logo text

Chapter 26 Hari jadi Mikayla

Hari demi hari tibalah seminggu sebelum hari yang dinantikan oleh semua orang terutama sekali Mikayla kerana itulah minggu hari jadi nya
Seminggu sebelum Mikayla tidak ingat langsung bahawa hari jadi nya sudah sangat hampir. Pada suatu hari, seperti biasa Mikayla akan pergi ke tempat kerja. Balik sahaja dari tempat kerja dia pergi keluar bersama Ammar.

Dia sudah sah menjadi kekasih Ammar. Mereka sudah bercinta. Agak susah untuk Mikayla terima nya tetapi akhirnya Mikayla terima juga Ammar.
Mikayla pun keluar dengan Ammar pergi ke kedai makan. Ketika sedang mereka berborak tiba tiba Ammar mendapat sebuah panggilan dari alya.
Jadi tanpa membuang masa Ammar pun menjawab panggilan dari alya
(Perbualan Ammar dan alya)
"Eh kau dekat mana tu macam bising je." Kata alya
"Dekat kedai ni dengan Mikayla. Kenapa Wey?" Kata Ammar
"Ni haa esok jumpa jom sekali dengan Suzy sekali. Ada benda penting nak bincang. Jangan bagitau Mikayla tau pasal perkara ini." Kata alya
"Okey no Hal. Boleh sahaja. Nanti aku pergi esok. Jumpa dekat tasik ke. Ke dekat mana pulak." Kata Ammar
"Ikut ah aku ikut sahaja. Tasik pun boleh lah." Kata alya
Selepas itu mereka pun menamatkan panggilan itu. Ammar pun kembali duduk di kerusi sebelah Mikayla semula.

"Siapa telefon awak kenapa duduk jauh sangat." Kata Mikayla
"OUH tiada siapa lah customer dia nak tempat untuk dia kawin nanti." Kata Ammar
"Okey. Awak lepasni kita mahu pergi ke mana." Kata Mikayla
"Saya rasa nak bali sahajalah terus dah lewat Mia ayah solat pun belum. Okey kan." Kata Ammar
"Boleh saya ikut awak sahaja." Kata Mikayla
Lalu selepas habis makan Ammar pergi bayar. Selepas selesai Ammar pun menghantar Mikayla pulang ke rumah.
Sampai sahaja di rumah Mikayla terus masuk dan melihat ibu dan ayahnya sedang makan snack sambil menonton televisyen.
"Haaa Mikayla dari Mana ni dengan siapa ni." Kata ibu
"Dari luar. Tadi keluar dengan Ammar." Kata Mikayla
"Kamu ada apa apa ke dengan Ammar tu. Ingat ya ibu tak suka kamu rapat rapat dengan dia." Kata ibu
"Alaa kawan baik sahaja ibu takkan itu pun salahkan tak salah kan. Lagipun bukan selalu Mikayla keluar dengan dia ibu." Kata Mikayla
"Haa ye lah dah pergi naik atas solat mandi lepastu turun makan." Kata ibu
"Baik ibu. Ayah, Mikayla naik dahulu ya." kata Mikayla
Ayah pun mengangguk kepala. Selepas itu Mikayla pun lari dan masuk ke biliknya. Dia pun mandi dan solat asar. Selepas itu dia membaca buku untuk beberapa minit. Habis sahaja membaca buku dia turun ke bawah untuk bantu ibunya memasak makan malam.
"Ibu, ada benda nak Mikayla tolong ke?" Tanya Mikayla
"Eh kenapa dengan anak ibu ni biasanya terperap dalam bilik baca buku atau buat kerja tiba tiba sahaja mahu tolong ibu apa cerita." Kata ibu
"Alaa ibu ni orang nak tolong dia pun salah jugak ke." Kata Mikayla
"Tiadalah ibu tak de kata salah tapi nya macam pelik lah ibu tahu kot perangai anak ibu macam mana. Anak ibu ni kan seorang yang suka sangat terperup dalam bilik baca buku. Lagi lagi waktu mahu masak makan malam." Kata ibu
"Hehe saje tolong ibu. Satu novel tu baca satu jam je siap boleh hafal lagi. Bosan lah ibu sebab itu lah." Kata Mikayla
"Ha ye lah nak tolong ibu sangat kan. Kamu ambik pinggan dan cawan susun atas meja lepas ni makan sama sama." Kata ibu
"Baik bu senang je tu." Kata Mikayla
Lalu Mikayla pun bangun. pergi bantu seperti yang diarahkan oleh ibu untuk bantu susun pinggan mangkuk dan cawan di atas meja. Habis itu, mereka pun makan malam bersama sama.
Habis sahaja makan malam Mikayla pun naik semula ke biliknya untuk solat maghrib dan selepas itu dia akan mengaji al quran sehingga isya'. Selepas solat isya' Mikayla pun terus tidur.
Keesokan harinya, Mikayla pun gerak ke tempat kerja seperti kebiasaan. Sementara itu Ammar pula bangun bangun makan pagi bersama keluarga dahulu.
Di meja makan,
"Banyak dapat tempahan hari ini." kata papa
"Boleh lah papa. Ouh ya papa hari ini kan abang dengan adik pergi ke tempat kerja sekali ya. Abang hantar dan ambik adik." Kata Ammar
"Haa kenapa." kata mama
"Kamu ada nak pergi jalan jalan sikit petang tu. Boleh kan papa dan mama." Kata Suzy
"Haha betul tu papa dan papa." Kata Ammar
"Boleh pergilah hati hati. Jangan balik lewat sangat. Ingat Ammar jaga adik tu betul betul." Kata papa
"Okey paa terima kasih. Cepat sikit adik makan makanan itu. Abang dah siap makan." Kata Ammar

"Kejap eh abang jangan risau tidak lama pun. Abang pergilah tunggu dalam kereta dahulu nanti adik datang." Kata Suzy sambil tengah makan
"Jangan gelojoh sangat adik Oii." Kata papa
Selepas habis makan Suzy pun masuk ke dalam kereta Ammar dan Ammar menghantarnya bergerak ke tempat kerja dirinya. Habis sahaja menghantar Ammar pun bergerak ke tempat kerja untuk menyelesaikan tugasnya sebagai juru kamera.
Habis sahaja dari menyelesaikan kerja barulah Ammar kembali semula ke pejabat Suzy untuk mengambil Suzy dan terus bergerak ke tasik. Sampai sahaja tasik terus ternampak alya sedang menunggu kedatangan mereka berdua.
"Hi alya sorry lambat jalan jem betul tadi." Kata Suzy
"Tak mengapa korang ada dekat sini dah okey dan. Sekarang ni kita bincang macam mana nak surprise birthday party Mikayla. Minggu depan sudah hari jadi dia." Kata alya
"Eh ye ke minggu depan eh hari jadi dia. Ya Allah kenapa aku tak ingat eh." Kata Suzy
"Haah minggu depan harijadi dia." Kata alya
"Okey jadi rancangan alya macam mana cuba cerita dekat kami manatau kami faham rancangan alya macam mana." Kata Ammar
"Jadi kita akan sambut harijadi Mikayla dekat sebuah hotel sebab Mikayla memang teringin sangat nak sambut kat tempat begitu. Pasal duit kita share share lah ya." Kata alya
"Okey faham boleh sahaja. Okey lagi apa lagi rancangan alya." kata Ammar
"Jadi seterusnya, Ammar awak tolong carikan kek yang agak sedap dan cantiklah. Saya amat mempercayai awak untuk membeli kek kali ini." Kata alya
"Kek? Nak kek yang bagaimana? Kek satu tingkat atau dua tingkat macam kek kawin macam tu ya." Kata Ammar
"Ikutla. Suzy pula uruskan. hadiah dan makanan semua orang itu sahaja. Yang lain saya uruskan jangan risau. Sebarang masalah boleh terus laporkan kepada saya ya." Kata alya
"Baik bos alya." Kata Suzy
"Haha jangan panggil begitu malu lah saya. Tapi macam tu lah." Kata alya
"Jadi itu sajalah. Kek kan tak susah pun mahu cari. Ouh ya saya mahu tanya. Alya awak kenal ke abang Mikayla itu." Kata Ammar
"Sebenarnya tidak. Tetapi Mikayla pernah cerita itu lah hadiah yang amat diimpikan olehnya iaitu berjumpa dengan abangnya semula." Kata alya
"Sebenarnya agak susah untuk mencari abangnya. Tapi tak mengapa kita akan usahakan. Awak ada gambarnya sewaktu kecil manalah tahu kita boleh carinya melalui gambar terdahulu sahaja." Kata Ammar
"Tiada. Sebab Mikayla kata dia pun tidak tahu muka abangnya bagaimana." Kata alya
"Tak mengapalah nanti kita usahakan ya." Kata Ammar
Selepas habis sahaja berbincang mereka pun berpisah. Alya pergi mencari hotel yang menarik dan cari tema yang menarik seorang diri. Manakala Ammar pergi mencari kedai kek untuk menempah kek yang sangat menarik. Suzy pula pergi menempah catering dan pergi mencari hadiah yang lawa lawa.
Sampai maghrib mereka cari barulah mereka pulang ke rumah. Sepanjang itu Amar dan Suzy pergi ke mana bersama sama.
"Ni dari mana dua beradik ni baru nak balik ni." Tanya mama
"Ada uruskan sikit kerja tadi kenapa mama lambat sangat ke kami balik." Kata Ammar
"Haah kamu balik lewat betul." Kata mama
"Maaf mama kami ralik sangat tadi tak sedar pun dah pukul tujuh. Dah lah mama kami naik dahulu nak mandi lepastu solat maghrib." Kata Suzy
"Ha ye lah pergilah." Kata mama
Selepas itu mereka berdua masuk ke bilik masing masing dan pergi mandi dan solat maghrib. Habis sahaja solat maghrib Ammar pun membuat kad jemputan untuk ke hari jadi itu. Tidak ramai semestinya yang akan pergi ke sana.
Sedang Ammar membuat kerja itu papa lalu di hadapan bilik Ammar dan melihat Ammar tengah sibuk. Jadi dia pun masuk ke dalam.
"Ammar sibuk sangat papa nampak. Sampai malam buat kerja." Kata papa
"Haah paa sibuk sikit hari ini. Esok pun sama." Kata Ammar
"Dari papa lihat ni bukan edit gambar kahwin pekerja kamu kan ni. Macam buat kad jemputan sahaja. Sejak bila kamu ambik order kad jemputan ni." Kata papa
"Ouh bukan untuk orang lain ni papa. Ni untuk harijadi Mikayla. Nanti Ammar bagi kad papa datang sorang lah ye." Kata Ammar
"Eh habistu bagaimana pula dengan namamu takkan nak tinggal sahaja dia sorang sahaja dekat rumah malam itu." Kata papa
"Ala bibik kan ada. Ammar tak suka nanti mama buat kecoh dekat majlis tu. Kita kan nak gembira gembira." Kata Ammar
"Tapi kamu tak kesian ke dekat mama kamu. Kamu kena ingat Ammar apa pun jadi syurga kamu bawah telapak kaki mama kamu." Kata papa
"Haahkan betul juga. Hmmm. Ammar pun tidak tahulah papa. Okey beginilah. Papa boleh sahaja ajak mama datang tapi jangan bagitau lagi tunggu hari nak pergi baru papa beritahu. Selepas itu papa kena pastikan mama tak buat kecoh pada hari kejadian. Boleh kan papa." Kata Ammar
"Ha kan okey begitu. Apa pun jadi kamu tak boleh membelakangi ibu mu. Okey papa akan pastikan mama tak buat kecoh pada harijadi itu. Selamat membuat kerja ya Ammar." Kata papa
"Baik pa terima kasih." Kata ammar
Beberapa hari kemudian mereka bertiga pun berpecah untuk menghantar kad itu. Ada yang pergi ke arah timur dan ada yang pergi ke arah selatan.
Alya pergi ke rumah makcik nasi lemak yang pernah di tolong oleh dirinya. Sampai sahaja di rumah melihat seperti usang sahaja rumah itu. Jadi dia pun memberi salam. Tetapi dia tidak mendengar apa aap jawap. Jadi dia pun masuk ke dalam terus.
Apabila dia masuk alangkah terkejutnya melihat mayat makcik itu terbaring di dalam rumah. Sudah lama mereka tidak melawat makcik Itu. Apabila ditanya sudah beberapa minggu dia tidak menjual nasi lemaknya. Jadi tanpa membuang masa alya terus menelefon Mikayla
(Perbualan Mikayla dan alya)
"Mikayla kau ingat tak makcik nasi lemak yang kau pernah tolong ketika susah dahulu." Kata alya
"Ye kenapa dengan makcik tu. Aku rindu sangat dekat dia."Kata Mikayla
"Makcik tu dah tiada Kayla. Ni aku tengah tunggu hospital datang periksa mayat dia." Kata alya
Terkejut beruk Mikayla jatuh telefon bimbit nya ketika Itu. "Ya Allah" Selepas itu dia terus lari keluar dan bergerak ke hospital dengan menaiki keretanya. Di hospital Mikayla bertemu dengan Alya.
Ketika sedang memeriksa alya menelefon Suzy dan Ammar.
(Perbualan mereka bertiga)
"Kau dekat mana tu alya. Aku tengok macam dekat hospital je." Kata Suzy
"Aku dengan Mikayla ni. Dia tengah nangis. Suzy kau ingat tak makcik nasi lemak yang kita pernah tolong tu dia dah meninggal. Ketika aku nak pergi tadi." Kata alya
"Ya Allah salam takziah." Kata Ammar
"Wey ye ke jap aku on d way ke sana aku tahu mesti keadaan Mikayla tengah tak berapa okey tu." Kata suzy
Lalu mereka menamatkan panggilan. Suzy pun terus bergerak pergi ke hospital untuk memujuk Mikayla. Selepas habis doktor memeriksa.
"Boleh saya tahu siapa waris mangsa untuk proses pengecaman mayat dan menguruskan mayat." kata doktor
"Setahu saya makcik ini tiada waris. Saya pun kawan sahaja dengan makcik ini. Boleh saya buat pengecaman mayat dan menguruskan nya." Kata Mikayla dengan suara yang sangat sebak
"Erm sebenarnya tak boleh tapi tak mengapalah masuk lah kami bagi." Kata doktor
Lalu Mikayla masuk dan buka kain yang tertup di muka makcik itu. Mikayla terus menangis. "Ya Allah makcik secepat ini makcik tinggalkan Mikayla. Maafkan kayla makcik sebab sudah lama tidak melawat makcik."

Lalu jenazah pun di hantar dengan menaiki van yang disediakan oleh pihak hospital. Lalu mereka pun pergi ke kubur arwah untuk bacakan yasin untuk arwah. Walaupun keluarga tiada waris Mikayla tetap anggap makcik itu sebagai ibu angkatnya.
Lalu mereka pun pulang ke rumah masing masing. Mikayla masuk ke dalam bilik dengan tak berapa bertenaga. Dia pun mandi dan solat maghrib. Selepas itu dia tadah tangan bacakan doa "Ya Allah bagilah arwah makcik dan ilham ditempatkan dengan orang yang beriman. Walaupun mereka sudah tiada aku akan belajar untuk cuba redho. Terima kasih ya Allah pinjamkan mereka untuk dekat dengan aku." Selepas itu dia mengaminkan
Hari demi hari tibalah hari yang sangat di tunggu tunggu iaitu hari jadi Mikayla. Alya dan Suzy akan pergi ke sana dahulu untuk pastikan semuanya selesai. Sebelum ketibaan tetamu dan Mikayla sendiri.
Di rumah Mikayla, Ammar Sudah tiba di hadapan rumah itu.
"Mikayla dah siap ke. Mana aunty dan uncle." Kata Ammar
"Dah siap. Awak nak bawa saya dan ibu ayah saya ke mana." Tanya Mikayla
"Adalah awak ikut sahajalah. Nanti awak akan tahu sendiri." Kata Ammar
"Hehe okey." Kata Mikayla
Lalu mereka pun masuk ke dalam kereta Ammar dan bergerak pergi tempat lokasi majlis. Sampai sahaja di sana Mikayla pelik kenapa Ammar bawanya ke hotel yang gelap. Nak prank diaa ke?
Kejutan!!!!!
"Eh ya Allah terima kasih sangat korang. Mikayla pun tak sangka korang akan buat kejutan begini. Wah ramai betul yang ada Dato' datin pun ada. Pekerja pejabat pun ada. Wah syukur." Kata Mikayla
"Ni semua untuk awak enjoy lah Ye. Ouh ya semua jemputlah makan ya." Kata Ammar
Lalu mereka semua pun makan.
"Awak, kalau saya tahu saya tak mahu ikut pun pergi ke majlis begini. Awak cakap nak pergi makan dekat hotel sahaja." Kata mama
"Alaa awak ni apa salahnya. Tu kan kawan adik juga. Tak salahkan Meraikan sekali." Kata papa
"Memanglah tak salah tapi awak kan tahu saya tak suka dia tu." Kata mama
"Ish awak ni banyak cakap lah makan lah cepat." Kata papa
Mama pun jeling papa. Selepas selesai sahaja semua makan Ammar terus pergi ke hadapan bersama Mikayla.
"Mikayla awak nak katakan apa apa kenapa semua yang hadir." Kata Ammar sambil menghulurkan mikrofon
"Boleh hehe. Terima kasih ya ammar." Balasnya sambil mengambil mikrofon itu.
"Pertama kali Mikayla nak ucapkan terima kasih terutama sekali kepada yang buat decoration semua ni iaitu alya ,Suzy dan Ammar. Koranh betul betul kawan yang baik sangat. Selalu ada ketika susah senang saya. Kedua terima kasih juga para hadirin yang turut hadir ke sini. Yup ini memang sambutan yang saya sangat impikan. Tetapi dahulu saya tak dapat pangkat dan kejayaan seperti sekarang terima kasih kepada ahli keluarga arwah ilham sebab terima saya. Terima kasih percayakan saya. Akhir sekali terima kasih ibu ayah melahirkan Kayla." Kata Mikayla dengan suara sebak
"Ada apa apa lagi ke nak cakap." Kata Ammar
"Tiada. Tu sahaja rasanya." Kata Mikayla
"Okey giliran saya pula berucap. Mikayla sedia ya." Kata Ammar
"Ha sedia apa ni." Kata Mikayla
"Nur Mikayla binti Faris. Di hadapan semua orang ini Sudikah awak menerima lamaran saya." Kata Ammar sambil menghulurkan cincin
Muka ibuMikayla dan mama Ammar terus berubah menjadi lain mereka pun terus berdiri. Mikayla pun Melihat ke arah Mereka.
"Apa ni Ammar. Ya Allah biar saya fikirkan dahulu boleh. Saya mintak izin ke tandas ya semua." Kata Mikayla
Ammar pun tersengih di hadapan orang ramai. Dalam hatinya dup DAP. Dia takut Mikayla menolak lamarannya di hadapan semua orang. Ibu Mikayla, mama Ammar , alya dan Suzy juga turut serta pergi ikut Mikayla ke tandas.
"Ya Allah apa aku nak jawap ni " Kata Mikayla si hadapan cermin.
Tiba Mikayla pusing melihat ibunya dan mama Ammar berada di belakangnya. Alya dan Suzy pula menunggu di hadapan tandas.
"Itulah ibu dah kata jangan bagi orang harapan. Skarang ni bagaimana." Kata ibu
"Ibu. Datin pun sama ada dekat sini. Saya mintak maaf saya pun tidak tahu amame akan melamar saya di hadapan orang ramai." Kata Mikayla
"Habis itu bagaimana ni. Takkan awak mahu malukan anak saya. Ye saya memang tak suka awak dan kalau boleh tidak mahu terima awak menjadi menantu tetapi saya lebih penting kan maruah anak saya." Kata mama ammae
"Habis itu takkan anak saya perlu terima anak awak " Kata ibu
"Ye. Ni salah anak awak lah bagi harapan dekat dia." Kata mama Ammar
"Cukup. Beginilah maaf kan Mikayla ibu tetapi betul juga kata datin. Baiklah Kayla akan menerima sahaja lamaran itu." Kata Mikayla
Lalu mereka bertiga kembali semula ke dewan. Alya dan Suzy mendengar sahaja apa yang dikatakan tetapi malas mahu ikut campur.
"Baiklah para hadirin saya kasihi sekalian. Maafkan saya ya mama dan papa ilham. Saya akan terima lamaran ammar buat kali ini." Kata Mikayla
Tiba tiba terdengar suara dari belakang. Ianya berkata "Sanggupkah Mikayla menerima orang yang tidak pernah Mikayla cintai. Sedangkan hati Mikayla pada ilham lagi."
Semua orang terkejut mendengar suara itu. Keluar seorang lelaki di hadapan Mikayla. Lelaki itu adalah lelaki yang pernah membantu Mikayla dan Suzy dahulu.
"Mikayla ingat saya lagi tak." Kata lelaki itu
"Siapa mamat ni Mikayla." Kata Ammar
"Ni lelaki yang pernah bantu saya dan Suzy dahulu " Kata Mikayla
"Mikayla. Saya bukan bantu tanpa sebab tapi saya bantu mu kerana kamu adalah adikku." Kata lelaki itu
Semua orang yang berada di dewan juga turut terkejut. Ibu dan ayah Kayla terus bergerak di tepi lelaki itu. Ayah hadir dan terus menampar lelaki itu di hadapan semua orang.
"Cukup dah ke ayah tampar saya." Kata lelaki itu
"Kamu bukan anak kami." Kata mama
"Nama saya kalau kalian semua mahu tahu adalah Afiq Muiz bin Faris. Saya adalah abang kandung Mikayla. Saya telah berpisah dengan adik kandung saya ketika umur saya tujuh tahun Ketika itu umur dia baru sembilan bulan. Jadi saya tak perlik kalau dia tak mengenali saya. Saya telah dihantar ke rumah nenek saya dan tidak dapat berjumpa sama sekali dengan ibu kandung saya " Kata Afiq
"Apa ni ibu ayah. Kenapa ibu dan ayah tidak pernah mahu ceritakan ini semua kepada Mikayla kenapa ibu dan ayah rahsiakan perkara penting sebegini kepada Mikayla." Kata Mikayla
"Kami belum sedia lagi. Lagi pun kami hantar nya ke rumah mak dan ayah ibu kerana...." Kata ibu
Flashbacks
"Awak betulkah apa kita mahu buat ini." Kata ayah
"Ye awak ni sahaja caranya. Kita sudah tidak mampu menjaga nya lebih baik kita beri kepada mak sahaja." Kata ibu
"Bagaimana pula dengan Mikayla yang berasa di dalam kereta itu sedang menangis." Kata ayah
"Biarkan dia. Awak tahu kan saya memang mahu anak perempuan. Biar sahaja dia berasa seperti anak tunggal." Kata ibu
"Tetapi awak tiada kesian langsung ke kapas Afiq itu. Dia juga anak kandung kita. Sampai bila kita nak tinggal dia di sini. Dia tu budak baik." Kata ayah
"Ish awak dengar sahaja cakap saya. Jika awak masih tidak dapat kerja awak tidak perlu bising. Nanti awak mahu beri kami makan apa. Jika awak Sudha ada kerja dan duit terpulang awak boleh ambik balik budak tu dan jaga dia." Kata ibu

Book Comment (347)

  • avatar
    n******4@gmail.com

    Alahai best sangat cerita ni..ada sedih ada suka..

    02/07/2022

      1
  • avatar
    rozaimiealiyah

    novel awak menarik sangat lah. saya tertarik sangat baca sampai habis. hihi thanks awak !

    9d

      0
  • avatar
    Nurina Sorfina

    interesting 💞

    19d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters