"Home sweet home!" Tubuhnya segera dilemparkan ke atas tilam empuk miliknya itu. Sekelip mata saja badan Dhia sudah berada di atas tilam itu. Tangannya dibuka selebar-lebar yang mungkin. Membiarkan udara dari kipas syiling itu melepasi setiap ruang tubuh kecilnya itu. "Dhia," "Hm?" Balasnya pendek. Tempat bersebelahan Dhia dia ambil. Dia juga ikut berbaring seperti sepupunya itu. Syiling bilik itu dia pandang kosong. Lengannya naik seraya diletakkan di atas dahi menutup cahaya terang yang cuba menerobos masuk ke dalam kornea matanya itu. "Aunty kirim salam dekat kau semalam aunty call." Hanya dengan sebaris ayat itu sahaja, laju gadis itu bangkit daripada baringnya. Dia seperti kurang percaya dengan apa yang dia baru dengar sebentar tadi. Aunty yang Aina maksudkan tu ummi lah kan? "Maksud kau ummi ke?" Lengan Aina digoncang-goncangkan. Memaksa gadis itu untuk beritahu dia secepat mungkin. "Iyalah siapa lagi," Dhia mengerutkan dahinya. Dia jadi tak senang duduk apabila nama wanita yang melahirkannya itu menjadi topik utama perbualan mereka sekarang. Fikirannya jadi berserabut tanpa sebab memikirkan alasan wanita bekerjaya itu tidak menelefonnya sendiri dan hanya menggunakan Aina saja sebagai perantara antara mereka. "Aunty tak nak call kau sendiri sebab yelah kau lupa ke hubungan kau dengan aunty kan masih belum baik lagi. Aunty takdelah cakap dengan aku macam tu tapi aku sendiri yang agak daripada intonasi suara dia," sambung Aina lagi. Sedang ralit Dhia mengelamun, Aina menyampuk. Mematikan semua andaian buruk mahupun baik terhadap Puan Dahlia sebaik sahaja dia beritahu ummi dia telefon. Spontan bibir mungil itu membentuk huruf O. Sangkanya dia ada buat apa-apa kesalahan besar sepanjang duduk bersama ibu kandungnya itu sehinggakan suaranya pun Puan Dahlia tak sudi dengar dah. Rupa-rupanya, umminya itu masih terkesan dengan keputusan mengejutnya yang ingin berpindah semula ke Malaysia. Masih segar di dalam ingatannya tatkala Puan Dahlia menentang keras keputusannya yang satu itu. Dah berbuih mulut wanita itu menasihati dia tapi dia apa kisah. Keras kepala kan. Dah ditegah berkali-kali pun tetap nak pergi juga. Walaupun risiko tinggi untuk bertembung dengan si 'dia' terutama di kawasan tengah-tengah bandar ini, dia tetap berkeras mahu menabur bakti sebagai engineer di negara tempat dia lahir dulu. Dan juga untuk mengotakan janjinya terhadap Hayden. "Selain ummi, ada lagi ke yang cari aku?" Soalnya. Wajah Aina yang disinari cahaya matahari yang datangnya daripada tingkap kaca balkoninya itu ditatap. Manalah tahu ada berita mengejutkan yang lain sepanjang ketiadaannya itu. Meskipun hanya sehari dia tiada, ada banyak kemungkinan yang masih ada orang lain yang mencari susuk dirinya ini. "Oh, ya. Bos hot kau tu datang rumah pagi semalam. Dia cari kau tapi waktu tu kau dah takde. Dah bertolak pergi rumah keluarga Hayden," membuntang mata gadis itu tatkala nama 'bos hot' itu terpacul keluar dari mulut Aina. Bukannya dia tak tahu kepada siapa gelaran bos hot itu diguna pakai oleh si gadis mulut murai ini. Suka sangat panggil Harraz dengan nama panggilan itu. Sejurus gadis itu mendapat tahu bahawa bos dia dan lelaki yang hantar dia balik waktu dekat pusat beli-belah hari tu ialah orang yang sama, terus dia gelarkan Harraz dengan nama itu. "Encik Harraz cari aku? Kenapa? Dia ada bagitahu dekat office ada problem ke masa aku tak datang tu?" Bertalu-talu soalan dilontarkan kepada Aina. Aina pun macam dah naik pening dah kepalanya tak tahu nak jawab yang mana satu dulu. "Woah, woah. Calm down, girl. Bos hot kau tu datang nak tanya khabar kau je. Aku ada nampak dia pegang bunga dekat belakang dia tapi takde pula cakap bunga tu untuk siapa," Dhia diam beberapa ketika. Sedang berfikir tentang sesuatu yang melibatkan jejaka itu. Akhirnya, dia berputus asa sahaja. Badannya dihempaskan kembali ke atas tilam. Fikirannya serabut saat ini. Ada banyak lagi benda lain yang sedang difikirkannya sejak dia sampai rumah tadi. Tak ada masa untuk dia fikirkan tentang jambangan bunga yang dibawa oleh Harraz itu. "Lantaklah dengan Encik Harraz tu. Aku tengah serabut pasal Hayden ni," "Hayden? Kenapa dengan Hayden?" Hilang terus kantuknya tadi. Dengar sahaja nama Hayden meniti di bibir Dhia, laju matanya terbuka luas semula. Hilang terus rasa mengantuknya itu. Patutlah dia perasan wajah Dhia masam semacam je setibanya gadis itu di rumah. Gadis itu juga tiba di rumah dengan menaiki teksi dan bukannya kereta Bmw milik Hayden. Rupa-rupanya ada perkara yang mengganggu fikiran Dhia sejak tadi. Dhia mengeluh kecil. Pelipisnya diurut perlahan mengurangkan masalah yang membelenggunya saat ini. Kakinya dibawa menuju ke balkoni di biliknya. Pintu gelongsor itu dibuka perlahan membiarkan angin sepoin-sepoi bahasa menolak badannya. Terasa ringan sedikit kepalanya bila melihat pemandangan yang terbentang cantik pada balkoni rumah Aina ini. Langit yang dihiasi dengan awan-awan putih itu sedikit-sebanyak dapat menenangkan emosinya kala ini. "Dia dah tunang. Aku dah jumpa pun tunang dia tu. Nama dia Bella," Mulut Aina ternganga besar tatkala perkataan tunang Hayden sebelum dia memiringkan kepalanya bersama senyuman senget terhias di bibir. Dhia yang perasan akan senyuman Aina itu pantas menoleh memandang gadis itu. Keningnya terjungkit naik, pelik dengan reaksi yang diberikan oleh Aina. "Yang kau emotional lebih ni dah kenapa. Kau suka Hayden eh?" Soal Aina dengan intonasi suara meleret. Lengan gadis itu dicucuk-cucuk menyakat Dhia yang sudah merah padam wajahnya. "Ish memandai je kau ni! Mana ada aku suka dia. Aku cuma cerita je dekat kau takkan tak boleh kut," Nafi Dhia. Menolak tebakan Aina yang sangat tepat itu. Padahal dalam hati sedang berbunga-bunga hanya dengan mengingatkan wajah jejaka itu. "Cerita tu boleh je tapi intonasi suara kau macam sedih semacam je bila mention Hayden dah bertunang. Kau jangan memacam, Dhia. Tak baik pilih kasih," sempat Dhia bagi jelingan kepada Aina. "Apa yang pilih kasihnya?" "Iyalah dengan Encik Harraz kau layan acuh tak acuh je. Dia ajak keluar makan pun kau tak nak. Dengan Hayden kemain excited eh kau. Demam-demam pun nak juga jumpa family dia.. Aduh!" Sedang ralit dia melihat pemandangan di langit, lengannya tiba-tiba dipukul kuat. Mana tak mengaduh kesakitan dia dibuatnya dipukul oleh anak dara Puan Dahlia itu. Berbisa macam dipatuk ular! "Dengan Hayden tu lain lah. Aku dah janji nak pergi," "Apa beza dengan Encik Harraz? Bukan hari tu kau cakap dengan aku kau dah janji juga dengan dia ke nak belanja dia makan sebab hantar kau balik? Ke kau buat-buat lupa?" Terbatuk-batuk gadis itu dibuatnya. Kata-kata yang meluncur laju pada bibir Aina memberi tamparan hebat padanya. Aina memang tak salah. Dia memang ada buat janji dengan Harraz sama seperti dia berjanji dengan Hayden. Seminggu berlalu dan dia masih tidak mengotakan janjinya kepada lelaki itu. Dhia hanya mendiamkan diri membiarkan angin sahaja yang menjawab soalan Aina. Dia jadi kelu sendiri memikirkan jawapan untuk soalan itu. ---- Puan Dahlia bangkit daripada tempat kerjanya itu. Pelipisnya diurut perlahan. Sejak beberapa hari ini tak lena tidurnya. Entah kenapa sejak kebelakangan ini fikirannya asyik teringatkan tentang anak daranya yang berada di negara lain itu saja. Takut kalau ada apa-apa perkara buruk berlaku pada anak gadisnya itu tanpa pengawasannya. Dia ada juga bertanya kepada Aina tentang keadaan semasa Dhia cuma itulah, dia tetap merasa bimbang. Apa-apa boleh berlaku di sana. Tambahan lagi, bekas suaminya itu duduk di negara yang sama dengan anak gadisnya sekarang ini. Makin tak tenang hidupnya di Australia ini. Kehulu-kehilir dia berjalan di dalam pejabatnya. Memikirkan keadaan Dhia sama ada gadis itu baik-baik saja atau ada apa-apa perkara buruk berlaku. "Miss Dahlia," Puan Dahlia mengalihkan pandangannya daripada tingkap kaca yang memaparkan pemandangan bandar Melbourne itu. "Here's the document you asked before," gadis muda yang bertugas sebagai pembantu peribadinya itu dipandang sekilas sebelum matanya turun menatap fail nipis di tangan gadis itu. Huluran fail itu diambil daripadanya. "Thank you, Kylie." Usai menyerahkan dokumen tersebut, gadis berbangsa inggeris itu keluar daripada situ. Mata Puan Dahlia kembali kepada dokumen yang baru diserahkan itu. Dia tahu isi yang terkandung di dalam fail itu kerana dia sendiri yang meminta pembantu peribadinya mencari maklumat di dalam fail tersebut. Fail itu digenggam kuat. Teringat sahaja wajah bekas suaminya beberapa belas tahun yang lalu, emosinya bercelaru. "I'll never let my daughter fall into your hands anymore. Not until I'm dead." Tajam mata itu menikam fail di tangannya itu. Bukan untuk sekali lagi dia akan membiarkan Dhia tercedera di tangan lelaki tak guna tu.
Download Novelah App
You can read more chapters. You'll find other great stories on Novelah.
Book Comment (483)
Kurt Justin Ancheta
how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you
16/08/2023
1
LoOl
soos reeds genoem u i eerste wyn drink baie water die eerste keer ll as jy u spesifieke die eerste keer sedert Augustus vanjaar die ijabnJwuyN82-3 toe gaan vir ewig dankbaar as jy u besigheids sakereis en vakansieverblyf is altyd die ijabnJwuyN82-3 toe gaan ey die eerste plek behaal die volgende week die eerste plek behaal die volgende maand die meeste die eerste plek behaal die eerste plek behaal die volgende maand die meeste altesame as loop ll die
how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you
16/08/2023
1soos reeds genoem u i eerste wyn drink baie water die eerste keer ll as jy u spesifieke die eerste keer sedert Augustus vanjaar die ijabnJwuyN82-3 toe gaan vir ewig dankbaar as jy u besigheids sakereis en vakansieverblyf is altyd die ijabnJwuyN82-3 toe gaan ey die eerste plek behaal die volgende week die eerste plek behaal die volgende maand die meeste die eerste plek behaal die eerste plek behaal die volgende maand die meeste altesame as loop ll die
22h
0bye
9d
0View All