Dari sudut pandangan Iman: Selesai solat Isyak berjemaah, masing masing membawa diri ke bilik mereka dan sebahagiannya ke ruang tamu. Aku pula kehausan. Ditujukan kaki ke arah dapur milik keluarga Ahmad Nizam. Gelas kaca diambil dari rak pinggan. Pintu peti dibuka untuk mengambil air sejuk yang diletakkan di dalam botol air. Aku meneguk dengan berhati hati supaya tidak tersedak daripada minum. "Sara. Hang lapaq gi ka?" Tegur Makcik Ila. Aku menggeleng. "Eh tak. Saya minum aja ni. Haus." "Haa lupa nak habaq. Sini memang panaih petang, malam la baru redup sikit. Angin pun baru nak ada." "Saya okay je makcik hehe." "Habaq ja. Ni, tak nak melepak dulu ka dekat pangkin depan rumah tu? Ada Arman sekali tu duk sembang dengan Aiman." Mata aku besarkan sedikit. Arman tak cakap pun dia nak datang? "Kalau hang nak pi, ni. bawa ayaq ni sat hidang dekat depa." Laju sahaja makcik Ila membuat air kopi untuk dua jejaka di luar. Namun, gelas yang diletakkan di atas dulang ada 4 gelas kaca. "Kenapa banyak sangat cawannya makcik? Kan ada Arman, Aiman sahaja?" "Tu, pak Aiman ada sama. Tak tahulah duk bincang apa." "Mak aih. Seganlah kami." Aku cuba berseloroh. Dalam kata begitu, tangan aku masih juga memegang dulang untuk dibawa ke pangkin. "Uyo, ada gadis jelita lah dekat sini. Pak Jam, ni anak baru ha?" Arman menegur. Matanya memandang aku sebentar sebelum dialihkan memandang pakcik Nizam. "Haa. Anak menakan aku ni ha. Lawa dak?" Dituangkan air kopi ke dalam setiap gelas kaca. Hanya 3/4 sahaja kuisi kuantiti air kopinya. "Minum, encik." Selorohku. Pakcik Nizam sudah tersenyum. Tempat kosong di hujung pangkin, aku duduk. Arman masih di atas motosikal miliknya. Pakcik Nizam duduk di tengah pangkin. Aiman pula di hujung sebelah kanan sana, terbaring. "Sedapnya ayaq kopi." "Makcik Ila buat. Saya tukang hidang aja." Aiman pula masih membatu sambil tengok bintang di atas pangkin tersebut. Aku dengar sahaja mereka borakkan tentang topik politik. Mulanya politik, tiba tiba sudah berubah kepada hasil sawah padi, kemudian melompat pula dengan kebun getah. Arman memang pandai berbual dengan orang berumur. Itu yang paling aku suka tentangnya. Nak dibandingkan denganku, yang mana aku boleh selit, aku selitlah topik yang aku paham. Aiman pula, dari tadi membatu begitulah. Dekat 30 minit dah rasanya macam tu. "Pak Jam. Kami balik dulu lah na. Satgi mama cari kami pula pi mana tak balik lagi." Arman menyalam tangan pakcik Nizam. Selesai sahaja salam, ditepuknya perut Aiman. "Pungkoq hang pi lena kat sini. Tak malu betul." Pakcik Nizam tersenyum melihat cara Arman. Kepala Aiman digosok. "Takpa aih. Penat dia pi bendang sampai ke petang dengan aku tadi. Duk meracun sampai petak sebelah nu." Lah, dia tidur rupanya. Aku ingatkan dia memang sengaja berbaring menghadap langit. "Weh Iman, hang seminggu lagi kan duduk sini? Datang kafe aku tau. Suruh Aiman bawa hang pi sana. Tau. Datang tau. Aku balik dulu ya. Selamat malam, Pak Jam. Selamat malam, Iman. Selamat tidur, Aiman." Motosikal milik lelaki berusia 22 tahun itu mengeluarkan asap dengan dahsyat sebelum hilang dalam pekat malam. Aku mengemas gelas untuk dibawa ke dapur semula. Cuma gelas Aiman dan aku sahaja yang aku biarkan. Aku tak habis lagi minum air kopi. Sedap namun terlalu pahit untuk aku telan. Pakcik Nizam sudah bangun dari pangkin. Sempat juga dia berpesan kepada Aiman untuk menyuruh lelaki itu bangun tidur di dalam biliknya. "Sat, bah. Mata kami tak boleh buka lagi ni." Mamai sahaja suaranya. Simpan senyum aku melihat dua beranak ini berkomunikasi. Keluarga aku pun begini juga. Harmoni. Namun jika ada antara kami adik beradik yang buat masalah, memang tak cukup tempat nak menyorok. Tapi biasalah. Kadang kadang jika betul betul penyayang, nampak seperti terlalu menipu kan? Umpama hanya mahu menunjuk yang manis sahaja kepada tetamu. Aku percaya saja jika Aiman atau Jannah kata yang keluarga mereka bahagia. Lihat sahajalah rumah sebesar apa. Bilik mereka pula sorang satu. Memang aku percaya sahaja cakap mereka. Berbeza sedikit denganku. Rumah kami di kawan luar bandar. Rumah teres yang dibeli abah, sudah siap pun dibayar penuh sejak dua tahun lepas. Bilik sahaja ada 3. Kami ada 4 adik beradik. Dua lelaki, dua perempuan. Cumanya aku dengan abangku sahajalah yang sudah keluar dari rumah itu. Kalau balik pun, aku tidur dengan adik perempuanku. Haih, rindunya rumah. Walaupun rumahku tidaklah sehebat rumah Aiman ini, namun aku masih boleh berbangga memiliki kedua dua ibu bapa yang masih sihat. "Iman. Awat hang nangis?" Suara garaunya menegurku sambil mata merenung cecair jernih turun ke pipi. Ada nada cemas juga pada suara itu. "Weh pak aku nampak nanti, kang dia ingat aku kacau hang. Lap cepat." Ditarik lengan bajuku dan ditekap lembut pada pipiku. "Maaf." "Lah, maaf kenapa pula? Kau tak buat salah pun kan?" "Dah dua kali kau nampak aku menangis." "Tiga kali, Iman. Tapi aku okay je. Jangan risaulah. Kau rindu rumah ke?" Aku mengangguk. "Faham. Takpe. Nangis jelah dulu. Aku teman. Tapi kau hadap sebelah ni lah kalau nak nangis. Abah boleh nampak kita tau dari bilik dia tu." Aiman tunjuk ke arah jalan. Menyuruhku menghadapkan badan ke arah itu. "Terima kasih." Makin lebat air mata mengalir malam ini. Bukan main ya, dengan Jannah tadi tak ada pula mahu menangis. Nak juga menangis depan Aiman ni. "Takde apa lah. Nangis jelah. Lagipun dekat sini cahaya terang. Nampak je aku dengan kau buat apa." Aiman kembali berbaring di sebelahku. Kaki kanannya dilipat separuh dan kedua dua tangan diletakkan di bawah kepala sebagai alas. Setelah sedikit reda, aku palingkan muka ke arah Aiman. Matanya terpejam rapat dengan dada yang berombak tenang menghirup udara. Rambutnya keriting lebat tetapi apabila dia mengenakan potongan rambut low fade- nampak begitu sesuai dengannya. Bahagian kiri dan kanan dipotong rapi dan pendek. Tidak silap aku, rasanya ketika aku baru sampai dengannya di sini, rambutnya masih lagi panjang tidak terurus. Sempat juga aku perhatikan keseluruhan struktur mukanya ketika dia di fasa tenang ini. Daripada keningnya yang melebat, turun ke bulu mata yang separa lentik, hidung yang pesek namun masih boleh lihat tulang hidungnya, dengan tulang pipi yang kelihatan menaik ketika dia tersenyum. Dan sekarang, tulang pipinya naik seperti yang aku gambarkan. "Kahaq hang noh. Duk tengok anak teruna orang malam malam gu ni. Habis dah gheyau?" Matanya memandang tepat ke mataku. "Tak, nak tanya. Sembap tak mata aku? Risau nanti Jannah tanya." Gugup juga sebenarnya apabila Aiman memandang begitu. "Dak. Okay ja. Cantik." Aku alihkan pandangan ke arah dulang. "Aku masuk dulu lah. Kau masuk rumah lambat sikit. Jangan datang dekat dapur." "Hm. Muka tu basuh dengan ayaq pili." Tenang, kawan je. Jangan fikir apa apa, Iman.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
this is soo good
11/04
0samalat po
18/03
0Best
18/03
0View All