Homepage/Kekasihku ulat buku/
Chapter 22 Akhirnya Mikayla bersetuju untuk kenal mendalam
Malam itu ketika Mikayla sedang tidur tiba tiba dia terlihat arwah sedang melambai lambai tangan ke arah dia. Mikayla pun menghampiri arwah.
"Awak jangan risau. Saya dah tenang dekat sini. Awak bukalah hati kepada sesiapa sahaja yang betul betul tulis menyayangi awak " Kata ilham di dalam. mimpi itu.
Jadi Mikayla terkejut lalu terbangun. Mikayla bangun dan pergi ambil wudhuk. Habis sahaja solat tahajjud Mikayla terus tadah tangan membaca doa
"Ya Allah ya tuhanku. Yang sentiasa mendengar semua permintaan ku. Ya Allah apa patut aku buat dengan. mimpi aku itu. Ya Allah berikanlah aku petunjuk untuk MU." Doa Kayla
Keesokan harinya, Mikayla bangun dan masak. Habis sahaja masak dia makan bersama sama keluargannya. Selepas itu dia terus masuk ke dalam kereta.
Di dalam kereta dia menelefon Ammar.
(Perbualan Ammar dan Mikayla)
"Hello Ammar jom jumpa kejap." Kata Mikayla
"Ha jumpa. Boleh nak jumpa saya dekat mana ni Kayla." Kata Ammar
"Jumpa kat tasik tempat biasa je lah." Kata Mikayla
"Sekarang ke." Kata Ammar
"Haah jangan risau tak lama pun kejap je." Kata Mikayla
Lalu mereka pun menamatkan panggilan. Ammar pun tanpa membuang masa bersiap dan terus keluar ke tasik kerana mahu bertemu dengan Mikayla di sana. Dia juga pelij kenapa tiba tiba sahaja Mikayla mahu jumpa dengan nya.
Di tasik,
"Ammar. Saya nak mintak maaf pasal hari itu." Kat Mikayla
"Eh tak mengapalah saya tahu. Saya yang salah." Kata Ammar
"Hmm. semalam saya mimpikan arwah. Saya rasa saya dah mula boleh buka hati untuk terima orang. Erm Ammar. Awak masih suka pada saya ke." Kata Mikayla
"Hmm malu lah pulak saya nak cakap. Ye saya memang Masih ada perasaan untuk awak." Kata ammar
"Saya rasa kita boleh berkenalan dahulu. Seperti ketika saya bersama arwah dahulu. Seperti mengenali kenalan nya. Ahli keluarga. Sebab saya tak kenal awak. Saya pun kena jaga diri. Ye saya kawan baik Suzy. Tapi Suzy pun baru sahaja duduk dengan awak." Kata Mikayla
"Tak mengapa saya faham. Nanti saya akan kenalkan awak dengan ahli keluarga saya." Kata Ammar
"Okey. Itu je saya mahu maklumkan. Ermmm nanti balik kerja kita jumpa semula. Tapi bukan berdua lah berempat sekali dengan Suzy dan alya semestinya." Kata Mikayla
"Boleh. Sya ikut sahaja. Eem selamat bekerja Mikayla." Kata Ammar
Mikayla angguk dan senyum. Dia pun terus menuju ke kereta. Sementara itu Ammar gembira kerana akhirnya Mikayla sudi juga mengenali dia.
Ammar pun pergi ke tempat kerja dengan hati yang sangat tenang sekali. Habis sahaja waktu bekerja Ammar tekad untuk ambil adiknya di pejabat.
Di hadapan pejabat Suzy,
"Eh abang ni buat tabiat apa tiba tiba datang pejabat nak ambik adik." Kata Suzy
"Alaa cepatlah naik sahaja kereta abang." Kata ammar
"Habis tu kereta adik ni macam mana pula takkan nak tinggal je dekat sini. Sian baby boi saya." Kata Suzy
"Alaa tinggal esok abang hantar adik ke pejabat balik. Jom lah naik kereta abang. Dah jom." Kata Ammar sambil tarik tangan adiknya
Suzy dengan blur dan ditarik oleh abangnya tesh masuk ke dalam kereta Ammar. Di dalam perjalanan Suzy pelik.
Perbualan mereka di dalam kereta
"Abang okey ke. Kenapa lain macam abang hari ini." Kata Suzy
"Erm. adik tahu tak kawan baik tu Mikayla tu kan dia sudi nak mengenali abang dengan lebih mendalam." Kata Ammar dengan suara yang sangat gembira
"Ha betulkah. Wah akhirnya dia dah terbuka hati nak terima orang lain dalam kehidupan. Jadi sekarang kita nak pergi ke mana?" Tanya Suzy
"Nak jumpa dengan kawan kawan adik lah. Ala nanti dekat sana adik berbual dengan mereka sendiri." kata Ammar
"Erm okey. " kata Suzy sambil menjeling abangnya dengan pandangan yang sangat tajam.
Mereka berdua pun tiba di pasaraya serentak bersama. Seperti biasa apabila perempuan bertemu dengan perempuan mereka akan melompat lompat dahulu
"Arghhhh." Kata mereka bertiga serentak
Lalu mereka bertiga pun berjalan bertiga serentak meninggalkan Ammar yang berada di belakang. Ammar juga faham sebagai seorang lelaki dia perlu paham.
Sampai sahaja di sebuah butik pakaian Suzy, Mikayla dan alya pun memilih pakaian. Tiba tiba Ammar berasa seperti mahu ke tandas jadi dia pergi ke arah Suzy.
"Adik, abang nak pergi ke tandas kejap. Korang beli belah dulu. Nanti apa apa telefon. Aduh sakit perut." Kata Ammar
"Ish tu lah abang lain kali kalau sakit perut tak payah ikut adoii." Kata Suzy
Lalu Ammar pun berlari ke arah tandas. Mereka bertiga sambung memilih.
"Kenapa dengan abang awak tu nampak kelam kabut." Kata Mikayla
"Entah dia tiba tiba sakit perut katanya. Haha. Lantak dia lah jom lah pilih pakaian mana yang mahu." Kata Suzy
Selepas habis sahaja memilih mereka memeli aiskrim dan menunggu Ammar di sebuah kerusi. Ammar pula habis sahaja berak terus berlari tergopoh gapah. Tanpa sedar dia terlanggar orang.
"Eh maaf cik." Kata Ammar
"Eh buta ke mata letak mana." Kata Melissa
Lalu Ammar terkejut melihat muka Melissa yang berada di hadapan nya ketika itu.
"Eh Ammar. Buat apa dekat sini. Sorang ke?" Kata melisa
"Eh takda lah dengan adik. Kenapa" Kata Ammar
Suzy yang terlihat abangnya Ammar berborak dengan Melissa tanpa membuang masa terus berlari ke arah mereka.
"Hi." Sapa Suzy dari belakang
"Eh hi Khalisa. Berdua je ke dengan abang awak ni." Kata Melissa
"Eh tiadalah dengan buah hati abang saya tu ha. Tak nampak ke." Kata Suzy
"Ha? Awak bercinta dengan Mikayla ke." Kata melisa
"Kalau ye pun kenapa. Itu bukan masalah awak kan. Dah lah saya pergi dulu. Jom adik." Kata Ammar
Lalu Ammar dan Suzy pun berjalan ke arah alya dan Mikayla. Di dalam hati Melissa ketika itu "Eh sejak bila Ammar pula bercinta dengan perempuan ni. Aku kena tanya datin ni."
Ammar pun menemani adik nya dan rakan rakannya sambung membeli belah. Sementara itu Melissa pula terus masuk ke dalam kereta dan bergerak ke rumah mama dan papa Ammar.
Di hadapan rumah, selepas Melissa memberi salam bibik membuka pintu dan menjemput Melissa pergi ke ruang tamu kerana datin berada di situ.
"Ouh Melissa ada apa datang ke rumah aunty ni." Kata mama ammar
"Ni pasal Ammar ni." Kata Melissa
"Ouh Ammar dan adiknya tiada. Tadi papa telefon kata mereka berdua pergi membeli belah di pasar raya. Kenapa tu Melissa. Nak jumpa ke." Kata mama Ammar
"Ish bukan lah aunty. Melissa tahu lah. Baru sahaja tadi Melissa terserempak dengan Ammar dekat mall." Kata Melissa
"Ohh baguslah kenapa tak ajak dia makan sekali atau berbelanja sekali." Kata mama Ammar
"Pada awalnya Melissa nak buat tapi tu lah Khalisa kata Ammar nak temankan dia dan kawan kawan dia. Ermmm. aunty betulkah Ammar bercinta dengan kawan Khalisa si Mikayla tunang arwah itu." Kata Melissa
"Entah tiada pula mereka berdua cerita dekat aunty. Mereka berdua tu asyik kepit berdua je. Tak de lah pula cerita apa apa dekat aunty." Kata mama Ammar
"Tiada ke. Entah Khalisa cerita macam tu lah dekat Melissa. Ish Melissa tak suka lah. Kenapa dengan Ammar tu." Kata Melissa
"Entah lah. Dia tu Beria betul pasal arwah." Kata mama Ammar
Selepas itu mereka pun minum sambil bercerita. Tidak lama kemudian apabila Melissa pulang Ammar dan Khalisa pun tiba di rumah.
"Assalamualaikum mama. Kami dah balik " Kata Suzy
"Meh sini kejap Khalisa dan Ammar." kata mama
Lalu mereka berdua pun berlari ke arah mama.
"Ye mama ada apa panggil kami." Kata Suzy
"Ni ha mama nak tanya betulkah Ammar bercinta dengan kawan adik tu si Mikayla." Kata mama Ammar
"Ni mesti sebab Melissa datang dia pergi mengadu dekat mama kan." Kata Ammar
"Ish boleh tak jangan bagi soalan dengan soalan. Jawap soalan mama tu. Betulkah?" Kata mama
"Tiadalah mama setakat ni kami berkawan dulu macam kawan baik." Kata ammar
"Alaa mama tapi kalau lebih pun tak mengapa kan." Kata Suzy
"Tak mahu. Mama tak mahu dia jadi menantu mama. Mama tak kenal dia. Mama tak kira mama nak Melissa tu juga jadi menantu mama. Mana tak mahu orang lain full stop. Mama masuk dalam dahulu." Kata mama
Selepas itu Ammar terus masuk ke dalam bilik. Ammar dan Suzy pun blur dengan barang barang pun masuk ke dalam bilik.
Dalam bilik Suzy,
"Ish tak Paham aku lah. Apa yang hebat sangat perempuan gedik tu. Kalau nak dibandingkan dengan Mikayla. Mikayla baik lagi. Eee geram Aku. Mesti perempuan ni ada tokok tambah cerita Ishh serabut lah aku." Kata Suzy seorang diri
Sementara itu di rumah Mikayla,
"Ibu Mikayla dah balik." Kata Mikayla dari hadapan pintu
"Ouh baguslah sayang ibu ni dah balik naik atas mandi lepastu makan sama sama ye sayang." Kata ibu Mikayla
Mikayla pun lari naik ke atas untuk mandi dan solat. Habis solat dia pun terus turun pergi makan bersama keluarga di meja makan.
"Ermmm ibu. Mikayla mahu tanya. Apa pendapat ibu tentang Ammar." Kata Mikayla
"Ammar kawan baik arwah tu ke. Entah lah. Kalau mahu jadi kawan boleh lah tapi lebih ibu tak suka ye Mikayla. Sebab ibu nampak dia macam bukan budak baik je." Kata ibu
"Mana ibu tahu dia tak baik. Dia baik sangat ibu Lagikan bukan dia kan abang kandung Suzy." Kata Mikayla
"Kalau ye pun. Ibu tengok dan dapat agak perangai mesti jauh beza denagna diknya." Kata ibu Mikayla
"Hmm okey ah kalau ibu dah cakap begitu." Kata Mikayla
"Kenapa Mikayla tanya soalan tu. Jangan cakap dekat ibu Mikayla dah mula jatuh hati dekat dia. Sampai bila bila pun ibu tak akan terima dia jadi menantu ibu " Kata ibu Mikayla
"Tapi kan ibu kalau jodoh kan tak ke mana heheh " Kata Mikayla
"Jodoh tu kan boleh dicari. Ibu nak kamu cari lain. Bukan dia lah." Kata ibu
"Hmm. Ibu kalau nak cari pengganti macam ilham tu susah sangat ibu. Tapi InshaAllah Mikayla boleh katakan perangai Ammar ni lebih kurang sahaja perangainya. Kebaikan juga sama." Kata Mikayla
"Dah lah Mikayla sudah cukup cerita tentang dia ibu nak makan ni rasa macam tak ada selera." kata ibu
"Ouh ye eh. Okey lah makan makan ibu. Ayah nak tambah ke." Kata Mikayla
Ayah menggeleng kepala. Ayah Mikayla seorang yang selalu menyokong kehendak anaknya. Dia tahu apa sahaja kehendak anaknya itu semuanya terbaik untuk dirinya sendiri
Selepas sahaja habis makan Mikayla pun naik ke atas dan memasuki ke dalam biliknya. Dia pun sambung membuka diary milik arwah itu lagi. Di muka surat seterusnya ada tertulis "Terimalah siapa sahaja yang kamu rasa boleh pimpin mu ke syurga andai aku tidak dapat memimpin ni ke syurga wahai kekasih hati ku."
Setiap kali Mikayla membaca pasti Mikayla akan berasa sebak yang teramat sangat. Mikayla tidak dapat menahan dirinya untuk menangis.
Sementara itu Ammar di biliknya sedang menjalankan kerjanya yang masih tidak siap. Tiba tiba dia mendapat satu mesej dari orang yang dia sendiri pun tak mengenalinya.
Tanpa membuang masa Ammar pun membuka mesej itu. Dia membaca mesej itu yang tertulis "Jaga dia baik baik ya." Selepas itu Ammar cuba menghubungi nombor itu tetapi tidak dijawab. Berkali kali di cuba menghubungi tetapi masih sama.
Ammar mula berfikir seperti ada orang mahu bermain main dengannya. Dia pun cuba menghubungi Mikayla untuk menanyakan tentang hal itu.
(perbualan Ammar dan Mikayla)
"Hello Mikayla daya mahu tanya ini." Kata Ammar
"Ye apa tu tanya sahajalah." Kata Mikayla
"Awak ada tak dapat mesej dari orang tak kenal." Kata Ammar
"Mungkin itu orang suruhan ilham ketika dia hidup. Sebab saya pun kena juga sebelum ini. Dia dah mengaku." Kata Mikayla
"Ohh ye ke kalau macam tu tak mengapalah. Terima kasih. Maaf menganggu sawak makan malam ni ya." Kata ammar
Lalu tertamat lah panggilan. Keesokan harinya, Mikayla rasa seperti mahu ke kedai buku jadi dia pun pergilah ke sana seorang diri.
Ketika dia sedang memilih buku di situ. Tiba tiba dia terlihat Melissa. Dia cuba untuk tidak bertemu' dengan Melissa. Ianya kerana dia tahu Melissa amat tidak menyukainya.
Tetapi Melissa perasan ada kehadiran dia jadi tanpa membuang masa Melissa terus hadir berdekatan dengan dirinya.
"Eh perempuan kau ni Mikayla kan. Kawan baik di Khalisa tu kan." Kata melisa
"Ye kenapa ya. Awak ni siapa ya." Kata Mikayla
"Kau jangan buat buat tak kenal aku lah. Aku nak pesan. Baik kau jauhkan diri sahaja dari Ammar tu. Aku tak kisah tau kau nak rapat dengan adik dia tapi tolong jangan Ammar. Dia hak aku." Kata melisa
"Ermmm siapa ya cik Melissa ni. Keluarga dia ke. Kenapa saya kena dengar cakap cik Melissa. Oh ya Ammar sendiri yang datang dekat saya bagitau dia suka saya. Jadi tu bukan masalah saya. Lagikan saya hanya anggap dia kawan. Tak salah kan." Kata Mikayla
"Ye ye lah kau perempuan. Kau memang sengaja nak kikis harta dia je kan. Dulu ilham pun kau kikis kan. Kau tu dah lah perempuan murah." Kata melissa
"Ish ya Allah aku hilang sabar dah. Eh perempuan. Kau ni kan. Kau tu sebenarnya tak boleh terima kenyataan ke apa. Amboi sedap sedap kau je nak panggil aku pengikis lah perempuan murah lah. Kau ingat kau siapa ha. Kau jaga sikit mulut tu. Ish kecik besar kecik besar je aku ni. Baik kau perambus sebelum tangan aku ni melekat dekat muka kau." Kata Mikayla dengan suara yang sudah hilang sabar.
Melissa pun pergi. Mikayla terus pergi ke kaunter bayar untuk bayar. Selepas itu dia terus memasuki ke dalam kereta dan memandu. "Ishhh sampai hati dia panggil aku perempuan murah pengikis. Ishh aku pun tak ingin lah."
Sampai sahaja di rumah dia terus masuk ke dalam bilik. Dia pun membuka telefon melihat Ammar ada mesejnya tetapi dia tidak mahu menjawab nya. Oleh sebab itu Ammar pun pelik kenapa Mikayla tidak menjawab kebiasaannya Mikayla selalu menjawab.
Jadi dia risau dia cuba menelefon tetapi tidak di jawab. Jadi dia mesej lagi pada Mikayla "Kenapa saya ada buat salah ke. Kenapa awak tak balas chat saya." Mikayla hanya membaca sahaja.
Ammar risauw jadi dia pergi ketuk dan masuk ke dalam bilik Suzy.
"Adik adik tak pergi kerja ke hari ini." Kata Ammar
"Tak sebab adik buat kerja dekat rumah sahaja hari ini kenapa. Papa bagi je." Kata Suzy
"OUH tiada apa. Erm adik Mikayla ada beritahu apa apa ke dekat adik." Kata Ammar
"Erm tiada. Kenapa bang?" Kata Suzy
"Tiadalah abang mesej dia dia tak balas tengok seperti dia dah baca. Telefon pun tak jawab tu abang pelik tu. Manalah dia ada bagitau apa apa dekat adik. Takut abang ada buat salah ke. Cuba tanya dia." Kata Ammar
"Ouu okey nanti adik cuba telefon dia ajak jumpa
Alah abang jangan risau lah. Ada lah tu." Kata Suzy
Lalu Ammar pun keluar dari bilik Suzy. Suzy sambung menyelesaikan kerjanya itu. Habis sahaja selesai kerja itu. Dia pun terus menghubungi Mikayla.
(Perbualan Mikayla dan Suzy)
"Hello Mikayla." Kata Suzy
"Ye Mikayla dekat sini. Ada apa telefon tu Suzy." Kata Mikayla
"Ni ha sengaja nak tanya. Awak okey ke. Sebab abang saya kata awak tak balas mesej dia. Sebelum ini awak selalu sahaja membalas mesej dia kan." Kata Suzy
"Eh saya okey sahaja. Entahlah Suzy. Saya malas lah nak jawab mesej dari dia." kata Mikayla
"Ha kenapa. Awak ada masalah ke dengan abang saya. Cuba cerita. Atau pun kita boleh jumpa jumpa." Kata Suzy
"Tiada apalah. Eem saya malas nak cakap. Ada apa apa lagi ke Suzy. Kalau tiada saya pergi dahulu ye. Saya ada kerja ni. Selamat tinggal." Kata Mikayla sebelum menamatkan panggilan
Suzy pun pelik kenapa Mikayla tiba tiba begitu. Oleh kerana dia tidak puas hati jadi Suzy terus bersiap dan terus pergi ke rumah Mikayla.
Ibu Mikayla menyambut kedatangan Suzy ketika itu. Selepas itu ibu menyuruh Suzy naik dna masuk ke dalam bilik Mikayla. Jadi Suzy pun masuk lah.
"Hi Mikayla." Kata Suzy
"Eh kenapa datang rumah saya ni. Ni tak puas hati dengan tadi ke. Okeylah meh sini saya terus terang. Pagi tadi saya pergi ke kedai buku. Tiba tiba saya terserempak dengan Melissa tu ha." Kata Mikayla
"Ha perempuan tu. Ha kenapa apa dia buat." Kata Suzy
"Ish sabarlah saya tak habis cakap lagi. Ni ha awak tahu tak dia cakap saya pengikis dan perempuan murah. Sebab Ammar confess dekat saya. Like what." Kata Mikayla
"Ish perempuan ni aku memang dah hilang sabar. Kalau dia berjumpa alya tu memang mati kena dengan alya. Kau tahu kan perangai alya macam mana. Kau pun satu pergi tak ajak aku ataupun alya kenapa." Kata Suzy
"Alya kan ada kerja. Kau pun sama. Malas lah aku nak menyusahkan Korang." Kata Mikayla
"Tapi kan perempuan tu memang sah melampau lah. Sampai hati dia kata dekat kawan baik aku begitu. Habis tu kenapa kau tak layan abang aku pulak. Kesian dekat dia risau dia dekat aku." Kata Suzy
"Entah aku terasa au. Sebab kan abang kau dia cakap macam tu. Aku ni perampas ke Suzy." Kata Mikayla
"Tiadalah abang aku tak pernah bercinta dengan dia pun setahu aku. Entah entah dia tu yang perampas. Dah lah tak sedar diri. Orang dah tak nak tu tak nak je lah. Serabut betul." Kata Suzy melepaskan geram
"Hmm. Entah ah aku penat ah. Aku baru saja mahu buak hati tetapi lain pula jadi. Susah lah hidup aku ni Suzy kenapa eh." Kata Mikayla
"Alaa babe kau janganlah kata begitu. Tak mengapa pasal Melissa tu siap dia. Biar dia kena dengan mulut laser alya tu nanti." Kata Suzy
"Kau nak buat apa Wey. Kau jangan buat bukan bukan." Kata Mikayla
"Aku tahulah nak buat apa kau tunggu sahaja." Kata Suzy
Lalu Suzy pun senyum sinis. Selepas itu dia pulang ke rumah. Suzy mengupah orang untuk cari Melissa itu berada di mana. Dia juga ada menelefon alya ajak serang perempuan itu.
Keesokan petang nya, mereka berdua dapat tahu bahawa Melissa berada di pasar raya jadi mereka pun pergi. Sampai sahaja di situ melihat Melissa sedang makan dan minum seorang diri. Alya dan Suzy datang dekat.
Tanpa membuang masa alya ambik air minuman Melisa itu dan terus mencurah nya dia muka Melissa
"Eh kau ni dah kenapa." Jerit Melissa
"Oi perempuan kau apahal eh pergi kata dekat kawan baik aku macam tu. Kau belum kenal lagi aku siapa ya " Kata Alya
"Ouh kau ni mesti kawan baik perempuan pengikis tu kan. Ye lah geng korang semua pengikis." Kata Melissa
"Eh geram lah aku. Kau tu lah perempuan sundal. Kau ni warning eh dari aku sekali lagi kau kacau kawan baik aku kau akan kenal perangai sehanr aku tau. Habis kau." Kata alya
"Lantak kau lah aku tak takut sikit pun dekat korang lah. Pengikis." kata Melissa
Alya dan Suzy pun pimpin tangan keluar dari pasar raya itu. "Ish lalu ikutkan hati aku yang panas ni nak je aku belasah dia depan orang ramai tapi sebab ramai orang aku sabar." Kata alya
"Betul aku pun dah tak tahan dengan perangai perempuan tu. Jangan risau alya. Aku dah rekod semua nanti aku tunjuk dekat abang aku mati ah dia." Kata SuzyDownload Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (347)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
Alahai best sangat cerita ni..ada sedih ada suka..
02/07/2022
1novel awak menarik sangat lah. saya tertarik sangat baca sampai habis. hihi thanks awak !
10d
0interesting 💞
20d
0View All