia kata abah korang tak garang macam ayah Arman. Tapi itulah, tak ada pula Arman nak menjenguk tengok akak dekat sini." "Girlfriend abang Arman tahu ke akak datang sini?" Aku mengangguk. Mestilah tahu. Pusing pusing kita orang ni, paling paling memang semua dalam satu kumpulan yang sama juga. Aku kenal Khalisya, Arman pikat Khalisya, lepas tu tiba tiba wujud kemunculan Aiman Adhwa masuk dalam clique. "Khalisya itu pun kawan akak juga." "Tapi along tak pernah pun borak kawan perempuan dia dengan Jannah." "Dia rasa Jannah sendu ke sebab takde boyfriend lagi?" Aku menggeleng. Takkanlah Aiman tak pernah bersembang dengan Jannah hal percintaan ni sebab Jannah tak faham. Walaupun tak pernah bercinta, tak semestinya kita tidak faham, kan? "Along malas nak fikir lah tu. Akak tengok dia selalu dengan buku je. Boring betul budak sastera ni. Have fun lah sikit. Jannah nanti jangan jadi macam along tau tapi janganlah meliar pula bila dah duduk sendiri nanti. Yang itu, akak pun marah." Dikata sebagai peringatan. Tapi iyalahkan. Anak dara mana boleh meliar sangat. Nanti dikata pula kita ini tak diajar oleh keluarga dengan betul. "Along tu mana pernah bercinta lah sejak sejak masuk universiti ni, Kak Sara. Dulu kan. Dia punya ex memang kaki kongkong. Kalau boleh semua dia nak suruh Along update. Lepas tu boleh pula tu tiba tiba aje nak ajak kahwin. Duit pun belum ada waktu tu." Beria sekali Jannah bercerita. Jelas nada suaranya meninggi sedikit kerana teruja. "Tu, Jannah kata Along tak pernah cerita dekat Jannah?" "Tapi benda dah lepas dia cerita lah. Lepas dua bulan diorang putus. Lepas tu, takde dah Along borak pasal perempuan. Trauma barangkali." Aku mengangguk, cuba untuk memahami perasaan Aiman ketika itu. "Tapi kan kak Sara. Along kata kak Sara suka abang Arman. Betul ke?" Berkerut dahi aku mendengar ayat yang barusan diucap Jannah. Ini fitnah apa pula ni? "Bila masa pulanya akak suka dekat abang Arman awak tu? Dia tu pun basuh baju punyalah malas. Asyik sembur minyak wangi je. Manalah akak nak orang macam tu." Jelasku. Sungguh. Aku pun tak adalah teruk sangat nak suka dekat lelaki yang sudah ada kekasih hati. Kawan aku lagi tu. "Tapi--" Ketukan tiga kali pada pintu bilik Jannah kedengaran. Kemudian, suara Hafiz memanggil kami untuk makan malam sebelum kami sama sama solat Maghrib.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
this is soo good
11/04
0samalat po
18/03
0Best
18/03
0View All