logo text

Chapter 15 2018: 14

Masuk sahaja ke dalam rumah melalui pintu dapur, Aiman dan Iman tertangkap oleh Hafiz yang kebetulan mahu menutup tingkap nako di dapur. "Weh, Along..." Agak kuat juga suara lelaki remaja itu mahu menegur mereka berdua kerana mahu berlawan dengan bunyi hujan yang menimpa atap zink yang menjadi bumbung pada dapur itu.
"Ambilkan tuala sat. Ambil dekat kak Sara hang dulu." Hafiz mengangguk. Tergopoh jugalah Hafiz mahu mengambil tuala. Sampai di pertengahan jalan, dia terlanggar bucu meja kopi yang berada di laluan ke dapur. "Aish. Time ni lah nak berlanggar segala." Kutuk Hafiz.
"Apa tu Hafiz?" Pakcik Nizam yang menjengulkan kepala dari pintu bilik. Dilihatnya anak bongsu itu memegang jari kaki dengan dua tuala sudah terburai lipatannya. "Awat hang nak mandi ka, Piz?"
"Eh tak. Ni untuk Along den--" percakapan lelaki remaja itu terhenti. Nasib baik sempat break.
"Dengan kami lah. Nak pi mandi hujan sat. Along tu ha nak mandi hujan pula malam malam lagu ni. Kami ikut ja." Akhir ayat, lelaki itu menayangkan senyum sambil kepala dialihkan memandang abahnya.
"Ha. Jangan lama sangat. Demam hangpa nanti. Tutup lampu dapur tu nanti." Pesan abah sebelum dia masuk ke dalam biliknya semula. Hafiz mengurut dada. Mujurlah sekarang kakinya tidak begitu sakit. Segera dia kutip dua helai tuala yang terbaring di atas lantai. Dia kemudiannya mendapati Along dan Kak Sara di dapur.
Dihulurkan tuala tersebut kepada dua orang dewasa itu.
"Long, mujuq abah dak suspicious tengok aku bawa dua tuala." Sambil bercakap, Hafiz memandang kuku kakinya. Mahu lihat sekiranya ada darah atau tidak.
"Im, kau pergi lah dulu mandi. Aku nak keringkan sikit lagi seluar ni." Iman mengangguk. Tuala diletakkan di atas bahu, sekadar mahu menutup bentuk badan. Baru sekerat jalan Iman mahu ke toilet, dia pusingkan badan menghadap Aiman.
"Weh, baju ni basah masalahnya."
"Takpa, aku suruh Jenab tolong hang. Pi mandi lu. Demam satgi. Jenuh aku nak jawab dengan abah." Aiman mengeringkan rambut keritingnya dengan tuala tadi setelah menghantar Iman melalui pandangannya. "Piz, cembiasa. Minta tolong sat. Hang pi kejut kak hang. Cakap slow slow je. Kata dekat dia, sediakan baju kak Sara. Paihtu, hantaq kat bilir air." Hafiz mengangkat ibu jari. Sidekick Aiman paling boleh diharap setakat ni.
Aiman menanggalkan baju tanpa lengannya di luar itu juga. Selepas itu, dia membalut badannya dengan tuala. Bahagian kaki seluar panjangnya, dia lipat sehingga lutut sebelum memerah air keluar dari fabrik itu.
"Sejuk aih." Aiman menggosok lengannya yang sudah timbul biji biji kerana bulu romanya berdiri. Dia perlu gunakan toilet yang dekat dapur juga. Takkan jam sebegini, dia mahu masuk ke dalam bilik ibu bapanya.
_______
"Terima kasih makcik Ila, pakcik Nizam, Hafiz, Jannah sebab bagi saya tumpang dua minggu merasa suasana kampung. Terima kasih tunjuk ajar tampi padi, semai anak pokok, meracun lagi. Lepas tu, ajar saya cakap kedah sama. Saya akan rindu akan masakan makcik Ila." Iman menggenggam tangan wanita separa abad itu lama. Rasa sayang mahu meninggalkan keluarga harmoni ini.
"Toksah buat sedihlah Sara oi. Hang kalau nak mai bebila, habaq ja kat Along tu. Dia boleh ja tolong ambil hang." Makcik Ila menjawab sambil muncungnya menghala ke arah Aiman apabila perkataan Along disebut. Aiman cuma tersenyum kecil. Tidak mahu menambah apa apa.
"Ni Arman tak mai? Ka hangpa temu kat bust stop ja?" Pakcik Nizam menanya, matanya memandang Iman dan juga Aiman sekejap-sekejap.
"Haa. Arman tunggu sana. Dia dari cafe mama dia tu lah. Takkan nak suruh dia patah balik dak?" Aiman memberi jawapan. Sudah dia bincangkan semalam dengan kawan baiknya sebelum tidur.
"Haa ikut hangpa la. Bawak elok. Barang takdak apa dah tinggai?" Tanya Pakcik Nizam lagi. Kali ini dituju khas buat Iman Qaisara.
Wanita itu menggeleng. "Hafiz, Jannah korang belajar pandai pandai tau. Biar boleh sambung ngaji jauh jauh." Tangannya menyentuh kepala Jannah yang beralaskan tudung sarung.
"Baik kak."
"Jom lah. Satgi terlepas lak bas hang." Beg troli Iman, lelaki berambut keriting itu angkat dengan sebelah tangan. Iman pamit buat kali terakhir pada keluarga Aiman. Dipeluk dahulu tubuh Jannah sebelum memeluk tubuh genit makcik Ila. "Saya balik dulu ya. Terima kasih sekali lagi sebab buat saya nyaman." Dia melambai sebelum berjalan membelakangi empat orang itu.
"Aiman. Kalau aku rindu lagi keluarga kau macam mana?" Tanya Iman setelah lama memandang sawah padi keemasan.
"Jadi keluarga aku lah kalau lagu tu. Hahaha." Sebelah tangan lelaki itu direhatkan di penyendal pintu.
"Hahaha, kelakarlah awak ni." Meluat Iman mendengar respon itu.
"Tahu dah aku memang kelolo."
_______
"Im, elok elok do. Apa apa nanti call. Hang whatsapp lah sepatah bila sampai sana nanti." Peringatan dari Arman.
"Terima kasih kawan kawan." Iman menahan sebak. Kalau bukan sebab mereka, rasanya dua minggu lepas mungkin sudah berkurung kut wanita ini dekat dalam biliknya di rumah. Memikirkan apa yang salah dalam hubungannya yang lepas.
"Toksah ah nangis, Im." Arman juga berair matanya namun dia juga menahan dari tumpah.
Berbeza dengan Arman, Aiman Adhwa memberi tisu paket kepada Iman. "Mata sembap lawa do."
Arman memandang Aiman, tidak percaya dengan apa yang didengarnya.
"Seriously, Aiman? In front of me?"
"Aku cakap benda betul kut???" Lelaki tinggi itu membela diri. Iman mengoyak senyum, perlahan. "Aku naik dulu tau. Terima kasih sangat sangat."
Iman mengheret beg rodanya sampai ke tempat letak beg. Seperti selalu, dia memang gemar menggunakan bas Aurora Hijau untuk balik ke rumahnya sekalipun dia dari Negeri Sembilan.Tambang cuma RM28, namun kerana dia menaiki bas yang jauh sedikit dari Negeri Sembilan, harga untuk tambang itu naik 10 ringgit. Mujur jugalah dia membeli tiket itu secara atas talian. Lebih murah dan efisyen. Dapatlah diskaun 10%.
"Dah sampai bagitahu. We shall see again, Im!" Arman melambai sehinggalah bas yang dinaiki Iman Qaisara bergerak.
"So kau rasa berjaya tak misi kita buat dia bahagia?" Arman memandang Aiman di sebelahnya. Mereka jalan beriringan pulang ke kereta masing masing. Aiman mengangkat bahu. "Macam bahagia lah juga sepanjang dia duduk dekat sini."
Teringat akan peristiwa kehujanan semalam, Aiman tersenyum kecil. Tidak pula dia ceritakan kepada Arman secara terperinci tentang kejadian malam itu.
"Aku harap Rais tu tak kacau dia dan tak jumpa dia dah. She barely said that bullshit name, right?" Sebagai jawapan bagi soalan itu, aku mengangguk.
"Tapi tak tahulah kalau dia ada gosip dengan Jenab ke apa."

Book Comment (73)

  • avatar
    sumpaysamanthatsumpay

    this is soo good

    11/04

      0
  • avatar
    Rich Mar Padayhag

    samalat po

    18/03

      0
  • avatar
    Fouzia Jamal El Idrissi

    Best

    18/03

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters