Dari sudut pandangan Iman: 3 minggu berlalu dengan pelbagai perasaan. Kebanyakannya, aku menangis dalam diam- sampaikan esakan juga aku tahan supaya Izzyan tidak mendengarnya. Terasa bagai neraka di dalam rumah sendiri. Mendengar ayah dan umi bergaduh, kemudiannya masing masing memberi silent treatment, terlalu ego untuk masing masing menyatakan perkataan maaf. Dan kemudiannya menyalahkan aku juga merupakan hobi kegemaran mereka. Heh, seperti aku pula yang beria mahu hidup dalam dunia ini. Bagai aku pula yang meminta mereka untuk hidupkan jasad aku. Dahulu, aku kerap untuk cuba memahami dahulu masalah mereka sebelum membuta tuli menyimpan dendam pada mereka. Mungkin juga kerana sudah dewasa dan memahami semua istilah yang dilemparkan mereka, aku makin tidak mahu memahami mereka. Percuma perbuatan kecil aku itu jika mahu dibandingkan dengan masalah mereka itu. Sudahnya, aku juga yang terpaksa mengalah. Anaklah katakan. Ha ha. "Kakcik." Panggilan Yan itu membuat aku memanggung kepala memandangnya. Mungkin dia nampak aku tersenyum mengejek seorang diri sambil memandang bucu yang dipenuhi longgokan baju bersih di dalam bakul. "Umi suruh kau basuh pinggan." Yan memegang perut. Mungkin, mungkin sudah penuh perutnya ketika ini dan membiarkan singki penuh. Kemudian, memetik nama aku pula untuk membasuh semua sisa itu. Tidak tahulah sama ada aku perlu bersyukur punya keluarga atau bersyukur kerana hari ini merupakan hari terakhir aku di sini. Kaki diangkat dengan kadar sederhana. Sampai sahaja di dapur, aku memerhati keadaan pinggan mangkuk yang menimbun. Agak sakit hati juga melihatnya. Aku belum menjamah apa-apapun hari ini tapi alih alih, aku juga yang kena, ya? Pili air dibuka untuk membasahkan kotoran yang melekat. Dengan sabun yang membuih, aku menggosok beberapa buah pinggan sebelum lalukan di bawah air lagi. Seperti air pili yang laju, air mataku juga begitu. Lemah betul. Entah apa yang sedih pun tak tahulah. "Kakcik. Kemaskan sekali dapur tu." Umi pula berkata dari ruang tamu. Dengan mata yang dikaburi dengan cecair jernih, aku memandang pula ke bahagian dapur api yang berminyak. Ha ha ha. Terasa seperti Cinderella. Walaupun cuma didera mental, namun berilah aku masa untuk makan atau berehat sekejap. Otak aku ini dari tadi ligat berfikir tentang kemungkinan esok. ______ "Fan, kau rasa keluarga kita bahagia ke?" Sengaja aku menggunakan Irfan untuk keluar, dengan alasan mahu mengisi minyak motor adik lelakiku itu. Padahal, kami berdua pergi ke pandu lalu McDonald di Benteng sana. Kami duduk melepaskan lelah di hadapan Sungai Pahang. "Entahlah cik. Parents kita bukannya cerai pun macam orang lain. Nak kata broken tu, agak susah juga. Mungkin macam ni kut normal family?" Irfan mengunyah kentang yang sudah mengeras- hilang haba panas, keraslah jadinya. "Kau rasa ada ke orang yang nak kita ni? Dengan family macam ni. Aku rasa kelakar bila teringat diri kita ni, Fan. Bukannya kita yang minta macam ni." "Kau fikir macam ni mungkin sebab kau perempuan kut, cik. Aku rasa kalau aku lelaki yang suka kau, bila kau open pasal benda macam ni- lagi aku rasa nak lindung kau. Jaga kau elok elok. Walaupun aku sendiri pun tahu diri aku macam mana. Hahaha." Irfan ketawa lepas. Yelah, dua dua bukannya betul sangat pun bab agama. Lagi nak bincang pasal kahwin. Masa hadapan kut. "Fan, lelaki baik semua dah pupus la Fan. Aku pun tak yakin aku akan kahwin. Entah entah nanti aku cuma bagi duit bulan bulan dekat korang ni ha. Balik rumah pun jarang kut nanti. Sana dah lah tempat mahal. Menangis aku nak tunggu hujung bulan." Benda belum jadi lagi pun-- awal sangat fikir. Awal tak kalut ke tu? "Cik, kau rasa kan. Sebenarnya kita ni nak salahkan umi ayah kita ke sebab tak boleh provide everything macam parents kawan kawan kita? Like kenapa kita tak kaya macam orang lain? Kenapa kita rasa kita je yang terbeban dengan semua masalah duit ni? Salah kita dekat mana eh? Kau pernah terfikir tak?" Aku mengangguk. Cuba untuk telan esakan yang mula membentuk. "I mean-- diorang berdua memang grew together kut, dari tak ada apa apa. Lepas tu slow slow bangun. Sama sama faham sampailah sekarang. Mungkin dekat part attitude lah kut yang out sikit. Tapi they've tried their best, kakcik. To provide us everything that we need. Mungkin tugas kita lah pula untuk tambah mana yang kurang. Bila tengok diorang, aku rasa kita pun mangsa keadaan. Diorang pun mangsa keadaan. Both parties under pressure." Berjurai dah air mata aku bila dengar Irfan yang berumur 20 tahun itu berkata. Anak lelaki yang matang, mengalahkan kakaknya. "Kentang aku dahlah masin. Kau tambah lagi masin dia kenapa." Merujuk kepada air mata yang masih lebat mengalir. Bila entahnya mahu berhenti. "Walaupun tak boleh kuat, kita cuba sedikit demi sedikit. Boleh, cik?" Irfan memujuk. Perlahan saja aku mengangguk mengiyakan. Lenjan ajele. Janji kuat. Lama lagi ni nak hidup. "Jomlah balik. Bising pula umi ko nanti." "Umi bising sebab suami dia yang duk tanya pasal anak dia dekat dia. Yang si Yan tu pula asyik mengadu saja. Macamlah dia sorang anak keluarga kita ni." Rengus Irfan. "Mengada kan si Yan tu." "Haah." "Dia kecil lagi. Belum kena batang hidung, bolehlah cakap macam tu." Tambahku.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
this is soo good
11/04
0samalat po
18/03
0Best
18/03
0View All