Homepage/Tuan Muda Mikael/
Bab 7: Welcome Home
"Baiklah Mikael...Kita dah sampai...", ucap Ezekiel sebaik sahaja kereta berhenti dihadapan pintu rumah.
Mata Ezekiel memandang disekeliling kawasan kerana dia masih tidak dapat mengecam tempat ini sebelumnya. Dua pengawal keselamatan Ezekiel turun dari kereta lalu membuka pintu untuk memberi penghormatan kepada mereka.
"Silakan Tuan...Tuan Muda...", ucap Yinzo sambil berdiri di samping kereta.
Ezekiel dan Mikael melangkah turun dari kenderaan bersama. Sampai sahaja di hadapan pintu rumah agam milik keluarga mereka, Ezekiel dan Mikael di sambut oleh 4 pembantu rumah muda yang bertugas di rumah mewah tersebut.
"Selamat pulang ke rumah, Tuan Ezekiel...", ucap wanita tersebut dengan suara yang penuh lemah lembut.
4 pembantu rumah muda itu bernama Emilia, Sarah, Bella dan Adriana. Keempat-empat gadis itu berumur didalam lingkungan 20-25 tahun. Mereka adalah pembantu rumah setia yang bertugas untuk Tuan Ezekiel.
"Mari saya bawakan barang-barang Tuan Muda Mikael...", pelawa Adriana sambil mengambil barang dari tangan Mikael.
"Ah...Tidak perlu... Saya boleh bawa sendiri saja", balas Mikael dengan lembut.
"Mikael...Serahkan saja pada dia. Dia bekerja untuk kamu juga dirumah ini", tiba-tiba Ezekiel menyampuk perbualan.
Oleh kerana Ezekiel sudah menghalangnya untuk membawa barangan itu sendiri, Mikael menyerahkan semula barangan itu dibawa oleh Adriana. Gadis cantik jelita berambut hitam ikal mayang. Jejaka yang melihat, pasti terliur dibuatnya.
"Mari Mikael...Abang tunjukkan bilik kamu", ucap Ezekiel sambil menunjuk ke arah lif.
Perjalanan ke bilik Mikael, harus menggunakan lif biarpun rumah tersebut sudah pun mempunyai tangga untuk naik ke atas. Adat di dalam rumah, majikan perlu dilayan sebagai seorang raja disana. Tangga hanya digunakan untuk mereka yang bersumpah setia untuk bekerja disana.
Mikael dan Ezekiel melangkah masuk ke dalam lif. Butang tingkat 3 ditekan Ezekiel. Sepanjang Mikael disana, dia tidak banyak bersuara kerana dia masih dalam keadaan tertanya-tanya. Dia masih keliru dengan keadaan ketika itu.
"Tingggg" (bunyi isyarat lif sudah berhenti)
"Yosh...Kita dah sampai...", ucap Ezekiel secara tiba-tiba.
Sebaik sahaja pintu lif terbuka, terdapat satu lagi pintu besar yang terletak betul-betul dihadapan pintu lif tersebut. Ya, itulah bilik Mikael. Ezekiel memimpin adiknya sehingga ke depan pintu. Sebelum dia kembali semula ke bawah, Ezekiel menyerahkan satu kunci ke tangan Mikael.
"Ini kunci pintu bilik kamu. Jaga baik-baik...", arah Ezekiel sambil menyerahkan kunci di telapak tangan Mikael.
Sebaik sahaja Ezekiel kembali semula ke bawah, Mikael terus memasukkan kunci ke tombol pintu. Pintu bilik dibuka perlahan. Selepas pintu dibuka, Mikael terpesona melihat keindahan bilik tidurnya yang sangat-sangat mewah. Dia sangat teruja ketika itu.
"Besarnya bilik ni!", bisik Mikael didalam hati.
Mikael mula berjalan mengelilingi ruangan biliknya yang serba mewah itu. Katil king size hanya untuk seorang sahaja. Kelengkapan televisyen serta alat permainan video, ruangan PC yang serba lengkap ditambah dengan lampu LED yang menghiasi sudut ruang, bilik air yang mewah dilengkapi dengan 'mini pool' untuk rendaman air panas turut disediakan didalam bilik tersebut. Sungguh, Mikael sangat-sangat teruja.
Sedang dia asyik memerhati ruangan biliknya itu, tiba-tiba ada ketukan pintu dari luar. Mikael lantas mengalihkan pandangan lalu melangkah kesana. Pintu dibuka Mikael.
Ternyata, orang yang mengetuk adalah Adriana. Adriana membawa sedulang lamb chop serta jus oren untuk Mikael menjamu selera.
"Maaf mengganggu Tuan Muda... Saya bawakan lamb chop dan jus oren untuk Tuan Muda...", ucap Adriana dengan nada lemah lembut menggoda.
"Ah...T-terima kasih...", ucap Mikael tergagap-gagap.
Semasa Adriana masih tercegat didepan pintu sambil memegang dulang, Mikael masih bediri memerhati Adriana dari atas hingga ke bawah. Adriana yang sedar akan mata milik Mikael itu, pantas menunjukkan respon malu-malu kucing.
"Ehem...Tuan Muda tengok apa ya?", tegur Adriana sehingga mengejutkan Mikael.
"Eh? Ahahaha saya tengok lamb chop tu.. Mari, bagi saya!", balas Mikael terketar-ketir.
Adriana menyerahkan dulang tersebut lalu beredar dari bilik Mikael.
Sebaik saja Adriana beredar, Mikael mengukirkan satu senyuman.
"Dia gadis yang cantik...", bisik Mikael didalam hati sambil tersipu-sipu.
Mikael membawa makanan dimeja makan seperti dibar yang disediakan didalam bilik tersebut. Mikael menjamu lamb chop dengan penuh selera.
"Ahhhh sedapnyaaa!", ucap Mikael didalam hati.
Selesai sahaja dia menjamu selera, Mikael melabuhkan punggungnya diatas katil empuk miliknya. Dia membaringkan tubuh untuk meluruskan pinggang yang sudah lama duduk sebentar tadi.
Semasa dia sedang asyik melayan kenikmatan dunia, tiba-tiba sahaja Ezekiel masuk tanpa mengetuk pintu. Mikael terkejut lantas bangun dari pembaringannya.
"How your day now Mikael? You happy with this?", tanya Ezekiel.
"Ahh...Semuanya baik. Terima kasih", balas Mikael ringkas.
Ezekiel melangkah ke arah Mikael lalu duduk disebelahnya. Ketika itu, mereka mengadakan sedikit perbualan diantara abang dan adik.
"Kamu tak ingat langsung tentang rumah ni Mikael?", tanya Ezekiel.
"Ya.. Buat masa ni saya tak ingat apa-apa langsung. Saya masih dalam keadaan keliru...", balas Mikael tenang.
"Tidak mengapa...Benda macamni perlu take time... Abang percaya kamu akan ingat semula satu hari nanti.", tambah Ezekiel lagi.
"Yahhh, harapnya lah", balas Mikael.
"Tapi...Mikael nak tanya satu perkara...Siapa kita sebelumni?", tanya Mikael tiba-tiba.
"Oh kamu lupa juga? Baiklah abang ceritakan semuanya pada kamu...", balas Ezekiel sebagai pembuka cerita.
"Ayah kita dulu, seorang ketua mafia terkenal di sekitar kawasan ini. Ini adalah harta peninggalannya untuk kita sebelum dia meninggal dunia. Satu hari, kamu hilang entah kemana tanpa khabar berita sehingga ayahanda jatuh sakit. Dia meninggal dunia akibat tekanan yang tinggi..."
"Ayah meninggal...Sebab Mikael?", tanya Mikael untuk mendapatkan kepastian.
"Sudah Mikael...Kamu tak perlu fikirkan lagi soal benda tu. Benda yang dah lepas, jangan dikenang lagi. Yang hidup, perlu meneruskan kehidupan...", balas Ezekiel dengan nada yang tenang.
"Abang harap, kamu juga dapat membantu abang untuk terus menjayakan peninggalan ayah ni. Ayah minta kita meneruskan legasi 'Malik Tiger'...", tambah Ezekiel lagi.
Mikael sedikit tergamam selepas mendengar pencerahan yang diberikan oleh Ezekiel. Sungguh, dia tidak mengingati langsung peristiwa seperti itu wujud dialam hidupnya...
~~~Di rumah Miss Suraya~~~
"Miss...Apa akan jadi dengan Mikael?", tanya Mira tergesa-gesa.
"Miss tiada idea. Miss tak tau apa niat sebenar Ezekiel tu!", balas Miss Suraya dalam nada yang sedikit marah.
"Kita perlu dapatkan Mikael semula. Ezekiel tu orang yang bahaya!", tambah Miss Suraya lagi.
"Bahaya?! Apa maksud miss?!", tanya Mira penuh keliru.
"Saat ini, Ezekiel adalah ketua gang mafia yang berbahaya. Miss percaya, dia nak gunakan Mikael sebagai aset terkuat dalam gang dia tu!", balas Miss Suraya.
"Jadi? Apa plan Miss? Apa je Miss boleh buat?", tanya Mira lagi.
"Miss tak tahu...Mungkin Miss akan jumpa dengan Ezekiel dan bincang secara baik. Miss pernah rapat dengan dia satu ketika dahulu...Mungkin cara ni berkesan...Harapnya lah..."
~~~Di rumah agam~~~
"Kamu berehatlah dulu disini, sebentar lagi Kenzo akan pulang dengan telefon bimbit dan juga sim card yang baru...", ucap Ezekiel sambil menepuk-nepuk bahu Mikael.
"Baiklah", balas Mikael ringkas.
Ezekiel melangkah keluar dari ruangan bilik Mikael. Mikael kembali melabuhkan tubuhnya ke atas katil. Didalam benak fikiran, muncul sosok Miss Suraya dan juga Mira.
Ezekiel melangkah ke sebuah bilik yang berada disudut rumah. Bilik yang sedikit tersorok dari pandangan. Ruangan bilik tersebut, boleh dikatakan sebagai home office milik Ezekiel.
"Terima kasih sudah menunggu", ucap Ezekiel kepada seseorang yang sudah duduk diatas sofa.
"Tidak mengapa, aku baru saja sampai...", balas lelaki tersebut dengan bersahaja.
Ezekiel melangkah masuk lalu duduk diatas kerusi office miliknya. Dia mengarahkan lelaki tersebut untuk berpindah tempat duduk dikerusi yang berada dihadapannya.
"Jadi... Ada apa kau menyeru aku ke sini?", tanya lelaki tersebut.
"Mulai hari ni, aku nak kau menjadi partner Mikael didalam keluarga kita. Berikan dia latihan tempur. Kau adalah fighter terbaik kami, tapi aku percaya...Mikael jauh lebih fighter daripada kau.", balas Ezekiel dengan tenang.
"Hahahaha. Baiklah...Kalau itu yang kau inginkan. Biar aku uruskan dia sehingga menjadi fighter yang jauh lebih hebat dari aku.", ucap lelaki tersebut.
"Aku serahkan pada kau...Andika...", balas Ezekiel lagi.
Andika adalah seorang lelaki yang sebaya dengan Mikael. Dia juga merupakan aset terkuat didalam organisasi mafia milik Ezekiel. Menjawat jawatan sebagai ketua unit tempur 'Geng Harimau Berantai' nama kumpulan Ezekiel.
Kebosanan sudah melanda diri Mikael didalam ruangan bilik. Dia membuat keputusan untuk turun ke bawah. Ingin melihat sekeliling rumah katanya. Mikael lantas turun ke bawah dengan lif yang disediakan.
Semasa dia dalam perjalanan untuk ke laman rumah, tiba-tiba Mikael disapa seseorang dari belakang. Mikael lantas memandang ke belakang. Sosok Andika yang sedang berdiri sambil mengangkat tangan telah pun mencuri perhatian Mikael.
Andika melangkah perlahan menuju ke arah Mikael. Tidak lama selepas itu, mereka berjabat tangan sesama sendiri dan memperkenalkan diri masing-masing.
"Selamat berkenalan...Nama aku Andika...", ucap Andika bersahaja.
"Selamat berkenalan juga...Aku Mikael...", balas Mikael ringkas.
"Aku diarahkan 'Boss' untuk menjadi partner kau...Mohon kerjasama ya?...Tuan...Muda...", ucap Andika lagi kali ini dengan senyuman dihujung percakapan.
"Tapi sebelum itu...", tambah Andika secara tiba-tiba.
"Sebelum itu?', tanya Mikael perlahan.
Andika menghayunkan penumbuknya untuk melihat tindakan yang akan ditunjukkan oleh Mikael. Tetapi, dengan mudah Mikael menepis tumbukan tersebut lalu mengunci tangan Andika. Tubuh Andika dicampakkan diatas lantai dengan tangannya dikunci dibelakang.
"Apa semua ni? Andika?!", gertak Mikael.
"Hahahaha!!! Yahh kau hebat! Ezekiel tak cakap kosong!!!", balas Andika sambil gelak tawa.
"Hah?"
"Ezekiel cakap kau jauh lebih fighter daripada aku...Kau dah membuktikannya. Jadi, lepaskan aku sekarang. Aku mengalah...", pinta Andika supaya dilepaskan tangannya yang dikunci Mikael.
"Ouhhh! Cakap dari awallah lain kali! Hahaha", balas Mikael ditambah dengan gelak tawa.
Akhirnya, Mikael melepaskan tangan Andika yang dikuncinya dengan erat. Sebaik sahaja Andika dilepaskan, Andika lantas bangkit berdiri dihadapan Mikael. Telapak tangan dihulur untuk mereka berjabat tangan semula.
"Mohon kerjasama ya! Tuan Muda!", ucap Andika dengan teruja.
"Baiklah...Andika!", balas Mikael dengan tenang serta senyuman mesra.
Mulai saat itu, Andika tidak berenggang sama sekali dengan Mikael. Secara rasminya, Andika menjadi partner Mikael didalam 'Geng Harimau Berantai'.
~~~Di kampus~~~
Mira dan girl bestienya sedang duduk bersama di kafe. Nadia dan yang lain masih belum tahu apa yang berlaku terhadap Mikael. Wajah Mira juga sedikit murung sepanjang mereka melalui pembelajaran bersama.
"Mira...Kenapa kau murung? Sebab Mikael ke ni?", tanya Nadia membuka bicara.
"E-eh? Nampak murung ke aku ni?", tanya Mira semula.
"Iyalah...Dari tadi kau monyok je kita orang tengok...", tambah Aina juga.
"Kenapa ni Mira? Cuba kau ceritakan dengan kita orang semua...", ucap Siti pula.
"Hmmm"
"Ni lagi satu...Kenapa Mikael tak datang harini? Bukan dia dah kekuar wad ke?", tanya Nadia.
"Mikael?... Kalau aku cakap ni, korang jangan terkejut pulak tau...", balas Mira dengan tenang.
"Baiklah... Cepat la cakap apa dah jadi!", arah Nadia dengan tegas.
"Mikael...Dia mungkin...Akan pindah dari sini...", ucap Mira perlahan.
"HAH?! PINDAH?!", balas mereka bertiga serentak.
"Tu kan! Aku dah cakap jangan terkejut!"
"Tapi kenapa? Kenapa dia pindah secara tiba-tiba?! Sebab Akram ke?!", soal Nadia lagi.
"Bukan...Bukan sebab Akram...Ada hal yang berlaku...Abang dia dah bawa dia balik secara tiba-tiba. Aku dengan Miss masa tu pun tak boleh nak buat apa!", Mira memulakan cerita.
Disebabkan ketiga-tiga kawan baiknya itu mendesak Mira untuk menceritakan apa yang sudah berlaku, Mira menceritakan saja supaya mereka berpuas hati.
"HAH?! TUAN MUDA?! MIKAEL YANG AWALNYA NERD TU SEBENARNYA TUAN MUDA?!", ucap Nadia dalam nada yang terkejut.
"Ya...Dia anak mafia...", ucap Mira ringkas.
~~~Di satu bilik gelap~~~
Terdengar satu tangisan mengisi ruangan bilik gelap tersebut. Suara yang sedang bercakap didalam telefon.
"Maafkan saya...Saya gagal", ucap suara tersebut sambil menahan tangisan.
~~~ Di rumah agam~~~
Mikael dan Andika meluangkan masa bersama di laman rumah. Mereka mengisi masa dengan berbual kosong seperti tiada hari esok. Mikael berminat untuk mengenal Andika lebih jauh lagi. Bagi Mikael, Andika adalah sosok yang menarik.
Semasa mereka sedang bergaul bersama, tiba-tiba ada suara yang menegur dari belakang...
"Mikael...", ucap Ezekiel.
Mikael lantas memandang ke belakang.
"Kenapa? Ada apa-apa masalah ke?", balas Mikael bersahaja.
"Abang kena keluar dulu. Ada hal kejap...Kalau ada apa-apa hal minta tolong Andika atau pun Adriana ya...", ucap Ezekiel dengan nada yang tenang.
"Baiklah...", balas Mikael dengan ringkas.
Ezekiel melangkah meninggalkan Mikael dan Andika. Ezekiel menaiki sebuah kereta sport mewah yang berada didalam garaj kereta.
"Tuan nak saya ikut sekali ke?", tanya Yinzo, pengawal peribadi.
"Tak pe...Saya boleh pergi sorang. Kamu jaga rumah...Tengokkan Mikael...", balas Ezekiel bersahaja.
Ezekiel memecut laju di atas jalan raya menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui. Semasa dalam perjalanan, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ezekiel menjawab panggilan tersebut.
"Aku dah gerak...Kau tunggu saja disana...", ucap Ezekiel.
Setelah 15 minit perjalanan, Ezekiel tiba ke destinasi. Kereta sport mewah miliknya diparkir dihadapan kafe yang bernama Startruck. Mata gadis-gadis yang meluangkan masa didalam kafe tersebut tertumpu ke arah Ezekiel yang segak bergaya.
Ezekiel membuka pintu kafe, lalu matanya mencari-cari sesuatu. Orang yang dicari adalah wanita muda didalam lingkungan umur 25 tahun yang sedang menunggu di suatu tempat. Ya, orang itu adalah Miss Suraya.
Miss Suraya mengangkat tangan untuk memberi isyarat kepada Ezekiel bahaya dia berada dimeja yang paling hujung didalam kafe tersebut. Ezekiel pantas melangkah ke sana.
"Hai Suraya...Dah lama sampai?", tegur Ezekiel sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
"Lama juga. Kita terus ke intinya...", ucap Suraya dengan tenang.
"Baiklah...Apa hal awak nak jumpa saya? Kalau nak sembang pasal Mikael...Maaf saya takkan serahkan dia pada awak.", jawab Ezekiel tegas.
"Kenapa Ezekiel?", tanya Suraya lagi.
"Saya perlukan dia. Dia orang penting dalam keluarga saya.", balas Ezekiel tenang.
"Tolong serahkan dia pada saya semula Ez... Kita boleh selesaikan benda ni dengan cara yang baik.", pinta Suraya lagi.
"Selesaikan apa lagi Suraya? Saya rasa takde ape dah kita nak selesaikan. Semuanya berakhir selepas awak buat keputusan tinggalkan rumah tu dulu!", ucap Ezekiel dengan nada tegas sambil mengetuk meja dihadapan mata.
Tindakan tersebut sedikit sebanyak menarik perhatian orang sekeliling. Ezekiel sedar tindakannya itu mencuri perhatian. Dia berdehem kecil untuk memberi isyarat bahawa semuanya baik-baik saja.
"Masalah keluarga orang...Jangan masuk campur...", bisik beberapa suara disekitar mereka berdua.
"Maaf...", Ezekiel meminta maaf atas tindakan tersebut.
"Kalau awak minta nak jumpa saya sebab untuk sembang pasal Mikael, maafkan saya. Saya balik dulu", ucap Ezekiel lagi secara tiba-tiba lalu bangkit dari kerusi yang didudukinya.
"Tunggu dulu...Ezekiel!", teriak Suraya dari jauh namun tidak diendahkan oleh Ezekiel. Dia meneruskan perjalanan ke kereta dan beredar dari kafe tersebut.
Apa sebenarnya hubungan Suraya dan Ezekiel?
~~~ NANTIKAN CHAPTER BERIKUTNYA!~~~
~~~ TERUSKAN SUPPORT!~~~~Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (192)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
best dowhh first time jumpe buku best dalam apps nih
8d
0This story so best and good!!!
17d
0good
25d
0View All