logo text

Chapter 16 2020: 15

2020
Iman menarik nafas lega. Perasaan yang dia dapat gambarkan ketika ini adalah perasaan yang begitu gembira, bagaikan berada di awangan selepas dia mendapat panggilan dia diterima untuk bekerja di sebuah syarikat idamannya. Temu duga yang dihadirinya sebulan yang lalu membuahkan hasil.
Dua tahun dia mencari pekerjaan walaupun di luar bidang yang dipelajarinya. Dan sepanjang percubaannya menghadiri temu duga, tiada satu pun yang memanggilnya kembali. Sedih, itu memang sepatutnya yang dia rasakan ketika itu. Bayangkan menjadi beban keluarga selama dua tahun. Dua tahun itu juga dia terpaksa menahan telinga apabila uminya bertanya bila dia mahu bekerja.
Heh. Mahu sahaja dia salahkan semua orang yang menanyakan perihal itu. Seperti Iman pula yang bersalah kerana tidak dipanggil mana mana syarikat. Jujur, wanita yang berusia awal 20-an itu hebat akademiknya, malah sejak sekolah rendah Iman sangat aktif dengan kokurikulum. Cumanya waktu diploma sahaja dia tidak libatkan diri dalam aktiviti kelab di universiti. Tambahan pula, mempunyai sijil peringkat antarabangsa semasa di sekolah menengah- itu sudah cukup untuk melayakkan dirinya mendapatkan kerja. Sepatutnya begitu lah. Begitulah yang diuar-uarkan oleh cikgunya ketika sekolah dahulu.
"I secured the job!" Iman memberitahu ahli keluarganya ketika di meja makan. Encik Siddiq, Puan Jasmine, Izzyan Sofea dan Irfan Hakim, masing masing mengoyakkan senyuman.
"Tahniah do, cik. Akhirnya!" Irfan berkata selepas menelan secara paksa makanan di dalam mulut.
"Yeay, bilik Yan tak payah share dah lepas ni!" Izzyan mengusik. Gadis tingkatan 6 bawah itu menyenggol tangan kakciknya.
Berbeza dengan adik beradiknya, suasana kedua dua orang tua Iman agak suram. "Dekat mana tempat kerja kau, cik?" Encik Siddiq bertanya. Masih lagi disuapkan nasi ke dalam mulut.
"Area selangor tu lah. Tak apa, yah. Kita boleh jaga diri."
"Jauhnya." Rungut si ibu. Iman tersenyum menyenget. Agak sakit hati juga dengan jawapan itu. "Bukan umi ke nak Iman pergi jauh? Dah bosan tengok muka Iman kan?"
Nada Iman cuma biasa sahaja, tidak pula ternaik atau apa terhadap ibunya. Cuma itulah, dia cuma mengulang apa yang pernah wanita berumur 49 tahun itu ujarkan sahaja. Tidak salah kan?
Suasana meja makan itu diam. Mereka berlima makan dengan diam. Cuma bunyi garfu berlanggar dengan pinggan sahaja yang kedengaran.
_________
Dari sudut pandangan Iman:
"Cik, kau tak bolehlah cakap macam tu dekat umi." Izzyan menegurku setelah kami berdua berada di dalam bilik.
Ikatan rambut aku lepas. Birai katil Yan itu aku duduk menempel. "Lah, cakap benda yang dia pernah cakap dekat aku pun salah ke? Dia juga yang bising aku tak dapat kerja dekat sini. Bila dah dapat, komen jauh pula. Nak apa sebenarnya?" Aku mengeluh. Separuh badan telah berbaring sambil kaki terjuntai pada lantai.
Entahlah. Aku rasa macam aku dah buat sehabis baik, tapi langsung dia tak nampak. Tak tahu sama ada dia memang tak nampak atau buat buat tak nampak dengan segala usaha aku buat.
"Tak salah. Tapi boleh kan ayat tu elok sikit?" Dia berjalan menutup lampu bilik. Kemudian, Yan berbaring di sebelahku setelah dia siap menyikat rambut. Dua dua terlentang memandang siling kosong.
"Entahlah. Nanti pandailah aku minta maaf." Tangan diletakkan di dahi. "Dia patutnya suka bila aku dah dapat kerja. Lama kut aku tunggu. Dua tahun. Sia sia juga dua tahun aku duduk rumah sambil dengar dia membebel."
"Tapi dapat eratkan hubungan kan?"
"Tsk. Aku rasa macam makin retakkan hubungan. Elok aku duduk jauh jelah. Aku tenang, dia tenang. Tak payah dah dia fikir pasal aku."
"Aku doakan yang terbaik untuk kau, kakcik. Ingat ganggang. Jangan jadi tanggang."
"Uwu melayu banget lu. Weh tapi nak kena cari rumah sewa pula. Tak apa lah. Yang itu esok aku fikir. Sekarang, nak tidur." Aku bangun dari situ dan bergerak ke katilku di sebelah penjuru, dekat dengan tingkap.
"So, kau punya lapor diri bila?" Izzyan tidak habis lagi bertanya.
"3 minggu lagi. Sempatlah nak cari apa yang patut."
"Gaji mahal tak?"Tanyanya lagi.
"Adalah dalam RM1500, tak bersih lagi tu.Kalau ada kwsp 11%, socso, maybe dalam RM1300 lah gaji bersih yang aku dapat nanti." Jelasku.
"Faham."
Kami berdua diam. Aku masih memeluk bantal busuk, memaksa diri untuk tidur. Pelbagai kemungkinan mula berlari dalam minda.
Betulkah aku boleh dengan tempat baru itu? Bolehkah aku jumpa kawan baru, tempat tinggal, kos sara hidup tinggj atau tidak di sana-- adakah lagu teruk jika mahu dibandingkan dengan Kuantan ini? Perlukah aku mencatu makanan untuk sampai ke hujung bulan nanti- semacam itu persoalan jahat yang muncul pada malam ini.
"Cik. Tidur dah ke?" Tanya Izzyan, memecahkan buih buih soalan jahat tadi.
"Belum."
"Penat kan jadi dewasa?" Soalan itu buat aku menarik senyum sarkastik.
"Bergantung. Kalau kita ini dari kalangan orang senang, mesti tak penat. Kerja pun mesti tak susah nak dapat sebab guna cable. Masuk masuk kerja, gaji dah besar. Boleh berbelanja sesuka hati guna harta keluarga, tak perlu catu apa apa-- mungkin kalau situasi kita macam ni, memang aku akan cakap tak penat pun jadi dewasa." Aku membalas. Terasa kelakar juga bila aku berfikir sebegitu. Seperti menyalahkan takdir kenapa aku dilahirkan dalam keluarga ini.
"Kau juga dah besar, Yan. Dewasa ini bukan ikut umur. Kau rasa kau dah dewasa untuk jalankan tanggungjawab yang bukan kau mahu, itu juga dikira dewasa. Berani memilih risiko. Dewasa sebelum umur. Itulah yang aku boleh cakap dekat kau."
"Tapi bagi aku, dewasa ni bila kau rasa kau dah sedia untuk jalankan tanggungjawab kau. Sedia. Itu kata kuncinya. Kau tak akan jadi dewasa kalau pemikiran kau masih lagi dengan salahkan orang lain atas kesalahan kau sendiri." Bunyi Yan menggeselkan kuku ibu jarinya dengan jari telunjuk jelas kedengaran. Berdasarkan jawapannya juga, tahulah aku bahawa gadis itu seperti menyimpan amarah lagi denganku.
Anak umi. Mestilah membela umi lebih.
"Relax, Yan. Kan aku dah kata, aku akan minta maaf dengan umi esok." Berkurang sedikit bunyi gesekan kuku itu.
"Tidurlah, Yan. Kau tak perlu risaukan sesiapa. Risaukan diri kau dahulu."
______
Pagi redup itu, aku bangun membantu umi memasak. Macam biasa, aku cuma bantu menghiris bahan bahan masakannya. Bawang merah, bawang putih, lada kecil, sawi dan kobis sudah siap dipotong mengikut saiz yang sesuai. Aku sudah sedia menyiapkan mental pagi ini.
"Kakcik minta maaf." Sambil berdiri di sebelah Puan Jasmine Iris, aku mengucapkan kata itu. Umi diam tidak memberi reaksi.
"Peghelai sat nasi tu." Arah umi. Aku hanya menurut. Ikutlah nak maaf ke tak, mi. Kakcik dah minta maaf. Walaupun bukan salahku, tapi biasalah. Anak juga yang salah kut mana pun.
Selesai menumis bawang dan lada, dia goreng pula ikan bilis dan kemudiannya memasukkan telur sebelum memecahkan telur itu menjadi telur hancur. Agak garing, barulah dia masukkan nasi, kobis serta sawi. Selepas itu, diletakkan pula perasa sebagai penyedap. "Siap dah. Letak dalam bekaih besaq. Umi nak goreng keropok sat."
"Kalau tak nak maafkan, cakap jelah taknak maafkan. Bukannya susah pun." Aku mengambil bekas untuk meletakkan nasi goreng. Disenduk sedikit demi sedikit ke dalam bekas berwarna biru itu.
"Umi tak simpan dendam pun dengan kakcik. Umi faham anak umi."
Heh. Fahamlah sangat.

Book Comment (73)

  • avatar
    sumpaysamanthatsumpay

    this is soo good

    11/04

      0
  • avatar
    Rich Mar Padayhag

    samalat po

    18/03

      0
  • avatar
    Fouzia Jamal El Idrissi

    Best

    18/03

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters