Homepage/Kekasihku ulat buku/
Chapter 16 Adik beradik terpisah?
Tiba tiba Mikayla datang dah sergah mereka berdua.
"Hello. Wah lepak berdua tak ajak." Kata Mikayla
"Eh mikayla buat apa dekat sini. Tak pergi kerja ke." Kata ammar
"Eh takde lah tadi sengaja singgah. Tiba tiba ternampak korang berdua tengah bersembang jadi sengaja lah nak sergah dari belakang." kata Mikayla sambil tertawa kecil
"Ouh sekarang Mikayla nak balik dah ke." Kata Ammar
"Haha Mikayla nak balik dah." Kata Mikayla
Selepas itu masing masing pulang ke rumah. Ammar berfikir apakah lebih baik tampal poster di luar atau tanyakan tentang itu kepada orang luar. Manalah tahu jika ada yang pernah ternampak. Atau sedar diri.
Tetapi Ammar takut mama dan papanya tidak memberikan kebenaran untuk membuat itu. Tetapi dengan lafaz bismillah dia mencuba cara itu.
Selepas itu dia terus solat. Selepas habis solat dia tadah tangan untuk bacaan doa "Ya Allah permudahkan urusan aku. Ya Allah tunjukkanlah aku jalan. Bantulah aku cari punca ilham mati yang sebenar dan temui lah aku dengan adik kanduku ya Allah.,"
Habis sahaja doa Ammar terus menyambung dengan mengaji. Keesokan harinya, ammar pun bangun dan bersedia untuk pergi ke tempat kerja tetapi sebelum itu dia bertekad untuk pergi ke kedai makan yang selalu dia pergi terlebih dahulu.
Selepas itu, ketika dia sedang memesan makanan dia terlihat seorang pelayan yang agak pelik. Doanya seorang perempuan. Jadi tanpa membuang masa Ammar menanyakan kepada pelayan lelaki yang lain.
"Hmm encik. Boleh saya tahu dia tu sakit apa ya kenapa dia punya rupa paras dan dia selalu tutup muka tu." Kata Ammar
"Oih dia tu anak OKU. Dia tu anak yatim katanya. Entahlah saya pun tak tahu nak cerita lebih lebih. Encik tanya lah dia sendiri. Saya hanya perkeja sahaja di sini." Kata pelayan lelaki itu
"Ouh ye ke. Maaf ye encik menganggu encik bekerja." Kata Ammar
"Tidak mengapalah ada lagi ke encik yang saya boleh bantu selain itu " Kata pelayan itu
"Eh tiada dah terima kasih ya." Kata ammar
Selepas itu Ammar teruskan usaha mengushar perempuan itu sambil makan. Ammar pada awalnya mahu tegur tapi dia segan.
Lalu selepas makan Ammar pergi bayar di kaunter dan terus pergi ke tempat kerja. Habis sahaja kerja Ammar terus bergerak untuk pulang ke rumah. Apabila sampai sahaja di rumah di rumah.
"Assalamualaikum mama papa. Ammar dah balik kerja." Kata Ammar
"Ouh Ammar. Meh sini kejap ke ruang tamu mama ada nak bagi sesuatu ni." Kata mama
"Okey maa kejap. Ammar datang. Ammar nak buka kasut kejap. " Kata Ammar
Selepas itu Ammar berlari ke arah mamanya yang berada di ruang tamu. Mamanya sedang menonton televisyen bersama papa sambil makan popcorn.
"Ye ma ada apa panggil Ammar ni." Kata Ammar
"Ni ha mama dah cari sampai jumpa ni lah yang mama jumpa. Mama dah jumpa sijil kelahiran adik kamu tu." Kata mama
"Ye ke mama alhamdulillah. Meh Ammar nak tengok. Dalam fail ni ya ma kejap Ammar buka jap." Kata Ammar
Ammar tanpa membuang masa terus membuka fail itu dan mengeluarkan surat beranak itu. Di dalam surat beranak itu tertulis nama adik Ammar ialah "Khalisa nairah binti Dato'Rashid." Ammar teringin nak jumpa adiknya.
Selepas sahaja melihat surat beranak itu Ammar terus menjatuhkan air matanya. "Ya Allah temukan aku dengan adik aku ini. Sesungguhnya aku teringin sangat nak jumpa dia." Kata Ammar di dalam hati.
"Terima kasih mama tolong carikan sijil lahir adik sampai jumpa. Ammar akan usaha untuk mencari adik Ammar itu sampai jumpa." Kata ammar
"InshaAllah sayang. Mama akan turut cari adik kamu. Mama akan mintak tolong kawan kawan aman dan orang upahan mama untuk bantu carikan adik kamu." Kata mama
Selepas itu, ammar d engan tangisan membawa lari sijil kelahiran itu dan terus berlari masuk ke dalam biliknya.
"Ya Allah gembira betul saya tengoka anak awak. Semangat betul dia nak cari adik dia." Kata papa
"Hmm saya pun sebenarnya. Tapi saya kena tunjuk kuat depan dia. Saya tak mahu tunjuk kelemahan saya. Ibu Mana je kan tak sayang anak." Kata mama
"Betul tu. Saya pun dah mula sedar. Kesalahan saya selamani. Selain itu saya sedar juga kita dahulu jarang ada masa dengan anak juga. Tak pernah ajar dia mengaji dan solat. Sekarang dia yang ajar kita kan." Kata papa
"Yup, saya tahu Ammar tu memang anak yang baik. Dia akan buat apa sahaja demi orang yang dia sayang." Kata mama
"Betul. Ammar tu anak yang sangat baik. Saya bertuah kerana dapat anak yang baik." Kata papa
Sementara itu Ammar di bilik,
Ammar melihat sijil kelahiran itu. Dia membaca semua data. Di situ. Tapi agak susah kerana dia tidak mempunyai gambar adik ya itu. Jika mempunyai gambar mungkin lebih senang untuk dia mencari adiknya itu.
Ammar buntu juga sebenarnya untuk mencari gambar itu. Oleh kerana buat masa ini alya yang paling rapat dengannya selepas kematian ilham.
Jadi tanpa membuang masa Ammar terus menelefon alya. Alya pun menjawab panggilan Ammar ketika itu walaupun dia sedang penat kerana baru balik dari kerja.
(Perbualan Ammar dan alya)
"Hello alya awak buzy ke tu." Kata Ammar
"Hello Ammar. Tak buzy pun cuma penat baru balik dari kerja. Kenapa tu Ammar?" Kata alya
"Ouu saya nak ajak awak keluar esok kalau free lah. Kalau tak free tak mengapa." Kata ammar
"Nak cakap pasal apa ye. Ermmm macam ni Ammar maaf esok tak boleh saya dah janji nak keluar dengan Mikayla nak bawa dia melawat kubur arwah ilham." Kata alya
"Alamak ye ke lusa boleh. Harap boleh lah. Awak je tahu masalah saya sekarang ni. Please saya dha takde tempat nak luah dah ni." Kata ammar
"Hmm boleh lah. Apa apa saya roger awak ya. Jangan risau boleh je luah dekat saya." Kata alya
"Okey bye." Kata Ammar
Lalu mereka berdua pun menamatkan panggilan telefon itu. Ammar sambung semula melihat sijil Itum Selepas itu Ammar turin makan bersama ahli keluarganya.
Keesokan harinya,
"Assalamualaikum Mikayla oh Mikayla alya dah sampai ni " Kata alya memberi salam dari luar
"Waalaikumussalam okey jap. Saya dah siap ni." Kata Mikayla
Kebetulan ibu Mikayla ketika itu sedang berada di ruang tamu jadi ibu pun bangun dan menghampiri Mikayla.
"Eem Mikayla nak pergi mana dengan alya." Kata ibu Mikayla
"OUH lupa Mikayla nak mintak dengan ibu yang Mikayla nak keluar melawat kubur arwah hari ni. Keluar dengan alya boleh kan ibu." Kata Mikayla sambil membuat muka comel
"Boleh tu boleh. Tapi betul ni. Hati hati di jalan raya. Siapa bawa kereta alya ke. Jaga diri." Kata ibu
"Ye ibu Mikayla ingat pesan ibu. Alya yang bawa kereta hari ini." Kata Mikayla
Selepas itu Mikayla salam ibunya dan terus berlari masuk ke dalam kereta alya
(Perbualan Alya dengan Mikayla ketika berada di dalam kereta)
"Kenapa Wey tadi." Kata alya
"OUH tiada apa lah. Macam biasa lah mak aku risau kan aku. Kita pergi kubur ke ke. Tak nak singgah kedai buku ke. Aku dah lama tak hi kedai buku." Kata Mikayla
"Boleh sahaja kalau kau nak pergi. Haha. OUH ya Mikayla aku nak tanya lelaki tu ada ganggu kau lagi ke. Ada lagi ke orang hantar barang dekat kau." Kata alya
"Hmm ada tapi jarang sikit. Cuma makan je lah dia selalu belikan. Sampai sekarang aku tak tahu yang siapa yang belikan sebenarnya. Aku teringin sangat nak tahu siapa orang itu." Kata Mikayla
"Hmm.. Aku pun harap kau jumpa dengan orang tu. Hihi. Aku rasa orang tu mesti tiada niat jahat. Dia cuma nak lindungi kau dari jauh sahaja InshaAllah." Kata alya
"Tu lah mula mula aku takut juga. Takut dia sengaja nak perangkap aku tapi lama lama apabila aku fikirkan balik mungkin orang tu nak lindungi aku kan. Aku tak tahu apa lagi akan berlaku selepas ini." Kata Mikayla
"Oub ya satu lagi hari itu kau ada ceritakan kau ada cari abang kau kan. Boleh tak aku tahu nama dia apa." Kata alya
"Aku pun tak ingatlah. Nanti balik aku carilah balik sijil kelahiran dia. Ouh ya aku selalu je tengok gambar dia malam malam. Gambar dia masa kecik dahulu." Kata Mikayla
"Wah kau tak mahu cuba cari ke?" Manalah tahu dia ada je dekat dekat dengan kau. Cuma kau je tak sedar kan." Kata alya
"Hmm teringin nak cari tapi sekarang ni aku terlalu banyak benda perlu diuruskan. Lagikan bapa ilham suruh aku gantikan tempat ilham. Kerja dia banyak gila. Jujur aku kata aku tak suka ada dekat kedudukan aku sekarang." Kata Mikayla
"Alaa Mikayla rilek rilek je lagikan bapak mertua tak jadi kau tu kan banyak tolong kau. Aku rasa kau patut bersyukur dapat pegang jawatan ni. Ramai lagi nak merasa jawatan begini tapi kau bertuah rezeki kau." Kata Alya
"Betullah apa kau cakap bodoh lah aku ni." Kata Mikayla
Sampai sahaja di tanah perkuburan tempat ilham di tanam. Mikayla dan alya terus turun dan pergi ke kubur arwah. Alangkah terkejutnya Mikayla melihat tanah perkuburan ilham itu sangat bersih seperti ada orang yang bersihkan.
Sudah beberapa minggu sudah kalau dikira Mikayla sudah tidak datang ke sini tapi tu lah keadaan di sini sangat bersih.
"Eh peliknya bersihnya kubur ilham. Lain kan masa mula mula kita lawat hari itu " Kata Mikayla
"Tu lah pelik betul. Dah macam orang bersihkan. Siapa lah yang rajin sangat tolong bersihkan ni moga Allah membalas jasa dia." Kata alya
"Betul tu. Moga Allah limpahkan lagi rezeki buat orang yang bersihkan itu." Kata Mikayla
Selepas itu mereka berdua duduk dan mulakan dengan membaca bacaan yasin. Ketika Mikayla membaca yasin Mikayla rasa seperti ada orang memerhatikan dirinya membaca yasin.
Habis sahaja membacakan yaisn Mikayla peluk dan cium batu nisan arwah. "Awak tenang ya di sana. Walaupun kita suami isteri tak jadi. Tapi saya tetap doakan awak. Moga awak tenang. Saya dah ikhlaskan awak pergi ke sana. Saya sayang awak walaupun awak dah tinggalkan saya. Awak sentiasa ada di dalam hati saya." Itulah pesan Mikayla sambil cium batu nisan arwah
Alya yang melihat tersentuh hatinya melihat Mikayla begitu. "Kalau aku mati aku harap kau buat macam ni juga dekat aku." bisikan alya di dalam hatinya
"Jom lah balik Mikayla nanti kita datang melawat arwah lagi ya. Aku gembira kawan baik aku dah ikhlaskan dia pergi dengan tenang." Kata alya sambil pimpin tangan Mikayla ke kereta
"Hahaha ikhlaskan tu mudah je tapi nak lupakan dia sangat susah ye sebenarnya." Kata Mikayla
Lalu mereka berdua pun masuk ke dalam kereta. Selepas itu oleh kerana Allah teringat permintaan Mikayla untuk pergi berjalan jalan kedai buku dahulu.
Di kedai buku,
"Mikayla aku naik ke atas jap kau carilah bulu kau ye." kata alya
"Okey aku gi dahulu ya." Kata Mikayla
Selepas itu Mikayla berlari ke sudut bacaan yang di gemari oleh nya sudut cinta semestinya. Tiba tiba Mikayla teringat.
(Flashbacks)
"Sayang buku ni kan I dah beli tahu menarik betul. You tak nak baca ke." Kata ilham
"Eh sejak bila awak baca buku cinta cinton ni. Bukan lelaki biasanya baca buku bola sukan macam tu ke. Ermmm mencurigakan." Kata Mikayla
"Hahaha. Entah awak lah ajar. Best lah pulak bila saya dah baca. Tu nak ikut teman awak tu. Alang alang tu cari buku untuk diri sendiri juga." kata ilham
"Haha wow amazing. Hebat lah wak." ajata Mikayla
"Sayang suggest lah buku apa yang macam menarik. Saya nak baca." Kata ilham
"Okey kejap saya cari buku yang mana saya rasa sesuai dengan awak." kata Mikayla
"Haha okey cari yang menarik tau baru seronok saya nak membaca." Kata ilham
"Okey saya jumpa dah buku ni rasa macam sesuai dengan awak hahaha." Kata Mikayla
"Eh apa ni sayang buku apa ni "Bakal isteriku pandai masak" Hahahah awak ni apa hahaha kalau ya pun nak puji diri sendiri. Ye saya tahu kesayangan saya ni memang pandai masak pun." kata ilham
"Hahaha." lalu mereka pun tertawa beramai sama
(Sekarang)
"Woi Mikayla dah jumpa belum buku kau nak baca. Woi jauh betul termenung teringat dekat siapa dho." Kata alya
"Ish kau ni kacau lah tak boleh tengok orang berangan sikit. Kejap lah aku cari buku yang best best. Kau dah siap ke cari barang kau tu." kata Mikayla
"Dah lama Wey aku siap. Aku perhatikan je kau duduk termenung sambil tersenyum tengok buku ni. Apahal dengan buku ni." Kata alya
"Ish ye ke ya Allah malunya hahaha. Tak lah aku tengok buku ni macam menarik je aku nak ambik lah nak baca " Kata Mikayla
"Ha okey ambillah. Nak satu buku je ke." Kata alya
"kenapa kau nak belanja ke hahaha." kata Mikayla
"Mikayla oui dengan kau aku tak pernah berkira lah kau nak berapa pun ambillah aku tak pernah kisah pun lah alah setakat kau je pun." Kata alya
"Hahaha alya ni comel lah. Takpelah aku nak buku ni sahaja. Banyak dah sebenarnya buku orang tu bagi. Sajer nak datang lama tak jejak kaki dekat sini." Kata Mikayla
"Ye ke entah entah kau rindu kan ilham kan. Kau teringat tentang pernah datang sini dengan dia kan jujur je lah dengan aku ahhaha. Aku bestie kau lah tak payah tipu aku." Kata alya
"Hahaha sibuk je dah lah jom lah bayar." Kata Mikayla
"hmm okay" Kata alya
Lalu mereka pun pergi ke kaunter untuk pergi bayar buku buku yang dibeli itu. Selepas selesai membuat bayaran alya terus menghantar Mikayla pulang kerana sudah lewat.
Sampai sahaja di rumah alya terus menelefon Ammar.
(Perbualan Ammar dan alya)
"Hello Ammar. Esok onz lah aku boleh pergi petang sikit." Kata alya
"Ha okey okey cantik. Kita jumpa tempat biasa petang tau." Kata Ammar
"Ha okey. Nanti aku habis kerja aku pergi sana terus jadi kau tak payah risau lah okey. Nanti kau bagitau lah apa yang kau nak bagitau sangat tu." Kata alya
"Haha okey nanti aku cerita dekat kau semuanya." Kata ammar
Selepas itu mereka pun menamatkan panggilan itu.
Keesokan harinya, oleh kerana mereka dan berjanji untuk berjumpa di tasik tempat biasa mereka lepak itu jadi mereka terus berjumpa di situ.
"Maaf lewat sikit banyak kerja lah dekat pejabat tadi. Ha apa benda nak cerita dekat aku tu." Kata alya
"Kau nak tahu aku dah dapat tahu dah nama penuh adik aku tu." Kata Ammar
"Oub alhamdulillah. Wey Mar kau tahu tak kadang kadang aku pelik lah. Mikayla cerita dekat aku di hilang abang. Kau pulak cerita dekat aku kau hilang adik. Entah entah korang berdua ni adik beradik tak?" Kata alya
"Eh tak lah adik aku bukan nama Mikayla lah ni ha aku nak tunjuk dekat kau. Nama adik aku Khalisa." Kata Ammar
"Khalisa. Aku rasa aku macam pernah dengar tapi aku tak ingatlah. Erm tak mengalah." Kata alya
"Nama abang Mikayla tu apa pulak?" Tanya Ammar
"Yang tu aku pun tak tahu dia tiada pulak bagitau aku nama abang dia tu. Dia hanya bagitau aku abang dia hilang. Dia rindukan abang dia. Lepastu dia cerita dekat aku kali terakhir dia jumpa masa dia darjah satu tak silap." Kata alya
"Ouh. Jadi kami mempunyai nasib yang sama ya." Kata Ammar
"Ye lah kot lebih kurang macam tu lah korang. Kenapalah sahabat aku kena macam ni. Aku alhamdulillah abang dan adik aku ada dekat rumah tu." Kata alya
"Takdir Allah kan. Aku pun tak tahulah. Aku rasa memang tahu ini aku memang bersungguh sungguh nak cari adik kandung aku itu." Kata Ammar
"Hmm betul tu." Kata alya
"Okey macam ni. Tujuan aku nak jumpa dengan kau ni. Aku nak tanya pendapat kau lah kan. Macam mana eh nak cari seseorang tu tapi cuma ada nama penuh je tapi tiada gambar." Kata Ammar
"Ianya sebenarnya susah tau kau nak cari sebab tiada gambar ni. Katakan kalau kau ada bukti jadi lebih senang untuk kau cari dia. Seperti kau boleh viralkan tapi tu lah susah tau takda gambar ini." Kata Lya
"Aku dah cuba tanya mak aku sebelum ini manalah dia ada tersimpan tapi dia kata tiada. Aku pelik juga sebenarnya." Kata Ammar
"Cuba kau cari dalam stor atau bilik rahsia ke. Kalau rumah kau ada lah. Mesti ada tersorok dekat situ. Lagipun kat cakap bukan mak kau serahkan adik kau tu terus dekay orang itu tapi duduk dulu setahun kan jadi mesti ada gambar." Kata alya
"Ada betul juga katak kau tu. Ye rumah aku ada satu bilik ni memang selalu terkunci. Aku pun tidak tahu sebenarnya itu bilik apa. Aku pernah tengok dia terbuka sekali dua je. Aku tak berani masuk ke bilik itu. Lagipun mak dan ayah aku kunci bilik tu selalu." Kata Ammar
"Tengok kan aku dah cakap. Dah ada something wrong di situ. Kau kena teruskan cari ada je bukti da rumah kau. Kau cuba dulu usaha cari. Aku ni sebagai kawan kau boleh hanya bagikan pendapat sahaja. Aku malu nak pergi rumah kau tolong cari. Nanti mama kau kata apa pulak." Kata alya
"Okey faham terima kasih alya bagi pendapat. Balik ni aku akan tanya mama aku pas bilik itu. Terima kasih luangkan masa kau dekat aku." Kata Ammar
"Takda apa lah Ammar kau tu kawan baik aku juga kan sejak kau kenal Mikayla. Apa salahnya dengar masalah kawan baik sendiri. Aku ni jarang ada masalah aku ni sentiasa gembira je haha." Kata alya
Lalu mereka pun pulang ke rumah masing masing. Sampai sahaja di rumah Ammar terus bergerak pergi ke rumah tamu.
"Mama Ammar nak tanya boleh bilik yang depan mama selalu kunci itu ada apa ye." Kata Ammar
"Kenapa dengan bilik itu. Bilik itu tiada apa apapun yang penting. Kenapa?" Kata mama
.
"Tapi kan kalau tak penting kenapa mama kunci bilik itu. Atau pun mama ada sorokkan sesuatu dari Ammar." Kata Ammar
"Betul kata mama kamu tu Ammar. Mana ada apa apalah dalam bilik itu." Kata papa
"Susah lah nak percaya kan papa dan mama ni. Ammar tak percaya lah. Boleh mama dan papa buka pintu tum Buktikan yang tiada barang berharga dalam tu." Kata Ammar
"Hmm awak. Betul ni mama boleh je buka tapi Ammar jangan terkejut ya." Kata mama
"Betul kata mama kamu tu. Kamu jangan demam pulak bila mama dah buka pintu bilik itu." Kata papa
"Kenapa sampai nak demam pula tak faham. Buka je lah papa dan mama." kata Ammar
"Bukalah awak. Tunjuk dekat dia." Kata papa
"Okey awak. Meh ikut mama buka pintu bilik itu." Kata mama
Ammar pun mengekori dari belakang semasa mama buka pintu bilik Itu. Apabila terbuka pintu bilik itu Ammar terus terkejut dan bersin.
"Hachmmmm." Bersin Ammar
"Tengok kan mama dan kata baru mama buka je kamu dah bersin sebab ni lah mama tak mahu buka." kata mama
"LA kucing ke patutlah mama tak nak buka pintu bilik ni." Kata Ammar
"Tu lah. Mama kamu tu tahu kamu alahan dengan kucing jadi mama kunci lah bilik ini supaya kucing tu tak merayap. Lagikan kamu tak suka kan dengan kucing jadi biarlah diri terkunci." Kata papa
"Betul kata papa kamu tu Ammar. Mama ni punyalah fikir pasal Ammar. Tapi lain pula mama kena." kata mama
"Ishh manalah tahu. Maafkan Ammar mama. Hachikomm tutup balik pintu tu mama. Rasa nak bersin je ni." Kata Ammar
"Dah pergi naik atas mandi. Lain kali jangan paksa mama lagi ya." kata mama
"Oghey ma." Kata Ammar
Lalu Ammar pun terus berlari naik ke atas. Papa dan Ammar hanya mampu menggelengkan kepala mereka sahaja sambil tersenyum.Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (347)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
Alahai best sangat cerita ni..ada sedih ada suka..
02/07/2022
1novel awak menarik sangat lah. saya tertarik sangat baca sampai habis. hihi thanks awak !
11d
0interesting 💞
22d
0View All