"Arman ke tu?" tegur Iman sambil menyendeng ke arah Nailea. Memandangkan Nailea di sebelahnya, makin kuatlah dia menyakat wanita itu. Kak Ummi tersenyum, tidak mahu beriak dengan soalan Iman. "Iman Qaisara! OMG! HOw???!" Arman terkejut. Tak sangka dia boleh berjumpa dengan gadis yang pernah menjadi kawan baiknya pada tahun 2018. Selepas itu, kedua duanya lesap. Adalah juga bertanya khabar, namun cuma batas itu sahajalah. Tidak sampai mahu berjumpa untuk catch up session. "Eat first, talk later. and a warning to Mr. Arman: Take care of my lovely, Nailea." Iman membetulkan kedudukan. Senyuman senget dinaikkan sedikit supaya nampak lebih mencabar Arman. "Alright maam." _____ "Sayang." Arman memanggil Nailea ketika mereka berduasudah duduk di dalam kereta. Akhirnya Nailea termakan juga dengan kata kata Iman dan kak Ummi yang menyuruhnya mengambil emergency leave pada hari ini. Separuh hari sudahnya- memang eloklah ambil emergency leave. "What are we, Arman? Saya macam confuse lah dengan awak ni. Suka main tarik tali. Kejap panggil sayang, kejap panggil nama je. Lepas tu bila tanya elok elok, awak cakap kita ni kawan? Bro?" Nailea melipatkan tangan di dada. Memang ini niat asal mereka keluar berdua. Mahu berbincang mengenai benda ini lah. Arman masih tenang dengan pemanduannya. Mata dikalih sebentar untuk melihat Nailea disebelah. Risau juga jika wanita itu mula menunjukkan tanda tanda mahu menangis. "Saya tanya ni, Arman." "I thought I've projected my feelings clearly. Surely to give you the exact signal." Jawab Arman senada. Tidak terkesan juga dengan perbahan intonasi Nailea. "Tak faham. Saya tak tahulah saya yang bodoh sebab tak reti baca signal awak atau saya ni lembap sangat tak nampak your signal." Bukan kesal, lebih kepada mahu marahkan Arman sebenarnya. "You gave me mixed signals, Arman." Kereta diberhentikan di bahu jalan. Mujurlah aircond kereta itu kuat. Tidaklah perlu mereka risau akan kepanasan jika mahu berhenti lama di bahu jalan itu. Arman memusingkan badan ke arah Nailea. "Like what? I tak pernah kata pun kita ni kawan sejak sebulan yang lalu. I sumpah ingat you akan faham bila i started to treat you right." "You dont even tell me that we're in a relationship, Arman. I need those words to ensure my feelings. Penat tahu tak hari hari i nak kena fikir kita ni apa sebenarnya. Chatting, texting, night call-- macam kita ni ada apa apa hubungan. I tak boleh tipu diri I by saying you suka i everyday." Mata Nailea sudah bertakung. Bercakap mengenai keadaan mereka memang menyesakkan hatinya. "Sebab I tak declare? Sebab I tak propose you to be my girlfriend?" "Yelah. You expect I faham ke kalau you tiba tiba bagi paragraph tak ada tajuk? Macam you buat cerita tapi tajuknya tak ada. Tiba tiba dari berkawan-- sedar sedar kahwin. Ish you tak faham lah perasaan i." "Nailea, i dont have much time with you untuk buat grand grand proposal." "I didn't ask you for that. I cuma nak dengar you cakap 'Nailea, I love you. I do love you. Can i be your boyfriend?' itu aja. Susah ke nak cakap macam tu? I tak minta pun belon belon bagai. We have time. We have much time untuk cakap pasal benda ni-- time you are very sure you nakkan i. Tapi you yang tak buat and bagi i hidup dengan tanda tanya pasal hubungan kita." "But I want to do it. I yang nak buat benda tu semua-- cumanya masa tak mengizinkan." "Alasan. Alasanlah semua ni, Arman Sufi. You memang suka sebenarnya buat hati i rasa kacau macam ni." "Ya Allah, Nailea. Sumpah I tak ada niat pun nak buat you rasa macam ni." Arman meraup muka. Dua dua mendiamkan diri. Penat dengan pergaduhan yang dihadapi sekarang. "Then, what can i do untuk tebus kesalahan i?" "Just stop calling me sayang whenever you want selagi kita belum declare apa apa. I hate it." Mukanya berpaling dari memandang Arman. Seluruh badannya dihalakan ke sebelah kiri- jauh dari Arman. Pada fikiran Arman, dia tahu jika menyatakan perkataan yang mahu didengarkan oleh Nailea-- keadaan akan makin menjadi janggal untuk mereka berdua. Jujur, Arman begitu sayang akan Nailea. Tidak pernah terfikir dia mahu melepaskan wanita itu pergi. Dan bagi Nailea pula, Arman seperti bermain dengan perasaannya. Mahu sahaja dia keluar dari kereta ini sekarang. "Then, do it." Arman kembali memandu. "I have my time right now. I really want to spend my time with you this evening. I taknak sia siakan masa cuti i bergaduh pasal benda ni. I want to make it clear. I want to." Menekan betul budi bicaranya pada ayat terakhir itu. Arman memandu menuju ke Tasik PutraMas. Sepanjang 30 minit perjalan, suasana kereta itu amat hening. Sehinggakan boleh dengar hembusan nafas mereka berdua. Sesudah meletakkan kereta berdekatan dengan tempat teduh, Arman membuka pintu di bahagian Nailea duduk. Bukan mahu memujuk- itu memang sudah menjadi kebiasaan untuknya setiap kali keluar bersama dengan Nailea. "Come, princess." Nailea masih mencuka. Tidak mahulah dia menunjuk yang amarahnya telah reda dengan perkataan 'princess' yang diucapkan oleh Arman. Mereka berjalan bersama sama ke bangku yang ditutupi dengan bayang pokok. Masih panas, namun tidaklah membahang seperti biasa. Angin yang bertiup lembut juga dapat menyejukkan keringat mereka. "So, how to settle this problem, my princess?" "I said dont called me with any pet name. We're nothing, Arman." Amaran Nailea dibiarkan bagai angin lalu. Daripada elok sahaja mereka duduk bersebelahan, Arman duduk berlutut dihadapan Nailea. Wanita itu kaget namun masih tenang menyimpan perasaan berdebar. "I sebenarnya kalau boleh nak skip terus stage bercinta. I nak lamar you jadi tunang I. This isn't desperate sebab Kita dah kenal dekat setahun and our progress memang boleh dikatakan lama. Kita dua dua memang dah ada stable life. You dah bekerja, I pun dah bekerja. I ada simpanan untuk 3 tahun gaji-- which means i am ready to be your husband. Tapi i tahu, kalau i terlalu laju- you pula susah untuk kejar pace i. Sebab tu i taknak rush. I sumpah sayang gila dekat you, Nailea Herman. And I tahu sebab apa you rasa macam i tak serius dengan you. I tak pernah bagitahu my feelings towards you, apa my next step with you-- sampaikan you rasa macam you sorang je berharap dekat I. Sorry for making you feeling that way sampaikan you make your own decisions about us. Are you willing to be with me till our last breath, Nailea Herman?" Arman menanti penuh debar. Mengucapkan perkataan sahaja memang tidak cukup untuk menggambarkan perasaannya ketika itu. "I prepared nothing with me right now, Nailea. Kalau you perlukan masa, tell me. And if you agree, I akan call terus my mummy untuk hantarkan rombongan merisik to your house."
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
this is soo good
11/04
0samalat po
18/03
0Best
18/03
0View All