logo text

Chapter 20 Ammar dipaksa

Selepas habis sahaja melakukan itu semua mereka semua sambung melakukan kerja. Apabila selesai kerja Suzy pun pulang bersama papa.
Di dalam. kereta,
"Macam mana hari pertama kerja best tak." Kata papa
"Best lah. Pekerja papa tak sombong langsung. Diaorang baik gila dengan Suzy. Lagi lagi Ahmad hihi." Kata Suzy
"Kamu jangan macam macam ye sayang dia tu duda." Kata papa
"Ha duda. Logik eh hensem macam dia tu kena tinggal dah jadi duda. Umur dia sekarang berapa papa." Kata Suzy
"Kalau tak silap papa lah kan umur dia dalam dua puluh tujuh atau dua puluh lapan macam tu. Dia tu kawin setahun je selepas itu isteri dia curang tinggalkan dia." kata papa
"Kesiannya hensem hensem kena tinggal. Apalah nasib dia kan pa." Kata Suzy
"Nak buat macam mana jodoh dia sampai situ je. Dah lah papa tak mahu cerita pasal dia lagi. Yang penting papa tak suka kamu jatuh cinta ke apa apa ke dengan pekerja papa. Kamu kena jadi profesional. Okey sayang." Kata papa
"Baik papa Suzy akan cuba ikut arahan papa." Kata Suzy.
Selepas itu mereka pun tiba di rumah.
Di ruang tamu,
"Ha macam mana Khalisa hari pertama kerja dengan papa okey ke." Tanya mama
"Okey mama. Menarik setakat ini. Pekerja papa semua peramah orangnya." Kata Suzy
"Okey alhamdulillah. Memang lah kalau mereka berani buli kamu memang siaplah." Kata mama
"Hahaha. Okeylah mama Khalisa penat Khalisa masuk bilik dahulu ya." Kata Suzy
Lalu selepas itu mama pun sambung menonton televisyen Manakal papa selepas mandi turun semula ke bawah untuk menonton televisyen bersama mama.
Di ruang tamu,
"Awak. Awak rasa kan budak Melissa tu okey tak." Tanya mama
"Okey. Baik sahaja. Kenapa? Awak jangan nak bukan bukan eh." Kata papa
"Ish bukanlah. Awak tu mungkin fikir bukan bukan. Ni ha saya nak kawin kan dia dengan anak kita. Ye lah anak anak kawan saya semua dah kawin ada yang dah ada anak dah pun." Kata mama
"Entah lah awak. Kita kan pernah kena paksa kawin. Kalau boleh saya tak mahu paksa anak anak saya. Sukahati diaorang lah mahu kahwin dengan siapa. Saya okey sahaja. Terutama sekali Ammar tu saya tak kisah langsung." Kata papa
"Ish papa ni buatnya orang yang dia suka tu tak reti hormat kita macam mana. Ish tak suka saya." Kata mama
"Ikut dialah nak buat macam mana mungkin jodoh dia macam tu siapa kita nak paksa paksa dia kan." Kata papa
"Awak ni kalau saya cakap dengan awak tak pernah sekali pun awak nak sebelah kan saya." Kata mama
"Bukan tak mahu sebelahkan awak tapi saya malas lah nak sebelah kan siapa siapa. Lagikan saya tiada hak nak tentukan hidup dia." Kata papa
Lalu mereka pun sambung menonton televisyen bersama sama. Mama terus menjeling papa kerana ia sebenarnya masih lagi tidak puas hati.
Selepas beberapa minit tiba tiba terdengar Ammar memberi salam. Ammar masuk dan mahu terus ke dalam bilik tetapi mama mengajaknya kemari.
"Ye mama ada apa panggil Ammar ni." Kata Ammar
"Ni mama nak tanya dah jumpa ke belum perempuan yang dapat menambat hati kamu itu." Kata mama
"Belum maa. Ammar malas nak fikirkan lah pasal kawin ni." Kata Ammar
"Mama tak kira lagi dua bulan mama nak tahu kamu dah ada calon kalau tidak mama akan kahwinkan kamu dengan Melissa ya." Kata mama
"Ye lah tengok lah." Kata Ammar
Lalu Ammar lari masuk ke dalam biliknya di atas. Sampai sahaja di dalam biliknya dia terus berkata "Adoi mama ni tak reti sabar ah."
Tiba tiba Suzy lalu ketika itu terus mengetuk pintu dan masuk ke dalam bilik Ammar.
"Abang okey? Kenapa muka abang macam gelisah semacam je?" Kata Suzy
"Tiada apa lah adik abang. Ni kamu okey tak kerja hari ini." Kata Ammar
"Okey je. Abang adik tahu kenapa abang stres ni mesti pasal mama asyik tanya pasal kawin je. Kan kan." Kata Suzy
"Hmm haah. Entahlah adik. Abang ni tak suka sangat nak berkenalan dengan orang luar ni. Kalau berborak dengan orang luar pun pasal kerja lah." Kata ammar
"Apa kata abang pergi pinang alya atau pun Mikayla je hahahha. Diaorang baik orang yang boleh dipercayai." Kata Suzy
"Ish kamu ni okey tak. Macam tak betul je rekomen kan kawan baik sendiri." Kata Ammar
"Okey lah kawan baik sendiri. Adik tahu perangai diaorang macam mana. Dari abang kawin dengan perempuan gedik tu Ishhh. Tak suka ah. Entah dia sayangkan adik ke tak." Kata Suzy
"Janganlah kata macam tu. Entah lah adik. Abang ni sebenarnya malas sangat nak Fikir. Tunggu je lah bidadari tu turun dari langit haha." Kata Ammar
"Hmm ikut abang lah. Adik dah rekomendasi dah. Bye abang nak masuk bilik dahulu nak pergi baca buku hihi." Kata Suzy
"Pergilah. Satu geng perangai kuat membaca geng ulat buku." Kata Ammar
"Ishhh biasa biasa je." Kata Suzy
Lalu Suzy pun kembali ke dalam biliknya. Ammar pun terus terduduk. "Apa betul kata adik. Lagikan aku pernah sahaja jatuh cinta dengan Mikayla."
Seterusnya dia terus membuka telefon dan mengajak Mikayla jumpa pada esok hari di taman atau di tasik.
(Perbualan Ammar dan Mikayla)
"Hello Mikayla esok awak buzy ke?"Tanya Ammar
"Tiadalah buzy sangat pun kenapa tu Ammar?" Tanya Mikayla
"Boleh tak esok kita jumpa dekat tasik atau dekat mana manalah." Kata Ammar
"Hmm esok eh? Esok boleh. Pukul berapa nak jumpa?" Kata Mikayla
"Dalam pukul empat. Jumpa dekat tasik. Tapi jangan bagitau orang tau kita jumpa. Kita jumpa berdua sahaja. Adalah saya mahu katakan. Tolong jangan bagitau siapa siapa bahawa kita nak jumpa okey." Kata Ammar
Lalu mereka berdua pun menamatkan panggilan itu. Keesokan harinya, pagi hari seperti biasa ammad akan makan pagi bersama ahli keluarga. Ammar lebih kerap makan bersama ahli keluarga selepas adanya adik dia.
Kalau tidak Ammar jarang mahu makan di rumah.
"Pada Harini adik nak pergi kerja sendiri boleh kan." Kata Suzy
"Boleh adik. Tapi hati hati tau. Ammar kenapa makan macam tak lalu je. Sedap kot bibik masak kan adik." Kata papa
"Betul tu sedap gila makanan ini bang." Kata Suzy
"Eh memang sedap pun tiada apalah. Hihi." Kata Ammar
"Ada lah tu difikirkan oleh nya tu." Kata mama
"Hmm mama papa Ammar rasa Ammar dah kenyang Ammar pergi kerja dahulu ya." Kata ammar
"Okey pergilah hati hati ye Ammar." Kata papa
Lalu Ammar pun salam tangan mama, papa dan Suzy sebelum pergi ke tempat kerja. Selepas habis makan Suzy dan papa juga turut ke pejabat manakala mama pula keluar bersama kawan kawan datinnya.
Di butik,
"Eh aunty tak kata pun nak datang butik Melissa." Kata Melissa
"OUH aunty sengaja datang. Ni ha aunty bawak kawan kawan aunty. Yang ini datin Rosmah dan ini datin kasyi. Diaorang suka tengok koleksi pakaian yang kamu buat untuk aunty itulah aunty bawa tu." Kata datin seri khaira
"Ouh heheh terima kasih aunty syorkan saya pun butik dekat kawan kawan aunty. Datin datin duduk dulu ya nanti saya panggil pekerja. Nanti kita borak borak ya." Kata Melissa
"Okey boleh. Jom datin seri semua." Kata datin seri khaira.
Lalu mereka bertiga pun duduk di kerusi yang di sediakan. Sementara itu Melissa mengarahkan pekerjanya untuk bancuhkan air untuk datin dan rakan rakannya. Selepas itu pekerja Melissa dan Melissa pun terus pergi ke arah datin
"Jemputlah minum datin datin semua. Maaf lah air ni je lah ada dekat pejabat." Kata melisa
"Tidak mengapa kami faham sahaja." Kata datin Rosmah
"Jom kita tengok bagaimana pakaian yang datin datin mahu " Kata melissa
Lalu mereka pun berbincang pasal pakaian bersama sama sambil bergelak ketawa. Selepas beberapa jam mereka pun selesai berbincang.
"Untung kan dapat menantu macam Melissa ni." Kata datin Rosmah
"Itulah tapi sayangnya anak aku semua dah kawin." Kata datin kasyi
"Aku pula tiada anak lelaki. Kau lah datin seri khaira. Kau kan ada lagi anak lelaki yang bujang. Kau tak mahu ke kawinkan mereka berdua." Kata datin Rosmah
"kalau ikutkan hati aku memang nak sangat nak buat buat melissa ni jadi menantu aku tapi itulah anak aku tu susah sikit. Macam bapak dia lah." Kata datin seri khaira.
"Mungkin dia tak berapa rapat kot. Tapi mereka satu sekolah kan kalau ikut apa yang kau cerita lah." Kata datin Rosmah
"Entah si Ammar tu bukan nak cerita apa apa dekat aku pun." Kata datin seri khaira
Selepas itu mereka pun bercerita. Selepas beberapa minit bercerita mereka pun bertekad untuk pergi shopping ke tempat lain
"Terima kasih ya datin semua hadir nanti saya sudah siapkan pakaian saya akan menelefon datin semua. Terima kasih sekali lagi sudi support saya." Kata Melissa
"eh okey. Saya nak lawa lawa tau." Kata datin Rosmah
"Boleh datin tiada masalah. Untuk datin semua boleh" Kata melissa
Lalu mereka pulang.
Sementara itu, Ammar dan Mikayla pulang sahaja dari kerja terus pergi ke tasik seperti yang dijanjikan pada semalam.
Di tasik,
"Ada apa Ammar nak jumpa saya hari ini?" Kata Mikayla
"Ni saya sebenarnya nak mintak tolong ini." Kata Ammar
"Ha minta tolong dekat saya. Minta tolong apa itu?" Kata Mikayla
"Jadi cerita nya mama saya bagi masa dekat saya dua bulan hingga tiga bulan untuk cari perempuan untuk dijadikan isteri. Kalau saya tak jumpa saya kena dipaksa kawin dengan perempuan yang dia berkenan. Awak tahu tak perempuan tu. Ya Allah saya tak suka lah dekat perangai dia. Gedik bukan main." Kata ammar
"Okey jadi apa nak saya tolong tu. Maaf saya tak faham." Kata Mikayla
"Jom kawin dengan saya." Kata Ammar
"Ammar awak tak makan ubat ke. Tak mahulah awak dah lebih tua dari saya setahun. Saya dah anggap awak macam kawan baik takkan mahu kawin pula. Lagikan saya tak boleh lupakan lagi dekat ilham. Tiada siapa boleh gantikan tempat dia dalam hati saya." Kata Mikayla
"Tapi boleh lah. Ye saya faham awak anggap saya sebagai kawan baik awak sahaja. Kalau awak nak tahu sebelum awak tunang dengan ilham lagi saya memang dah jatuh hati dengan awak." Kata Ammar
"Apa awak merepek ni. Saya tak boleh teruskan. Saya tak boleh tolong kali ini. Saya mintak maaf ye Ammar. Mintak maaf sangat sangat saya balik dahulu ya." Kata Mikayla
Lalu Mikayla terus berlari masuk ke dalam kereta dan mulakan memandu. Oleh kerana Ammar terlalu straight to the point jadi Ammar rasa macam terlalu lurus bendul. Dia pun ketuk meja tanda tidak puas hati.
Ammar pun masuk ke dalam kereta dengan perasaan yang sangat hampa. Jika tiada siapa yang mahukan dia jadi dia harus terpaksa sahaja teruskan majlisnya dengan Melissa.
Di dalam kereta Mikayla Mikayla terus berfikir "Ya Allah patut kah aku buka kan hati aku buat orang lain. Aku masih tidak boleh lupakan arwah. Ya Allah berikanlah petunjuk buat ku."
Selepas itu sampai sahaja di rumah seperti biasa Mikayla akan dapat hadiah dan sepucuk surat. Sejak kematian arwah hampir setiap hari Mikayla mendapat surat. Pada malam itu Mikayla bertekad untuk membaca semua surat itu. Selama ini dia tak pernah membaca dia akan terus meletakkan di dalam kotak
Apabila dia buka surat itu memang sangat wangi bau seperti aroma dari perfume kesukaan ilham. Membuatkan air mata Mikayla jatuh. Dia cuba memberanikan diri untuk membuka surat itu satu.
"Hi sayang. Ye selepas saya pergi Selama lamanya dalam hidup awak. Awak akan mendapat hadiah dan surat dari orang yang awak mungkin kenal dan sayang. Maafkan saya kalau tidak dapat menjaga awak. Saya telah ada depression. Kadang kadang saya tidak dapat kawal." Itulah surat pertama yang Mikayla dapat.
"Awak. Bila saya sudah tiada saya harap awak boleh bukakan hati awak untuk orang yang betul betul sayangkan awak selain saya. Ouh ya syarikat itu memang saya mahu menghadiahi buat mu. Saya telah memberikan wasiat terakhir saya pada bapa dan ibu saya." Surat kedua.
Mikayla tidak dapat tahan lagi sebak di hati. Dia telah menyimpan semua hadiah yang dia dapat itu. Dia tak berani mahu membukannya. Tapi kali ini dia buka sambil menangis. Dia juga tertanya tanya "Siapakah orang yang dimaksudkan oleh ilham pada ketika itu."
Selain itu dia juga mendapat banyak buku novel yang amat diminati oleh dirinya. Seperti arwah tahu minat Mikayla. Susah mahu mencari lelaki seperti ilham. Mikayla buntu dia tidak tahu. Sebenarnya dia agak kesian pada Ammar. Tetapi dia mahu tunggu dahulu.
Dia akan fikirkan dahulu. Ianya kerana ini pasal masa hadapan buat dirinya. Dia tidak mahu lagi kecewa. Dia juga tidak suka melihat dirinya yang begitu. Dia tidak mahu lagi kehilangan orang yang telah membuat dirinya jatuh cinta.
Selepas itu dia tertidur dengan memeluk sebuah novel yang telah diberi oleh arwah ilham itu. Dia juga tidur dengan tangisan pada malam itu. Keesokan harinya Mikayla pun pergi ke tempat. Sampai sahaja di tempat kerja Ammar akan menguruskan kerja.
Dia tidak pernah membuang gambar arwah ilham di dalam biliknya. Walau orang itu sudah tiada Mikayla akan tetap meletakkan arwah di dalam hatinya. Tidak pernah terlintas buat dirinya untuk melupakan arwah.
Mungkin ada yang sebaik arwah tetapi ianya pasti susah di cari.
Manakala Ammar pula masih terasa. "Salah ke apa yang aku katakan pada Mikayla pada ketika itu. Mungkin aku perlu memberi dia masa untuk dia berfikir dahulu. Aku pun satu kata macam tiba tiba pastilah dia terkejut. Aku rasa lebih baik aku minta pendapat dari adik." Itulah bisikan Ammar seorang diri
Selepas itu dia pun membuat kerja nya.
Waktu rehat telah tiba Ammar sudah memberi tahu papa dan adiknya bahawa dia mahu makan bersama sama dia gerai makan berdekatan sahaja dengan pejabat papanya.
Di gerai,
"Papa Ammar nak tanya. Kalau kita confess dekat orang tu selepas orang itu diam sahaja apa maksudnya ya." Kata Ammar
"Abang confess dekat siapa?" Kata Suzy
"Ishh sibuklah adik ni abang tanya papa." Kata Ammar
"Entahlah Ammar. Kamu kena tanya dari orang itu sendiri. Adakalanya orang itu diam kerana dia tidak tahu membalas apa. Beri dia masa ya Ammar kamu jangan terlalu mendesak itu sahaja yang papa boleh bagitahu." kata papa
"Baik pada. Terima kasih memberi tahu." Kata Ammar
"Baik abang jujur dekat siapa abang confess ni." Kata ammar
"Adalah. Kejap lagi dekat rumah abang bagitau ya." Kata Ammar
"Okey janji tau balik nanti cerita dekat Suzy tahu. Suzy ingat tau" Kata Suzy
Selepas itu mereka tiga beranak pun makan makanan itu bersama sama . Selepas itu masing masing sambung kerjanya di tempat kerja masing masing. Habis sahaja kerja mereka pun pulang ke rumah.
"Eh semua sampai serentak dekat rumah haha." Kata Suzy
"Tu lah tu. " Kata papa
Lalu mereka semua pun masuk ke dalam rumah. Seperti biasa semua akan masuk ke dalam bilik untuk bersihkan diri dan solat terlebih dahulu. Habis itu Suzy pun pergi masuk ke dalam bilik Ammar
"Assalamualaikum bang. Buat apa tu? Kenapa muka macam monyok je dari kerja tadi. Abang ada masalah ke dengan orang orang abang." Tanya Suzy
"Tiadalah adik." Kata Ammar
"Ye ke tiada apa apa. Ouh ya tadi dekat kedai cakap ada perkara yang mahu diceritakan. Ha ceritalah kat adik sekarang." Kata Suzy
"Macam ni. Adik suka tak kalau Mikayla jadi kakak ipar adik?" Kata Ammar 
"Gila tak suka. Suka sangat. Lagipun Mikayla tu seorang kawan yang sangat baik. Kenapa abang suka dia ke." Kata Suzy
"Kalau adik mahu tanya sebelum dia bertunang bersama ilham lagi memang abang dah suka dekat dia. Tetapi itulah nak buat macam mana masa tu ilham melamar dia dahulu." Kata Ammar
"Habistu Abang sekarang arwah abang ilham dah tiada dia dah tenang pun dekat sana. Abang masuk lah Line pergi mengorat dia. Lagipun mesti arwah gembira kalau ada orang boleh jaga kan orang yang dia sayang betul tak?" Kata Suzy memberi nasihat
"Entah lah adik. Semalam abang ada jumpa dengan Mikayla." Kata Ammar
Tidak sempat Ammar menghabiskan ayat Suzy memotong "Ha abang jumpa dengan Mikayla tak ajak dan bagitau adik pun. Ishh"
"Eh adik ni dengarlah dahulu apa abang nak cakap ini. Ye abang jumpa Mikayla semalam tapi tu lah dia kata dia tak sedia lagi nak terima orang baru. Dia masih lagi teringat akan arwah Ilham. Dia mintak abang bagi dia masa." Kata Ammar
"Tapi kan abang takkan abang nak duduk diam je tak buat apa apa. Kalau betul abang sukakan dia abang Kena tunjuk effort abang. Barulah dia nampak effort abang." Kata Suzy
"Adik rasa macam mana abang nak tunjukkan effort abang tu." Kata Ammar
"Hmmm ni adik rasa je lah adik pernah dengar cerita yang dia kata arwah suka surprise kan dia macam Macam. Ajak dia makan bagi hadiah. Yang paling penting bawa jumpa keluarga dia terus." Kata Suzy
"Tapi abang tak berapa sedia lagi nak memperkenalkan dia kepada keluarga kita." Kata ammar
"Habis tu sampai bila abang nak sedia. Nak atau tak nak abang kena sedia juga. Macam adik cakap kalau betul sukakan dia tunjukkan jangan malu. Kalau abang tak tunjukkan dia pun tak nampak usaha abang. Macam adik kalau adik lah kan suka ciri ciri lelaki yang memang mengejar untuk dapatkan kita." Kata Suzy
"Tapi macam mana adik tahu semua perkara itu. Ke adik pernah bercinta belakang abang." Kata Ammar
"Tak lah Abang. Adik ni perempuan lagikan adik ni kawan baik Mikayla jadi adik tahu apa yang Mikayla tu suka atau tak suka. Adik tahu perangai Mikayla tu macam mana juga." Kata Suzy
"Baiklah adik abang akan cuba ikut kata kata adik ini." Kata Ammar
"Begitulah kan bagus. Abang kena faham apa isi hati perempuan. Abang jangan risau apa apa nak adik bantu boleh je terus bagitau adik. InshaAllah kalau adik boleh bantu adik akan bantu apa yang mampu jangan risau tau abang." Kata Suzy
"Terima kasih adik selalu support abang. Tak sia sia adik cari semula adik abang yang sorang ni. Tiadalah abang rasa sunyi atau bila perlu kan nasihat boleh sahaja jumpa adik hehe." Kata Ammar
"Itulah tugas adik menceriakan abangnya. Adik ni walaupun botak muka tiada bulu. Semua tiada rambut lepastu tak boleh kena panas. Cacat apa semua adik tetap sayang kan abang Adik ni." Kata Suzy
"Hihi betul abang pun saya sangat dekat adik abang sorang ini. Abang dah tiada adik lain dah selain adik." kata Ammar
Tiba tiba papa lalu dan mengetuk pintu
"Apalah yang diborak kan oleh kamu dua beradik ni tak mahu cerita dekat papa ke?" Kata papa
"Eh tiada pa. Kita borak kosong je kan adik." Kata Ammar
"Betul pa. Kami tak borak apa saje je borak kosong. Ni kenapa papa naik atas ni. Nak jumpa dengan kami ke." Kata Suzy
"Alah apa salahnya papa nak jumpa dengan dua orang anak kesayangan papa ni kan." kata papa
"Hihi betul tu memang tak salah pun tapi macam pelik je kenapa papa cari kan." kata Suzy
"Tiada apa sajer masuk sebelum masuk ke dalam bilik dengan mama kamu tu. Dah lah papa pergi dahulu ya." Kata papa
"Okey paa." Kata Ammar dan Suzy serentak

Book Comment (347)

  • avatar
    n******4@gmail.com

    Alahai best sangat cerita ni..ada sedih ada suka..

    02/07/2022

      1
  • avatar
    rozaimiealiyah

    novel awak menarik sangat lah. saya tertarik sangat baca sampai habis. hihi thanks awak !

    10d

      0
  • avatar
    Nurina Sorfina

    interesting 💞

    21d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters