Homepage/Kekasihku ulat buku/
Chapter 15 Ammar ada adik ke?
Ketika sedang ralik makan tiba tiba telefon bimbit alya berbunyi. Apabila alya lihat nombor ammar jadi tanpa membuang masa dia mintak menjawab panggilan di tempat yang jauh sedikit.
(Perbualan Ammar dan alya)
"Ye apa. Ada apa telefon aku ni." Kata alya berbisik
"Yang kau bisik bisik ni apahal. Ni aku nak tanya Mikayla ada dengan korang ke aku tengok kereta dia dekat rumah tiada."Kata ammar
"Haha. Dia ada dengan kami. Sebab tu aku kena berbisik. Eh kau ada dapat apa apa informasi baru ke." Kata Alya
"Belum tengok lah dalam lusa kot aku pergi semula ke rumah dia cari lagi aku tak puas hati sebenarnya haritu." Kata Ammar
"Ha okey lah ikut kau lah. Dah lah Wey Mikayla perhatikan aku tu bye. Apa apa terus bagitau aku tahu." Kata alya
Tak sempat Ammar membalas apa apa alya pun terus berlari ke arah Mikayla dan Suzy makan.
"Siapa alya telefon? Nampak macam serius je." Kata mikayla
"Eh tiada siapa siapalah. Kawan je. Entah dia." Kata alya
"Okey lepas ni kita nak pergi mana." Tanya Suzy
"Balik lah kot penat lah hari ini. Korang tak pernah ke balik kerja buat kerja kat office bagai." Kata Mikayla
"Betul juga okey kita semua balik sahaja okey." Kata Suzy
"Haa betul jugak." Kata alya
Selepas itu mereka membayar makanan itu dan terus pulang ke rumah. Mikayla bertekad untuk tidak mahu pulang terus dia nak pergi melawat ke kubur arwah ilham.
Di kubur,
"Assalamualaikum awak. Saya datang nak melawat awak. Walaupun awak tak sempat jadi imam saya. Tapi awak tetap ada dekat dengan saya. Saya akan sentiasa doakan awak. Awak saya rindu sangat dekat awak." Kata Mikayla sambil memegang batu nisan ilham
Lepas itu Mikayla mula membuka yasin dan mula membaca yasin untuk arwah. Mikayla cuba move on walaupun ianya amat pahit untuk terima. Selepas habis membaca Mikayla pun mencium semula batu nisan itu.
Selepas itu Mikayla terus bangun dan bergerak ke kereta. Tiba tiba dia terserempak dengan Ammar. Ammar yang perasan dengan Mikayla terus berlari ke arah Mikayla.
"Eh Mikayla datang sini melawat kubur arwah ilham ya." Kata Ammar
"Haah. Awak pun mesti sama kan." Kata Mikayla
"Eh. Saya sebenarnya nak melawat kubur adik saya. Dia meninggal masa saya umur dua tahun. Alang alang tu bolehlah nak melawat kubur ilham sekali." Kata ammar
"OUH ye ke. Ouh awak ada adik. Mesti awak sedih kan bila di dah tinggalkan awak masa itu." Kata Mikayla
"Ye mestilah awal awal dapat tahu dia dah meninggal saya sedih lah juga. Eh kalau awak nak tahu cerita lebih lebih esok lah kita jumpa kita cerita cerita ya." Kata Ammar
"Hm boleh juga esok kita jumpa dekat tasik tempat biasa tu ya." Kata Mikayla
Ammar mengangguk kepalanya dan terus berjalan ke kubur adiknya. Ammar pada awalnya bacakan yasin untuk adiknya dan barulah pergi ke kubur ilham. Ammar bersihkan kubur adiknya.
Selepas itu barulah Ammar pulang ke rumah.
Di rumah ammar,
"Assalamualaikum mama." Salam Ammar di hadapan muka pintu
Selepas itu bibik menjawab salam dan buka pintu. Ammar pun masuk dan terus berlari ke arah ruang tamu. Ammar masuk dan terus mencari mama dan papanya.
"Eh mama dan papa tengok televisyen ya." Kata ammar
"Haha Ammar. Kenapa sayang lapar ke. Kalau lapar pergilah makan." Kata mama
"Eh bukanlah mama. Mama papa Ammar nak bagitau tentang arwah adik boleh." Kata ammar
"Ye sayang kenapa dengan arwah adik." Kata mama
"Tadi Ammar pergi kubur arwah. Teruk sangat kubur tu. Mama dan papa tak datang langsung melawat ke. Sebab nampak kubur tu macam tiada orang tengok pun. Tadi Ammar pergi Ammar yang pergi bersihkan. Bukan apa nak tanya sahaja kepada mama dan. Ialah kan sepanjang 25 tahun Ammar hidup Ammar tak pernah tengok mama dan papa pergi pun. Pergi pun masa hari raya sahaja." Kata ammar
"Mama dan papa sibuk lah Ammar. Lagipun dia dah mati kan. Kenapa kita nak terhegeh hegeh dekat arwah lagi kan." Kata mama
"Betul kata mama kamu tu Ammar. Kenapa kita kena sibuk dengan orang yang dah tiada." Kata papa
"Bukan apa papa, Ammar hanya terfikir kalau ammar dah meninggal dunia mesti mama papa tak kisah juga kan. Malah mesti tak melawat langsung kan." Kata ammar
"Eh bukanlah mestilah mama dan papa akan melawat Ammar. Ammar kan anak mama dan papa. Anak kesayangan lagi." Kata mama
"Ye lah tu Ammar tak percayakan mama dan papa. Ammar nak mintak mama dan papa pergi melawat adik punya kubur selalu je untuk buktikan ia." Kata ammar
Selepas itu Ammar terus berlari masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu. Ammar terasa maksud mama dan papanya apa. Apa maksud "Anak kesayangan". Mama dan papa tak sayangkan adik ke?
Tiba tiba mama mengetuk pintu bilik Ammar." Boleh mama masuk. Mama akan terangkan tentang adik dekat Ammar. Ammar sayang janganlah merajuk bukalah pintu sayang. Ammar janganlah merajuk dengan mama." Kata mama
"Boleh percayakah mana ni. Mama janji tau kalau ammar buka pintu mama kena terangkan pasal adik terangkan pasal adik tau. Kalau tak Ammar tak nak makan dengan mama dan papa." Kata Ammar
"Ye sayang mama janji. Mama akan terangkan kamu tentang adik kamu." Kata mama
Ammar pun bangun dan membuka balik pintu yang dia kunci itu. Selepas itu mama masuk dan terus duduk di atas katil bilik Ammar.
"Ha terangkan lah mama pasal adik. Tadi dah janjikan kalau Ammar buka pintu mama nak ceritakan tentang adik." Kata Ammar sambil berdiri di hadapan pintu.
"Meh sini sayang mama. Duduk tepi mama. Meh mama terangkan tentang adik ya." Kata mama
"Ha cerita lah cepat." Kata Ammar sambil pergi duduk di sebelah mamanya
"Okeh macam ni cerita nya. Sebenarnya adik kamu bukan mati pun." Kata mama
"Haa habistu tu kubur siapa mama?" Kata mama
(Flashbacks)
"Kenapa eh ibu suka sangat paksa saya nak kawin dengan siapa?" Kata mama ammar
"Mak tahu lelaki yang kamu suka tu bukan lelaki yang baik." Kata nenek Ammar
"Habistu takkan lah saya nak kawin dengan lelaki yang mak suruh tu. Tu bukan taste saya lah mak. Saya tak nak kawin dengan dia mak." Kata mama Ammar
"Mak tak kira mak nak kami kawin dengan dia juga. Kalau tak mak takkan restu hubungan kamu itu." Kata nenek Ammar
"Ikut mak lah saya takkan kawin dengan dia." Kata mama Ammar
Selepas itu mama Ammar terus berlari ke luar rumah. Ia pergi mencari mama ilham untuk bertemu.
"Hi babe." Kata mama Ammar
"Ha ada apa babe nak jumpa dengan I ni." Kata mama ilham
"Babe, you tahu mak I suruh I kawin dengan pilihan dia." Kata mama Ammar
"Ha bagus lah. I pun nak kawin dah minggu depan. I lupa nak ajak You. I kawin dengan pilihan mak I jugak." Kata mama ilham
"Ish masalahnya I tak nak dekat dia. I dah ada orang lain lah. Lagipun entah siapa siapa lah mak I nak kahwinkan I tu." Kata mama Ammar
"Alaa manalah tahu pilihan mak tu yang paling terbaik. Kawin je lah manalah tahu jodoh you dengan dia kan." Kata mama ilham
"Tapi I dah ada boyfriend masalah nya." Kata mama ammar
"I pun tak tahulah tapi you kena pandai uruskan." Kata mama ilham
Selepas itu mama Ammar pergi berjumpa dengan boyfriend nya yang bernama zalif. Mereka berjumpa di sebuah restoran.
"You. I nak bagitau you ni. My mom nak kahwinkan I dengan anak kawan dia." Kata mama Ammar
"Lepastu kawin je lah." Kata zalif
"Tapi you macam mana. I tak mahu tinggalkan you." Kata mama Ammar
"I kan tak penting you dengan je lah cakap your mom." Kata zalif
Lalu mereka pun berborak. Selepas itu mama Ammar pun pulang ke rumah. Kebetulan lelaki yang mahu dijodohkan dengan mama Ammar ada ketika itu.
"Ha balik dah kamu ni ha lelaki yang mak selalu katakan itu." Kata nenek Ammar
"Hmm ya okey mak." Kata mama Ammar
"Eh kamu ni mak suruh datang sini jumpa tetamu bukan pergi melencong naik ke atas meh sini. Ish. Maaf ye anak mak ni memang macam ini perangai." Kata nenek Ammar
"Ish mak ni orang penat lah." Kata mama Ammar
"Kamu jangan nak kurang ajar sangat eh. Nasib lah depan tetamu ya." Kata nenek Ammar
"Ha ye lah mak. Lepas duduk tu nak buat apa." Kata mama Ammar
"Ya Allah kamu borak borak lah dengan dia. Takkan itu pun nak suruh mak ajar kamu. Mak nak pergi dapur jap kamu borak borak lah dengan dia." Kata nenek Ammar
"Hmmm." Balas nenek Ammar
Selepas itu nenek Ammar pun bergerak pergi ke dapur. Mama Ammar pun keluarkan telefon dan bermain telefon di ruang tamu.
"Erm awak ni ke yang mak cik nak kahwinkan saya tu." Kata bapa Ammar
"Ye lah kot. Awak ada nampak anak dia yang lain ke dekat sini. Anak dia yang lain semua dah kawin. Saya je anak yang bujang sampai sekarang. Saya ni kan kalau boleh tak nak kawin pun." Kata mama Ammar
"Hmm ye lah. Habistu kenapa awak terima sahaja lamaran itu." Kata papa Ammar
"What I terima. I tak cakap pun I terima ni mesti mak I tu pandai pandai pergi terima Ishhh. Ni I nak tanya you. You okey ke dapat perempuan gedik macam I ni." Kata mama Ammar
"Okey je. Kalau dah jodoh kan. Saya terima sahajalah." Kata papa Ammar
"Okey. Awak kena ingat tau kalau awak kahwin dengan saya pasti hidup awak akan jadi susah nanti." Kata mama Ammar
"Okey we see. Awak tahu hidup dengan saya mewah tau. Tengok dekat luar tu saya naik kereta apa. Saya ada syarikat sendiri. Tak nak lagi ke." Kata papa Ammar
"Ye eh serius lah." Kata mama Ammar
"Betullah tengok muka saya macam saya tipu ke. Saya tak pernah nak menipu orang tau." Kata papa ammar
"Okey." kata mama ammar
Lepastu tiba tiba nenek Ammar pun keluar ke ruang tamu.
"Dah habis dah ke berbual. Kamu berdua berbual tentang apa. Tak mahu bagitau mak ke." Kata nenek Ammae
"Mak kan suruh tadi kami borak kosong je lah. Mak oih mak. Ye lah adik terima untuk kawin dengan dia. Tapi tapi ada syarat." Kata mama Ammar
"Syarat apa pula. Nak kawin pun kena ada syarat bagai ke." Kata nenek Ammar
"Adik nak hantaran tinggi. Boleh. Kalau tak boleh lupakan je lah ramai lagi nak kan aku ni." Kata mama Ammar
"Eh adik ni. Ye ye je ramai nak. Entah entah tiada sekor pun nak dekat kau dik." Kata nenek Ammar
"Ish boleh tak. Kalau tak boleh lupakan je lah nak kawin dengan aku." Kata mama Ammar
"Mestilah boleh" Kata papa Ammar
"Okey process minggu depan masuk minang bulan depan tunang. Bulan depan depan kita kawin terus." Kata mama Ammar
"Amboi gelojoh betul kamu ni adik." Kata nenek Ammar
Lalu mereka berdua pun kawin. Selepas mama Ammar kawin baru lah mama tahu yang papa Ammar tu kaki enjoy juga. Tak suka lekat dekat rumah. Perempuan keliling pinggang. Kaya raya. Tapi betullah apa yang dia katakan bahawa papa Ammar memang ada syarikat sendiri. Syarikat yang sangat maju.
Selepas beberapa bulan kawin mama Ammar telah didapati mengandung. Oleh kerana nenek Ammar nak sangat akan zuriat dari perut mama Ammar jadi. Mama Amar pun menjaga Ammar dalam kandungan dengan baik.
Alhamdulillah bila dia keluar dia sihat walafiat. Selepas sahaja keluar Ammar nenek menjaga Ammar sampailah nenek Ammar meninggal dunia. Selepas setahun Ammar dilahirkan. Tiba tiba mama Ammar didapati mengandung lagi.
Mama Ammar tidak larat sebenarnya mahu menjaga Ammar ni kan lagi menjaga seorang lagi anak kecil. Lagi susah baginya untuk keluar malam. Pergi have fun. Ianya kerana perlu menjaga anak kecil. Jadi mama Ammar tak mahu rosakkan. diri jadi dia menjaga kandungan sehingga dia lahir.
Tetapi selepas bayi itu lahir. Bayi itu didapati cacat fizikal. Jadi bertambah bencilah mama dan papa Ammar kepada bayi itu. Selepas setahun menjaga bayi itu. Mama dan papa semakin tidak menguruskan bayi. Hanya bibik sahaja yang menguruskan bayi itu.
Jadi mereka bertekad daripada mereka membuat bayi itu sebegitu rupa lebih baik mereka menghantar di pusat penjagaan kanak-kanak. Jadi di situ budak itu akan dapat lebih kasih sayang.
(Kini)
"Jadi mama adik Ammar itu perempuan ke lelaki ya." Kata Ammar
"Kalau tak silap mama lah kan. Adik kamu itu perempuan. Tetapi mama tak ingatlah mama letak nama dia apa. Mama tahu masa tu mama teruk sangat. Mama membuang anak yang tidak berdosa langsung. Skarang mama dan papa kamu sudah bertaubat." Kata mama kepada Ammar
"Jadi kubur yang selalu kita lewat masa raya tu kubur siapa mama." Kata Ammar
"Itu kubur adik ilham. Bukannya adik kamu. Masa mama mengandung kan anak kedua kebetulan mama ilham juga sedang sarat hamil. Tetapi anaknya mati dalam kandungan." Kata mama Ammar
"Ya Allah besarnya dugaan mama dan papa ilham. Sekarang dah kehilangan kedua dua anaknya pula." Kata Ammar
"Betul tu. Mama rasa serbersalah sangat dengan adik Ammar yang hilang tu. Kalau mama jumpa dia memang mama nak peluk peluk dia kuat kuat." Kata mama Ammar
"Faham mama. Ammar pernah dengar orang kata. Sebenci mana kita pun dekat seseorang itu. Lama lama kita akan cari dia juga bila dia sudah tiada." Kata Ammar
"Betul tu. Jadi Ammar hargailah ya. Apa yang ada di hadapan mata Ammar. Ouh ya kalau Ammar rasa nak pergi cari adik. Mama tak sarankan m Tapi kalau Ammar masih nak cari terpulang. Nanti kalau mama jumpa surat beranak dia. Mama tunjukkan. Ammar tadi tu bukan mama dan papa tak nak bagitau tapi mama dan papa rasa serbersalah dengan diri sendiri." Kata mama ammar
"Faham mama. Maafkan Ammar sebab tengking mama dan papa tadi. Ammar tak tahu kisah sebenar yang terjadi. Sekarang baru Ammar faham. Ammar akan usaha cari adik balik. Mama tolong Ammar ye. Tolong carikan sijil lahir adik." Kata ammar
"Boleh Ammar nanti mama tolong carikan sijil lahir adik. Mama bangga dengan Ammar." Kata mama Ammar
"Ye lah mama. Sebenarmya Ammar cemburu sangat tengok orang yang ada adik beradik. Boleh bergurau dengan adik beradik. Boleh bergaduh. Boleh berebut semua. Ammar nak juga merasa benda sebegitu." Kata Ammar dengan suara yang kedengaran seperti mahu menangis. Ammar mengungkap semua yang terbuku di hatinya.
Mamanya yang mendengar juga rasa serbersalah dengan dirinya sendiri. Kalau lah dia sedar dari dulu. Pasti semua ini takkan berlaku.
Selepas itu mama masuk ke biliknya pergi berjumpa papa.
"Pa. Papa tahu tak dekat mana sijil kelahiran anak kita." Kata mama
"Maksud mama Ammar ke. Tanya lah dia dia yang simpan." Kata papa
"Ish bukan lah pa. Anak perempuan kita." Kata mama
"Eh ma dah bagitau cerita sebenar semua dekat Ammar ke?" Kata papa yang sedang bermain telefon terus meletakkan telefon bimbit itu di tepi
"Haah mama bagitau mama tak sampai hati nak buat di sedih sebab kan perkara ini. Jadi mama nak tolong Ammar cari balik adik dia. Lagipun dia kan anak kita." Kata mama
"Tapi awak juga kata dulu dia tu cacat tak layak dijaga. Saya cuma ikut sahaja kehendak awak ketika itu ." Kata papa
"Ye mama tahu mama salah. Mama tahu mama silap. Mama ego. Mama penting kan diri sendiri. Sanggup buang anak untuk kepentingan sendiri. Tapi mama tak sanggup nak tengok anak kita sedih macam itu." Kata mama
"Baguslah kalau dah sedar. Papa pun tak ingat mama letak dekat mana surat beranak tu. Tapi cuba check dekat bilik stor. Manalah tahu ada terselit dekat situ." Kata papa
"Okey InshaAllah esok pagi makan cari. Nak cari malam ni malas pula nak turun ke bawah." Kata mama
"Haha okey. Ikut mama lah. Papa Sokong je apa mama nak buat." Kata papa
Selepas itu mereka pun tidur. Ketika semua orang tidur. Tiba tiba Ammar bermimpi seorang gadis hadir di dalam mimpinya dan melambai lambai tangan. Ammar cuba memanggil nya di dalam mimpi tetapi tidak ada tindak balas.
Ammar pun tersedar dari mimpinya.
"Ya Allah. Ni mesti sebab aku tidur tak basuh kaki dan ambil wudhuk sebab tu lah mimpi macam ni. Allahuakbar." kata Ammar kepada dirinya sendiri
Selepas itu Ammar bangun dan pergi masuk ke dalam bilik air. Ammar masuk dan pergi mengambil wudhuk selepas mengambil wudhuk Ammar melakukan solat tahajjud dan mintak pertolongan dari Allah.
"Ya Allah kalau betul dalam mimpi itu adik aku maka bawalah dia jumpa aku. Aku ingin bersemuka dengan dirinya. Aku tak sanggup lagi. Aku teringin sangat nak berjumpa dengan adik kandung ku." doa Ammar sambil menadah tangan.
Keesokan harinya, Ammar pergi ke tempat kerja. Ketika Ammar sedang melakukan kerjanya sebagai seorang tangkap gambar profesional tiba tiba telefon bimbit miliknya berdering. Tanpa membuang masa Ammar terus menghampiri dan mengangkat panggilan itu.
(Perbualan Ammar dan alya)
"Ye alya ada apa telefon Ammar ni?" kata Ammar
"Ada dapat apa apa info baru ke pasal kasus kematian ilham." Kata alya
"Tiada buat masa ini saya tak nak fokuskan pasal ilham ni dahulu. Saya ada kes lagi perlu diselesaikan. Nanti selepas selesai baru saya sambung tentang ini ya." kata Ammar
"Ha pasal apa? Cerita lah Ammar." Kata alya
"Ish buzybody lah awak ni. Pasal adik saya." Kata Ammar
"Ha? Adik awak. Awak ada adik ke?." Kata alya
"Ish susah nak cerita pasal ni dalam telefon kalau awak nak tahu cerita nanti saya dan awak habis kerja kita jumpa lah dekat mana mana. Tapi awak sorang je. Saya tak mahu orang lain tahu juga pasal ini." Kata ammae
"Ha okey. Jumpa dekat tasik tempat biasa okey. Bye!" kata alya
Selepas itu masing masing sambung melakukan kerjanya. Selepas sahaja selesai melakukan kerja mereka pun pergi ke tasik untuk berjumpa sesama sendiri.
Di tasik,
"Ha ceritalah pasal adik awak tu. Betulkah awak masih ada adik." Kata alya
"Ye mak saya baru cerita pasal kejadian ini. Saya sempat jumpa dia setahun je tu pun saya jumpa gambar dalam telefon lama papa saya kalau tak saya pun tak ingat saya ada adik." Kata Ammar
"Ouh ye ke Ammar. Sabar ye. Mesti ada hikmah. Lepastu dekat mana adik awak tu sekarang." Kata alya.
"Saya pun tak tahu. Tapi saya teringin sangat nak jumpa dengan dia. Saya nak peluk dan cium dia." Kata Ammar
"Saya faham. Abang mana tak sayang adikkan . Walaupun tak pernah jumpa. Takpe lah saya doakan moga awak dipermudahkan urusan dan dapat jumpa dengan adik awak tu." Kata alya
"Terima kasih doakan saya. Ouh ya pasal ilham tu nanti saya akan selesai kan juga awak jangan risau tau." Kata Ammar
Tiba tiba
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (347)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
Alahai best sangat cerita ni..ada sedih ada suka..
02/07/2022
1novel awak menarik sangat lah. saya tertarik sangat baca sampai habis. hihi thanks awak !
11d
0interesting 💞
22d
0View All