Homepage/Kekasihku ulat buku/
Chapter 19 apa ni?
"Eh bukan lah Mikayla kami tak boleh kawin. Malah diharamkan lagi kawin." Kata Ammar
"Ha habistu?" Kata Mikayla
"Ouh lupa kami nak cakap yang Suzy dan Ammar ni sebenarnya adik beradik kandung yang sudah lama terpisah. Nama sebenar Suzy adalah Khalisa. Kau ingat tak masa sekolah cikgu kan panggil dia Khalisa." Kata alya
"Ouh kenapa aku tak tahu pun. Walaweh korang bersembang bertiga je. Tak cerita dekat aku apa apa pun. Hmmm." Kata Mikayla
"Eh bukan niat kami nak rahsiakan. Kami sengaja nak ceritakan dekat kau hari ini." Kata Suzy
"Erm bestnya dah jumpa semula adik beradik kandung. Saya ni tak jumpa Jumpa lagi abang saya." Kata Mikayla
"Eh Mikayla ada abang ke?"Kata Ammar
"Haha tapi dia dengan keluarga angkat juga tapi ibu dan ayah tak bagi cari dia sebab tak tahu. Jadi Mikayla dengar je lah cakap ibu dan ayah." Kata Mikayla
"Ouh tak mengapalah mesti ada sebab kan." Kata Ammar
"Eh makanlah pulak korang ni sibuk cerita sedih." Kata alya
Selepas itu mereka pun makan bersama sama. Selepas sahaja makan mereka pun pergi bershopping bersama sama. Suzy baru dapat merasa keluar dengan abang kandung dapat pegang tangan. Ammar juga tidak berkira. Dia belanja sahaja apa yang Suzy mahukan.
Ammar seorang abang yang sangat romantik. Habis itu Suzy berkata" Rasanya balik ini Suzy nak tidur rumah mama papa lah." katanya kepada Ammar. Ammar angguk kan kepalanya. Sudah pasti Ammar gembira apabila adik kandungnya mahu tidur satu rumah dengannya.
Selepas sahaja habis berjalan jalan mereka pun pulang ke rumah masing masing. Manakala Suzy pula mengikut Ammar pulang ke rumahnya.
Sampai sahaja di rumah.
"Eh Khalisa tidur rumah mama ke." Tanya mama
"Haah mama malam ni Khalisa rasa nak tidur rumah mama boleh kan." Kata Suzy
Lalu bibik menunjukkan bila Suzy untuk tidur pada malam itu. Selepas itu Suzy pun masuk dan mula tidur di situ. Pada awalnya Suzy berasa tidak berapa selesa tapi dia akan cuba membiasakan diri.
Seminggu kemudian,
Di ruang tamu,
Ammar kamu ke sini sekejap." Kata mama"
"Ye mama ada apa panggil Ammar." Mata Ammar
"Nak pergi ke mana." Kata mama
"Nak naik bilik lah. Nak pergi siapkan kerja yang masih tak siap lagi. Kenapa mama?" Kata ammar
"Mama nak tanya sekarang umur kamu dah berapa?" Kata mama
"25 tahun ma. Kenapa dengan umur Ammar mama." Kata ammar
"Kamu kan dah besar. Mama rasa nak rasa juga zuriat dari kamu. Mama nak kamu kahwin dengan Melissa." Kata mama Ammar
"Tapi kenapa tiba tiba je." Kata Ammar
"Tadi mama pergi ke pasar saya semua cerita pasal cucu. Mama nak rasa juga ada cucu sendiri. Lagi kan Melissa tu anak kawan mama. Mama kenal dia sangat lama. Lagipun kamu kan memang dah kenal dia jadi apa masalahnya." Kata mama Ammar
"Tapi kan ma. Kenapa dengan Melissa. Ammar tak suka sangat lah dekat dia. Lagi kan Ammar dah anggap dia seperti adik beradik kandung." Kata Ammar
"Habistu takkan mama nak dapat cucu dari adik kamu pula. Dia je mama tak paksa kawin. Mama memang nak jaga dia sendiri. Kamu tu kan sihat tubuh badan semua lengkap. Jadi kamu kena kawin lah." Kata mama Ammar
"Alaa ma sabar lah masa dan jodoh tiada lagi." Kata Ammar
"Apa kamu ingat jodoh itu turun dari langit ke." Kata mama
"Haha kalau ada memang nak mama." Kata Ammar
"Tiada mama tak kira. Ingat ye kalau kamu tak jumpe perempuan yang sesuai sebelum akhir bulan ini mama akan kawin kan kamu dengan Melissa." Kata mama
"Hmm ye lah mama." Kata ammar
Selepas itu Ammar terus masuk ke dalam biliknya. Bagi dirinya saat itu mama hanya mahu bergurau sahaja. Tak mungkin mama akan memaksa dirinya mengawini siapa sahaja perempuan yang tidak disukai oleh dirinya itu.
Keesokan harinya Ammar pun. bersiap dan bersedia untuk pergi ke tempat kerja. Apabila dia turun ke bawah melihat semua sedang makan pagi bersama sama.
"Eh Khalisa. Hari ni pergi sendiri ke nak abang hantar." Kata Ammar
"Boleh je. Kalau abang nak hantar pun boleh je. Kan mama dan papa." Kata Suzy
"Betul pergi dengan abang lah. Ouh ya Ammar kamu dah fikir kan apa yang mama cakap dekat kamu semalam." Kata mama
"Entah lah mama Ammar tak fikir pun lagi nak berumah tangga sekarang. Ammar nak fokus untuk kerja dan keluarga kita dahulu." Kata Ammar
"Ingat ye mama dah bagi tempoh kalau dah tempoh itu Ammar tak dapat cari gadis yang dapat menawan hati kamu. Mama akan siapkan perkahwinan kamu dengan Melissa terus." Kata mama
"Melissa tu siapa mama dan papa." Kata Suzy
"Melissa tu anak kawan mama sayang. Nanti kita jumpa kak Melissa ya bila kamu dah habis kerja ya." Kata mama
"Boleh. Hahaha. Teringin juga nak tengok Melissa yang mama duduk cerita ni. Manalah tahu. Nak juga tengok bakal kakak ipar hihi." Kata Suzy
"Ish kamu ni tak payah nak mengada lah. Sampai mati pun abang tak mahu kawin dengan Melissa tu gedik betul. Siapa je suka dekat dia tu." Kata Ammar
"Ish tak baik tahu menghina orang macam tu. Jangan benci sangat nanti jatuh cinta." Kata papa
"Takde lah pa. Ammar tak suka lah kena paksa paksa kawin ni." Kata Ammar
"Mama dan papa okey je dahulu kena kawin paksa. Bahagia je hidup kami sampai sekarang. Kadang kadang pilihan ibu itu ada juga yang terbaik." Kata papa
"Zaman papa lain. Tak pe lah kalau cakap dengan mama dan papa takkan menang punya. Jom lah Khalisa kita pergi kerja. Salam mama dan papa." Kata Ammar sambil mengheret tangan adiknya itu
"Aa. Okey. Ma pa Khalisa pergi ke tempat kerja dahulu ya. Sayang mama dan papa." Kata Suzy sambil salam bersama tangan mama dan papanya
Di dalam kereta,
"Eem abang. Melissa tu siapa? Kita pernah jumpa dia ke?" Kata Suzy
"Tak kot entah. Tapi dia tu abang tak suka sangat sebab dia tu kuat berdrama dari zaman sekolah lagi." Kata Ammar
"Ouh faham. Abang Suzy nak keluar dengan Mikayla dan alya petang ni boleh kan." Kata Suzy
"Boleh tapi naik kereta siapa? Maka abang hantar kan ke?" Tanya Ammar
"Eh tak mengapalah nanti Suzy naik kereta Mikayla je pun boleh. Abang pergilah ke tempat kerja abang dengan tenang sekali." Kata Suzy
"Okey lah kalau macam tu. Nanti ada apa apa perkara terus telefon abang tau." Kata Ammar
"Baik bang." Kata Suzy
Selepas itu mereka tiba di tempat kerja Suzy. Sampai sahaja Suzy terus salam tangan abangnya. Selepas itu barulah dia turun. Masuk sahaja di dalam pejabat Suzy terus pergi memulakan kerjanya. Sementara itu, Ammar pula pergi ke tempat photoshoot. Ramai mengambil nya pasa hari ini.
Habis sahaja Suzy dan alya pun tunggu Mikayla ambik di hadapan pejabat. Selepas beberapa minit menunggu Mikayla pun tiba di hadapan tempat kerjanya. Selepas mengambil alya dan Suzy mereka pun meneruskan perjalanan ke tasik sahaja. Merdeka pergi untuk membaca buku bersama sama. Sudah lama rasanya sudah membaca buku bersama sama.
Habis sahaja membaca buku mereka pun membeli air di gerai kecil.
"Eh tak pe lah saya bayarkan." Kata Suzy
"Eh okey." Kata alya
"Amboi mentang mentang sekarang sudah jadi anak Dato Rasyid ni. Bukan main kuat belanja ya. Syukur sangat Suzy yang sekarang jauh nampak lebih gembira dari Suzy yang suka pendam dahulu." kata Mikayla
"Heheh aku dah gembira kau bila. Kau tak mahu ke cari pengganti ilham." Kata Suzy
"Ermmm Aku susah lah nak buka hati untuk terima orang baru aku takut kena lagi entah lah." Kata Mikayla
"Eh maaf Mikayla aku nak gurau je. Tak mengapa aku faham. Ya walaupun arwah dah berapa bulan dah tinggalkan kau tapi rasa cinta akan dia tak akan pernah matikan dalam hidup kau." Kata Suzy
"Betul. Susah nak lupakan orang yang kita sayang ni tau." Kata alya
"Hehe. Tak mengapalah. Jom lepasni kita mahu pergi ke mana pulak nak balik pun masih awal lagi kan." Kata Mikayla
"Kita gi solat asar dahulu lah nak tak. Kat surau berdekatan Lama dah rasanya tak solat asar dekat surau itu." Kata Suzy
"Betul juga jom kita solat sama sama. Heheh" kata alya
Lalu mereka bertiga pun pergi ke surau itu untuk solat bersama sama. Habis sahaja solat mereka bertiga tekad untuk pulang ke rumah bersama sama. Mikayla menghantar Suzy sampai ke hadapan rumah Ammar Kerana itu adalah permintaan Suzy.
"Bye korang nanti jumpa lagi tau. Sayang korang." Kata Suzy sambil melambai tangan
Alya dan Mikayla pun lambai semuak tangannya. Selepas itu Mikayla dan alya pun gerak. Suzy pelik melihat kereta abangnya takda tetapi ada kereta lain yang berada di hadapan rumah Itu. Jadi tanpa membuang masa dia terus masuk ke dalam rumah. Dia melihat ada selipar orang yang tidak dikenali.
Jadi dia pun mencari mama di ruang tamu tiba tiba melihat ada orang lain.
"Ouh sayang mama Khalisa dah pulang. Melissa jadi ini adik kandung Ammar." Kata mama
"Adik eh Ammar ada adik ke. Rasanya kita pernah jumpa kan masa Ammar masuk dalam wad." Kata Melissa
"Ye eh entah tak ingat." Kata Suzy
"Haha Khalisa ni adik kandung Ammar yang telah lama berpisah. Panggil dia Suzy pun tak pe. Tapi aunty selesa panggil dia Khalisa macam nama sebenarnya. Khalisa meh duduk minum dengan mama dan akak Melissa meh sayang." Kata mama
"Tak mengapalah mama. Khalisa penat. Khalisa masuk dahulu ya." Kata Suzy
Lalu Suzy pun masuk ke dalam biliknya. Masuk sahaja Suzy atau nama sebenarnya Khalisa di dalam bilik dia terus berkata sendiri "Mungkin betul apa abang kata. Perempuan tu tak sesuai jadi akak ipar aku. Ada ke patut dia pandang aku atas bawah Ishhh."
Di ruang tamu
"Ouh Ammar ada adik. Umur berapa dia?" Kata Melissa
"Umur dia dua puluh empat tahun kenapa Melissa tanya." Kata mama
"Takde apalah. Aunty. Melissa rasa macam nak balik dahulu lah. Ouh ya kalau ada baju nak tempah jom lah ke butik banyak design baru." Kat Melissa
Mama pun mengangguk kepalanya sambil tersenyum manis. Selepas itu Melissa pun pulang ke rumah. Kebetulan Ammar pun tiba di rumah selepas beberapa minit dia keluar
"Assalamualaikum mama." Kata Ammar
"Waalaikumussalam ha Ammar dah balik. Kenapa amma tak balik awal sikit kalau tak boleh berjumpa dengan Melissa dia baru sahaja pulang tadi." Kata mama
"Eh tak mengapalah mama. Bosanlah nak jumpa dengan dia. Bukan ada benda menarik pun dekat dia." Kata Ammar
Selepas itu Ammar terus naik dan masuk ke dalam biliknya. Baru sahaja Ammar meletakkan barangnya di atas katil tiba tiba Suzy yang sedang lalu pun terus melencong masuk ke dalam biliknya.
"Abang, baru balik ke?" Tanya Suzy
"Haha Suzy. Abang baru sahaja balik. Kenapa tiba tiba masuk bilik abang ni." Kata Ammar
"Eh haha sengaja je. Abang." Kata Suzy
"Ye adikku ada apa." Kata Ammar
"Tadi kan perempuan yang abang cerita tu datang. Mungkin betul kata abang dia tu macam tak sesuai je jadi akak ipar. Dah lah gedik betul suara. Sibuk je." Kata Suzy
"Kan abang pun tak suka sangat dengan dia. Abang pun tak tahulah apa yang menarik sangat dia tu di mata mama. Abang jujur daripada abang kawin dengan dia baik abang kawan dengan monyet." Kata Ammar
"Hahaha lucu lah abang ni. Habistu dah jumpa calon ke. Bukan mama suruh abang cari calon ke kalau tak abang kena paksa kawin dengan perempuan tu jugak." Kata Suzy
"Ada kawan awak tu ha Mikayla. Eh takde lah gurau je." Kata Ammar
"Hmmm suspended. Eh tak mengapalah adik nak pergi bilik adik dulu. Bye. Selamat malam." Kata Suzy
"Okey good night juga." Kata Ammar.
Selepas sahaja Suzy keluar dari bilik itu Ammar terus terbaring. Lalu dia berfikir "Kenapa aku rasa aku masih lagi ada perasan dekat Mikayla ye."
Selepas itu ammar pun terlelap. Keesokan harinya, Ammar bangun. awal pagi dan makan pagi bersama ahli keluarganya.
"Eh Ammar Suzy makanlah termenung apa depan makanan tu." Kata papa
"Eh hahaha okey pa." Kata Suzy
"Ouh ya. Papa dah bincang dengan bapa ilham untuk tukarkan tempat kerja Suzy lagi. Suzy akan jadi kerja bawah papa. Lepas kawan kamu yang nama alya tu akan gantikan kamu." Kata papa
"Eh. Kenapa Suzy." Kata Ammar
"Pada awalnya papa nak lantik kamu tapi kan kamu tak mahu. Sibuk lagi dengan kerja photoshoot apa semua tu. Jadi papa tekad untuk ambik Suzy sahajalah." Kata papa
"Bagus juga adik satu tempat kerja dengan papa. Ye lah ada lah orang tengokkan adik dekat pejabat." Kata mama
"Tapi. Hmm ikutlah." Kata ammar
Selepas itu mereka masing masing pun pergi ke tempat kerja. Suzy menaiki kereta papa kerana dia tak pernah pergi ke syarikat papa pada sebelum ini. Ini adalah kali pertama dia jejakkan kakinya ke sana.
Sampai di hadapan syarikat papa,
"Wah besarnya syarikat papa. Serius cantik gila." kata Suzy
"Tiada apalah sayang kecil je ni. Jom masuk kita tunjukkan bilik kamu." Kata papa
Lalu mereka pun masuk ke dalam bersama sama. Papa membawa ke blok untuk diserahkan kepada Suzy.
"Hi semua. Saya memperkenalkan ni anak bongsu saya nama dia Khalisa. Dia akan menjadi CEO dekat syarikat ini. Dia baru lagi menjadi CEO jadi saya harap semua boleh tunjuk ajar kepada dia. Terutama sekali Ahmad." Kata Dato'Rashid
"Eh tapi kenapa saya Dato'" Kata Ahmad
"Sebab sebelum ini kan awak telah menjadi CEO buat sementara sekarang awak akan menjadi pembantu Suzy. Saya harap awak boleh tunjuk ajar kepada dia. Jom sayang papa tunjuk bilik kamu." Kata Dato'Rashid
"Okey pa." Kata Suzy
Lalu papa dan Ahmad mengiringi ke bilik Suzy. Suzy terkejut melihat biliknya yang begitu besar pertama kali rasanya menjadi CEO. Jadi dia pun masuk ke bilik itu. Selepas melihat Suzy gembira papa dan Ahmad pun keluar dari bilik itu.
"Erm bos dia ni ada pengalaman ke dalam pekerjaannya ni." Kata Ahmad
"Yup dia berpengalaman sebelum ini dia kerja dibawah company kawan baik saya sekarang saya mahu ambik dia bawah company saya." Kata Dato'Rashid
"Okey lah kalau macam tu senang sikit kerja saya." Kata Ahmad
Lalu mereka pun masing ke bilik kerja masing masing. Oleh kerana hari pertama Suzy tidak tahu mahu membuat kerja apa jadi dia pun mengacau Mikayla dan Alya dengan cara menelefon mereka.
(Perbualan mereka bertiga)
"Eh korang. Korang sibuk ke hihi." Kata suzy
"Tak eh Suzy kau dekat mana tu macam dekat pejabat lain je. Kau kena jumpa client eh." Kata Mikayla
"Bukan suzy dah kerja bawah tempat kerja bapak dia. Sekarang aku lah kena gantikan tempat dia hmm." Kata alya
"Wah jadi PA lagi ke." Kata Mikayla
"Tak aku jadi CEO macam kau lah. Weh Mikayla susah ke jadi CEO ni." Kata Suzy
"Bolehlah. Sebab aku tiada pa lagi sejak kematian arwah. Memang papa ilham tak mahu ambik pekerja bawah aku lagi. Jadi semua aku kena handle sendiri." Kata Mikayla
"Best ah korang dua dua dah jadi CEO aku bila pula ni nak jadi CEO." Kata alya
"Alaa kau ni. Sama je CEO ke tak ke. Kau tahu Pa tiadalah banyak kerja macam CEO ni aku kan pernah juga jadi PA." Kata Mikayla
Tiba tiba pintu bilik Suzy di Ketuk
"Eh tak mengapa lah kiranya nanti kita sembang balik. Ada orang nak masuk bilik aku tu. Nanti kita telefon lagi okey. Bye love you guys." Kata Suzy
Lalu mereka bertiga pun menamatkan panggilan itu. Selepas sahaja itu Suzy terus berkata "Masuklah"
"Hi nama Khalisa kan." Kata Ahmad
"Haah. Tapi panggil Suzy pun okey. Keluarga saya je panggil nama sebenar Khalisa tu." Kata Suzy
"OUH. Jadi Dato' kata awak dah berpengalaman kan jadi lebih senang lah saya nak ajar awak ni kan." Kata Ahmad
"Bolehlah. Erm tapi saya buka berpengalaman jadi CEO tau." Kata Suzy
"Eh tak mengapa kita belajar slow slow. Awak jangan risau. CEO ni takde lah susah manapun tapi banyak masa relax." Kata Ahmad
"Ouh faham faham. Jadi saya pula nak tanya awak. Awak dah lama ke kerja dengan papa saya tu." Kata Suzy
"Kenapa tanya? Nak kata lama tu ada lah dua tiga tahun. Ouh tah kalau awak nak tahu semua pekerja dekat sini pelik tahu. Diaorang ingat kan awak ni anak angkat. Sebab Dato'tak pernah cerita pun yang dia ada anak perempuan." Kata Ahmad
"Hihi saya pun baru bertemu diaorang tahun ini." Kata Suzy
"Ouh jadi betulkah kata diaorang awak ni anak angkat." Kata Ahmad
"Eh bukan saya anak kandung tapi saya telah dihantar ke rumah orang lain masa kecil. Sekarang baru dapat jumpa diaorang semula " Kata Suzy
"Ouh ye ke saya faham. Mesti masa awak baru tahu tu awak sedih sangat sangat kan." Kata Ahmad
"Semestinya tapi dah lama lama saya dah cuba biasakan diri. Okey saya dah boleh terima keadaan. Lagipun sekarang diaorang layan saya dengan baik sekali tak pernah naik tangan dekat saya pun." Kata Suzy
"Memang Dato'dan datin tu bukan orang yang suka Naik tangan tapi diaorang tu jenis apa yang diaorang nak pasti kena dapat." Kata Ahmad
"Ouh betul tu. Ouh ya Ahmad nak ajar saya yang mana." Kata Suzy
"Hari ni Dato' kata awak tak perlu kerja lagi. Awak rehat dulu esok baru mula kerja. Nanti saya mula ajar awak esok hari." Kata Ahmad
"Ouh okey baik Ahmad." Kata Suzy sambil senyum
Selepas itu mereka berdua pun bersembang kosong. Mereka berborak sambil bergelak ketawa bersama sama di dalam bilik Suzy.
Waktu rehat telah tiba,
"Suzy jom nak ikut papa makan dekat bawah tak." Tanya papa
"Boleh pa. Papa turun dahulu ke bawa nanti suzy turun sekali." Kata Suzy
"Okey papa turun dahulu ya " Kata papa
Lalu papa pun turun terlebih dahulu. Suzy pula pergi mengambil beg dan terus turun mengikut papanya. Mereka makan bersama sama. Pada awalnya mereka hanya makan berdua tetapi bila Ahmad turun
"Hi Dato' boleh saya masuk makan sekali dengan Dato dan Suzy." Kata Ahmad
"Siapa Suzy panggil dia cik Suzy. Boleh je pergilah pesan makanan." Kata Dato' Rashid
"Baik Dato' terima kasih Dato' bagi saya makan sekali." Kata Ahmad
Selepas siap Ahmad memesan makanan mereka pun berborak.
"Ahmad kamu jangan nak mengorat anak saya ni pula. Kalau saya tahu awak mengorat dia siap awak ye." Kata Dato' Rashid
"Eh tiada lah Dato' siapa lah berani anak mengorat anak kesayangan Dato' ni." Kata ahmad
Suzy tersenyum malu di situ.
"Hmm boleh percaya ke kamu ni. Kamu tu dah lah pantang nampak gadis cantik sikit. Dah makan tu makanan dah sampai tu." Kata Dato'Rashid
Lalu mereka bertiga pun makan bersama sama
Habis sahaja makan Dato'Rashid dia pun bangun bayar. Habis bayar dia kembali semula ke meja itu.
"Ahmad kamu tak payah bayar lagi dah saya dah tolong bayar tu untuk kamu sekali." Kata Dato'Rashid
"Eh betul ke Dato' alolo comel lah Dato' ni belanja pekerja." Kata Ahmad
"Ish kamu ni dah kenapa karang aku luku menangis kau kejap lagi ha. Dah pergi kembali ke pejabat. Jangan nak ponteng kerja." Kata Dato'Rashid
"Baik Dato'." Kata Ahmad sambil tersenyum melihat SuzyDownload Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (347)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
Alahai best sangat cerita ni..ada sedih ada suka..
02/07/2022
1novel awak menarik sangat lah. saya tertarik sangat baca sampai habis. hihi thanks awak !
10d
0interesting 💞
21d
0View All