logo text

Chapter 10 2018: 9

Dari sudut pandangan Aiman:
"Iman, bangun dah ke? Kena Subuh sama sama dekat bilik belakang tu tau. Kau datang dengan Jenab nanti. Kitorang tunggu." Selesai menyampaikan wasiat mak, aku tutup panggilan.
Pesanan, wasiat tu lain sangat bunyinya.
Jam sudah menunjukkan pukul 5:20 pagi. Diluar masih riuh dengan bunyi reriang dan cengkerik. Hafiz juga sudah siap berpakaian solat kami: baju melayu dan berkain pelekat. Kopiah disarungkan ke kepala. Aku kemudiannya melangkah keluar menuju ke bilik sembahyang rumah ini.
Bilik air dalam rumah ini cuma dua. Satu dalam bilik abah dengan mak, satu lagi dekat dapur. Yang dekat dapur tu kamar mandi dan bahagian jamban memang diasingkan. Aku pun tak tahulah kenapa aku terangkan benda ni tapi baca jelah. Selalunya kalau ada kawan kawan si anak yang menetap sebentar di rumah ini, bilik air luar tu memang mereka yang punya. Kami yang pemilik rumah ini selalunya perlu mandi atau uruskan diri dalam bilik air abah.
Jadinya, begitulah tu. Senanglah untuk Iman (buat masa sekarang) untuk bergerak ke tandas tanpa perlu dia gelabah jika ada orang dekat dalam bilik air tu.
Suara azan yang dilafazkan bilal masjid di kawasan perumahan ini dapat didengari dengan jelas, sunyi namun melapangkan hati. Aku dan Hafiz menghamparkan sejadah pada kawasan sembahyang lelaki dan perempuan. Selesai yang itu, kami berdua duduk berteleku menunggu semua ahli keluarga.
Lupa pula nak bagitahu Iman. Selesai solat, ada tazkirah subuh. Semoga dia bersedia lah.
"Ha Aiman, iqamah." Abah sudah berdiri di tempat imam. Aku pun tak perasan waktu bila abah, mak, Jannah dan Iman masuk untuk menunaikan solat Subuh berjemaah.
Aku mengucapkan iqamat dan sembahyang apabila abah mengangkat takbir.
______
"Jadi tazkirah Subuh harini berkenaan apa?" Mak bertanya abah. Selesai sahaja sesi bersalaman setelah sembahyang berjemaah, sejadah dilipat dan disangkut pada penyidai.
"Kalini tazkirah pagi kita kena teka pengajaran. Abah mulakan ya." Ditangannya kemas memegang telefon bimbit miliknya sendiri. Memang dari internet saja sumber tazkirah pagi kami sekeluarga.
"Alkisah, hiduplah empat orang anak bersama ayah mereka yang sedang sakit. Faiz, sang anak bungsu selalu merawat Ayah mereka yang sedang sakit tersebut dengan tulus dan ikhlas. Sementara tiga anak lainnya tidak mau merawat sang Ayah.
Suatu ketika, sang Ayah meninggal, dan Faiz pun begitu sedih. Saat Faiz sedang bersedih, ketiga saudara Faiz mengambil semua harta warisan Ayahnya dan pergi meninggalkan Faiz seorang diri.
Beberapa tahun, Faiz bermimpi bertemu dengan Ayahnya, di dalam mimpi, sang Ayah menyuruhnya untuk pergi ke suatu tempat untuk mengambil uang sebanyak seratus Dinar.
Faiz pun hanya mengabaikan mimpi tersebut. Namun anehnya, Faiz terus memimpikan hal yang sama selama tiga hari berturut-turut.
Karena terus memimpikan hal yang sama, akhirnya Faiz pergi ke tempat yang disebutkan oleh sang Ayah. Sesampainya di tempat, ia benar-benar menemukan uang seratus Dinar tersebut, namun ia hanya mengambil satu dinar saja, karena ia merasa tidak membutuhkan uang sebanyak itu.
Dengan suka cita, Faiz pun pergi ke pasar untuk membeli dua ekor ikan. Sesampai di rumah, istrinya segera membersihkan ikan-ikan itu.
Betapa terkejutnya istri Faiz saat membelah perut ikan tersebut karena ia menemukan dua buah mutiara yang paling indah di dunia."
"Mana ada ikan makan mutiara kan bah?" Hafiz bertanya. Abah tersenyum. "Abah pun tak tahulah ikan makan mutiara ke tak. Kalau game ikan yang selalu abah main tu adalah ikan tu makan mutiara hihihi."
Aku tahan ketawa. Hm lawak abah abah sangat. "Mak, apa pengajarannya kalini?" Soal abah. Aku kalihkan muka memandang jemaah perempuan-- mak lebih spesifiknya.
"Jangan lambatkan urusan yang disuruh. Yelah, manalah tahu kalau tiba tiba ada yang lepas ni mak suruh tolong apa apa, liat nak bangun-- bolehlah mak ulang balik tazkirah pagi ni ya." Tuhhhh simpan lama sangat dah tu. Aku pandang Hafiz dan Jannah. Cuba hantar isyarat mata helang kepada mereka berdua. Ni sah yang pemalas tu mereka berdua. Takkan abah pun terlibat sama kan?
"Yelah tu. Sokong. Okay itu sahaja tazkirah pagi. Jangan sambung tidur walaupun dah hari Sabtu ni. Jannah, awak tolong mak siapkan sarapan. Sara, ikut pakcik. Kata nak pi bendang kan? Haa, moh pi la ni. Dua jam. Aiman, kau pun ikut aku. Hafiz, tolong mak. Paham kan semua?" Abah dah bagi arahan. Iman aku lihat dia mengangkat tangan, cuba untuk menyuarakan soalannya.
"Tshirt boleh kan? Sara tak ada baju sesuai nak masuk sawah."
"Guna Aiman punya. Baju anak bujang pakcik semua besar besar kalau dia nak pi buat kerja dekat bendang. Memang muatlah hang nak pakai."
"Bah, baju Aiman semua lusuh dah aih. ." Keluhku. Mak dah bergerak ke dapur lepas semua anak anak termasuk Iman, menyalaminya.
"Nak pi bendang ja, long. Hang buat kalut macamlah Sara nak pi Loq Setaq nuh. Bagi ja lah dia pinjam baju hang, satu dua dulu. Kata kawan." Pakcik Nizam dah keluarkan command. Aku mengangguk akur. "Jom, Iman. Kau tunggu depan pintu bilik aku."
Aku berjalan beriringan dengan Iman dan juga Jannah. Mestilah, gadis remaja itu mana boleh berpisah dengan kak Sara dia sejak berjumpa dengannya. "Kalau ada warna kelabu, okay gak kan Man? Baju lengan panjang kan?"
"Semua lengan pendek." Ringkas.
"Takpe kak Sara. Jannah ada banyak lagi baju inner hitam kalau akak nak. Gunalah dulu."
"Awww thankyou Jane."
Selesai memberi bajuku kepada Iman, aku menunggunya untuk menyalin baju pula. Abah sudah awal awal keluar. Tapi, tidaklah terlalu awal. Sekarang pun jam berginjak pukul 7:27am.
"Siap dakgi?"
"Kejap."
Ditanganku sudah tersedia dua pasang stoking bola yang panjangnya boleh menutup sehingga ke kepala lutut. Sebaik sahaja pintu dibuka, aku hulurkan terus stoking tersebut kepada Iman. "Satgi hang kena gigit pacat ka, lintah ka, aku tak mau tolong. Pakai ni dulu sebelum turun bendang."
______
"Weh, tenang gila." Nada Iman separa berbisik disebelahku kedengaran. Berbeza dengan beberapa minit lepas, kali ini cuma aku dengan Iman sahaja berjalan berduaan tanpa Jannah. Tersarung kemas juga kasut phua chu kang berwarna hitam untuk aku manakal warna kuning pada kaki Iman. Pinjam kasut mak. Mak taknak turun bendang pagi ini katanya.
"Sejuk kan? Ini lah hat mak abah aku hadap hari hari."
"Sejuk tu biasa je. Aku dah biasa dah kalau sejuk ni. Tapi kalau suasana tenang macam ni, aku jarang rasa. Aaa bestnya hidup dekat kampung!" Iman mendepakan tangannya menunjukkan emosi bahagia. "Bunyi angsa, ayam lagi tu. Lembu pun. Bau embun pagi pun best."
"Iman, ni bau tahi lembu tau." Tegurku. Susahla budak bandar ni.
"Ouh, eh? Okay tarik balik bau segar embun tadi. Lama lagi ke nak jalan ni?"
"Sat ja. Lagi 50 langkah sampai lah sawah padi abah aku." Dia laguni. Memang depan rumah kami, buka pintu ja terus nampak bendang. Tapinya, yang tu sawah padi orang lain. Sawah padi milik keluarga aku dekat tengah tengah. Bayangkan ada 9 petak dari rumah tu, kami punya yang ke 7. Itu yang kena berjalan sikit. Berjalan pula, bukannya jalan tar biasa, kena lalu atas batas, antara tali air dengan sawah milik orang lain.
"Kak Sara!" Hafiz melambai tangan ke arah kami. Sempat lagi tu walaupun tangan sudah penuh dengan anak padi untuk dicucuk ke dalam lumpur.
"Bukan hang kena tolong mak ka?" Tanyaku.
"Abah suruh tolong dia. Ajaq kak Sara tanam anak padi. Kalau hang yang tolong, tak jadi kerja. Duk mengayat anak orang ja tahu."
"I'm not? Kami kawan ja. Tak lebih pun aih." Bela diriku. Tak, Iman ni suka Arman. Aku percaya dengan hal yang itu.
"Sini kak Sara, masuk bendang elok elok." Pakcik Nizam lengkap berpakaian kerjanya. Dengan topi jerami, tong racun yang baru digalasnya tadi serta kasut bot yang warnanya sama sepertiku. Aku perhatikan sahaja Iman terkial kial mahu turun ke dalam bendang.
"Haih."
Aku memegang lengan panjangnya setelah melompat turun dari batas. "Nak turun pun tak reti. Macam budak."
"I'm 20, if you rasa nak judge I."
"Bah, tengok ni along nak tomoih kak Sara dengan lumpuq." Hafiz mengadu. "Mana ada. Tangan kami kosong ja ni. Hang Apiz toksah buat palatau ngat. Ajaq kak Sara hang ni tanam padi kaih."

Book Comment (73)

  • avatar
    sumpaysamanthatsumpay

    this is soo good

    11/04

      0
  • avatar
    Rich Mar Padayhag

    samalat po

    18/03

      0
  • avatar
    Fouzia Jamal El Idrissi

    Best

    18/03

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters