Homepage/Kekasihku ulat buku/
Chapter 25 Suzy dah sihat alhamdulillah
Tidak lama kemudian mama papa, Mikayla dan alya tiba di hospital. Mereka semua berkumpul di dalam bilik wad Suzy. Oleh kerana Suzy duduk di hospital swasta jadi dia dapat bilik persendirian.
"Alhamdulillah sedar juga anak kesayangan papa ni." Kata papa
"Sayang macam mana dengan keadaan kamu. Makin baik ke." Kata mama sambil mengusap kepala Suzy.
"Okey ma. Adik nak balik." Kata Suzy
"Sabar ye sayang. Nanti kamu dah betul betul sihat boleh balik ya." Kata mama
"Betul tu Suzy. Awak kena kuat lawan penyakit. Saya sebagai sahabat sentiasa mendoakan awak agar cepat sembuh boleh keluar sama sama." Kata alya
"Terima kasih semua." Kata Suzy
Selepas itu Mikayla berasa lapar jadi dia mengajak alya untuk turun ke kafe di bawah. Mikayla sebenarnya syukur Walaupun kawan baik dia belum pulih sepenuhnya tetapi sudah sedarkan diri.
Ammar juga turun ke bawah menemani mereka berdua pergi makan dan minum di bawah. Manakala mama dan papa berada di sisi Suzy.
"Erm. Maaa. Papa." Kata Suzy dengan suara yang tak berapa bertenaga
"Ye sayang kenapa ni sayang." Kata mama
"Boleh tak malam ini adik nak Mikayla dan alya yang teman adik di hospital." Kata Suzy
"Tak payahlah nanti menyusahkan orang lain." Kata mama
"Ala awak ni biarlah dia. Dia nak ditemani oleh kawan baik dia apa salahnya." Kata papa
"Boleh kan ma pa." Kata Suzy
"Boleh sayang nanti papa bagitau mereka mintak tolong temankan kamu ya." Kata papa
Suzy mengangguk kepalanya dengan perlahan Lahan. Selepas habis makan mereka pun bergerak naik semula. Kebetulan ketika mereka tiba mama dan papa mahu keluar.
"Mikayla, alya malam ni kamu temankan Khalisa ya. Dia nak sangat kamu berdua temankan." Kata papa
"Boleh Dato' kami akan jagakan dia malam ni. Tiada masalah pun." Kata Mikayla
"Betul tu Dato' Kami tak kisah lagi kan Suzy tu kawan baik kamu jadi tiada masalah untuk jaga dia." Kata alya
"Baguslah. Alhamdulillah. Terima kasih ya sudi layan permintaan uncle. Tak payah panggil Dato' ya." Kata papa
Lalu Mikayla dan alya pun masuk ke dalam bilik wad Ammar. Ammar juga mengikuti mereka masuk ke dalam. Manakala mama dan papa Ammar pula pulang ke rumahnya.
Apabila mereka masuk melihat Suzy sedang tidur. Mereka tidak mahu menganggu Suzy yang sedang tidur itu. Mereka tahu orang sakit tidak berapa larat sangat.
"Biarlah dia tidur dia tak larat tu." Kata Ammar
"Betul. Kesian dekat dia. Harap dia boleh cepat balik lah. Rindu sangat nak membeli belah dengan dia. Sudah lama tak pergi." Kata Mikayla
"Sahabat aku ni kuat. InshaAllah dia boleh lawan. " Kata alya
Malam pun telah tiba Ammar pun pergi pulang ke rumah kerana dia mahu biarkan alya dan Mikayla mahu menjaga adiknya di hospital.
"Mikayla, awak lapar ke." Kata alya
"Kenapa awak nak turun ke bawah ke." Kata Mikayla
"Haah saya nak turun. Lagikan. awak tengah suap Suzy makan tu. Jadi saya boleh pergi turun beli." Kata alya
"Boleh pergi beli roti je lah saya tak berapa selera sangat nak makan. Ambil sepuluh ringgit dalam beg saya tu. Kalau awak nak beli apa apa guna lah baki tu. Saya tak kisah." Kata Mikayla
"Okey Kayla." Kata alya
Selepas ambil duit dalam beg Mikayla alya pun terus ke bawah untuk membeli makanan untuk dirinya dan Mikayla seperti yang dikirim tadi.
"Makan banyak banyak ya Suzy. Kata nak cepat sembuh." Kata Mikayla
"Ermmm. Dah kenyang lah Kayla." Kata Suzy
"Betul. okey kalau dah kenyang minum air sikit." Kata Mikayla
"Ish Mikayla ni ya Allah rindunya dekat ibu. Ibu ada melawat saya tak ketika saya ada dalam ward."Kata Suzy
"Ada. Tapi tu lah mungkin dia sibuk sikit jadi dia jarang datang. Kenapa awak nak suruh saya telefon dia ke?" Kata Mikayla
"Esok sahajalah dah lewat malam ini kan." Kata Suzy
"Hihi betullah. Okey nanti esok pagi saya telefon dia. Awak baring lah rehat. Awak tu tak berapa kuat lagi tu." Kata Mikayla
"Okey bos." Kata Suzy
Mikayla pun betulkan bantal Suzy untuk bagi keselesaan buat Suzy. Selepas beberapa minit alya pun tiba semula di bilik itu.
"Nah roti. Eh Suzy dah tidur." Kata alya
"Haha lepas makan tadi dia terus tidur. Awak nak tidur dah ke alya." Kata Mikayla
"Haah. Penat betul hari ini. Esok saya kena masuk kerja juga. Lama sangat cuti. Lagikan saya bukan pangkat sebesar korang berdua." Kata alya
"Haha okey. Selamat malam alya. Selamat malam Suzy." Kata Mikayla
Lalu mereka bertiga pun tidur di kerusi hospital yang disediakan untuk masing masing. Keesokan harinya, pagi hari mereka bertiga solat berjemaah dengan diimamkan oleh Mikayla.
Habis sahaja solat alya dan Mikayla pun mandi sahaja di hospital. Selepas itu mereka makan bersama bertiga
"Erm Mikayla aku nak pergi kerja dah ni. Aku dah telefon ibu dan ayah angkat Suzy ni. Ammar pun dalam perjalanan tu. Apa apa bagitau je lah. Suzy tu jangan banyak gerak tau." Kata alya
"Okey alya. Hati hati pergi kerja. Nanti apa apa aku bagitau kau terus." Kata Mikayla
"Hati hati alya. Love you." Kata Suzy
"love you too Suzy." Kata alya
Lalu alya pun terus bergerak ke tempat kerja. Ibu dan ayah angkat Suzy tiba di tempat itu serentak bersama Ammar tiba di lokasi.
"Eh makcik pakcik. Sampai juga ya. Alya dah telefon makcik dan pakcik ya." Kata Ammar
.
"Haha alya kata Suzy dah sedarkan diri." Kata ibu angkat alya
"Betullah tu jom lah masuk." Kata Ammar
Lalu mereka semua pun masuk ke dalam bilik Suzy serentak. Dalam masa yang sama ketika mereka tiba suzy dan Mikayla sedang berborak.
"Eh ibu dan ayah dah sampai." Kata Suzy
"Ye sayang. Maaf ya jarang datang. Rindu sangat dekat kamu." kata ibu angkat
"Macam mana kamu hari ini" Kata ayah angkat Suzy
"Macam ni lah ibu ayah. Alhamdulillah hari ni dah bertenaga sikit. Suzy faham ibu dan ayah mesti sibukkan." Kata Suzy
"Hhehe tapi kami tak pernah lupa tau dekat Suzy. Walaupun Suzy bukan anak kandung ibu tapi kamu tetap juga jantung hati kami." Kata ibu angkat Suzy
"Makcik dan pakcik duduklah ya. Mikayla pergi keluar dulu. Borak borak lah ya." Kata Mikayla
"Baiklah Mikayla. Terima kasih ya Mikayla." Kata ibu angkat Suzy
Lalu Mikayla pun pergi tunggu di kerusi dekat luar. Ammar juga turut keluar duduk di sebelah Mikayla.
"Untung Suzy dapat kawan baik macam awak dan alya." Kata Ammar
"Kenapa? Haha. Awak pun untung dapat kawan baik sebaik arwah ilham." Kata Mikayla
"Hihi. Ye lah tapi dia dah tinggalkan saya. Awak masih ada lagi. Sayang betul ya awak dekat adik saya tu." Kata Ammar
"Mestilah. Saya memang dah anggap dia macam keluarga saya." Kata Mikayla
"Memang dia akan jadi keluarga awak juga suatu hari nanti." Bisik Ammar
"Apa saya tak dengar awak cakap apa tadi." Kata Mikayla
"Eh tiada apa apa saya tak cakap apa pun." Kata ammar
"Herm boleh percaya ke." kata Mikayla
"Okey."
Tiba tiba mama dan papa tiba di situ. Mereka pelik kenapa Ammar boleh pula berborak dengan Mikayla di luar.
"Eh siapa jaga Suzy." Kata mama Ammar
"Ada ibu angkat dia datin." Kata Mikayla
"Betul ma. Biarlah mereka nak berjumpa." Kata Ammar
"Ye lah mama nak masuk kejap. Jom awak masuk ke dalam." Kata mama
Selepas itu mama Ammar dan papa masuk ke dalam bilik itu melihat ibu dan ayah angkat Suzy sedang berborak bersama sama.
"Eh kenapa tak cakap pun nak datang." Kata papa
"Sajer mahu melawat dia lagikan isteri saya ni rindu betul dekat Suzy." Kata ayah angkat Suzy
"Faham. Suzy macam mana gembira ke dapat jumpa keluarga angkat." Kata papa
"Gembira sangat dekat papa semua berkumpul siapa sahaja tak gembira kan." Kata Suzy
Mikayla dan Ammar juga masuk ke dalam selepas itu. Selepas beberapa minit tiba tiba doktor pula masuk dan memberi tahu "Kalau tiada apa hari ni Suzy dah boleh discharge. Dato' boleh bayar bil pesakit di kaunter ya." Selepas itu doktor pun keluar.
"Alhamdulillah Suzy dah boleh pulang ke rumah hari ini." Kata Mikayla sambil tersenyum ke arah Ammar.
"Betul tu." Kata Ammar
"Dato' datin boleh tak malam ini suzy tidur di rumah saya sahaja. Saya rindu sangat nak tidur dengan dia. Jangan risau malam ini sahaja." Kata ibu angkat Suzy
"Erm macam mana eh." Kata papa Ammar
"Tak payahlah." Kata mama Ammar
"Alaa biarlah mama. Malam ini sahaja kan. Biarlah mama dia nak tidur dengan keluarga yang menjaga dia dari kecil. Kan papa." Kata Ammar
"Ha betul betul. Awak biarlah malam ini sahaja esok boleh sahaja datang ke rumah kita kan. Tapi esok balik ke rumah tau Khalisa." Kata papa
"Baik pa. Malam ini Khalisa tidur dengan ibu hihi." Kata Suzy
Selepas itu Mikayla pun dalam dengan Suzy dan dia bertekad untuk pulang dahulu. Jika dia ada di situ pun tiada guna kerana seluruh keluarga Suzy berada di situ. Ammar pula pimpin tangan adiknya masuk ke dalam kereta keluarga angkat Suzy.
Suzy gembira akhirnya dapat juga pulang ke rumah lamanya dan dapat menghirup udara segar di luar. Sampai sahaja di rumah dia terus makan masakan ibu dan makan ubat seperti yang di suruh oleh doktor.
Keesokan harinya, semua bergerak masuk ke tempat kerja masing masing kerana sudah lama sangat bercuti. Kerja masing masing juga sudah meningkat dengan sangat banyak.
Termasuklah Suzy. Pada awalnya ibu angkatnya tidak memberi keizinan tetapi dia tetap mahu pergi. Dia pergi ke sana dengan. menaiki teksi. Sampai sahaja di situ si gembira melihat bangunan syarikatnya itu.
Tiba tiba
"Khalisa saya minta maaf." Kata Ahmad
"Ish apa ni pegang pegang. Pergilah kesian dekat anak dan isteri awak dekat rumah tu." Kata Suzy
"Tolong lah awak maafkan saya. Saya tak cinta pun dekat dia. Saya dipaksa kawin sampai dapat anak. Saya tak pernah pun cintakan dia. Saya cintakan awak." Kata Ahmad
"Awak ingat saya nak percaya ke? Satu patah pun yang keluar dari mulut awak saya tak akan percaya tahu. Pergi perambus lah." Kata Suzy
"Ala awak ni." Kata Ahmad sambil pegang.
"Sebelum saya jerit baik awak pergi." Kata Suzy
Ahmad masih bekeras tidak mahu pergi. Jadi Suzy pun menjerit. Ahmad pun marah kerana orang sekeliling semua melihat ke arah mereka jadi Ahmad pun tolak Suzy. Mujurlah ada seorang lelaki mebantu Suzy ketika itu.
"Awak okey ke ni." Kata lelaki misteri itu
"Okey sahaja. Terima kasih ya. Boleh saya tahu nama awak siapa." Kata Suzy
"Tidak perlu tahu kot. Lain kali hati hati ya. Jangan dekat sangat dengan mamat macam tu. Saya pergi dulu ya." Kata lelaki misteri itu
Selepas itu lelaki itu pergi meninggal Suzy seorang di situ. Suzy pun tanpa membuang masa masuk semula ke dalam pejabat. Terserempak dengan papanya
"Eh awalnya masuk kerja. Tak cuti rehat ke hari ini." Kata papa
"Tak kot papa. Lama juga kan Khalisa ambil cuti. Lagikan bosan dah. Hihi." Kata Suzy
"Betul ke ni. Apa apa terus telefon papa ya." Kata papa
"Baik pa. Nanti apa apa Khalisa terus bagitau dekat papa ye. Khalisa masuk bilik Khalisa selesai kerja dahulu." Kata Suzy
Lalu papa pun mengangguk kepalanya. Selepas itu Suzy terus masuk ke dalam pejabat dan melakukan kerjanya.
Sementara itu, Ammar pergi ke mangambil gambar orang. Habis selesai mengambil gambar dia pun bergerak ke pejabat Mikayla. Sampai sahaja di sana dia pun terus menelefon Mikayla
(Perbualan Ammar dan Mikayla)
"Hello Mikayla cuba turun kejap saya dah sampai ni dekat pejabat awak. Cepat sikit tau." Kata Ammar
Tak sempat Mikayla balas apa apa Ammar terus meletakkan panggilan itu. Mikayla pun turun ke bawah. Mereka berdua pun pergi makan di kedai makan yang berdekatan dengan tempat kerja Mikayla.
Di pejabat Suzy pula, oleh kerana sudah waktu rehat dia malas turun jadi dia minta tolong pekerja nya untuk bantunya membeli makanan. Dia pun berfikir siapa yang bantunya tadi.
"Siapa ya agaknya orang itu? Kenapa aku tak pernah nampak dia. Dia bukan orang sini kot. Kenapa dia rahsiakan nama dia ya." Kata Suzy sendiri
Tiba tiba pekerja nya yang baru sahaja membeli makanan datang ke pejabat semula. Memberikan makanan itu. Suzy pun makan makanan yang dibeli itu.
Balik sahaja dari pejabat Suzy pun pulang bersama papanya. Mikayla pula habis sahaja kerja mahu ke tempat parking kereta. Dia tidak sedar ada kereta di tepinya. Hampir sahaja dia mahu dilanggar nasib lah ada seorang lelaki bantu tariknya.
"Encik okey. Maaf ya saya betul betul tak nampak ada kereta dekat situ tadi." Kata Mikayla
"Saya okey. Lain kali tengok kiri kanan ye sebelum melintas jalan." Kata lelaki misteri itu.
Selepas itu lelaki misteri itu berlari meninggalkan nya Tetapi lelaki itu tercicir kan barang. Apabila dia mengambil barang itu terlihat gambar dirinya. Mikayla pelik agaknya siapa lelaki ini ya. Orang upahan arwah juga ke. Tetapi sudah lama kan siapa yang bayar dia ni takkan Ammar kot.
Dia pun mengambil gambarnya dan terus masuk ke dalam kereta. Selepas itu dia membawa kereta dan pulang ke rumah.
Mikayla masuk ke dalam bilik dan terbaring. Dia tetapi terfikir siapa ya agaknya. Agak pelik sebenarnya.
Tiba tiba telefon bimbit miliknya berdering. Rupanya Suzy yang menelefon dirinya. Jadi tanpa membuang masa dia terus menjawab panggilan itu.
(Perbualan Suzy dan Mikayla)
"Hello ni nak tanya. Free tak esok. Jom esok GI shopping buku. Aku dah tiada buku untuk dibaca ni." Kata Suzy
"Ha okey okey. Boleh sahaja lepas habis kerja pukul lima ya." Kata Mikayla
"Okey set. Kita jumpa dekat depan kedai buku lah ya." Kata Suzy
"Okey okey." Kata Mikayla
Selepas itu masing masing pun tidur. Keesokan harinya Mikayla pun pergi ke tempat kerja. Habis sahaja kerja dia pun pergi di tempat yang seperti dijanjikan semalam.
Sampai sahaja di kedai buku mereka pun mencari buku sama sama. Awalnya Suzy dan mengajak alya untuk pergi sekali tetapi alya terlalu sibuk menguruskan kerjanya jadi dia tidak dapat ikut sama. Jadi mereka hanya pergi berdua. Selepas selesai memilih mereka pun ke kaunter untuk bayar
Selepas itu mereka berdua bergerak ke kedai makan kerana masing masing pun belum makan lagi. Seperti biasa sampai sahaja di kedai makan mereka terus memesan makanan. Selepas itu Mikayla termenung.
"Mikayla kau okey tak kenapa muka kau macam tak berapa okey je." Kata Suzy
"Tiadalah semalam aku hampir kena langgar sebab salah aku tak tengok kiri kanan. Selepas itu ada seorang mamat tu hensem gila dia tolong aku. Pastu dia terus pergi meninggalkan aku." Kata Mikayla
"Ye ke. Wey aku pun sama semalam masa Ahmad datang pergi cari aku dia tolong selamatkan aku." Kata Suzy
"Ha Ahmad cari kau. Lepastu kau ada cedera mana mana tak" kata Mikayla
"Eh tiadalah. Dia tolong aku bangun. Lepastu aku tanya dia nama siapa dia tak mahu jawab. Adakah orang yang sama bantu kau tu." Kata Suzy
"Haah kan. Lepastu masa dia lari tinggalkan aku aku jumpa sekeping gambar aku. Aku pun tak tahu lah kalau dia memang dia menghendap aku atau memang kebetulan dia ada dekat situ." Kata Mikayla
"Hmm pelik. Cuba telefon alya manatau dia ada kena yang sama." Kata Suzy
"Hmm betuljuga tu cuba kau telefon dia." Kata Mikayla
"Aku. Ialah kejap aku telefon dia " Kata Suzy
Alhamdulillah alya menjawab panggilan itu. (Perbualan mereka berdua bersama alya)
"Ye ada apa telefon aku ni. Aku tengah buat kerja ni." Kata alya
"Ganggu ke sorry." Kata Suzy
"Ha tak mengapa cakaplah kenapa telefon." Kata alya
"Ni ha kami nak tanya kau. Kau ada tak kena selamatkan atau kena gangguan atau apa apalah." Kata Mikayla
"Ha. Gangguan tiada lah pula." Kata alya
Tiba tiba ada seorang pembantu peribadi alya mengetuk pintu
"Eh kejap eh korang pekerja aku ni Ketuk pintu. Ha ada apa." Kata Alya
"Bos. Ni ada orang kirim Nasi dan air untuk bos." Kata pekerja alya
"Ha siapa pulak. Saya tiada pesan makanan atau minuman apa apa pun." Kata alya
"Saya pun tidak tahu bos. Tapi memang dia kata untuk cik alya." Kata pekerja alya
"Ha dia lelaki ke perempuan." Kata alya lagi
"Lelaki bos. Tinggi kurus hensem." Kata pekerja alya
"Ha kau jangan nak gatal eh. Ha okey kau boleh keluar. Terima kasih ya." Kata alya
"Kenapa tu alya." Kata Suzy
"Entah tiba tiba pula ada orang hantar makanan dekat aku. Aku rasa aku tiada pula pesan makanan. Ke korang yang hantar." Kata alya
"Eh tiadalah kalau kami hantar mesti jumpa kau terus" Kata Suzy
"Betul tu. Cuba cakap siapa hantar." Kata Mikayla
"Entah pekerja aku kata lelaki yang hantar. Siapa eh takkan ammae kot. Ammar setahu aku akan bgiatu aku dulu biasanya." kata alya
" Mikayla aku rasa orang yang sama bantu kita ni." Kata Suzy
"Ha siapa yang bantu korang. Kenapa dengan korang. Korang ada masalah ke. Kenapa tak bagitau aku." kata alya
"Eh bukan lah alya jangan salah faham. Semalam kami berdua hampir sahaja kemalangan. Mikayla hampir kena langgar dengan kereta. Saya pula kena tolak sampai jatuh oleh si Ahmad tu." Kata Suzy
"Ha budak Ahmad tu cari kau lagi. Tak serik mamat ni. Habis tu korang berdua macam mana okey ke tu." Kata alya
"Kami okey je lah tak payahlah risau. Ni kami nak kata. Kami rasa lelaki yang sama selamat kan kami dan bagi makanan dekat kau Tu. Tapi susahnya bila Suzy tanya nama dia tak mahu pula bagi nama dia siapa. Jadi tak boleh mahu agak siapa orang yang bagi ini." Kata mikayla
"Ouh jadi begitu ke. Agak susah lah sikit ya. Korang rasa orang rapat dengan kita ke tak eh." Kata alya
"Eh entah lah aku pun tidak tahu. Aku rasa ya." Kata Mikayla
"Wey lama pula kita lepak kedai makan ni. Nanti kita jumpa lah bertiga dekat tasik kita sambung bincang balik pasal perkara ini." Kata Suzy
"Betullah orang penjaga kaunter tu pun dah tengok kita semacam jom lah bayar. Alya nanti jumpa tau kita bincang balik pasal perkara ini. Takde cara we love you." Kata Mikayla
Lalu mereka pun menamatkan panggilan itu. Selepas itu Suzy pun pergi bayar di kaunter. Ketika Suzy tengah bayar Mikayla melihat seperti raut wajah lelaki itu. Dia cuba pergi mengejar lelaki itu. Tetapi apabila dia sampai di situ lelaki itu hilang. Suzy yang melihat mikayla pergi itu terus mengejarnya.
"Wey Mikayla kau kejar siapa kenapa kau keluar." Kata Suzy
"Eh takde apalah tadi aku tengok macam mamat yang bantu aku semalam betul dekat sini. Tapi bila aku sampai sini sahaja dia dah lari." Kata Mikayla
"Ye ke kau ni. Aku tak nampak siapa siapa pun. Bayangan kau sahaja kot. Jom lah masuk kereta. Selamat tinggal Kayla hati hati drive." Kata Suzy
"Okey kau pun sama. Jom lah. Mungkin betul kata kau bayangan aku je kot." Kata Mikayla
Selepas itu mereka pun masuk ke dalam kereta maisng maisng dan pulang ke rumah masing masing. Sampai Sahaja di rumah seperti biasa Mikayla akan mandi dan solat mengikut waktu. Selepas itu dia akan terus membaca buku seperti kebiasaannya.
Selepas habis membaca Mikayla pun terus tidur kerana sudah lewatDownload Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (347)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
Alahai best sangat cerita ni..ada sedih ada suka..
02/07/2022
1novel awak menarik sangat lah. saya tertarik sangat baca sampai habis. hihi thanks awak !
9d
0interesting 💞
20d
0View All