logo text

Chapter 32 Ammar dipaksa kawin dengan melissa

Keesokan harinya, pagi hari selepas solat subuh dan makan pagi Ammar pun bersalam dengan Mikayla, mama, papa dan Suzy dan terus bergerak ke tempat outstation nya.
Selepas Ammar keluar Mikayla dan Suzy lepak di ruang tamu sambil membaca buku. Selepas habis membaca buku mereka pun berbual bersama sama. Sedang ralik mereka berbual tiba tiba terdengar bunyi orang memberi salam.
Bibik membuka pintu. Mama pula pergi juga di hadapan pintu untuk melihat siapakah yang datang.
"Eh hi aunty." Kata Melissa
"Hi Melissa. Ya Allah rindunya kamu. Apa khabar kamu sekarang. Lama betul tak datang rumah aunty. Eh meh masuk." Kata mama Ammar
Lalu mereka pun ke ruang tamu. Mama cubit peha Mikayla dan menghalau Mikayla dari duduk di situ. Mama juga menyuruh Mikayla bantu bancuhkan air. Mikayla pun tersenyum sambil bangun dan bancuhkan air sahaja.
"Melissa. Lama betul tak datang rumah aunty." Kata mama Ammar
"Haah sibuk sikit aunty. Melissa ni baru balik dari Langkawi semalam." Kata Melissa
"Lah ye ke. Kamu tiada serempak dengan Ammar ke?" Kata mama Ammar.
"Kenapa? Ammar pergi ke Langkawi juga ke? Berbulan madu di sana?" Kata melisa
"Haha." Kata mama
"OUH. Ni sebenarnya datang saje nak bagi keychain dan coklat sikit. Alang alang dah terbeli lebih memang ingat nak beli aunty sekali juga." Kata Melissa
"Wah cantik betul keychain ni pandai betul Melissa pilih." Kata mama
Mikayla datang dan terus hidangkan air. Selepas itu Mikayla terus naik ke atas. Mama hanya menjeling kayla naik ke atas sambil tersenyum.
"Eh sama sahaja yang Mikayla belikan untuk mama semalam. Yang mama katakan biasa sahaja itu." Kata Suzy
"Ish kamu ni sibuk betullah. Tapi Betullah yang kamu pilih ni memang cantik." Kata mama
"Terima kasih aunty. Khalisa ni akak ada beli untuk kamu juga ambillah." Kata Melissa
"Tak mahu dah ada Mikayla bagi. Takkan nak simpan barang sama pula kan. Hadiah kawan baik tu lebih berharga dari orang asing yang bagi ye kan." Kata Suzy
Selepas itu Suzy berlari dan naik ke atas meninggalnya Melissa berborak dengan mama sahaja. Dia pun masuk ke dalam bilik Mikayla.
"Kau okey ke Mikayla." Kata Suzy
"Okey je. Tiada apalah." Kata Mikayla sambil menyapu minyak di tempat yang dicubit tadi
"Aku tak tahu lah apa yang baik sangat pada perempuan tu sampai dia nampak perempuan tu lebih dari kau. Kau sabar ye Kayla pasti ada hikmah apa semua yang berlaku ni." Kata Suzy
"Tak mengapalah Suzy. Aku tak ambik hati pun. Aku faham. Erm Suzy aku nak tanya kau lah kan buatnya aku tak boleh mengandung patutkah aku bagi sahaja Ammar kawin dengan Melissa itu." Kata Mikayla
"Apa kau cakap ni. Aku tak sukalah kau cakap macam ni. Aku tahu kau boleh je dapat anak. Rezeki tu kan dari Allah. Kau sabar sahaja." Kata Suzy
Lalu beberapa minit kemudian, Melissa pun pulang ke rumah. Mama pun menjerit memanggil Mikayla dari tingkat atas
"Ye ma. Ada apa panggil Mikayla." Kata Mikayla
"Perempuan kau kemas ni. Aku nak naik atas kejap. Kau ingat eh jangan nak mengadu dekat Dato' ataupun Ammar pasal perkara ini. Kalau aku tahu siap kau." Kata mama
"Baik ma. Saya kemas dahulu ya." Kata Mikayla
Selepas itu Mikayla pun mengemas ruang tamu dan cuci pinggan. Selepas selesai baru lah dia kembali ke dalam bilik semula. Tiba tiba di perasaan Ammar ada menelefon dirinya. Jadi tanpa membuang masa dia terus menjawab panggilan itu
(Perbualan Ammar dan Mikayla)
"Hello sayang buat apa tu." Kata Ammar
"Tak buat apa ni ha tengah baca buku je." Kata Mikayla
"Ouh hehe. Lusa saya balik tahu. Saya rindu sangat dekat awak ni." Kata Ammar
"Ish mengada tak sampai sehari pun lagi dah rindu apanya." Kata Mikayla
"Ala tak salah kan rindu isteri sendiri. Bukan rindu isteri orang lain kan heheh." Kata Ammar
"Ye lah memang tak salah pun. Awak tadi kan Melissa datang rumah. Dia kata dia baru pun balik dari Langkawi." Kata Mikayla
"Ohh lah. Mesti ada lah tu berbual dengan mama. Sibuk betullah perempuan ni. Awak okey tak. Kalau mama ada buli awak atau apa apa bagitau saya terus ya." Kata Ammar
"Awak saya dah mula kerja esok. Ingatkan nak tido rumah ibu esok nak bagi coklat dan buah tangan untuk diaorang. Coklat itu dah lah Kayla sorok bawah katil je." Kata Mikayla
"Okey pergilah saya izinkan. Hati hati sayang. Eh sayang saya ada kerja ni. Nanti kita jumpa okey. Bye love you." Kata Ammar
Tamatlah panggilan itu. Selepas itu Mikayla kemas pakaian untuk di bawa ke rumah ibu. Sambil mengemas pakaian sambil scroll laman web mahu cari rumah.
Keesokan harinya, oleh kerana terlambat Mikayla terus bergerak ke tempat kerja. Dia pun sambung melakukan kerjanya. Selepas selesai kerja dia pun pulang ke rumah ibu dan ayahnya. Dia terus masuk duduk di ruang tamu bersama mereka
"Ibu Kayla rindu sangat dekat ibu dan ayah." Kat Mikayla
"Leh kau ni dah jadi isteri orang pun perangai tetap sama." Kata ibu
"Mana suami kamu. Datang sorang ke?" Kata ayah
"Haha ayah datang sorang je. Ni ada coklat sikit untuk ibu dan ayah beli masa honeymoon. Ammar tiada dia pergi outstation. Sebab itulah kami tak sempat habiskan honeymoon." Kata Mikayla
"Sibuk betul dengan kerja sampai lupakan isteri." Kata ibu
Lalu Mikayla senyum sahaja. Selepas itu mereka pun sambung berbual. Selepas habis berbual Mikayla masuk ke dalam biliknya dengan berkata "Ya Allah rindunya".
Mikayla gembira dapat bertemu bermula dengan bantal kesayangan dan buku nya yang sangat banyak. Dia pun membaca buku. Sambil membaca buku sambil makanan snacks.
Ketika dia sedang ralik membaca buku abang Afiq pun sergahnya dari belakang
"Adik. Bila balik. Tadi dekat pejabat tak perasan adik pun. Abang datang lewat tadi." Kata abang Afiq
"Heheh. Faham. Adik datang sorang je dekat sini ni. Bosan lah duduk sana. Lagipun rindu dekat abang ibu ayah semua. Ammar pergi outstation." Kata Mikayla
"Ouh faham. Ni Ammar bagi kebenaran ke untuk Adik datang sini. Tak baik tau keluar tak mintak izin suami." Kata abang Afiq
"Apa abang ni mestilah adik mintak izin dengan dia dahulu." Kata Mikayla
"Adik semalam kan abang ada cerita pasal alya. Abang bagitau abang dan alya dah bercinta. Abang ajak ibu dan ayah masuk minang alya." Kata abang Afiq
"Wuishh lajunya." Kata Mikayla
"Heheh mestilah takkan nak hidup dengan Zina je kan. Nak juga pimpin dia ke syurga." Kata abang Afiq
"Hahaha baguslah abang ni baik siak." Kata Mikayla
Beberapa hari kemudian tibalah hari yang ditunggu iaitu Ammar pulang dari outstation. Mikayla sangat gembira kerana Ammar sudah malu pulang dia pun masak. Selepas hari itu dia tak pulang pun ke rumah mama dan papa Ammar.
Beberapa jam kemudian Ammar tiba di rumah Mikayla. Mereka pun makan bersama sama. Habis sahaja makan Ammar mengajak Mikayla keluar.
Di dalam kereta,
"Awak nak bawa saya ke mana ni sampai tutup mata saya ni." Kata Mikayla
"Ala sayang ni cuba duduk diam kejap. Ada lah surprise saya nak bagi dekat awak. Tunggu okey." Kata Ammar
Selepas beberapa minit tibalah di lokasi itu. Ammar pun memimpin tangan Mikayla slow slow.
"Surprise." Jerit Ammar sambil membuka penutup mata
"Ya Allah awak. Ni rumah untuk kita berdua ke." Kata Mikayla
"Yup. Ni lah istana kita berdua. Kita akan hidup berdua dan bertiga atau banyak pun tak mengapa. Jom masuk sayang. Nanti malam kemas baju esok pagi kita masuk." Kata Ammar
"Baik awak. Terima kasih sangat saya kagum dengan awak. Terima kasih Allah hadirkan suami yang sangat baik untuk ku." Kata Mikayla
"Hihi rezeki. Jom lah masuk awak." Kata Ammar
Lalu mereka pun memimpin tangan dan masuk ke dalam rumah itu bersama sama. Mikayla kagum sangat dengan rumah itu. Cantik betul rumah itu. Dia bersyukur dapat ammar sebagai Suami. Ammar memang seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab.
Selepas itu Mikayla dan Ammar pergi ke rumah mama dahulu untuk mengambil barang dan pakaian Ammar dahulu. Selepas itu barulah mereka ke rumah Mikayla semula untuk tidur di situ. Keesokan harinya, sebelum pergi ke rumah itu mereka akan makan bersama sama.
"Ibu, hari ini Mikayla dan Ammar akan tidur di rumah sendiri. Nanti Mikayla hantar lokasi boleh lah pergi. Ohh ya abang Afiq tu dekat luar tu ada motor RXZ Mikayla belikan untuk abang. Abang kan tiada lesen kereta tapi ada lesen moto jadi ambillah hadiah dari Kayla." Kata Mikayla
"Wah alhamdulillah terima kasih ada kesayangan abang ni." Kata abang Afiq
"Ayah doakan kamu gembira hidup berdua. Boleh ayah tengok gambar rumah kamu berdua itu " Kata ayah
"Eh boleh ayah ni gambar rumah kami. Nanti kalau tak sibuk datanglah ye tidur sana. Kamu pun akan selalu datang sini melawat ibu dan ayah InshaAllah." Kata Ammar sambil menunjukkan gambar rumah
"Cantik betul rumah kamu berdua. Alhamdulillah rezeki ya buat kamu berdua. Tahniah ya." Kata ayah
Lalu mereka sambung makan makanan itu semula. Selepas habis makan mereka dalam bersama ibu dan ayah. Selepas itu barulah mereka bergerak ke rumah itu.
Sampai sahaja di rumah itu, mereka pun terus pergi mengemas pakaian dan susunya di dalam almari. Selepas selesai mereka pun mengemas rumah. Mereka juga mengemas barang barang lain seperti buku. Mereka gembira mengemas bersama sama.
Selepas selesai mereka pun berehat. Oleh kerana rumah ini tiada barang dapur lagi jadi mereka keluar pergi cari makan dan barang dapur sikit untuk masak.
Selepas selesai membeli belah mereka pun pulang ke rumah solat dan tidur. Esok mereka harus kerja.
Keesokan harinya, pagi hari itu selepas makan pagi mereka pun bergerak ke tempat kerja masing masing. Sementara itu, ibu pula tinggal seorang diri di rumah. Ianya kerana abang Afiq pergi kerja. Ayah keluar pergi jumpa kawan.
Tiba tiba ibu jatuh di tangga. Ammar dan Mikayla yang sedang membuat kerja tiba tiba rasa seperti tidak sedap hati. Jadi Mikayla pun terus menelefon Ammar
(Perbualan Ammar dan Mikayla)
"Awak Sibuk ke tu." Kata Mikayla
"Ada ni dekat office tapi tak sibuk pun. Kenapa tu sayang?" Kata Ammar
"Awak pergi balik ke rumah ibu kejap boleh. Saya rasa tidak sedap hatilah. Cuba awak pergi tengok. Saya nak balik tapi saya ada banyak kerja ni." Kata Mikayla
"Ha boleh kerjap saya balik ya." Kata Ammar
Lalu Ammar bangun masuk kereta dan terus bergerak pulang ke rumah ibu dan Mikayla. Sampai sahaja di rumah itu dia melihat pintu rumah tidak dikunci dia pun terus masuk ke dalam.
Dia melihat ibu terduduk di atas lantai sambil duduk diam ianya kerana ibu pun sudah penat menjerit.
"Ya Allah ibu macam mana boleh jadi macam ni. Meh saya tolong angkat dan bawa ibu pergi ke klinik jom." Kata Ammar
Ibu mengangguk kepalanya. Ammar pun bantu bawa ibu pergi ke klinik untuk memeriksa ibu. Doktor kata tiada apa yang serius sangat cuma terseliuh sedikit dia dalam perjalanan pulang ibu mengucapkan terima kasih kepada Ammar.
Ammar pun tersenyum. Ammar pun terus menelefon Mikayla semula. Dalam masa yang sama memamh Mikayla dalam perjalanan untuk pulang ke rumah juga.
(Perbualan Ammar dan Mikayla)
"Awak ni ha saya nak cakap. Saya baru balik dari klinik. Tadi masa saya sampai dekat rumah ibu. Ibu terjatuh. Doktor kata tiada apa cuma terseliuh sikit." Kata Ammar
"Ye ke. Terima kasih ya awak. Kejap lagi saya sampai rumah. Saya pun memang perjalanan pulang ke rumah." Kata Mikayla
Mikayla, Ammar dan ayah sampai serentak di rumah. Mikayla pun bantu angkat ibu ke ruang tamu.
"Ayah pergi mana tadi." Kata Mikayla
"Ayah pergi jumpa kawan kejap tadi. Ayah tak tahu pula ibu kamu ni nak jatuh. Mujurlah ada Ammar ni." Kata ayah
"Tak mengapa Mikayla yang suruh Ammar balik. Dia kata dia tak sedap hati. Ibu okry kan." Kata Ammar
"Ibu okey. Tadi ibu nak turun minum air lepastu jatuh dan terseliuh. Terima kasih ya Ammar cepat balik dan sudi hantar ibu bawa ibu ke klinik." Kata ibu
"Tiada apalah ibu. Ibu kan mertua sayang Saya kena hormat ibu macam ibu kandung saya juga." Kata aammar
"Mikayla, Ammar maafkan ibu ya. Sebelum ini ibu tak terima Ammar. Ibu ingatkan Ammar ni bukan baik. Rupanya Ammar ni baik sangat. Ibu dah restu sangat dah perkahwinan kamu berdua." Kata ibu
"Terima kasih, ibu." Kata Mikayla
"Maksudnya kejadian ini ada hikmahnya. Tapi maafkan ayah juga tinggalkan ibu seorang diri. Ayah janji lain kali ayah tak akan tinggalkan ibu seorang diri lagi di rumah." Kata ayah
Lalu mereka pun berbual. Selepas itu bagi ibu makan ubat. Mereka tinggal di ruang ibu dahulu sehingga ibu sihat. Tapi mereka tetap pergi ke tempat kerja seperti biasa. Selepas beberapa minggu tibalah hujung minggu Ammar dan Mikayla bertekad untuk tidur di rumah mama dan papa pula pada malam itu.
Sampai sahaja di rumah mama. Mereka pun terus duduk di ruang tamu.
"Bagaimana dah lekat ke Ammar, Kayla." kata mama
"Belum kot ma. Tiada simptom. Mungkin belum rezeki lagi untuk kami timang anak." Kata Mikayla
"Dah lebih sebulan kamu kawin takkan tak melekat lagi. Periksa lah pada doktor." Kata mama
"InshaAllah ma nanti Mikayla periksa ya. Apa apa kami akan terus beritahu tentang ini kepada mama ye. Mama jangan risau tahu." kata Mikayla
"Kalau minggu depan belum lekat mama lamarkan Melissa tau. Itulah perjanjian kita." Kata mama
"Mana boleh macam tu ma. Allah yang bagi rezeki . Lambat atau cepat dapat timang anak itu ketentuan dia. Mana kena sabarlah. Kenapa mama nak tergopoh gapah sangat ni" Kata Ammar
"Kawan kawan mama semua dah Timang anak. Ataupun melainkan isteri kamu ni mandul lainlah cerita kan." Kata mama
"Ya Allah ma apa cakap macam tu. Orang balik nak eratkan hubungan tertangga tapi mama ni adoi. Jom Mikayla kita masuk dalam bilik je lah." Kata Ammar sambil mengheret tangan Mikayla
Mikayla hanya tersenyum sahaja pada ibu. Dia pun tidak tahu mahu mengatakan apa. Sampai sahaja di dalam bilik Mikayla terus mengurut Ammar mintak bersabar.
"Awak esok kita pergi farmasi kita check ya. Apa un jawapannya saya redho sahaja." Kata Ammar
"Baik awak. Jangan marah marah ye awak sabar ye
InshaAllah kalau Allah katakan ada rezeki. Makalah tahu kalau ada rezeki." Kata Mikayla
"Saya sentiasa mendoakan. Siapa sahaja keluarga yang tidak mahu ada anak kan." Kata Ammar
Selepas itu mereka pun berbual. Keesokan harinya, sebelum mereka pulang ke rumah mereka sendiri mereka singgah di farmasi terlebih dahulu. Selepas sampai ammaf pun turun dan pergi mencari pregnancy test. Ammae pun membayarnya dan masuk semula ke dalam kereta.
Selepas itu mereka pun pulang ke rumah sendiri. Sampai sahaja di rumah, Ammar terus memberi kit kehamilan itu. Mikayla membaca bismillah dahulu sebelum masuk ke dalam bilik air. Dia sangat nervous. Sebelum check.
Selepas beberapa minit Mikayla pun menangis melihat jawapan dari kit kehamilan. Dia pun simpan di dalam poket
"Ha macam mana jawapan dia." Kata Ammar
"Awak." Kata Mikayla sambil menangis dan menunjukkan kit kehamilan Itu.
"Ya Allah alhamdulillah positif. Dah dua minggu rupanya. Alhamdulillah rezeki. Esok kita pergi rumah mama semula bagitau tentang ini." Kata Ammar
"Betul saya pun tak sangka selama ini saya hamil. Esok kita selepas pergi klinik baru kita pergi ke rumah papa. Awak saya nak telefon ibu dan ayah kejap boleh" Kata Mikayla
"Boleh pergilah. Tapi mana dan papa saya nak bagi kejutan." Kata Ammar
Mikayla senyum dan pergi duduk di luar dan terus mesej ibunya ,abang Afiq , alya dan Suzy.
"Alhamdulillah hihi." Tulis Mikayla bersama gambar kit kehamilan. Selepas itu mereka semua terus membanjirinya nya dengan lafaz "tahniah Mikayla"
Selepas itu mereka pun tidur bersama sama pada malam itu. Keesokan harinya mereka berdua pergi ke klinik dahulu untuk periksa kehamilan Mikayla. Selepas doktor dah sah kan mereka terus bergerak ke rumah mama dan papa Ammar.
Sampai sahaja di sana, mereka pun masuk ke dalam rumah itu.
"Ada apa datang ke rumah mama ni? Macam mana dengan keputusan. Mama nak tahu juga positif atau negatif. Ingat ye kata kata mama semalam dan perjanjian kita." Kata mama
"Awak cakap lah pada mama saya nak pergi ke dapur kejap." Kata Mikayla.
"Ni ma keputusan dia. Alhamdulillah mama bakal jadi nenek." Kata Ammar
Tiba tiba terdengar bunyi jeritan "Adoii"

Book Comment (347)

  • avatar
    n******4@gmail.com

    Alahai best sangat cerita ni..ada sedih ada suka..

    02/07/2022

      1
  • avatar
    rozaimiealiyah

    novel awak menarik sangat lah. saya tertarik sangat baca sampai habis. hihi thanks awak !

    9d

      0
  • avatar
    Nurina Sorfina

    interesting 💞

    19d

      0
  • View All

Related Chapters

Latest Chapters