Homepage/Tuan Muda Mikael/
Bab 8: Pertemuan Dua Pemimpin
~~~Di suatu bilik kecil gelap~~~
"Aku Mikael...Hanyalah seorang manusia kosong...Hidup bersendirian tanpa orang tersayang disisi...Aku juga, tidak disukai orang sekeliling...Kenapa...Mereka menjauhi aku?", bisik Mikael perlahan.
"Apakah sebaiknya...Aku mati saja?", ucap Mikael lagi.
Pistol di sebelah dicapai Mikael. Dia mengacukan pistol tersebut tepat dikepala miliknya sendiri. Jari telunjuk sudah berada di pemicu pistol. Mikael menutup mata sebelum dia menghabisi hayatnya ketika itu.
Secara tiba-tiba...
Tangannya yang memegang pistol ditepis seseorang. Mikael terkejut dengan perkara yang berlaku. Dia lantas memandang ke arah sosok yang menepis tangannya.
"Jangan buat Mikael...Biarpun awak berseorangan selalu, saya sentiasa ada dengan awak...Kan saya dah janji, takkan biarkan awak sorang-sorang lagi?...", ucap suara tersebut.
"Eh...Siapa?...Siapa pemilik suara ini?...", bisik Mikael didalam hati.
"Satu hari nanti...Saya berjanji akan bawa awak keluar dari dunia gelap ini! Tunggu saya...Mikael!", tambah suara itu lagi...
Sekali lagi, Mikael tertanya-tanya siapakah pemilik suara tersebut. Sungguh, pandangan Mikael terlihat samar-samar sebaik saja dia melihat sosok itu.
"Mari...Capai tangan saya...Kita keluar dari sini okay?", ucap pemilik suara.
Tanpa teragak-agak, Mikael cuba untuk menyambut tangan tersebut. Sebaik saja tangan mereka bersentuhan, secara tiba-tiba mata Mikael terbuka luas.
Dia lantas bangkit dari pembaringan. Telapak tangan kanan dibelek-belek sendiri.
"Mimpi kah?", soal Mikael didalam hati.
Mikael menarik nafas untuk bertenang seketika. Dia seakan-akan mengingati setiap perbualan yang dibicarakan didalam mimpi tersebut.
"Apa maksud...Orang itu?", bisik Mikael didalam hati.
Tiba-tiba...
"TUK TUK TUK", bunyi pintu bilik diketuk.
Mata Mikael tertumpu ke arah pintu biliknya. Sosok Adriana mula melangkah masuk tanpa menghiraukan Mikael yang masih duduk seperti orang gila di atas katil.
"Selamat pagi Tuan Muda Mikael", ucap Adriana sambil membuka langsir bilik untuk membiarkan cahaya matahari menerangi ruangan bilik.
Semasa Adriana sedang asyik membuka langsir dari menutupi sinar matahari, matanya sempat menjeling ke arah Mikael. Raut wajah pelik Mikael yang masih memandang ke arah tilamnya itu menjadi tanda tanya didalam benak fikiran Adriana.
"Kenapa Tuan Muda? Mimpi buruk ke?...", ucap Adriana spontan.
"Ahaha...Tidak...Saya baik saja", balas Mikael ringkas lalu turun dari katilnya.
Mikael melangkah perlahan menuju ke almari baju untuk mengambil tuala yang sudah siap disidai didalam almari tersebut. Mikael kemudiannya melangkah masuk ke dalam mini pool yang disediakan didalam biliknya untuk berendam air panas di pagi hari.
Sedang asyik Mikael melayan kenikmatan dunia dipagi hari, tiba-tiba pintu bilik air diketuk. Suara lembut milik Adriana mengisi ruangan.
"Sarapan dah siap dibawah...Selesai mandi, tolong turun ke bawah ye...", ucap Adriana lembut.
"Baiklah...", balas Mikael.
~~~Ditingkat bawah~~~
"Selamat pagi Tuan Ezekiel", ucap Emilia sambil mempelawa Ezekiel untuk duduk dikerusi yang sudah siap ditarik olehnya.
"Yah...Selamat pagi Emilia...", balas Ezekiel dengan senyuman dibibir.
Ezekiel melabuhkan punggungnya terlebih dahulu sebelum dia mengucapkan terima kasih kepada Emilia. Emilia menghidangkan Spaghetti Carbonara serta jus oren untuk menjamu selera pada pagi tersebut.
Tidak lama selepas itu, sosok Adriana kelihatan turun dari tangga. Ezekiel pantas menyapa sebaik saja dia melihat kelibat Adriana berjalan dihadapannya.
"Oh ya Adriana...Mana Mikael? Dia masih belum turun?", tanya Ezekiel.
"Belum Tuan...Tuan Muda baru saja mandi...Sekejap lagi dia turun katanya...", balas Adriana lembut.
Ezekiel menganggukkan kepala tanda memahami. Sedang Ezekiel asyik menjamu spghagetti dipagi hari, tiba-tiba saja satu mesej telah masuk didalam telefon bimbit miliknya. Ternyata, orang yang menghantar mesej itu adalah 'Bobby', seorang lagi bawahan Ezekiel yang masih belum diperkenalkan. Ezekiel lantas membaca mesej yang diterima. Raut wajah langsung berubah sebaik saja dia selesai membaca mesej tersebut.
"Tempat kita diserang Boss...Kami percaya ni kerja Helang Merah!", mesej tersebut berbunyi.
"Cih...Sial betul Helang Merah ni", marah Ezekiel didalam hati.
Ezekiel menaip mesej diskrin telefon.
"Tunggu markas, kejap lagi aku sampai...".
Ezekiel pantas menghabiskan sphagetti yang sudah siap dihidang didepan mata.
"Nih...Adriana...Pastikan Mikael sarapan...Saya kena keluar dulu...", ucap Ezekiel tergesa-gesa.
"Baik Tuan...Serahkan pada saya...", balas Adriana tenang.
Kemudiannya, Ezekiel melangkah pergi ke garaj kereta untuk menunju ke 'markas' yang disebutkan. Tidak lama selepas itu, Mikael keluar dari lif dan menuju ke dapur untuk menjamu selera. Dia tertanya-tanya dimanakah kelibat Ezekiel.
"Ahhh...Adriana...Ezekiel mana?", tanya Mikael.
"Dia dah keluar Tuan Muda...Baru saja...", balas Adriana.
"Mari tuan, sarapan dulu...", tambah Adriana lagi.
Mikael bergerak sejurus saja dipelawa oleh Adriana. Mikael berasa janggal, kerana dia seorang saja menikmati sarapan pada pagi itu. Untuk menghilangkan kesunyian, Mikael memanggil Adriana serta pelayan yang lain untuk menjamu selera bersama.
"Eh??? Tak mengapa Tuan Muda...Kami dah ditetapkan tak boleh makan bersama tuan rumah!", ucap Emilia tergagap-gagap.
"Jangan risau lah...Saya juga tuan rumah disini", balas Mikael ringkas.
"Marilah semua...Teman saya makan bersama..."
Mereka berempat memandang antara satu sama lain terlebih dahulu. Akhirnya, mereka bersetuju oleh kerana Mikael sendiri yang mempelawa. Bagi mereka, itu bukanlah satu kesalahan.
~~~Di Markas Harimau Berantai~~~
"Baiklah, segera laporkan apa yang berlaku.", arah Ezekiel tegas.
"Malam tadi, kelab malam dibawah naungan Harimau Berantai diserang puak Helang Merah. Kami taktau apa punca sebenar Boss...", balas Bobby.
Bobby merupakan seorang lelaki 'gempal' yang ditugaskan Ezekiel untuk menjaga perusahaan kelab malam yang berada dibawah naungan Ezekiel. Bobby melaporkan, beberapa puak Helang Merah sudah membuat kekecohan disana sehingga melibatkan pertempuran. Bobby turut melaporkan, kekecohan tersebut dianggap sebagai amaran awal dari puak Helang Merah untuk Harimau Berantai.
"Baiklah...Kumpulkan budak-budak kita...Malam ni kita adakan meeting penting. Aku sendiri akan jumpa Hawk! (pemimpin Helang Merah)", ucap Ezekiel tegas.
"Baik Boss! Akan saya uruskan semuanya!", balas Bobby langsung bergerak mengumpulkan budak-budak yang lain.
~~~Di rumah Mira~~~
Mira sedang menghabiskan masa dengan membaringkan tubuh di atas katil. Suasana bilik sunyi sepi hanya ditemani penghawa dingin yang sedang aktif. Matanya hanya tertumpu ke arah syiling rumah sahaja. Didalam kepala, masih lagi memikirkan sosok 'Mikael'.
"Hari ini sudah 5 hari Mikael tiada...Apakah dia baik-baik saja?", bisik Mira didalam hati.
"Apakah aku harus bergerak sendiri untuk mencari Mikael?", soal Mira didalam hati.
~~~Dirumah Agam~~~
Sepanjang Mikael disana, Mikael masih belum keluar dari rumah. Didalam hati, perasaan untuk pergi bersiar-siar sangat lah tinggi. Yelah, siapa saja yang tahan untuk terus berkurung didalam rumah berkurun lama? Mikael bangun dari sofa di ruang tamu, menuju ke arah dapur.
Sosok Emilia dicari Mikael. Malangnya, Emilia tiada di dapur.
"Mana pulak si Emilia ni?", bisik Mikael didalam hati.
Kakinya melangkah ke luar rumah untuk memeriksa jikalau Emilia sedang membuat kerja diluar rumah. Malangnya, diluar juga tiada.
Sedanh asyik Mikael memandang sekeliling, tiba-tiba dia disapa Adriana dari belakang.
"Tuan Muda...Ada apa yang boleh saya bantu?...", ucap Adriana lembut menggoda.
Mikael sedikit terkejut disebabkan oleh teguran yang mengejut itu. Dia lantas memandang ke arah Adriana yang sedang berdiri rapi di belakangnya.
"Ah...Adriana kah...Ya...Saya perlukan pertolongan", ucap Mikael.
"Kalau begitu...Apa yang Tuan Muda perlukan?", tanya Adriana sambil mendekatkan wajahnya ke arah Mikael.
"Eh...Hmmm...Saya bosan sebenarnya sekarang ni....Jadi...", balas Mikael tergagap-gagap akibat wajah Adriana yang agak dekat dengan wajahnya.
"Jadi....?", ucap Adriana lembut.
"Saya perlukan kunci motor yang ada dalam garaj tu...Saya nak keluar...", ujar Mikael sambil tersengih-sengih.
"Begitu...Tapi maafkan saya Tuan Muda...Tuan Ezekiel tak izinkan Tuan Muda keluar buat masa sekarang...", balas Adriana sambil menggerakkan jari telunjuk ke kiri dan ke kanan sebagai isyarat 'tidak boleh'.
"Hah?! Kenapa?!", Mikael mempersoalkan mengapa Ezekiel tidak membenarkan dia keluar dari rumah tersebut biarpun hanya untuk bersiar-siar.
"Hmmm...Maaf Tuan Muda...Saya tak pasti soal itu...Tapi saya boleh temankan Tuan Muda kalau Tuan Muda bosan sekarang ni...", ucap Adriana sambil kedua-dua belah tangan ke belakang.
"T-teman?...Apa maksud awak?", soal Mikael penuh keliru.
Tanpa menjawab persoalan, Adriana pantas mengenggam erat telapak tangan Mikael lalu menariknya ke suatu tempat. Suatu tempat yang tidak dapat dilihat orang ramai...
~~~Di Markas Helang Merah~~~
Kelihatan 3 petinggi Helang Merah sedang berkumpul didalam satu ruangan misteri. Dipercayai, ruangan tersebut adalah biliknya pemimpin mereka iaitu 'Hawk'. 3 petinggi tersebut sedang memakai pakaian seperti sehelai 'hoodie' berwarna merah maroon serta kepala mereka ditutup. Mereka bertiga sedang berdiri santai sambil dibontoti oleh sebuah kerusi yang diduduki oleh seseorang.
"Hawk...Kami ingin melaporkan...Ezekiel dalam perjalanan untuk kesini. Katanya ada urusan dengan kita", ucap Nikko salah seorang petinggi Helang Merah.
"Hahaha...Pengecut tu dah hilang sabar?", soal Hawk semula dengan gelak tawa.
"Nampaknya begitulah Hawk... Jadi, apa perancangan kau?", tanya Nikko lagi.
"Biarkan dia ke sini, kita lihat apa yang mampu dia lakukan...", balas Hawk bersahaja sambil menghirup secawan kopi.
~~~Adriana & Mikael~~~
Mikael dibawa kedalam satu ruangan kosong. Hanya sebuah katil Queen serta meja solek saja disediakan. Mikael masih tertanya-tanya, dimanakah dia berada.
"Oi...Saya kat mana ni?", soal Mikael dalam nada gelisah.
Adriana masih berdiri membontoti Mikael. Dia tidak berpaling ke belakang biarpun Mikael masih binggung sendiri.
"Oiii Adriana! Tempat apa ni?!", tanya Mikael lagi kali dengan nada yang sedikit tegas.
"Tuan Muda...Ini lah bilik saya...", balas Adriana dengan nada menggoda.
"Hah?! Untuk apa awak bawa saya kesini?!", ucap Mikael tegas.
"Ada satu perkara yang ingin saya luahkan kepada Tuan Muda...", balas Adriana lemah lembut.
"Hah? Apa maksud awak?!"
"Tuan Muda...Sebenarnya...Sebenarnya....", bisik Adriana sendiri.
"S-sebenarnya?", soal Mikael sambil menelan air liur. Sedikit gelisah, kerana Adriana menunjukkan reaksi yang lain tidak sama seperti sebelum ini.
"Sebenarnya...Saya jatuh cinta dengan Tuan...Muda...", ucap Adriana dengan nada yang tenang sambil wajahnya masih membontoti Mikael. Dia lebih selesa untuk membuat pengakuan tanpa memandang wajah Mikael sendiri.
Mikael menunjukkan reaksi mengejut selepas mendengar pengakuan yang dibuat oleh Adriana. Dalam masa yang sama, pengakuan tersebut turut membuat Mikael berasa malu kerana pengakuan itu terlalu langsung baginya.
"K-kejap Adriana...Apa maksud awak...?", soal Mikael lagi kerana dia masih keliru dengan situasi yang berada didepan mata.
"Oi oi oi...Tunggu kejap...Dalam bilik?...Berdua?...Ada katil?...ADAKAH?!!!", bisik Mikael sendiri didalam hati.
"Sebagai pelayan setia, saya bersedia...Bila saja Tuan Muda mahu...", tiba-tiba Adriana bersuara dengan nada yang penuh menggoda!
"HAH?!!!! real ke ni? ke aku hanya mimpi?!", Mikael membisik didalam hati. Tangan disisi badan mencubit peha sendiri.
"Aduhhh! Ini real!!! Bukan mimpi!!!", teriak Mikael sendiri didalam hati.
"Ehem...Adriana...", Mikael berdehem sedikit sebelum menyebut nama Adriana.
Mikael melangkah sedikit demi sedikit ke arah Adriana yang sedang berdiri cantik dihadapannya. Baju 'maid' yang berada di tubuh badan mantap Adriana membuat Mikael terus ghairah. Mikael sudah lupa diri!
"HEHEHE...TIDAK MENGAPA BUKAN? INI BUKAN KESALAHAN BUKAN?! REZEKI DIDEPAN MATA!", ujar Mikael didalam hati.
Jantungnya berdegup kencang sebaik saja tangannya sudah semakin menghampiri pinggang ramping milik Adriana. Sebaik saja telapak tangannya seinci dengan pinggang milik Adriana, secara tiba-tiba...
"Mikael!!!"
Pergerakan Mikael langsung terhenti. Oleh kerana Mikael mengambil masa terlalu lama untuk merangkul pinggang milik Adriana, Adriana mula mempalingkan tubuhnya menghadap Mikael. Raut wajah berubah, selepas melihat Mikael terdiam kaku dengan mata yang keliru.
"Tuan...Tuan Muda?!...Apa yang berlaku?!", teriak Adriana supaya Mikael menyedarkan diri.
Namun, tiada sebarang respon.
"Kejap...Suara siapa tadi?...W-wajah siapa yang sedang berlegar-legar didalam kepala aku ni?!!!", ucap Mikael didalam hati.
Wajah wanita yang masih belum dapat dilihatnya dengan sempurna, bermain-main diminda Mikael. Terdapat juga suara-suara yang berbisik telinga. Suara yang seperti pernah didengari oleh dirinya.
"Saya janji takkan biarkan awak sorang-sorang lagi!"
"Mikael!"
"Tak baik tau minum kafien selalu..."
"Mikael!"
"Mulai hari ini, saya kawan awak!"
Suara tersebut berlegar-legar didalam kepala Mikael sehingga dia tidak dapat menahan lagi. Mikael memegang kepalanya dengan kedua-dua belah tangan akibat kesakitan yang diaalami. Kepalanya seakan-akan rasa ingin meletup ketika itu!
"Aaarghhhh!!!", teriak Mikael sambil melutut menahan kesakitan.
"Tuan Muda!!! Tuan Muda!!!", Adriana cuba untuk menyedarkan Mikael daripada terus meracau. Adriana menggoncang tubuh badan Mikael dengan harapan Tuan Mudanya itu akan lantas sedar dari apa yang menganggu.
Mikael tidak berhenti berteriak sendiri. Kegelisahan didalam hati mula menghantui diri Adriana. Dia tidak tahu, apa yang harus dia lakukan untuk menenangkan Mikael yang sedang meracau teruk.
"Tuan Muda!!! Sedarlah!!!! Tuan Muda!!!", teriak Adriana mengisi ruangan bilik tersebut.
~~~Di Markas Helang Merah~~~
"Hawk...Ezekiel dah sampai", ucap Nikko.
Hawk memusingkan kerusinya menghadap pintu. Hawk, seorang lelaki berumur lingkungan 30 tahun. Memiliki rambut berwarna hitam dengan gaya rambut 'ducktail'. Biarpun sudah memasuki era 30 an, Hawk masih kelihatan muda dengan kumisnya yang nipis.
"Izinkan dia masuk...", ucap Hawk tenang.
Nikko melangkah ke arah pintu. Pintu dibuka. Ezekiel pantas melangkah masuk menuju ke arah Hawk yang sedang duduk santai di atas kerusi. Sebaik saja Ezekiel ingin mendekati Hawk dengan lebih rapat lagi, dua pucuk pistol sudah dihalakan ke arahnya.
Dua lagi pentinggi Helang Merah iaitu Leo dan Ricky berdiri kemas disisi Hawk sambil mengacukan pistol ke arah Ezekiel. Sebaik saja melihat dua pucuk pistol dihalakan ke arahnya, Ezekiel menghentikan langkah dari terus mendekati Hawk.
"Turunkan pistol...Leo...Ricky!", tegah Hawk.
Kedua-dua petinggi Helang Merah itu pantas menurunkan pistol mereka.
"Maafkan ketidaksopanan mereka Ezekiel...Silakan duduk...", ujar Hawk dengan tenang.
"Cih!", keluh Ezekiel lalu duduk di kerusi yang berada dihadapan meja milik Hawk.
"Apa hajat kau ke mari Ezekiel?", soal Hawk seperti tiada apa yang berlaku.
"Sial kau Hawk...Kau jangan buat-buat bodoh dekat sini!", jerkah Ezekiel sambil menghentak meja.
"Yow...Yow...Bawa bertenang Ezekiel...Kita boleh berbincang...", balas Hawk sambil menghirup segelas kopi.
"Hah? Bincang?! Kau jangan main-main dengan aku Hawk! Kau nak mulakan perang dengan aku ke apa?!", jerkah Ezekiel lagi.
"Uihhhh Mengerikan! Jangan marah-marah. Kecut aku dibuatnya...", balas Hawk tenang diikuti dengan gelak tawa menjengkelkan.
"Apa kau nak dari aku Hawk?! Kau cakap sekarang!", tengking Ezekiel. Hampir hilang sabar.
~~~ Di Rumah Agam~~~
Mikael terbaring masih belum menyedarkan diri. Sebentar tadi, Mikael meracau sendiri tanpa punca sehingga membuat Adriana sungguh khawatir. Mujur, Andika ada disana dan mendengar teriakan tersebut.
"Syukur...Dia tidak mengalami masalah serius. Dia cuma mengalami masalah ingatan yang datang menyerang secara tiba-tiba sehingga memaksa otaknya bertindak balas...Ubat penenang ini akan menidurkan dia selama setengah hari...Kalau ada apa-apa masalah, hubungi saya segera...", ujar Doktor Daniel.
"Baik doktor, terima kasih banyak-banyak", balas Adriana lembut sambil menundukkan sedikit kepala.
Doktor Daniel melangkah keluar dari ruangan bilik Mikael.
"Jadi...Apa yang berlaku sementara aku tiada?", ucap Andika sambil bersandar di dinding.
"Tiada apa...Tuan Muda secara tiba-tiba meracau sendiri...", balas Adriana perlahan.
"Eh...? Betul ke tu?", tanya Andika sekali lagi.
"Ya Andika...Betul...", ucap Adriana tenang.
"Ah...Baiklah...Tengokkan Mikael, aku ada urusan kejap", ucap Andika lalu beredar dari ruangan bilik tersebut.
Sebaik saja Andika keluar dari ruangan bilik, Adriana melabuhkan punggungnya ke atas katil milik Mikael. Wajah Mikael ditatap lama. Perasaan bersalah mula menghantui diri Adriana. Dia tidak tahu, apa yang harus dia lakukan.
Adriana mencapai telapak tangan milik Mikael, lalu mengenggamnya erat. Tangan Mikael di bawa ke dahi Adriana.
"M-maafkan saya...Tuan Muda...", bisik Adriana sambil menahan air mata.
~~~Di Markas Helang Merah~~~
Ezekiel memasang raut wajah yang berang. Tidak berpuas hati dengan segala bait kata yang keluar dari mulut Hawk. Setiap manusia, mempunyai tahap kesabaran masing-masing. Kali ini, Ezekiel tidak dapat menahan kesabaran lagi. Dia bangun dari kerusi untuk melepaskan tumbukan ke arah Hawk. Namun, usaha Ezekiel terhenti selepas Nikko merentap tangan Ezekiel dari belakang sehingga dia tidak dapat membuat apa-apa pergerakan.
"Sial kau! Lepaskan aku!!!", Ezekiel berteriak sendiri.
"Di mana letaknya adab kau...Ezekiel? Kau sekarang berada di tempat orang!", balas Nikko dengan tegas.
Tanpa disedari Ezekiel, Hawk mencapai sepucuk pistol dari bawah meja miliknya. Pistol tersebut diacukan ke dahi milik Ezekiel. Biarpun Ezekiel diacu pistol, dia masih menunjukkan reaksi yang tenang.
"Kalau aku tekan picu ini, hidup kau sampai disini saja Ezekiel...", ucap Hawk dengan penuh angkuh.
"Berani...Tembaklah...Aku nak tengok...", gertak Ezekiel dengan tenang.
"Jangan fikir aku takut Ezekiel...Sebelum kau hidup atas dunia ni...Aku dah hidup dulu dari kau!", balas Hawk penuh angkuh.
"Jadi? Masalah engkau ke masalah aku?!"
Setiap kata yang dikeluarkan Ezekiel membuat Hawk berang teramat sangat. Jari telunjuk sudah tepat berada di pemicu pistol. Bila-bila masa saja dia boleh menarik picu tersebut. Sebaik saja pemicu ditarik, habislah riwayat Ezekiel dimasa itu juga.
"Aku rasa...Jauh lebih baik kalah kau mati saja sana...", ucap Hawk sambil jari telunjuk sudah dipicu.
"Tuk Tuk Tuk", bunyi pintu diketuk.
Mata masing-masing langsung tertumpu ke arah pintu yang baru saja diketuk seseorang.
"Siapa?!", jerkah Hawk sambil tangan masih mengacukan pistol ke arah Ezekiel.
"Maaf menganggu...Saya sedang mencari jejaka bernama Ezekiel...Dia ada didalam ke?", ucap suara tersebut secara bersahaja saja.
"Tunggu...Suara ini...", bisik Hawk didalam hati.
"Tiada jawapan kah? Hmmm...Kalau begitu saya masuk dulu ye!", ujar suara itu lagi.
Tiba-tiba...
"BAAMMMM!!!", bunyi pintu ditendang.
Pintu yang terkunci menutupi mereka langsung terbuka dengan sekali tendangan sahaja. Seseorang melangkah masuk ke dalam. Semua mata tertumpu ke arah sosok yang bergerak masuk ke arah mereka.
"Engkau!!!", teriak Hawk.
"ANDIKA!!!", Ezekiel turut bersuara.
"Yow...Maaf menganggu...Aku datang nak bawa Boss balik aje", ucap Andika bersahaja sambil menggigit keropok lekor.
"Sial kau!!! Macam mana kau boleh ada dekat sini? Apa budak-budak aku buat dekat bawah?!", teriak Hawk dari jauh.
"Oh budak-budak itu kah? Malangnya...Mereka semua dah tidur secara tiba-tiba...", ujar Andika sambil menggigit satu lagi keropok lekor.
"Apa?! 30 budak aku yang berjaga dekat bawah dikalahkan begitu saja?!!!", Hawk berbisik didalam hati.
"Jadi...Boleh kau lepaskan Boss aku sekarang?", pinta Andika tenang.
"Woiii mana adab kau! Kau sedar tak kau dekat tempat siapa sekarang?!", tiba-tiba Leo bersuara sambil mula melangkah ke arah Andika.
"Tunggu!!! Leo!!! Jangan...Jangan dekat dengan dia!", tegah Hawk.
Andika masih tenang menjamu keropok lekor sambil berdiri dihadapan mereka.
"Nikko...Lepaskan Ezekiel...", arah Hawk
"Tapi Hawk?!"
"Lepaskan je aku cakap!", arah Hawk tegas.
Tanpa membuang masa, Nikko menolak tubuh Ezekiel ke arah Andika.
"Yosh...Terima Kasih! Nih aku bagi satu keropok lekor. Kongsi ramai-ramai", ucap Andika sambil meletakkan sebatang keropok lekor di atas lantai.
"Sial kau!!!", Leo cuba menyerang Andika.
"Leo!!! Dengar cakap Hawk!", tiba-tiba Nikko berteriak sehingga membuatkan Leo menghentikan langkah.
Andika masih mengunyah keropok lekor sambil tersengih-sengih melihat gelagat Leo yang masih belum dapat menyerangnya dari tadi.
"Mari Tuan Ezekiel...Kita pulang! Yahoooo!!!", Andika berteriak sendiri seperti tiada apa yang berlaku.
Ezekiel dan Andika melangkah meninggalkan 'sarang' Helang Merah dengan segera.
"Terima kasih...Andika...", ucap Ezekiel sambil menepuk lembut bahu Andika.
"Nak satu?", balas Andika bersahaja sambil menghulurkan sebatang keropok lekor kepada Ezekiel.
Ezekiel terhibur melihat gelagat Andika yang seperti tiada perasaan itu. Suasana tegang sebegitu pun boleh berubah drastik apabila Andika memunculkan diri. Dengan senyuman yang terukir dibibir, Ezekiel menyambut pemberian Andika.
"Jadi... Apa yang jadi dengan budak-budak Hawk tu?", tiba-tibe Ezekiel bertanya.
"Hahaha budak-budak tu kah?", balas Andika bersahaja.
~~~Di Markas Helang Merah~~~
Kelihatan sosok seseorang melangkah mendekati markas Helang Merah. 30 anggota Helang Merah yang bertugas untuk mengawasi perjempaan itu berlangsung mula sedar akan sosok tersebut. Seorang ketua yang bertugas untuk memimpin pasukan tersebut mula melangkah menghalangi pergerakan Andika dari terus maju ke hadapan.
"Woi Kau! Berhenti!", teriak lelaki tersebut.
"Ehhh?"
"Apa urusan kau ke sini?!", soal lelaki tersebut.
"Relax...Jangan marah-marah...Nah amik kopok ni satu...", ucap Andika sambil menghulurkan sebatang keropok lekor kepada lelaki tersebut.
"Pukimak...Kau jangan main-main dengan aku!", jerkah individu tersebut.
Keropok lekor yang ditawar oleh Andika ditolak mentah-mentah oleh individu tersebut. Tangan Andika ditepis sehingga secara tidak sengaja keropok tersebut terjatuh ke atas tanah. Andika mengeluh sebaik saja dia melihat insiden tersebut.
"Membazir betullah kau ni...Ramai lagi orang nak kan makanan...Senang-senang je kau jatuhkan rezeki...", ucap Andika dalam nada yang sedih.
Andika membongkokkan tubuhnya untuk mengutip semula keropok lekor yang sudah terjatuh. Sebaik saja tangan Andika menyentuh keropok lekor tersebut, secara tiba-tiba satu tendangan sedang meluru tepat ke arah sisi muka Andika.
Andika menahan tendangan tersebut dengan menggunakan sebelah tangan saja.
"Tsk...Tsk...Tsk...", keluh Andika sambil menggelengkan kepala.
"K-kau!!!", teriak lelaki tersebut sehingga memekikkan telinga Andika.
Tanpa membuang masa, Andika pantas menyentap kaki lelaki tersebut sehingga dia jatuh tersungkur. Tidak cukup dengan itu, pergelangan kaki lelaki tersebut dilipat oleh Andika sehingga menghasilkan bunyi "Krapppp". Secara tiba-tiba, lelaki itu berteriak semahunya sebaik saja dia melihat pergelangan kaki sudah bengkok. Dia berguling-guling menahan kesakitan.
"Yah...Bukan salah aku...", ujar Andika perlahan ditelinga lelaki tersebut.
Selesai menumbangkan lelaki yang seakan-akan 'ketua' bagi kelompok itu, Andika mula melangkah lebih maju dan berhadapan dengan 29 orang remaja lelaki.
"Baiklah...Siapa lagi diantara kamu semua yang ingin senasib dengan dia?", tanya Andika bersahaja.
Kelompok tersebut langsung memandang antara satu sama lain sehingga menelan air liur masing-masing. Oleh kerana tiada siapa yang berani maju, Andika melangkah lagi lebih dekat. Malangnya, keseronokkan tersebut berakhir disitu selepas kelompok tersebut melarikan diri entah kemana.
"Lah? Macam tu je?", ucap Andika sendiri.
Andika kemudiannya melangkah masuk kedalam sarang Helang Merah tanpa dihalang sesiapa.
"HAH??? BIAR BETUL DORANG LARI MACAMTU JE?", tanya Ezekiel dengan raut wajah terkejut.
"Hahahaha itulah yang berlaku sebenarnya...", balas Andika bersahaja sambil ditambah dengan gelak tawa.
~~~ Di rumah agam~~~
Adriana masih setia duduk disamping katil Mikael. Masih setia menunggu Mikael menyedarkan diri. Wajah Mikael diperhati tanpa henti. Tidak lama selepas itu, Mikael mula menunjukkan respon yang positif.
"Uhuk Uhuk...", Mikael terbatuk-batuk.
"Tuan Muda! Ni... Minum air ni!", Adriana pantas memberikan segelas air kosong kepada Mikael yang sudah mula menggerakkan tubuhnya untuk duduk.
Mikael menyambut gelas yang diberikan Adriana. Segelas air selamat diteguk Mikael. Batuk yang dihidapi mulai pulih. Mikael masih tertanya-tanya, apa yang sudah berlaku terhadap dirinya.
"Apa...Apa yang berlaku kepada aku?", ucap Mikael lemah.
"Aku?", bisik Adriana didalam hati.
"Em...Tuan Muda terpaksa ditidurkan. Tadi Tuan Muda meracau tiba-tiba... Tuan Muda lupa?", soal Adriana lembut.
"Meracau?...Entah la...Aku tak ingat apa-apa pun...", balas Mikael ringkas.
"Jadi...Apa kau buat dalam bilik aku ni? Siapa izinkan kau masuk kesini?!", tiba-tiba nada Mikael bertukar menjadi lebih tegas.
Adriana sedikit tersentak selepas mendengar nada Mikael yang tiba-tiba berubah drastis. Sebelum ini, dia seakan-akan seorang yang lembut dan peramah. Sebaik saja dia sedarkan diri, perangai Mikael seakan-akan berubah.
"Hoi...Kau pekak ke apa ni?", tanya Mikael lagi.
"Ahh...Saya cuma memantau Tuan Muda saja dari tadi...Maafkan saya Tuan Muda...", pinta Adriana.
"Keluar sekarang...Aku tak perlu dipantau. Aku boleh jaga diri sendiri...", balas Mikael tegas sambil menggerakkan kaki turun dari katil.
"B-baik Tuan Muda!", Adriana pantas melangkah keluar dari ruangan bilik tersebut. Sungguh, dia tidak mempunyai sebarang idea apakah yang sebenarnya berlaku terhadap Tuan Mudanya itu.
Mikael bangun dari katilnya lalu berdiri melihat luar jendela. Kepala dipegang lembut untuk mengingati kembali apa yang berlaku terhadap dirinya. Didalam fikirannya, suara serta rupa yang berlegar di telinga dan kepala masih menjadi tanda tanya.
"Siapa dia?...Siapa dia sebenarnya?...", bisik Mikael didalam hati, mempersoalkan siapakah pemilik suara serta wajah yang masih belum dapat dilihat dengan sempurna didalam fikirannya.
Demi mengisi persoalan yang membuak-buak didalam isi hati, Mikael membuat keputusan untuk mencari jawapan itu sendiri.
"Esok...Kita cuba...", bisik Mikael didalam hati.
~~~Bilik Mira~~~
Mira banyak mengisi masa berkurung dirumah saja. Hari-harinya sudah tidak sama seperti dahulu lagi. Mira juga kurang berkomunikasi dengan Nadia serta rakan-rakan yang lain. Mira masih mengharapkan akan ada satu keajaiban yang berlaku. Dia masih menyimpan hasrat untuk menemui Mikael satu hari nanti...
~~~JUMPA DI CHAPTER SETERUSNYA!~~~
~~~TERUSKAN SUPPORT!~~~Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (192)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
best dowhh first time jumpe buku best dalam apps nih
8d
0This story so best and good!!!
17d
0good
25d
0View All