logo text

Chapter 8 2018: 7

Dari sudut pandangan Aiman;
"Memandangkan soalan pertama kau adalah berkenaan percintaan... dan aku yakin itu soalan yang kau nak sangat aku jawab. Sepanjang umur yang aku pernah menapak di muka bumi ni, aku rasa aku cuma tiga kali je kut terjebak." Aku tergelak sedikit pabila kenangan menjengah. Kenangan, kenangan bodoh.
"Tell me more."
"Dua yang depan tu sebab aku bosan. Aku tak jangka pun mereka akan terima bila aku luahkan perasaan aku then boom! Tahan tiga bulan, kemudian aku juga yang minta untuk tinggalkan hubungan. Aku bukanlah nak kata aku ni tak ada hati perut untuk buat begitu tapi-- kenapa kita perlu sakit sendiri kalau boleh lepaskan, kan?" Aku pandang Iman sekejap sebelum mengalihkan mata ke bungkusan Twisties di tangannya. Rasa masam tomato menyegarkan deria rasa.
"Setuju. Tapi jujurlah tak baik do kau. Agaklah nak buat macam tu. Tak rasa sia sia ke?"
"Sia sia maksud kau macam mana? Sia sia bercinta? Atau sia sia mempermainkan perasaan orang?" Aku tanyanya semula. Kelajuan kereta masih tidak lebih daripada 90km/j. Tambahan pula Iman mabuk kereta. Pelik betul boleh dia bercakap banyak banyak. Pulak tu, selesa je duduk bersila dengan kaki panjang dia tu.
"Can be both. Tapi ni mesti cinta masa sekolah kan. Kalau sekolah aku fahamlah--kut. Entahlah. Aku tak boleh nak relate sangat pun dengan situasi kau sebab aku sekali je bercinta tapi tu pun hahahaha. Pepandailah sambung ayat." Suaranya kedengaran mengendur, mestilah masih terkesan dengan Rais bodoh itu.
"Yup, tekaan tepat. Memang dua dua waktu sekolah. Aku gunakan alasan nak belajar untuk break up. Kau okay tak ni? Nak aku sambung cerita tak?"
"Sambung sambung. Ni storytelling kau kan."
"The third relationship kinda tough. Masatu baru lepas spm. She confessed and we officially couple. Masa mula mula tu macam okay je. Dekat setahun jugalah aku dengan dia. Tetiba dia ajak kahwin. Like,, umur baru setahun jagung kut. Takkan nak kahwin dah kan. Aku pun bawah tanggungan keluarga lagi."
"Paleotak dia dahlah baru 19 tahun siot. Aku bersyukur do kau tak terima. Kalau tak, aku rasa aku tak jumpa dah kau ni. Tah tah jadi bapa orang dah." Aku berseloroh pada akhir ayat. Mata masih fokus memandang Aiman yang sedang memandu. Yelah, dia tengah bercerita kan. Kaki yang elok bersila di atas kerusi aku ubah untuk memeluk kaki sendiri. Kali ini, bukan muka saja yang memaling ke arah pemandu, malah badan juga sudah sepenuhnya menyerong dari memandang hadapan.
"And here's me. 3 years clean from heartbreak and headache. Hahaha." Aku mengangguk tanda mengerti.
"Tapi kejap. Kita kan dah final sem diploma... Bukan ke umur kita 20?"
Dari sudut pandangan Iman:
Aiman tersenyum seketika. "Kau pernah tak tanya Arman berapa umur dia? Yang sebetul-betulnya." Gelengan dijadikan jawapan. "Kami berdua umur 22 tahun, tahun ini."
Dalam hati dah meruap naik amarah-- Tak guna Arman ni. Dia kata dia umur 20 sama macam aku😤. Sungguh, aku tak terfikir pula mahu melihat ic miliknya.
"Arman tipu aku lah selama ni ya? Okay."
"Wait, kau okay je kan kawan dengan umur beza? Or you racist?" Aku mengangguk dan menggeleng. Yelah, aku tak kesah pun kawan lain umur. Tapinya sekarang ni, kalau Arman tak tipu aku, tak adanya aku nak marah sikit dekat dia.
"I'm fine with it." Aku senyum sedikit sebelum senyuman itu mula memudar. Sempat jugalah kami digigit kesunyian walaupun lagu masih terpasang di corong radio.
"Wanna grab something? Aku nak berhenti dekat Taiping sekejap."
"Would be a pleased if i can eat something tapi aku kan mabuk kereta. I might vomit."
"Hm, McD? You can eat porridge." Cadangannya aku terima tanpa perlu berfikir panjang. "Thankyou."
I feel like a piece of shit right now. Sejujurnya aku rasa suasana di dalam ini begitu tidak memberansangkan kerana aku yang matikan kata berkenaan hal umur itu. Sepertinya-- aku yang tidak suka dengan jarak umur itu walaupun aku sememangnya tidak kisah tentang perbezaan umur. Kawan adalah kawan. Tak kisah dengan jurang umur yang berbeza.
Perlahan aku pejamkan mata, berdoa agar setelah aku bangun-- baki masanya hanya sejam sebelum tiba di rumah ibu bapa Aiman.
________
Suara penyanyi jazz didengari begitu sayup namun mula kedengaran semakin kuat apabila aku mendapati diri aku sudah tersedar dari tidur. Sengaja mata aku dibiarkan tertutup- masih tidak mahu membuka tirai retina kerana suara perlahan yang tenang menyanyikan bait bait lirik walaupun suara itu hanya suara biasanya. Tidaklah terlalu merdu, malah beberapa bahagian lirik tenggalam ketika penyanyi asal menarik not lebih panjang.
Sempat jugalah aku mengintai sedikit untuk melihat keadaan sekeliling.
"Did my voice wake you up?"
Terus aku membatu semula, ligat memikirkan idea untuk tidak terlalu ketara yang aku telah lama bangun dari tidur.
"Don't mind me, my eyes twitching." Itu sahaja ayat yang keluar sambil aku betulkan kedudukan.
"I-- didn't say about your eyes... Do your eyes half awake earlier?"
"My eyes twitching, i told you, right?" Kepala dipanggung ke arah Aiman yang sedang memandu. Sebelah mata aku buat buat kenyit-- sama pergerakannya seperti eye twitching. Yelah, nak menipu kan. Mana boleh separuh jalan.
"Okay Iman. I believe you. Dah pandang sana. I need to focus on the road."  Halkumnya aku perhatikan. Nampaklah dia gelabah sedikit hahaha.
Eleh kenyit mata sikit je pun.
"Kau berhenti makan dah ke?" Aku buang pandang ke luar tingkap. Melihat hijau pokok di sepanjang lebuhraya. "Aku cuma keluar pergi petrol pump je sekejap. Makan belum lagi."
"Kata nak makan McD?"
"Kalau drive thru tadi, kau kan tengah tidur. Tak sedaplah bubur kau makan waktu sejuk. Kembang."
"Tapi boleh je kan kejut aku."
"Taknaklah aku. Nanti kau tiba tiba muntah dekat muka hensem aku ni, dah satu hal nak kena cuci." Mendengar perkataan 'kacak' daripada mulut Aiman amatlah menjanggalkan. Mungkin kerana pertama kali aku dengar dia memuji dirinya yang sememangnya kenyataan.
"Yelah tu. Betul dah tu."
"Kan. Tahu dah."
Aku gulingkan mata ke atas. Sebelum makin melarat, aku tanya soalan penting ini semula. "So jadi tak makan McD? Drive thru. And buy some of the menu for your family too. I pay for it."
"It's a pleasure, miss. Tapi make it half-half. Aku bayar separuh, kau bayar separuh. Guna duit aku dulu."
"Okay, gentleman."

Book Comment (73)

  • avatar
    sumpaysamanthatsumpay

    this is soo good

    11/04

      0
  • avatar
    Rich Mar Padayhag

    samalat po

    18/03

      0
  • avatar
    Fouzia Jamal El Idrissi

    Best

    18/03

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters