Homepage/Kekasihku ulat buku/
Chapter 24 Suzy masuk ward
Selepas habis dari kerja Suzy menaiki kereta papanya kerana mahu mendengar cerita papa tentang Ahmad ketika itu.
Di dalam kereta,
"Khalisa. Sebelum ni papa memang sudah pesan jauhkan diri dari Ahmad. Hanya berbicara dengan nya jika ada urusan sahaja. Kerana dia tu memang suka goda pekerja pekerja papa. Papa hanya memikirkan tentang isterinya sahaja kalau tidak sudah lama papa berhenti dia kerja." Kata papa
"Hmm. Dia berjaya buat khalisa jatuh cinta pada dia. Tapi dia memang perangai sebegitu ya papa. Khalisa menyesal mengenalinya." Kata Suzy
"Tak mengapa tetapi hanya perlu jauhkan diri daripada dia sahaja. Tetapi jika dia ada kacau kamu Segera laporkan kepada papa ya." Kata papa
Suzy hanya mengangguk kepalanya. Selepas itu mereka tiba di rumah. Suzy terus menonong masuk ke dalam biliknya sahaja. Dia terus menangis sendirinya.
Ammar pada itu pulang lalu di hadapan bilik adiknya terdengar suara adiknya menangis terus mengetuk pintu dan masuk ke dalam bilik Suzy
"Adik kenapa ni. Kenapa ni okey ke." Kata Ammar
"Kenapa orang itu buat kita jatuh cinta selepas itu dia khianati kita." Kata Suzy
"Siapa yang adik maksudkan. Adik pernah bercinta ke sebelum ni. kenapa adik tak pernah cerita apa apa pun dekat abang." Kata Ammar
"Sebab adik tak suka cerita dekat orang kebahagiaan adik. Tetapi hari ini dia cakap dia suka adik. Bila adik tanya papa. Papa kata dia dah kawin maksudnya apa bang." Kata Suzy
"Ni mesti Ahmad kan. Pekerja yang papa selalu cerita tu ye." Kata Ammar
"Yee huaaaa. Adik tak sangka adik salah seorang daripada mangsa buaya begitu." Kata Suzy
"Tak mengapalah adik. Mungkin dia tu bukan jodoh adik. Adik kena terima itu. Sebagaimana adik pernah pesan pada Mikayla saat dia ditinggal dahulu. Adik kena ingat itu." Kata Ammar
"Betullah kata Mikayla apabila dihadapi sendiri sebenarnya susah nak terima hakikat." Kata Suzy
"Tak mengapa adik. InshaAllah nanti adalah tu jodoh adik. Sekarang adik hanya perlu fokus kepada kerjaya adik sahaja ya. Abang selalu sokong adik." Kata ammar
Ammar pun berpelukan dengan adiknya Khalisa ketika itu. Dia tahu perasaannya suka pada hak milik orang lain. Dia juga pernah perasan itu ketika Awwal ilham bertunang dengan Mikayla
Selepas itu Ammar pun menemani Mikayla tidur. Habis sahaja Mikayla tidur dia pun keluar dari bilik itu.
Keesokan harinya, Ammar lalu di hadapan milik Suzy tetapi kelihatan Suzy masih lagi tidak bangun dia pun pelik jadi dia pun masuk ke dalam bilik itu untuk mengejutkan adiknya itu. Tetapi masih lagi tidak bangun .
Jadi dia pun menjerit di tangga memanggil bibik, mama dan papanya. Selepas mendengar jeritan dari Ammar mama dan papa terus berlari masuk ke dalam bilik Suzy.
"Khalisa sayang bangun." Kata mama sambil menggoyangkan badan Suzy
Papanya pula mengangkat Suzy masuk ke dalam keretanya dan terus bergerak ke hospital. Mama nya juga ikut menaiki kereta yang sama. Ammar pula menaiki kereta nya sendiri.
Sambil itu Ammar menelefon Mikayla dan memberi tahu bahawa Suzy berada di hospital sekarang. Mikayla juga turut mesej alya untuk memberi tahu. Mereka semua bergerak ke hospital.
Oleh kerana mama dan papa bergerak dahulu jadi mama dan papa pun tunggu di luar wad emengerncy.
Apabila Mikayla dan alya sampai dia terus mencari Ammar dan keluarga.
"Macam mana boleh jadi macam ini." Kata alya
"Pagi tadi saya kejutkan dia tidak bangun. Selama ini dia biasanya akan bangun lebih awal daripada saya." Kata Ammar
"Pasti ada sesuatu yang berlaku kan. Cuba ceritakan kepada kami, Ammar." Kata Mikayla
"Semalam dia mengadu pada saya yang dia kecewa kerana orang dia cintai adalah suami orang. Dia juga tak berhenti menangis sehingga saya memeluknya barulah dia tidur." Kata Ammar
"Ya Allah lelaki mana lah jahat sangat Ni. Kalau aku jumpa depan mata habis aku ngayang. Apa apa jadi dekat kawan baik aku siap dia." Kata alya
"Betul tu. Sekarang Suzy dekat wad kecemasan lagi ya." Kata Mikayla
"Haha kita tunggu sahajalah doktor tengah memeriksa dia." Kata Ammar
Selepas beberapa minit mereka menunggu di luar doktor pun keluar.
"Boleh saya tahu siapa ahli keluarga dari Khalisa binti Dato' Rashid ni " Kata doktor
Ibu bapanya serta Ammar terus mengangkat tangan.
"Macam mana dengan anak saya doktor." Kata mama
"Jadi sebelum saya memberitahu saya mahu tanyakan bahawa memang keluarganya tahu ya bahawa Khalisa ni memang mempunyai penyakit ya." Ranau doktor
"Ye kamu sekeluarga memang tahu dia ada penyakit Alopecia areata. Dia botak dari kecil tu sahajalah yang saya tahu." Kata mama
"Baiklah. Sekarang ni keadaan Khalisa bertambah teruk. Boleh saya berjumpa dengan kedua ibu dan bapanya di bilik saya nanti saya akan terangkan tentang penyakit yang dialami oleh khalisa." Kata doktor
"Boleh jom awak." Kata mama
"Ouh ya doktor boleh saya masuk melihat adik kandung saya." Kata Ammar
"Sebenarnya tak boleh tapi saya benarkan hanya seorang sahaja ya yang boleh jenguk ya." Kata Ammar
"Erm Ammar boleh saya masuk dahulu." Kata Mikayla
"Boleh silakan masuklah dahulu." Kata Ammar
Lalu Mikayla masuk ke dalam wad kecemasan. Manakala mama dan papanya masuk ke dalam bilik doktor. Ammar dan alya pula menunggu di luar.
"Siapa nama lelaki yang awak maksudkan itu Ammar." Kata alya
"Nama dia Ahmad. Dia bekerja di syarikat papa saya. Dia memang jenis gatal sikit. Erm alya. Suzy pernah bercinta ke selama ini." Kata Ammar
"Tak pernah. Mungkin sebab itu kot. Saya rasa bila dia sudah jatuh cinta pada seseorang dia jadi susah nak lepaskan. Sama juga seperti Mikayla. Mereka berdua tidak pernah bercinta sebelum ini. Mikayla pun mula bercinta selepas bertemu dengan ilham." Kata alya
"Ouu. Mungkin juga sebab itu. Saya risau tau sebenarnya sebab ni pertama kali dia pengsan. Ouh ya awak ada nombor ibu dan ayah angkat dia tak. Saya rasa perkara ini perlu bahagi tau kepada mereka juga." Kata Ammar
"Betul tu saya ada nombor keluarga dia nanti saya telefon dan bagitau mereka ya." Kata alya
Sementara itu Mikayla pula berada di wad itu, terus memegang tangan Mikayla,
"Suzy bangunlah. Hari itu awak cakap kita kena kuat. Tolong sedar saya tak sanggup hilang kawan pula. Cukup saya pernah hilang orang yang paling saya sayang. Saya tak mahu hilang' sahabat dunia dan akhirat saya pula sedar lah Suzy." Kata Mikayla sambil menangis
Selepas itu dia tidak dapat menahan nangis jadi dia terus keluar dari bergerak masuk ke dalam bilik air. Selepas itu giliran Ammar pula masuk ke dalam bilik,
"Adik, sedarlah. Abang sayang sangat dekat adik. Abang dah pernah berpisah dengan adik sebelum ini. Abang tak mahu lagi berpisah dengan adik. Sedarlah adik." Kata Ammar sambil memegang tangan adiknya.
Tiba tiba mama dan papa nya masuk ke dalam bilik itu dan menepuk tangan Ammar.
"Lap air mata tu Ammar. Kita doakan adik ya. Kalau kita nangis tidak dapat membuat apa apa. Ammar pergilah solat zohor dahulu. Sekarang sudah masuknya waktu solat zohor." Kata papa
"Baik papa. Ammar pergi solat kejap. Apa apa terus maklumkan pada Ammar ya." Kata Ammar
Lalu Ammar pun keluar. Apabila dia keluar sahaja dari bilik itu. Dia melihat ibu dan ayah angkat Suzy berada di luar.
"Macam mana boleh jadi macam ini." Kata ibu angkat Suzy
"Saya pun tidak tahu makcik pakcik." Kata Ammar
"Itulah awak saya dah kata biar saya sahaja jaga dia tapi awak suruh saya lepaskan pada keluarga dia." Kata ibu angkatnya
"Biarlah awak. Biar dia belajar hidup dengan ahli keluarga kandungnya." Kata ayah angkat
"Maafkan Ammar ye. Makcik duduk dahulu ya. Nanti mama dan papa tengok dahulu. Ammar nak pergi solat kejap." Kata Ammar
Ammar pun pergi bergerak untuk solat zohor. Mikayla pula pulang ke rumah untuk tukar baju. Begitu juga dengan Alya. Habis sahaja mama dan papa melihat dia pun keluar melihat ibu dan ayah angkat Suzy berada di hadapan.
"Macam mana dengan Suzy datin Dato." Kata ibu angkat Suzy
"Begitulah. Dia masih tidak sedarkan diri." Kata papa Ammar
"Eh Bagaimana tahu yang Khalisa masuk hospital ni." Kata mama Ammar
"Alya dan Ammar yang menelefon saya dan bagitau tentang perkara ini. Bagaimana boleh jadi begini. Masa saya jaga dia elok sahaja." Kata ibu angkat Suzy
"Kenapa? Awak nak cakap saya tak reti nak jaga anak ke." Kata mama Ammar
"Sudahlah awak ni janganlah nak gaduh pula." Kata bapa Ammar
"Tak de lah dia yang start dahulu." Kata bapa Ammar
"Sekarang macam mana ni." Kata ibu angkat Suzy
"Macam ini puan dan tuan duduk dahulu ya. Kita tunggu sahaja. InshaAllah tiada apa tu yang terjadi kepada Khalisa. Kita berdoa sahaja kepada Allah ya." Kata Papa
Lalu mereka semua pun menunggu di luar. Ibu angkat Suzy pula masuk ke dalam bilik kecemasan melihat anak angkatnya yang sedang terbaring.
Mikayla pula sedang mahu keluar semula,
"Mikayla kamu mahu ke mana pula ni. Macam mahu cepat sahaja." Kata ibu
"Nak pergi hospital. Suzy masuk ward." Kata Mikayla
"Ya Allah macam mana boleh jadi begitu." Kata ibu
"Mikayla pun tidak tahu ibu. Ni Mikayla nak pergi ke hospital semula ni. Ibu tolong doakan Suzy sembuh seperti sediakala ya." Kata Mikayla sambil salam tangan ibu
Selepas itu Mikayla pun terus masuk ke dalam kereta dan bergerak ke hospital. Sampai sahaja di hospital dia pun pergi ke tingkat bilik Suzy dipindahkan.
"Macam mana keadaan Suzy, Ammar." Kata Mikayla
"Masih lagi tak sedarkan diri. Macam tu lah keadaan dia harap tiada apalah." Kata Ammar
"Siapa teman dia malam ini." Kata Mikayla
"Mama dan papa yang akan teman dia malam ini. Mikayla pergi lah rehat dekat rumah. Esok pagi boleh datang lagi melawat. Banyakkan doa dan bersolat ya." Kata Ammar
"InshaAllah Mikayla akan doakan dia. Dia sahabat dunia akhirat mikayla kot. Tiada apa dapat halang hubungan kami." Kata Mikayla
"Hmm." Kata Ammar mengeluh
Mikayla pun pulang kerana disuruh oleh Ammar untuk berehat sahaja di rumah. Sampai sahaja di rumah dia terus mengambil wudhuk dan solat maghrib. Habis sahaja solat maghrib dia menadah tangan berdoa "Ya Allah selamatkan kawan baikku. Aku tak sanggup tengok dia terbaring sakit bergitu." Belum sempat habis doa Mikayla sudah sebak.
Keesokan harinya pagi hari lagi Mikayla, Ammar dan alya ke pejabat papa Ammar mencari Ahmad. Apabila menemui Ahmad alya terus menampar muka Ahmad.
"Adoi. Korang ni siapa haa. Masuk pejabat orang lempang muka aku. Mana security guard ni. Suka suka hati bagi orang luar masuk." Kata Ahmad
"Eh jantan. Kau tu ada bini buat cara ada bini. Yang kau bagi fake hope dekat kawan baik aku tu." Kata alya
"Jadi apa masalah dengan korang aku tak kenal pun kurang ni siapa tiba tiba sahaja nak datang pukul orang." Kata Ahmad sambil mahu mengangkat tangan mahu menampar alya semula
"Kalau kau berani pukul dia aku pecat kau." Kata Ammar
"Eh kau ni siapa ya. Suka suka hati sahaja nak pecat aku." Kata Ahmad
"Aku anak sulung Dato'Rashid. Abang kandung Khalisa. Kalau kau tak percaya boleh sahaja telefon bapak aku. Aku nak bagi amaran dekat kau. Nanti selepas adik aku dah sedar aku nak kau perambus dari pejabat ini. Ataupun kau ada satu lagi pilihan kau kerja sebagai cleaner pilih lah." Kata Ammar
"Eh Khalisa masuk hospital. Kenapa aku tak tahu apa apa pun. Encik Ammar tolong jangan pecat saya. Saya janji tak akan kacau adik perempuan encik Ammar lagi." Kata Ahmad
"Kau tak payah nak berdrama lah. Kau ingat apa apa jadi dekat kawan baik aku. Siap kau." Kata alya
"Entah aku report pada isteri kau nanti. Lebih baik kau perambus sahaja dari pejabat ini. Pergi cari kerja yang sesuai dengan apa yang engkau mahu." Kata Ammar
"Ouh ya. Baik kau fikir sikit. Kau ni tiada perasa kesian dekat anak dan isteri kau langsung ke. Ke hati kau dah mati." Kata alya
"Kau tak payah sibuk pasal keluarga aku. Fine aku perambus dari pejabat ini. Ingat aku nak sangat ke kerja syarikat macam ini. Siapa sahaja mahu." Kata Ahmad
"PERAMBUSSSS...." jerit Ammar
Lalu Ahmad pun keluar dari bilik itu dengan menjeling mereka bertiga. Ammar dan alya kelihatan puas hati selepas dapat menghalau Ahmad keluar dari pejabat itu. Selepas itu mereka keluar dari pejabat itu dan pulang semula ke hospital.
"Ammar doktor kata adik semakin kritikal." Kata papa Ammar
"Ya Allah. Sebenarnya adik ada sakit apa" Kata Ammar
"Papa dan mama pun tak tahu. Doktor tidak dapat detect yang adik ada sakit apa. Kita berdoa sahajalah pada Allah moga Allah memperkenankan doa kita." Kata papa Ammar
Tiba tiba Melissa tiba di hospital.
"Uncle, aunty macam mana dengan keadaan adik Ammar si Khalisa tu" Kata melissa
"Melissa. Akhirnya datang juga kamu. Macam tu lah masih tidak sedarkan diri." Kata mama Ammar
"Ish siapa pandai pandai bagitau perempuan ni adik masuk hospital ni." Kata Ammar
"Mama you yang bagitau I. Sabar ye you." Kata Melissa
"Serabut lah aku dengan perempuan ni. Dia bukan ikhlas nak melawat Suzy pun." kata alya Bisik kepada Mikayla
Melissa pun terdengar bisikan alya itu terus mendekati alya dan Mikayla.
"Ada masalah dengan you ke. Tiada kan tak payah nak Sibu sangat." Kata Melissa
"Ish menyampah aku." Kata alya bisik kepada Mikayla lagi
"Dah lah. Nanti kena marah dengan datin dan Dato'. Kita datang sini kan nak melawat kawan baik kita itu. Erm datin dato' boleh saya masuk lagi untuk hari ini." Kata Mikayla
"Masuk sahaja Mikayla tidak perlu mintak minta izin kami pun." Kata papa Ammar
Lalu Mikayla dan alya pun masuk ke dalam bilik ward Suzy. Setiap kali masuk ke dalam bilik itu, Mikayla tidak dapat menahan sebaknya melihat keadaan kawan baiknya sebegitu.
"Suzy sedarlah. Ramai yang menunggu kamu sedar." Kata Mikayla bisik di tepi telinga Suzy
"Betul itu Suzy. Sedarlah kami tak sanggup kehilangan kamu." Kata alya pula
Tiba tiba tangan Suzy bergerak tapi dengan sangat perlahan. Alya dan Mikayla yang perasan terus memanggil doktor dan Ammar. Selepas itu mereka berdua di suruh untuk keluar. Doktor pun melakukan pemeriksaan. Selepas doktor membuat pemeriksaan doktor pun pergi ke hadapan.
"Keadaan Khalisa dah kembali stabil. Doakan sahaja ya. InshaAllah dia akan dapat sedar dari masa terdekat. Kita ni hanya mampu berdoa." Kata doktor
"Baiklah terima kasih ya doktor." Kata Ammar
"Alhamdulillah ya Allah. Moga selepas ini dia sedar pula." Kata papa
Mikayla dan alya terus peluk antara satu sama lain. Manakal mama pula menjeling melihat alya dan Mikayla.
"Awak jom kita masuk tengok anak kita." Kata mama
"Betul. Ammar mama dan papa pula ya yang mahu masuk pula. Mikayla dan alya jika penat pergilah pulang dahulu. Jangan kesah apa apa kami akan menelefon kamu berdua terlebih dahulu." Kata papa
"Awak cepatlah jom masuk." Kata mama
"Ye ye sabar." Kata papa. Selepas itu papa pun masuk ke dalam bilik itu.
"Betul kata papa. Awak berdua pergilah pulang. Jangan risau malam ini giliran saya pula menjaga Suzy. Saya hanya mahu kalian berdua doa yang terbaik untuk dia sahaja. Moga Allah makbulkan doa kita semua." Kata Ammar kepada alya dan Mikayla
"Eem macam mana pula dengan I." Kata melissa
"You pun boleh sahaja pulang. Kehadiran you dekat sini tak penting pun bagi kami." Kata Ammar
"Ish you ni penat tau I jauh jauh datang ke hospital nak melawat adik you yang tenang sakit tu. You boleh halau I ya." Kata melissa
"Dah lah Melissa bising lah you ni pergilah serabut je." Kata Ammar
Selepas itu Melissa pun naik lift bersama Mikayla dan alya.
Di dalam lift,
"Eh perempuan kau jangan ingat kau akan menang ya. Aku akan pastikan aku dapat Ammar. Ammar tu hak milik aku." Kata Melissa
"Bising siak perempuan ni. Dah semua orang tahu datang tak ikhlas. Datang bukan sebab nak melawat pun. Werk." Kata alya
"Ish tak baiklah alya. Jaga bahasa sikit." Kata Mikayla
"leh kau tak payah tunjuk baik. Sebenarnya kau pun sebenarnya menyampah kan dengan kawan baik kau tu. Aku doakan dia tinggalkan korang. Dia ada pun mengacau rancang aku sahaja." Kata Melissa
"Hmm. Aku malas nak gaduh. Tapi kan kau jangan doa sangat keburukan dekat orang nanti kena dekat kau sendiri atau ahli keluarga kau baru kau tahu sakitnya hilang orang tersayang." Kata Mikayla
Lalu mereka tiba di tingkat kereta masing masing. Mikayla dan alya terus bergerak masuk ke dalam kereta. Alya puas dengan ayat terkeluar dari mulut Mikayla. Kebiasaannya Mikayla malas nak layan tetapi kali ini baginya sudah melebihi apa yang keluar dari mulut melissa.
Mikayla masuk sahaja dalam kereta dia terus nangis. Dia tahu kawan baik dia tu kuat. Apa sahaja penyakit. InshaAllah dengan izin Allah Suzy dapat melawan penyakit yang di alami oleh beliau.
Nak nak pulang Suzy seorang yang tak pernah tunjuk yang dia sakit di hadapan semua orang. Dia selalu pendam sendiri. Selalu memberi nasihat pada orang sekeliling. Suzy nampak sahaja matang tetapi dia seorang yang sangat lemah lembut.
Apabila tiba sahaja di rumah ibu sudah menyambut kepulangan Mikayla ke rumah,
"Macam mana dengan keadaan kawan baik kamu Suzy tu." Kata ibu
"Begitu lah ibu masih tidak sedarkan diri. Mikayla pun tidak tahu mahu kata apa lagi. Mikayla tak kuat lah ibu melihat keadaan Suzy begitu. Tetapi alhamdulillah doktor kata dia dah semakin baik" Kata Mikayla
"Baguslah. Ibu pun turut mendoakan kawan baik kamu tu cepat sedar. Dia tu kawan yang sangat baik. Selalu jenguk kamu masa kamu sedang sedih atau sakit dahulu. Kalau ibu di tempat kamu ibu bersyukur sangat dapat kawan baik sebaik Suzy tu tau." kata ibu
"Betul. Mikayla pun sangat bersyukur Allah kurniakan kawan baik seperti dia. Mikayla tidak tahu jika Suzy tinggalkan Mikayla bagaimana perasaan Mikayla ketika itu. Ibu Mikayla naik dahulu Mikayla penat." Kata Mikayla
Ibu pun mengangguk kepalanya. Selepas itu Mikayla terus lari masuk ke dalam biliknya. Dia solat dan mengaji al quran. Dia tetap mendoakan bahawa Suzy dapay melawan penyakit itu.
Sementara itu Ammar yang menjaga adiknya pada malam itu turut solat dan bacakan yasin buat adiknya itu di sebelah telinga adiknya. Dia juga tidak menahan sebak. Keluar nya air mata seorang abang melihat kesakitan yang dialami oleh adik yang paling disayangi oleh nya.
Dia juga tidur di pangkuan adiknya pada malam itu. Keesokan harinya, Ammar bangun dan solat subuh. Selepas itu dia turun dan pergi membeli roti untuk dirinya sendiri. Selepas itu dia pun menenung adiknya sambil berkata "adik cepatlah sedar. Bangunlah adik."
Tiba tiba tangan Suzy bergerak sekali lagi seperti yang Mikayla lihat pada semalam. Dia pun memegang tangan adiknya. Selepas itu dengan. perlahan terdengar suara seperti adiknya berkata "abang abang."
"Ya Allah adik. Ya abang dekat sini. Ya Allah. Syukur adik dah sedar." Kata Ammar
"Sa sakit bang. Adik dekat mana ni." Kata Suzy sambil bergerak sikit badannya
"Adik jangan banyak sangat bergerak badan adik tu tak kuat lagi. Tunggu kejap ya abang panggil doktor dan telefon mama dan papa kejap ya." Kata Ammar
Suzy pun senyum sahaja. Ammar pun bangun dan pergi memanggil doktor dna menelefon kedua ibu dan bapanya. Selepas mendengar tentang perkara itu mama dan papa nya terus bergerak pergi ke situDownload Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (347)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
Alahai best sangat cerita ni..ada sedih ada suka..
02/07/2022
1novel awak menarik sangat lah. saya tertarik sangat baca sampai habis. hihi thanks awak !
9d
0interesting 💞
20d
0View All