Homepage/Kekasihku ulat buku/
Chapter 21 Ammar memujuk Mikayla terima lamaran
"Tak mengapalah abang adik pun nak keluar masuk bilik adik dahulu. Selamat malam bang." Kata Suzy
Lalu mereka semua pun tidur oleh kerana sudah malam. Keesokan harinya, semua pergi ke tempat kerja selepas selesai makan pagi. Di dalam perjalanan Suzy menelefon Mikayla dan alya.
(Perbualan mereka bertiga)
"Erm korang jom jumpa?" Kata Suzy
"Kenapa tu? Nak pergi mana?" Tanya alya
"Jom teman aku pergi jumpa ibu angkat aku lepastu kita pergi kedai buku hihi. Tapi nanti lah lepas habis kerja. Bawa kereta sendiri sendiri pun tak mengapa." Kata Suzy
"Aku onz je. Lagipun aku stress banyak kerja tau dekat pejabat ni." Kata Mikayla
"Betul tu. Jadi onz je. Bukan selalu nak realese tention kan hihi." Kata alya
"Okey onz eh dalam pukul tiga setengah macam tu jumpa dekat depan kedai nasi lemak makcik okey." Kata Suzy
Mereka berdua pun membalas okey. Selepas itu mereka pun menamatkan panggilan. Suzy pun bergerak pergi ke tempat kerja.
Sampai sahaja di tempat kerja masing masing pun melakukan kerjanya. Suzy juga melakukan kerja. Waktu rehat telah tiba Suzy terdapat banyak kerja jadi dia tidak turun membeli makanan.
Tiba tiba pintunya diketuk park... park..
"Ye masuk lah." Ujar suzy
"Buzy ke heheh." kata Ahmad
"Haha Ahmad buzy sikit. Biasalah baru beberapa minggu kan masuk banyak lah sikit. Ni ada apa masuk pejabat saya ni. Ada apa apa perlu saya tanda tangan ke." Kata suzy
"Eh tiada. Ni ha saya ada belikan makan sikit untuk awak. Ye lah awak kerja je. Nanti papa awak risau pula anak dia tak makan sibuk Ngan kerja je." Kata Ahmad
"Auchhh sweet lah Ahmad ni terima kasih ye. Kejap lagi saya makan." Kata Suzy
"Alaa makan lah sekarang. Baru nak ajak makan sama sama." Kata Ahmad
"Hmm. Ye lah jom lah makan sama sama. Apa lah Ahmad ni dah besar pun nak merajuk alolo." Kata Suzy
"Hahaha mana ada merajuk lah. Saya lelaki mana lah boleh nak merajuk." Kata ahmad
"Iya iya lah tu terima kasih ingat saya." Kata Suzy sambil membuka dan merasa makanan itu
"Sama sama sedap tak?" Tanya Ahmad
"Mestilah sedap tiada lagi saya makan tidak sedap heheh." Kata Suzy
"Alhamdulillah makan lah ya sampai habis hehe." Kata Ahmad
Lalu mereka berdua pun makan bersama sama sambil bergelak ketawa. Suzy selesa berborak dengan Ahmad walaupun baru sahaja mengenali dirinya. Bagi Suzy Ahmad sangat baik.
Selepas selesai makan mereka pun pergi tempat masing-masing untuk menyambung kerjanya. Selepas selesai kerja Suzy pun bersiap untuk mahu pulang. Jadi dia pergi ke bilik papanya
"Assalamualaikum." Salam Suzy
"Ye Khalisa nak balik dah ke." Kata papa
"Haha pa. Tapi pa bukan balik terus Khalisa nak keluar dengan kawan kawan kejap. Selepas keluar dengan mereka baru Khalisa balik rumah." Kata Suzy
"OUH jadi masuk bilik papa ni nak mintak kebenaran ya." Kata papa
"Haha pa macam tu lah kira kira heheh " Kata Suzy
"Okey boleh je pergi. Tapi ingat jangan balik lewat sangat. Balik sebelum maghrib tau. Ni nak duit tak" Kata papa
"Eh tak mengapalah papa duit Khalisa ada je lagi." Kata Suzy
"Okey jalan hati hati sayang." Kata papa
Selepas itu Suzy pun keluar masuk ke dalam kereta dan terus bergerak ke simpang tempat mereka janji untuk berkumpul selepas selesai berbincang mereka tekad untuk ke gerai makan berdekatan sahaja.
Di kedai makan,
"Kenapa Suzy nak ajak jumpa." Kata Mikayla
"Ermmm macam ni sengaja nak ajak korang keluar. Ye lah masing masing sibuk dengan kerja sekala kena juga keluar kan hihi." Kata Suzy
"Betul kata Suzy tu. Kita bukan boleh jumpa tiap tiap hari. Bila keluar ni gembira sangat. Bercakap dalam telefon tak syok wooo." Kata alya
"Hahaha tau tak pe." Kata Mikayla
"Eh korang tak mahu pesan makanan ke." Kata alya
Lalu mereka bertiga pun memesan makanan sehingga makanan tiba di meja mereka.
"Wey Mikayla aku nak tanya hari itu abang aku ada jumpa kau ke." Kata suzy
"Haha Wey dia cerita dekat kau ke." Kata Mikayla
"Haa jumpa sebab apa Wey nak tahu hak cerita." Kata alya
"Ish sibuk tahu alya ni. Ni ha kau tak mahu ke buka hati untuk abang aku tu." Kata Suzy
"Entahlah Suzy. Kau tahu kan perangai aku. Aku susah nak buka hati untuk menggantikan tempat arwah ilham tu. Entahlah aku masih tak sedia untuk terima orang baru masuk ke dalam hati aku buat masa ini." Kata Mikayla
"Ha Ammar suka dekat Mikayla ke?" Kata alya
"Haha abang aku cerita dia dah lama jatuh hati dekat Mikayla. Tapi tu lah dia takut nak cakap. Tapi kan Mikayla kau tak mahu ke bagi peluang dekat dia." Kata Suzy
"Jadi sebenarnya kau ajak kami jumpa tu nak kata pasal perkara ini ke sebenarnya Suzy." Kata Mikayla
"Ye sebenarnya aku nak tanya kau sendiri je. Kau tahu aku kesian dekat abang aku tu. Dia selalu juga terperap dalam bilik. Katanya tak selera sangat nak makan selepas dia jumpa dengan kau." Kata Suzy
"Habistu tiada siapa nak kesian dekat aku. Maafkan aku Suzy tapi aku perlukan masa untuk berkenalan dengan orang dengan lebih mendalam. In Sha Allah kalau aku dah sedia aku bagitau kau " Kata Mikayla
"Tapi sampai bila. Hmm. Aku malas nak masuk campur. Tapi aku hanya kesian je. Aku harap kau cepat buka hati untuk terima orang baru dalam hidup kau." Kata Suzy
"InshaAllah Suzy. Nanti bila aku dah sedia untuk terima orang baru aku akan bagitau kau. Tapi bukan dalam terdekat ni." Kat Mikayla
"Dah ah korang ni sampai bila nak sembang makanan pun tak habis lagi takkan aku nak habiskan semua makanan ini." Kata alya mencela
Lalu mereka pun bergelak ketawa sambil makan bersama sama. Habis sahaja makan mereka pun berborak.
"Kita nak pergi mana lagi lepas ini?" Kata alya
"Balik lah kot solat isya' dah nak masuk aku kena balik dah. Selamat tinggal korang nanti jumpa lagi ye. Ouh ya Mikayla fikirkan lah ya baik baik." Kata Suzy
Alya senyum manakala Mikayla mengangguk kepalanya. Selepas itu masing masing pun pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah Mikayla terus mandi dan solat asar kerana tepat masuk waktu. Habis sahaja solat Mikayla pun tadah tangan dan berdoa.
(Doa Mikayla)
"Ya Allah. Aku juga was was dengan diri aku. Ya Allah bukakanlah hati aku untuk terima orang lain. Temukan lah aku dengan orang sebaik arwah. Temukan aku dengan seseorang yang boleh pimpin aku masuk ke dalam syurga. Amin amin"
Habis sahaja berdoa Mikayla pun bangun dengan memakai telekung pergi ke arah kotak sayang dia meletakkan surat kuning yang dia dapat itu. Dia mahu membaca kan lagi.
"Sayang awak memang kuat. Sayang awak hebat. Semua orang sayang awak. Awak berhak gembira. Awak bukalah hati awak. Terima lah orang yang betul betul sayangkan awak ya." Surat pertama
Baru surat pertama Mikayla sudah jatuhkan air mata. Mikayla tidak dapat menahan sebak. Mikayla juga tertanya tanya siapakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh arwah itu sebenarnya.
Keesokan harinya, Mikayla tidak pergi ke tempat kerja. Dia berasa mahu pergi ke rumah ibu dan bapa arwah. Sudah lama rasanya dia tidak melawat. Lebih baik dia pergi ke sana untuk melawat keluarga arwah. Jadi dia pun memandu selama beberapa jam ke sana
Tiba di rumah keluarga arwah ilham,
"Assalamualaikum mama papa." Kata Mikayla
"Waalaikumussalam oh Mikayla jemputlah masuk ke dalam. Datang sorang ke." Kata mama ilham
"Haah ma datang sorang je. Mama sihat ke." Kata Mikayla sambil salam tangan mama ilham
"Sihat je alhamdulillah. Jemputlah masuk Mikayla. Mama buat air kejap ye. Pergilah duduk dekat ruang tamu tu dulu ya." Kata mama ilham
Mikayla pun berjalan ke ruang tamu. Manakala mama pergi masuk ke dapur untuk membancuh air. Oleh kerana Mikayla bosan menunggu jadi dia terlalu di hadapan bilik ilham. Dia pun beranikan diri untuk masuk ke dalam bilik itu.
Apabila dia masuk dia melihat bilik ilham sungguh kemas. Terdapat gambar ilham di dinding. Ada juga gambar Mikayla bersama ilham. Ammar bersama ilham . Dan ilham bersama keluarganya. Barulah Mikayla tahu yang siapa sahaja ilham sayangi dia akan letakkan gambar di situ.
Sedang Mikayla berjalan dia terlihat ke arah rak buku. Dia terus terkejut. Terkeluar air matanya. "Ya Allah banyak nya buku arwah." Mikayla sebenarnya tidak tahu ilham juga suka membaca tapi dia sangat sibuk dengan perkara lain. Mama yang perasan Mikayla masuk ke bilik ilham terus bergerak masuk juga.
"Ye ilham juga mempunyai minat yang sama seperti Mikayla. Dia ada cerita dia mula jatuh hati dengan Mikayla kerana Mikayla lain dari yang lain. Sanggup curi curi masa untuk membaca buku. Dia memang suka membaca buku. Dia ingin mencari orang yang mahu temannya untuk membaca buku sehingga lewat malam." Kata mama dari belakang
"Ya Allah. Mama maaf ye Mikayla masuk bilik arwah senyap senyap. Mikayla rindu sangat dekat dia." Kata Mikayla
"Tak mengapa mama faham. Jom Mikayla kita keluar pergi minum sambil bercerita tentang arwah bersama sama." Kata mama ilham
"Baiklah" Kata Mikayla
Lalu mereka berdua pun keluar dari bilik ilham dan bergerak ke ruang tamu untuk menjamu air yang dibancuh oleh mama ilham itu.
"Mikayla minum dahulu ya sayang. Mama ada nak ambik barang kejap." Kata mama ilham
"Baik mama." Kata Mikayla
Lalu Mikayla pun menjamu air itu. Mikayla sangat sebak melihat rumah itu.
"Mikayla sayang. Ni diary arwah. Dia suruh bagi dekat Mikayla sebelum dia pergi. Untuk pengetahuan Mikayla. Mama dan papa sudah tahu yang arwah tak kan hidup lama. Dia memang ada kanser. Tapi mesti dia tak pernah ceritakan pada Mikayla kan. Sebab itu mama dan papa hanya menyokong sahaja apa yang dia mahu. Kami tak mahu dia stress." Kata mama ilham dengan suara sebak
"Faham ma. Arwah tak pernah cerita masalah dia dekat Mikayla. Pada awalnya Mikayla juga tertanya tanya ilham ni tiada benda pahit ke yang dia alami kerana setiap kalau Mikayla ajak dia cerita tapi dia menolak." Kata Mikayla
"Betul ilham dia seorang tak mahu cerita dekat orang masalahnya. Jika dia ada masalah dia akan kunci pintu. Menangis seseorang dalam bilik dari dahulu lagi. Mama dan papa juga dia tak mahu ceritakan. Dia lebih suka pendam." Kata mama
"Mama. Boleh tak Mikayla mahu minta satu permintaan sahaja. Kalau mama ada masalah tolong luahkan pada Kayla. Kayla memang dah sayang mama juga macam mana Kayla. Walaupun mama tak sempat jadi ibu mertua tapi kasih sayang Kayla tak lari seperti menantu." Kata Mikayla
"Mama faham kenapa ilham sangat sayangkan Kayla. Kayla memang anak yang sangat baik. Pandai hormat orang tua. Mama juga sayangkan Kayla macam anak sendiri. Mama dah kehilangan dua orang anak mama tak mahu hilang' kamu pula " Kata mama
"Ha dua. Ilham ada adik ke." Kata Mikayla
"Ye, ilham dahulu seorang yang periang tapi sejak adiknya mati dia tidak lagi gembira. Dia tidak sempat jumpa lama bersama adiknya. Mikayla bantu sedekah kan bacaan AL Fatihah ye sayang." Kata mama ilham
"InshaAllah maaa. Mikayla juga baru tahu tentang ini. Mama ibu yang sangat kuat. Mikayla tidak kuat kalau Mikayla berada di tempat makan sekarang. " Kata Mikayla
"mama juga tidak kuat seperti kamu sangka kan sayang tapi mama akan cuba untuk kuat." Kata mama ilham
"Mikayla sentiasa doakan mama dapat tempuh apa sahaja yang dihadapi." Kata mikayla
"Hmm. OUH ye lupa mama mahu tanya Mikayla tidur sini ke. Ataupun pulang ke rumah." Kata mama ilham
"Maaf ma buat masa ini Mikayla tidak boleh tidur di sini kerana ibu Mikayla tiada siapa mahu jaga. Nanti Mikayla bawa ibu datang. Boleh tidur sama mama sekali." Kata Mikayla
"Hihi. Okey sayang. Mama sentiasa tunggu. Rumah ini sentiasa terbuka untuk MU Mikayla." Kata mama ilham.
Tiba tiba papa ilham pun pulang ke rumah.
"Eh Mikayla. Ada dekat rumah tak pergi pejabat ye hari ini." Kata papa ilham
"Haah pa. Mikayla minta cuti. Nak melawat mama rindu sangat." Kata Mikayla
"Papa faham. Patutlah papa rasa seperti mahu pulang ke rumah sahaja hari ini. Ermmm mama ada masak apa apa ke untuk papa." Kata papa ilham
"OUH haha. Ada masak tu dekat dapur. Mikayla meh makan sekali dengan kami." Kata mama ilham
"Hihi boleh. Lama juga tidak rasa air tangan masakan mama ni hehehee." Kata Mikayla
Mereka pun pergi ke meja makan bersama sama. Merak pun makan bersama sama.
"Mikayla papa nak cakap ni. Ni pesan dari arwah. Selepas dia dah pergi. Carilah pengganti dia ikut citarasa Mikayla. Mikayla juga layak gembira. Mama dan papa pun tidak kisah. Kami juga mahu lihat Mikayla gembira." Kata papa ilham
"Betul Mikayla kami sentiasa izinkan sahaja." Kata mama ilham
"Terima kasih mama dan papa. Tapi buat masa ini. Mikayla tidak berasa seperti mahu bercinta atau berkahwin ke atau apa apa. Mikayla nak fokus pada keluarga dan kerja dahulu." Kata Mikayla
"Kami faham. Kamu pun tak mahu memaksa Mikayla. Tetapi tujuan kami bagitau. Kami takut disebabkan arwah Mikayla takut mahu buka hati untuk orang lain." Kata papa ilham
"InshaAllah papa. Kalau ada jodoh lambat ke cepat Mikayla akan kawin jugakan." Kata Mikayla
"Hihi betul tu." Kata papa ilham
"Mikayla tambah lah makanan tu sikit betul makan tu." Kata mama ilham
"Jemputlah makan juga. Hehe. Mikayla rasa Mikayla makan banyak dah ni." kata Mikayla
Selepas itu mereka sambung makan. Habis sahaja makan mereka bertekad mahu pulang kerana sudah lambat baginya. Sebelum pulang Mikayla telah mengambil diary yang diberi oleh mama ilham. Mikayla juga memeluk dan salam mama ilham. Mahu salam papa tidak boleh kerana haram.
Jadi selepas itu dia terus masuk ke dalam kereta dan memulakan perjalanan pulang ke rumah. Tetapi dalam perjalanan Mikayla berhenti di hadapan tanah perkuburan untuk melawat kubur arwah.
Di hadapan kubur,
"Awak saya datang melihat rumah baru awak ni. Saya sentiasa doakan awak masuk ke dalam syurga." Kata Mikayla
Mikayla pun mencium batu nisan dan masuk ke dalam kereta semula. Selepas itu dia sambung perjalanan hingga sampai ke rumah. Sampai sahaja ke dalam rumah. Mikayla penat jadi selepas solat dia terus tidur.
Bangun sahaja pagi keesokan harinya, Mikayla terus solat subuh dan sedekah bacaan yasin untuk arwah. Mikayla juga menangis. selepas itu dia pun beranikan dia membuka diary arwah ilham itu. Mikayla belum baca lagi baru lihat muka surat pertama sudah nangis.
"Kadang kadang penat menjaga perasaan orang lain sehingga perasaan sendiri tiada siapa yang mahu jaga." Itu ayat pertama di dalam buku ilham. Dibawa perkataan itu ada sebuah lukisan.
Lukisan itu Mikayla juga tidak mengerti tetapi Mikayla faham biasanya orang akan luahkan perasaan pada lukisan. Selepas itu Mikayla siap sedia untuk pergi ke pejabat. Mikayla turun dan pergi makan pagi bersama keluarga.
Di meja makan,
"Mikayla okey tak ni sayang. Kenapa mata Mikayla sembam tu. Mikayla nampak pucat. Mikayla okey tak ini " Kata ibu
"Mikayla okey je ibu. Ibu jangan risau ya. Mikayla okey sahaja. Makanlah ya ibu." Kata Mikayla
Selepas itu Mikayla berasa tidak selera dia pun berdiri pergi ke hadapan pintu tiba tiba dia jatuh pengsan. Ibu dan ayah yang ketika itu sedang makan terus berlari ke arah mikayla.
Tanpa membuang masa ayah mengangkat Mikayla meletakkan di atas kerusi. Manakala ibu terus menelefon doktor untuk datang memeriksa Mikayla. Selain itu mama tidak lupa menelefon alya dan Suzy.
Selepas beberapa minit alya, Suzy dan doktor pun tiba.
"Jangan risau yang tuan dan puan. Mikayla ni tiada apa apapun. Mungkin dia stress. Dia hanya perlukan banyak berehat. Nanti saya bagi ubat." Kata doktor
"Ermmm betul ni biasa je kan." Kata ibu mikayla
"Ye puan tapi kalau ada sebarang masalah boleh terus ke hospital ya. Ni dia ubat. Kalau ada apa apa lagi terus maklum kan ya. Saya mintak diri dahulu ya." Kata doktor sambil menghulurkan ubat.
Selepas itu ayah mengiringi doktor ke kereta. Sementara itu alya dan Suzy pun memeluk Mikayla
"Kenapa ni Mikayla. Awak tak tidur ke semalam. " Kata Suzy
"Betul tu nampak pucat betul. Janganlah macam ni. Jangan lah stress stress kami ada. Apa apa maklumlah kepada kami. Janganlah buat kami ni risau. Kesian dekat ibu ayah awak juga. Tengok ayah awak tak pergi kerja sebab awak." Kata alya
"Hmm maaf semua. Ayah maafkan Mikayla ye. Ayah tak perlulah kerja lagi. Biar Mikayla sahaja cari rezeki untuk keluarga." Kata Mikayla
"Tak mengapa tentang ayah. Kamu tu. Macam mana kamu mahu cari rezeki jika kamu lemah semangat macam ini." Kata ayah
"Betul kata uncle. Kau nak bantu keluarga kau. Jadi kau kena kuat. Arwah dah lama tinggalkan kau maka kau kena move on Mikayla." Kata Suzy
"Hmm. Ibu ayah Mikayla mahu masuk ke dalam bilik dahulu boleh ke." Kata Mikayla
Suzy dan alya pun memimpin Mikayla sampai lah ke dalam bilik Mikayla.
"Alya, Suzy cuba buka almari itu. Ambik buku itu." Kata Mikayla
"Okey." Kata alya. Sambil berjalan ke arah laci. Dia pun mengambil buku itu dan pusing semula ke arah Mikayla.
"Nah buku siapa ni. Tak pernah tengok pun buku siapa ni Mikayla." Kata alya
"Betul tu buku siapa ni Mikayla. Mana awak dapat buku ini." Kata Suzy
"Ni buku diary arwah. Semalam Mikayla pergi ke rumah mama dan papa ilham. Nak melawat. Mama ilham memberi buku ini. Mikayla tak tahu kenapa lihat buku itu sahaja juga mahu nangis." Kata Mikayla
Lalu Suzy pun membuka buku itu.
"Ermmm cuba tengok ni alya Mikayla. Cuba fokus pada lukisan di muak surat pertama ini. Ermmm Mikayla kalau awak nak tahu apa saya belajar. Lukisan ini biasanya ada makna." Kata Suzy
"Hmmm. Apa kata kita jumpa pakar. Kita boleh tanyakan. Tapi kena tunggu Mikayla dah kuat sikit. Kalau nak pergi macam ni. Buatnya pitam tengah jalan kan jadi satu kerja" Kata alya
"Hihi. Esok kita pergi ya korang. Maaf. Terima kasih teman kan saya. Sanggup ambik cuti semua aku." kata Mikayla
"Ala Mikayla kita kan kawan baik. Kena lah bantu ketika susah dan senang. Kalau bukan kawan sendiri siapa lah lagi kan mahu tolong." Kata Alyaa
"Betul ni lah gunanya Sahabat." Kata Suzy
Selepas itu mereka bertiga pun berpelukan. Selepas habis berbual alya dan Suzy pun turun ke bawah untuk pulang tetapi sebelum pulang dia bertemu dahulu dengan ibu dan ayah Mikayla.
"Aunty uncle. Kami minta diri dahulu. InshaAllah apa apa kita sembang. Aunty dan uncle pun jaga diri ya." Kata Suzy
"Baiklah Suzy. Suzy dan alya pun hati hati. Elok elok atas jalan. Terima kasih selalu berikan kata kata semangat untuk Mikayla." Kata ibu Mikayla
"Tiada apa lah aunty. Kami kan kawan baik dia. InshaAllah apa kami boleh bantu kami akan cuba bantu. Kami mintak diri dahulu ya aunty." Kata Suzy
Lalu mereka pun pulang ke tempat kerja masing masing. Habis sahaja kerja mereka pulang ke rumah terus.Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (347)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
Alahai best sangat cerita ni..ada sedih ada suka..
02/07/2022
1novel awak menarik sangat lah. saya tertarik sangat baca sampai habis. hihi thanks awak !
10d
0interesting 💞
21d
0View All