Homepage/Tuan Muda Mikael/
Bab 10: Memburu Mangsa
❗SELAMAT MEMBACA❗
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"A-Awak...S-Saya rasa kira macam pernah berjumpa...", ucap Mira kepada lelaki berhoodie hitam.
Lelaki berhoodie hitam kembali merenung wajah Mira dengan lebih teliti. Cuba untuk mengingati semula detik-detik pertemuan mereka.
"E-Engkau...", ujar lelaki berhoodie hitam perlahan.
"Errr... Maafkan aku... Aku ada kerja nak diselesaikan... Aku pergi dulu...", tambah lelaki berhoodie hitam sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Mira sendiri.
Lelaki berhoodie hitam membuka langkah pantas agar Mira tidak dapat mengikutinya dari belakang. Mira turut terkejut. Sosok yang ditunggu olehnya selama ini lari meninggalkan dirinya sendirian tanpa teman.
"T-Tunggu! Mikael!!!", teriak Mira dari jauh sambil berlari anak.
Malangnya, jejak Mikael yang menyarung hoodie hitam tersebut telah pun hilang akibat orang ramai yang lalu lalang.
Mira terkedu. Ekspresi wajahnya kelihatan kosong. Dia berasa sangat kecewa kerana dia gagal untuk mendekati Mikael yang sudah berada di hadapan mata.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~DI SUATU KAWASAN LUAR MID VALLEY~
Mikael sedang bersandar di dinding sebuah lorong kosong yang berada di luar kompleks beli belah tersebut. Matanya tertumpu ke arah langit biru. Pertemuan secara tidak langsung itu kembali bermain di fikiran anak muda itu.
Hati juga turut melakarkan rasa kecewa. Rasa kecewa kerana dirinya bergerak untuk meninggalkan Mira dengan sendirinya. Penyesalan mula menghantui diri Mikael.
"Kenapa...Kenapa aku lari?", soal Mikael didalam hati.
"Itu dia bukan? Orang yang aku cari?!", tambah Mikael lagi.
Dalam masa yang sama, secara tiba-tiba ada sekumpulan lelaki dalam perjalanan untuk mendekati Mikael yang sedang sendiri. Pada awalnya, Mikael tidak menyedari akan kehadiran mereka. Semakin lama, tapak kaki mereka semakin didengari.
"Itu ke budak jahanam tu?!", ucap seorang lelaki bertubuh sasa dengan tatoo ular ditangan.
"Yes!!! Dia la lelaki yang mainkan i tu!!!", jawab seorang wanita muda yang sedang berdiri di samping lelaki tersebut.
Setelah mendapat kepastian dari wanita tersebut, lelaki bertubuh sasa bersama rakan-rakannya yang lain mula melangkah sehingga betul-betul berada di hadapan muka Mikael.
"Hoi budak... Apa betul lu mainkan ayam gua?", ucap lelaki tersebut dengan lantang. Membuatkan Mikael melangkah sedikit ke belakang.
"Mainkan ayam? Apa maksud kau bro?", balas Mikael tenang.
"Lu jangan panggil gua bro. Lo tak tau ka gua king dekat kawasan ni? Jaga sikit mulut lu sial!!!", gertak lelaki itu sambil mencekik leher Mikael sehingga dia tersandar ke dinding.
"K-Kejap! A-Apa korang nak ni?!", soal Mikael dengan suara tersekat-sekat.
"Gua bagitahu lu sekali lagi ha... Sekarang ni... Lu sudah mainkan ayam gua tau... Ayam gua ni sudah report sama gua... Sekarang ni lu mau kasi setel macam mana?!!!"
Mikael hanya berdiam diri. Matanya mula bertukar arah ke sosok seorang gadis yang sedang berdiri di samping lelaki bertubuh sasa.
Gadis tersebut sedang menunjukkan ekspresi muka yang menjengkelkan ke arah Mikael. Wajah gadis tersebut tidak asing lagi. Dia adalah gadis yang meminta nombor telefon Mikael sebelum ini.
"O-Oh... P-Perempuan murah ni ke a-ayam k-kau...", ucap Mikael dengan suara tersekat-sekat akibat cekikan kuat dari lelaki tersebut.
"You! Pukul dia! Berani dia hina i !!!", arah gadis tersebut.
"Cih! Lu memang celaka la budak!!!", marah lelaki bertubuh sasa sebelum dia melepaskan satu tumbukan tepat ke perut Mikael.
"A-Arghhh!", keluh Mikael selepas menerima pukulan dari lelaki bertubuh sasa.
Setelah itu, tubuh Mikael dicampak ke atas lantai dan dipijak-pijak oleh rakan-rakannya yang lain. Lelaki bertubuh sasa itu membawa sekumpulan lelaki sekitar 20 orang untuk memukul Mikael sendiri.
Wajah Mikael dipijak-pijak tanpa henti sehingga wajahnya luka-luka dan hidungnya mengeluarkan darah. Tubuh Mikael ditendang bertubi-tubi sehingga dia merasakan 'senak' yang teramat sangat.
Mikael tidak dapat bergerak kerana dia ditindih oleh 20 orang lelaki perkasa. Apa yang mampu dilakukannya saat itu adalah dengan menyerahkan diri sahaja.
Tidak lama selepas itu, Mikael pingsan dan tidak sedarkan diri di lorong tersebut...
"Boss... Macam mana? Mau biar dia disini saja ke?", soal seorang bawahan lelaki tersebut.
"Ah... Biar anjing makan saja ini budak!", jawab lelaki bertubuh sasa dengan bongkak sekali.
Dalam masa yang sama, mata seorang bawahan lelaki bertubuh sasa itu tertumpu ke arah pergelangan tangan Mikael. Gelang yang tersarung ditangan Mikael itu mencuri perhatiannya.
"B-Boss...", tegur bahawanya selepas menepuk bahu lelaki bertubuh sasa.
"Ah... Apa lu mau?", jawab lelaki tersebut.
"Y-You tengok itu gelang... Y-You ada kenal ka?", soal bawahannya dalam nada yang sedikit ketar-ketir.
"Gelang?", ucap lelaki bertubuh sasa sambil mengalihkan pandangannya memandang ke arah pergelangan tangan Mikael.
"Hah? B-Bangle hitam?", bisik lelaki bertubuh sasa didalam hati.
"Boss? Ada apa?", soal bawahannya yang lain.
Hairan melihat tingkah laku ketua mereka. Lelaki bertubuh sasa itu seakan-akan takut selepas melihat bangle yang berada di pergelangan tangan Mikael.
"T-Takde apa... B-Biarkan saja itu budak... Kita blah saja dari sini...", ucap lelaki bertubuh sasa dengan nada yang tergagap-gagap.
"A-Ah... B-Baik boss...", balas bawahannya yang lain sebelum mereka melangkah meninggalkan lorong tersebut.
Mikael kini tinggal sendirian. Tubuhnya tertiarap kaku di atas jalan lorong tersebut. Tiada siapa yang datang membantu kerana lorong tersebut sedikit tersorok dari laluan orang awam.
Secara tiba-tiba, ada seseorang yang tidak dikenali melangkah masuk ke dalam lorong tersebut sebaik saja kumpulan itu meninggalkan lorong sepenuhnya. Individu tersebut mencangkung sambil melihat wajah Mikael. Telefon bimbit yang berada didalam poket dicapai individu tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~DI RUMAH AGAM~
"Ring...Ring...Ring...", telefon berbunyi.
Ezekiel yang sedang sibuk membelek kertas-kertas di atas meja mula menghentikan pergerakannya. Matanya tertumpu ke arah telefon bimbit yang berada tidak jauh dari meja yang didudukinya. Ezekiel mencapai telefon bimbit lalu melihat nama yang tertera didalam skrin.
"Andika?", bisik Ezekiel didalam hati.
"Halo... Ada apa Andika?", ucap Ezekiel sejurus saja dia menjawab panggilan tersebut.
"Datang hospital sekarang... Mikael kena bantai...", jawab Andika tenang.
"Huh?! Siapa punya kerja?", soal Ezekiel cemas.
"Aku belum tahu... Yang penting sekarang ni baik kau datang je dulu...", jawab Andika tenang.
"Baiklah... Aku ke sana sekarang!".
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~DI SATU MARKAS TIDAK DIKENAL PASTI~
Lelaki bertubuh sasa atau dikenali sebagai Achai sedang termenung sambil melihat tingkap. Hal itu menimbulkan tanda tanya kepada anak buahnya yang lain tentang apa yang sedang difikirkan oleh Boss Achai.
"Boss... Dari tadi diam aje... Ada apa-apa masalah ke boss?", tegur seorang bawahan Boss Achai.
Boss Achai terhenti dari lamunannya selepas mendapat teguran dari salah satu bawahannya. Boss Achai membetulkan posisi duduknya dan menggosok wajahnya berkali-kali untuk menghilangkan kegusaran diwajahnya.
"Ah... Takde apa ah... Gua okay saja...", jawab Boss Achai tenang.
Sementara itu... Didalam fikiran Boss Achai...
"Itu bangle hitam... Dari mana ah?"
"Gua pernah tengok itu bangle ma..."
"Ah... Tak salah lagi... I-Itu..."
"H-Harimau Berantai?", bisik Boss Achai sambil menelan air liur.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tidak lama selepas Mikael di masukkan ke dalam wad, Mikael mula membuka mata. Kelihatan Ezekiel, Andika dan beberapa anggota Harimau Berantai yang lain turut bersama didalam ruangan tersebut.
"Mikael... Kau baik-baik saja?", soal Ezekiel sebaik saja melihat Mikael membuka mata.
"A-Aku dekat mana?", soal Mikael hairan.
"Kau sekarang berada di hospital... Kau di bantai teruk juga... Kau bagitahu aku siapa punya kerja?!", ucap Ezekiel lantang.
"A-Ah... Lupakan saja... Aku tidak apa-apa...", jawab Mikael tenang.
"Tch... Kau jangan begini Mikael... Belum ada lagi kumpulan yang berani nak sentuh anak buah Harimau Berantai! Beritahu aku sekarang!!!", teriak Ezekiel ke arah Mikael.
"T-Tuan... J-Jangan berteriak ya... Ini Hospital...", ucap seorang jururawat yang secara tidak sengaja melintas dihadapan wad Mikael.
"O-Oh... M-Maaf...", ucap Ezekiel ke arah jururawat tersebut.
Andika yang dari tadi tidak bersuara mula melangkah mendekati Ezekiel. Bahu Ezekiel ditepuk lembut oleh Andika. Mulutnya bergerak ke telinga Ezekiel untuk membisik sesuatu.
"Mari... Ikut aku keluar kejap...", bisik Andika tenang.
Ezekiel menoleh ke arah Andika lalu mengangguk faham.
~DI LUAR WAD~
"Jangan risau... Aku dah kerahkan budak-budak kita ke tempat Mikael di pukul... Sekarang ni dorang semua tengah periksa CCTV dikawasan itu...", bisik Andika perlahan supaya Mikael tidak mendengarinya.
"Betul kah? Baguslah kalau begitu... Dapat saja pelakunya... Langsung beritahu aku!", ucap Ezekiel lantang.
Dalam masa yang sama, tiba-tiba sahaja telefon bimbit Andika berbunyi. Dengan pantas, Andika mencapai telefon bimbit yang berada didalam kocek seluar. Nama yang tertera ditunjukkan kepada Ezekiel.
"Kenzo... Aku yakin dorang dah dapat...", ucap Andika sambil tersenyum sinis.
"Angkat...", arah Ezekiel pantas.
"Halo Kenzo... Apa-apa info baru yang mengembirakan?", ucap Andika sebaik saja dia menerima panggilan tersebut.
"Andika... Kami dah dapat tahu siapa pelakunya...", ujar Kenzo tenang didalam telefon.
"Begitukah... Jadi... Siapa pelakunya?", soal Andika serta merta.
"Nomad Empire... Gang Achai mentah...", jawab Kenzo tenang sambil diselit nada yang sedang menahan marah.
"Kerja yang bagus Kenzo... Aku akan sampaikan pada Ezekiel... Kalian pulang sekarang...", ucap Andika sambil tersenyum sinis sebelum dia mematikan panggilan tersebut.
"Apa infonya Andika? Dorang dah dapat ke?", soal Ezekiel sebaik saja Andika memasukkan telefon bimbit kedalam kocek seluar.
"Ah... Nomad Empire punya kerja...", jawab Andika tenang.
"Nomad Empire?! Budak-budak mentah tak guna!!!", marah Ezekiel sendiri.
"So macam mana ni? Nak gerakkan budak-budak kita ke?", soal Andika untuk menerima arahan seterusnya.
"Ah... Kerahkan semua unit... Nomad Empire ni susah nak dicari kerana mereka sering berpindah randah... Cari mereka sampai dapat!", arah Ezekiel dalam nada yang tegas.
"Hahaha... Masanya untuk sang harimau memburu mangsa kah...", ucap Andika perlahan sambil melangkah pergi untuk menjalankan arahan yang diberikan Ezekiel.
~BERSAMBUNG~
~BAGI YG MEMBACA NOVEL INI, SEMOGA ANDA DIMURAHKAN REZEKI SELALU!~Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (192)
Share
Related Chapters
Latest Chapters
best dowhh first time jumpe buku best dalam apps nih
8d
0This story so best and good!!!
17d
0good
25d
0View All