Jam sudah berginjak ke angka sepuluh pada waktu malam. Kediaman keluarga Nizam sudah mula sunyi. Jannah juga sudah diam tidak berkutik di sebelah Iman. Lena dalam pelukan mimpi. Haus benar suasana yang dirasakan Iman ketika ini. Selesai menyarung tudung, dia berjalan perlahan ketika melalui laluan ke dapur. Sempatlah melalui beberapa bilik sebelum sampai ke ruangan memasak itu. Sengaja juga gadis itu tidak mahu membuka lampu kerana seingatnya, lampu oren peti ais milik Makcik Ila masih elok menyala. Diambil satu cawan dan diletakkan di atas meja makan. Botol air yang sejuk dikeluarkan daripada kotak elektrik itu lalu dituangkan isinya ke dalam gelas, hampir penuh. Pintu peti ditutup semula. Bagi gadis itu, cahaya daripada luar tingkap masih lagi dapat memasuki dan menerangi sedikit tempat makan itu. Syukurlah, tidak memaksa matanya untuk melihat dengan lebih terang. Namun, bukaan anak matanya tetap membesar kerana perlu menerima sebanyak cahaya yang boleh untuk dia melihat dengan lebih jelas. Perlahan sahaja sorongan kerusi, risau akan membuat sesiapa terbangun dengan bunyi itu. Lah, terasa seperti di dalam perpustakaan usang. Diteguk beberapa kali sambil dia termenung. "Astaghfirullah, hantu." Serta merta ruangan makan itu menjadi terang. Figura Aiman menggosok dadanya dengan berpakaian baju tiada lengan dipadankan dengan seluar trek panjang diperhatikan Iman dengan mendadak. "Rumah ni ada je duit kalau nak bayar bil elektrik." Suara garau itu menegur. Itu pun setelah beberapa saat lelaki itu menenangkan diri. Sama seperti Iman, tujuannya datang ke dapur adalah untuk membasahkan kerongkongnya. Agak panas ya malam ini? "Malas nak tekan." "Kau pun panas ke?" Tanya Aiman. Lelaki itu membuat pusaran kecil pada bibir gelas yang berada dihadapannya. Lelaki itu barusan sahaja bersenam di dalam biliknya. Melakukan plank selama 3 minit. Iman mengangguk. "Bahang sikit." Kemudian, dua dua mendiamkan diri. Kali kedua gelas mereka diisi dengan air yang sudah kurang suhu sejuknya. Hanya hembusan nafas Aiman sahaja kedengaran. "Slow sikit cara kau bernafas tu." "Tak boleh nak ubah." Diam lagi. Dua dua masih tidak mahu berganjak. Sampailah Aiman mengajukan soalan, "Iman, kita lepak tengok bintang nak? Langit mesti cerah sekarang." "Maksud kau, tak ada awan ke?" "Haah. Nak tak? Kalau taknak, aku keluar sorang. Dekat jalan tar bendang depan tu ja." Aiman beransur bangun bersama dengan gelas di tangan. Dikocak sedikit air paip ke dalam gelas sebelum ditirai kering. "Aku nak. Tapi takut gak. Boleh ke?" "Malam ni ja hang boleh tengok cahaya malam Pendang sebelum balik esok." Goda Aiman lagi. Tak best juga jika dia seorang sahaja yang mahu lihat bintang. Tangannya sudah membuka gril pada pintu dapur. "Kalau hang nak mai, ikut cepat. Tutup sekali lampu dapur." Figura maskulin itu hilang dibalik pintu. _______ "Jadi, lepas ni hang nak buat apa?" Aiman bersuara setelah kedua-duanya diam tenang. Malam ditemani bintang, unggas berbunyi riang. "Tak tahu lagi. Yang pasti, kena cari kerja. Tapi aku rasa nak berehat dulu kut. Sebulan macam tu. Then, baru cari kerja." Iman memeluk lutut. Berfikir mengenai masa depan, memang memenatkan. Terasa penuh otaknya apabila dibangkitkan hal yang belum terjadi. "Kau?" "Sambung study. Umur dah tua dah untuk rilek rilek macam kau." Mendengar respon Aiman itu, Iman ketawa kecil. "Aku bukan sengaja tak mahu sambung belajar. Aku penatlah susahkan ayah aku nak cari duit untuk tanggung aku belajar. Nak pula, bukan aku sorang yang dia kena tanggung." "Biasiswa kan ada?" Aiman seakan tertarik untuk mengetahui lebih mengenai gadis disebelahnya. Jarang sekali mereka berbual dengan lebih mendalam mengenai hidup masing masing. "Tak laratlah aku nak minta, Man. Dulu pernah juga aku minta. Tapi bila kena tolak beberapa kali, memang aku tak minta dah la. Ini pun aku guna ptptn untuk belajar. Botak kepala do nak bayar semula lepas ni." "Takpelah. Slow slow. Hustle demi hasil gitu." Aiman memberi nasihat. "Tapikan Aiman. Cuba kalau tak dapat kerja? Aku nak kena buat apa ni?" "Go on with everything yang buat kau happy. Mungkin hobi sebelum ni kau tak boleh nak teruskan sebab masalah kewangan, kau boleh try semula. Perhaps, read more books?" "Hm, to be honest kan. Aku pernah je menulis. Ayat pun macam okay jugalah. Tapi aku malu nak bagi orang baca." "You can share with me, if you want. Maksud aku, aku tak adalah kritik terlalu teruk untuk buat semangat kau turun But surely, I'll give my honest review about your writing." "Haha. Memang taklah aku nak bagi. Unless you beg for it." "Like what? Sogok duit?" "Duit halal, okay je. Ingat nak bagi kau free je ke baca?" Iman senyum menyenget. Badannya sudah mula berasa sejuk dengan angin malam. "Well, siapa je taknak benda free?" Aiman menggaru kepala, agak sukar juga soalan itu untuknya menjawab. "Aku pun ada juga rahsia. Kau nak dengar tak?" "Apatu?" "Aku pun menulis juga. Puisi. Tapinya dah terbengkalai sebab sibuk sangat waktu final haritu." "Uuu anak indie. Puitis, dibalik rembulan, secangkir latte. Tapi kenapa music taste kau teruk? That one thing, we really need to put our eyes on it." Tangan Iman kembali memeluk lutut setelah lama dia menongkat badan. "Macamlah taste music dia tu tak teruk?" "Fair enough." Kemudian, dua dua kembali diam. Aiman sudah terbaring di atas jalan tar berlapikkan selipar pada bahagian kepalanya. "Iman, kau rasa kita layak ke rasa bahagia?" "Depends on what you define your happiness, Aiman. Kalau terlalu tinggi sangat persepsi kau terhadap tahap bahagia- mesti susah untuk kau capai. Jadilah orang yang paling bahagia dalam dunia kau walaupun kontribusi kau cuma 3% setiap hari. Walaupun kita tahu bahagia itu cuma subjektif, tapi kita yang meletak takat bahagia kita sendiri. To release those dopamine, you need something to spark it out." Iman menarik nafas, cuba mencari kata kata yang sesuai lagi. "Kita layak rasa bahagia, Aiman. Dengan semua masalah yang kita pernah lalui, kita layak rasa bahagia. Kadang, bukan kemanisan gula dalam kopi yang kita cari. Untuk penggemarnya, pahit yang kita pilih. Boleh jadi bahagia itu ada dalam tangis kita, bukan sekadar tawa sahaja. Begitulah lebih kurang." "Tapi kalau kita tak bahagia juga? Macam mana?" "Maybe we meant to be like that. Macam aku cakap, persepsi kita dekat tahap bahagia yang mana membuatkan kau rasa seperti kau tak pernah bahagia? Bermain dengan kucing pun boleh buat kau bahagia, kan?" Aiman mengangguk. "Tapi aku rasa aku memang tak akan pernah rasa bahagia. Entahlah. Aku pun tak tahu apa yang aku nak dalam hidup. Motif untuk hidup dari hari ke hari pun cuma sekadar menunggu bila hari Sabtu akan tiba." "You'll find your reason to be happy soon, Aiman. I do believe that." Mata mereka memandang langit yang makin lama makin gelap. Bintang juga tertutup dengan awan mendung. Tiba tiba sahaja ya? "So, what is your ideal type?" Iman menanya. Senyuman senget Aiman makin melebar. "Akhirnya, kau tanya juga. Dari tadi aku tunggu soalan ini." Aiman duduk menyamai aras mata Iman. "Ceh." "Kejap aku senaraikan. Cantik, rendah dari aku, aku tak kesah pun kalau dia tak pakai tudung lagi. Boleh dididik. Lepas tu, bijak. Nanti anak anak boleh minta dia ajarkan. Tapi kalau boleh, aku nak yang pandai cakap 'tidak' dekat benda yang dia rasa dia tak nak atau tak suka." "That's too specific, bro. You good?" Aiman ketawa. Kedengaran lucu dengan soalan Iman. "Tak adalah. Aku tengok rata rata perempuan yang aku kenal, kebanyakkannya memang tak reti langsung nak cakap 'Sorry, i dont want to do it' atau 'tak apa lah. saya taknak'. Ini tak, mesti dialah yang kena buli selalu sebab jarang kata taknak atau tak boleh." "Entah entah dia ada kink bila orang cakap thankyou?" "Ahahaha mengarut betul ada kink macam tu. So, what's yours?" "You mean the kink part or ideal type?" Iman ketawa lagi. Geli hati barangkali dapat bergurau begitu dengan Aiman. "Latter laaa. Apa jadah borak pasal kink masa ni?" Tegas betul nada suara lelaki itu. "Aku nak yang stabil je. Pokok pangkal, nak yang boleh sediakan rumah, bagi aku cukup makan minum, bil bil yang lain tu boleh split je nanti. Selain stabil, of course lah yang hensem. Kau boleh pilih yang cantik kan, takkan aku tak boleh pilih yang hensem." Kedua-duanya tergelak. Rasanya ini kali kedua mereka betul betul berbicara mengenai kehidupan secara mendalam. Titis-titis hujan yang mulanya turun setitik dua di atas wajah Aiman mula bertukar lebat. Tak sempat langsung mereka berdua mahu berteduh di bawah pohon merendang. Mereka berdua kebasahan. Terhumbar ketawa mereka apabila mendapati masing masing sudah basah kehujanan. "Semesta memanggil kita. Dikatanya kita bercanda asyik sekali." Aiman mengeluarkan ayat puitis. Gembira hatinya meihat kawan Arman itu tersenyum begitu lebar semasa air hujan membasahi mereka. "Kerana Semesta juga, aku bahagia. Terima kasih ya, untuk malam yang indah." Sambung Iman dengan senyuman masih tidak hilang dari wajah. Air huan yang mengenai mereka umpama menghilangkan awan mendung yang berarak di dalam diri gadis bandar itu. "Okay Aiman. Soalan serius. Kita nak balik ni macam mana? Agak agak kena tangkap tak dengan abah kau?"
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
this is soo good
11/04
0samalat po
18/03
0Best
18/03
0View All